You are on page 1of 5

PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

 Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah
getah halus berbentuk gelang.

 Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan
hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung (rajah 1).
 Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya
mereka bermain di dalam rumah.
 Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.

 Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "zero point" oleh masyarakat
segelintir tempat.ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.

Rajah 1
PEMAIN

 Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang


memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala
seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.
 Permainan ini juga boleh dimainkan oleh ramain pemain.
 Jika ramai pemain, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah
dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran

CARA BERMAIN

 Bagi menentukan giliran, kebiasaannya undian akan dilakukan. Kaedah undian


yang dilakukan ialah melalui lai lai li tam plom dan diikuti oleh ow som (jika tiga
pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som.
 "Ibu" pasukan yang menang akan memulakan permainan, diikuti "anak-anak".
Dua orang dari pasukan yang kalah akan memegang getah.
 Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua
yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point". Pemain tidak boleh
menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu dikira mati.
 Kemudian, getah dipegang pada aras-aras tertentu dari bawah sehingga ke atas.
Aras-arasnya ialah:
i) paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah.
ii) paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan
kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.
paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.
iii) paras dada.
iv) paras telinga
v) paras kepala.
vi) sejengkal dari atas kepala.
 Jika terdapat lebih dari seorang pemain yang melepasi paras terakhir, jadi
pemain-pemain tersebut perlu melompat gelang getah tersebut dengan cara
pemegang getah akan memusing getah tersebut dari atas ke bawah. Pemain
yang dapat membuat lompatan pusingan getah yang terbanyak dikira sebagai
pemenang.

GAMBAR PERMAINAN LOMPAT GETAH


Disediakan oleh:

 Hanis Syazni binti Hasni


 Nur Izzati binti Mat Razi
 Rony Thomas
 Shahirah Izzati binti Shaik Osman

You might also like