You are on page 1of 17

SISTEM PERTANDINGAN

(Sistem Kalah Mati Sekali)

Pengurusan Gerko
Pengenalan Pertandingan Kalah Mati
• Sistem pertandingan ini menyingkirkan terus peserta atau pasukan yang
kalah.
• Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau pasukan
peserta yang tinggal.
• Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar di mana
keputusannya/pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat.
• Pasukan yang menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak ke
pusingan seterusnya.
• Pasukan yang kalah disingkir daripada pertandingan.
• 2 pasukan yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat
Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti.
• Dua pasukan yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan
untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4.
• Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati; kalah mati sekali dan kalah
mati dua kali.
Sistem Kalah Mati Sekali
• Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas
untuk dikelolakan.
• Pemenang akan terus bertanding dan pihak yang
kalah akan tersingkir secara automatik.
• Sistem ini sesuai dalam mengelolakan pertandingan
yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan
masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan,
peralatan dan sumber manusia.
• Sistem ini bukan cara terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
Kriteria
Sistem Kalah
Mati Sekali

Penempatan
petanding
pilihan
(seeded)

Bilangan Bilangan
peserta
menunggu/ perlawana
bye n
a) Bilangan perlawanan
 Kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan
untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan.
 Dikira dengan cara menolak angka 1
daripada jumlah peserta atau pasukan.
Formula : N – 1
N : Jumlah petanding

Contoh : 10 petanding

Kiraan Bilangan Perlawanan : N – 1


: 10 – 1
: 9 perlawanan
b) Bilangan peserta menunggu/ bye
 dikira menggunakan angka ganda dua (power
of two) iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya.
 Semua angka ganda dua ini tidak
memerlukan ‘byes’.
 Manakala semua angka yang lain perlukan
‘byes’.
Formula : N1 – N

N1 : angka ganda dua yang lebih besar drp bilangan


petanding.

N : bilangan petanding.
Contoh 1 : 8 petanding Contoh 2 : 9 petanding

• N1 = X2 > 8 = 8 • N1 = X2 > 9 = 16
• N=8 • N=9

• Formula : N1 – N • Formula : N1 – N
:8–8 : 16 – 9
: 0 bye : 7 byes
b i) Kalah Mati Dengan “bye”
• “Bye” bermaksud kumpulan atau peserta
perlu menunggu tanpa memasuki pusingan
pertama.
• Ia boleh terus bertanding dalam pusingan
kedua dan seterusnya.
• Jumlah pasukan atau penyertaan tidak
mencukupi atau melebihi
….Kalah Mati dengan “bye”
A
B

D
E JOHAN
F
G
H
I
J
N : 10
Byes : 2
b ii) Kalah Mati Tanpa “bye”
• Jumlah pasukan atau peserta berasaskan
lapan atau lebih.
• Contoh bilangan petanding : 8, 16, 24, 32 dan
seterusnya.....
….Kalah Mati Tanpa “bye”

D JOHAN
E

H
N:8
Byes : 0
c) Penempatan petanding pilihan (seeded)

 Petanding pilihan merujuk kepada petanding


yang terkenal atau sudah membuktikan
kekuatan sebelum pertandingan bermula.
 Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam
kumpulan berasingan untuk mengelakkan
mereka bertemu di pusingan awal.
 Biasanya, mereka diberi ‘bye’ pada pusingan
pertama.
c i) Cara menempatkan petanding pilihan
A (Bye pilihan 1)

B • Petanding pilihan 1
C
ditempatkan di (A).
• Petanding pilihan 2
D
ditempatkan di (J).
E JOHAN
F • Petanding pilihan 3
G ditempatkan di (B).
H • Petanding pilihan 4
I
ditempatkan di (I).
J (Bye pilihan 2)
Kebaikan sistem
1. Pertandingan dapat diselesaikan dalam masa
yang singkat.
2. Tidak memerlukan kemudahan yang banyak.
3. Menjimatkan kos.
4. Banyak petanding dapat mengambil bahagian.
5. Kurang memerlukan khidmat pengadil dan
pegawai.
6. Banyak perlawanan dapat dijalankan serentak
sekiranya kemudahan mencukupi.
kelemahan
• Seseorang pemain atau pasukan boleh disingkirkan pada awal
pertandingan setelah kalah cuma sekali sahaja.
• Persediaan, latihan dan perbelanjaan seseorang pemain atau
pasukan amat merugikan sekiranya tersingkir pada awal
pertandingan.
• Kemajuan dalam pertandingan mungkin bergantung pada nasib
cabut undi.
• Naib johan pertandingan mungkin tidak layak menjadi Naib
Johan kerana petanding yang lebih baik telah disingkirkan oleh
Johan pada peringkat lebih awal.
• Petanding tidak didedahkan kepada pelbagai corak permainan.
• Peluang untuk bersosiolisasi dengan petanding-petanding lain
agak terhad.
RUMUSAN
 Sistem kalah mati ini boleh diaplikasikan dalam
hampir semua permainan terutamanya
pertandingan skuasy, ping pong, badminton
dan tenis.
 Dalam sistem ini, tidak wujud pengakhiran
keputusan seri.
 Setiap permainan mesti berkeputusan seorang
petanding menang dan satu lagi kalah.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like