You are on page 1of 6

HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

TARIAN DARI SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

TARIAN MAGUNATIP

PENGENALAN

Tarian magunatip merupakan salah satu tarian yang terdapat di Sabah. Sabah memiliki
pelbagai kaum dengan pelbagai tarian dan tarian ini adalah salah satu tarian dari suku kaum
Murut di Sabah dari suku Kuhijau (Kuwijau).

Perkataan “Magunatip” itu sendiri berasal dari perkataan ‘apit’ yang membawa maksud
jepit. Hal ini boleh dilihat melalui gerak tari penari dalam Tarian Magunatip itu sendiri. Ketika
ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak
cekap mengelakkannya.

Tarian ini selalunya dipersembahkan dalam majlis keramaian untuk memeriahkan majlis
tersebut.

GERAK TARI TARIAN MAGUNATIP

Lazimnya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh sebab bunyi buluh itu yang
dilagakan dalam tarian ini akan menimbulkan bunyi yang agak kuat serta rentak dan irama yang
menarik. Pun begitu, biasanya iringan gong akan mengiringi tarian ini.

1|Page
HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

Semasa tarian ini ditarikan, beberapa pasang bambu panjang akan dihentak dan diketuk
pada lantai mengikut rentak sementara para penari akan melompat masuk dan keluar di antara
ruang hentakan bambu tanpa tersepit kaki.

2|Page
HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

TARIAN SUMAZAU

PENGENALAN

Tarian ini adalah salah satu tarian yang cukup terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ini
telah menjadi ikon tarian Sabah. Sebut sahaja mengenai Sabah, pasti orang akan mengaitkannya
dengan tarian ini. Tarian ini mulanya berasal dan dipersembahkan oleh suku kaum Kadazan
Dusun di Sabah dan hari ini seringkali dipersembahkan dalam Tadau Kaamatan iaitu Hari
Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Simboliknya, Tarian Sumazau ini seolah-olah menggambarkan bahawa petani sedang


menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari hendaklah
bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga
untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

GERAK TARI TARIAN SUMAZAU

Tarian ini dipersembahkan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong,

3|Page
HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.
Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut kawasan di Sabah.
Misalnya Tarian Sumazau Penampang agak berbeza daripada Tarian Sumazau Kota Belud.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-
kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan
dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan
diturunkan mengikut irama lagu.

Sewaktu menarikan tarian ini, tangan dikepakkan keluar dan digerakkan turun naik ibarat
seekor burung yang sedang terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari
keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Dari segi pakaian pula, golongan lelaki dan perempuan biasanya akan memakai pakaian
serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat
daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki pula akan memakai tanjak di samping
pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

4|Page
HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

PERBANDINGAN ANTARA TARIAN MAGUNATIP DAN TARIAN SUMAZAU

PERSAMAAN

1. Kedua-duanya berasal dari Sabah.


2. Alat muzik yang digunakan seperti gong adalah sama.

3. Banyak menggunakan pergerakan kaki.

PEBEZAAN

TARIAN MAGUNATIP TARIAN SUMAZAU

Ditarikan oleh suku kaum Murut Ditarikan oleh suku kaum Kadazan

Pakaian golongan lelaki ialah cawat dan jaket Golongan penari lelaki mamakai baju baldu
diperbuat daripada kulit kayu berwarna hitam

Tujuan tarian adalah untuk memeriahkan Tujuan asal tarian adalah untuk menyambut
majlis semangat padi (Bambaazon)

Menggunakan buluh sebagai bahan asas dalam Hanya menggunakan anggota badan dalam
tarian tarian

Golongan lelaki juga membawa bersama Golongan lelaki tidak menggunakan apa-apa
pedang sebagai lambang kegagahan senjata

5|Page
HKB 115 – TRADITIONAL DANCE AND CREATIVE 1

SUMBER RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazau
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Murut

3. http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/tarian_tradisi.asp

6|Page

You might also like