You are on page 1of 5

Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-

faktornya.

Masa kini, kita dapat melihat fenemona kesantunan berbahasa dalam kalangan
generasi muda kian lapuk terutamanya bagi yang tinggal di kota. Kesantunan
berbahasa berperanan menjaga keharmonian hubungan sesama kita. Kesantunan
berbahasa juga merupakan kunci menjaga maruah diri, keluarga serta keturunan.
Kesantunan memperlihatkan peribadi diri. Kesantunan berbahasa dapat dilihat dalam
cara kita berkomunikasi. Semasa kita memberikan idea, kita seharusnya memikirkan
aspek budaya serta norma budaya. Cara kita berbahasa haruslah sesuai dengan
situasi dan harus juga sesuai dengan unsur budaya masyarakat kita.

Namun begitu, apa yang kita dapat lihat pada hari ini ialah keruntuhan kesantunan
berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini. Hari ini, jarang sekali kita dengar
panggilan pak cik, mak cik, pak ngah dan sebagainya. Panggilan ayah juga telah
berkurang dan ada juga yang hanya memanggil orang tua mereka dengan nama. Hal
ini mungkin disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama
Inggeris atau tayangan di telivisyen oleh masyarakat barat di mana mereka
memanggil orang tua mereka dengan nama bukannya dengan panggilan ayah atau
ibu. Mereka terlalu terikut dengan budaya ini dan mengangap budaya ini sebagai
budaya moden. Mereka mengagungkan budaya barat daripada budaya mereka
sendiri dan mereka menganggap budaya mereka telah lapuk dan tidak mengikuti
perkembangan. Ibu bapa mereka juga seakan tidak kisah dan membenarkan anak
mereka mengagungkan budaya barat berbanding budaya Melayu. Bahasa melayu
terdapat sistem sapaan yang tersendiri. Sistem sapaan dalam bahasa melayu
menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang individu itu. Pemilihan kata yang
sesuai haruslah diajar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika generasi hari ini tidak diajar kesantunan berbahasa dalam budaya melayu,
maka, pincanglah akhlak dan sudah pasti, budaya melayu akan lapuk ditelan zaman.

Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi


dengan sahabat serta teman-teman mereka. Bahasa singkat ini telah banyak
mempengaruhi penulisan di dalam esei atauu karangan yang mereka tulis di
sekolah. Mereka memendekkan ejaan seperti ‘aku’ ditulis sebagai ‘aq’, ‘sayang’
sebagai ‘cyg’ dan bermacam-macam lagi. Pemendekkan ejaan ini bermula apabila
remaja mula menggunakan talifon bimbit sebagai alat untuk mereka berkomunikasi
bersama teman-teman mereka. Ada sesetengahnya mengatakan bahawa mereka
terpaksa memendekkan ejaan untuk menjimatkan ruang.

Seterusnya, perkataan ‘menyampuk’ sudah tidak asing lagi dengan budaya kita.
Generasi muda hari ini sudah pandai menyampuk kata-kata orang tua. Hal ini terjadi
mungkin disebabkan mereka tidak diajar cara-cara atau adab bercakap oleh ibu
bapa mereka. Mereka tidak didedahkan dengan adab berbahasa atau adab
bercakap dan hal ini sedikit sebanyak telah menyebabkan mereka suka menyampuk.
Mereka sepatutnya belajar tentang giliran berbicara terutamanya sewaktu berbicara
dengan generasi veteran atau golongan pak cik, makcik, ayah, ibu, nenek dan lain-
lain lagi.

Selain daripada itu, generasi hari ini seperti tidak tahu akan adat berbahasa dalam
sesuatu majlis. Di dalam majlis rasmi, ada adat dan caranya. Golongan ini tidak tahu
menggunakan bahasa yang sesuai berdasakan sesuatu majlis adalah berpunca dari
asuhan. Mereka tidak di ajar cara berbicara dalam sesuatu majlis atau acara yang
berlangsung. Mereka juga tidak diajar mengenai adab di dalam sesuatu majlis. Hal
ini mungkin disebabkan kesibukkan ibu bapa mereka yang terkadang lalai dengan
tanggungjawab terhadap anak masing.

Fenomena kesantunan berbahasa juga yang kian runtuh hari ini mungkin disebabkan
pengaruh oleh kawan-kawan. Indvidu yang disukai atau dianggap dominan dalam
sesuatu kumpulan tersebut biasanya dijadikan idola dan ahli kumpulan tersebut
selalunya akan terikut dengan sikap serta sifat individu yang dominan tersebut. Hal
ini biasa terjadi apabila anak-anak mula bersosial atau berkawan. Mereka lebih
percayakan sahabat-sahabat mereka. Jika baik, baiklah mereka dan begitulah
sebaliknya.

Tatacara berbahasa juga perlu diterapkan dalam jiwa mereka agar mereka dapat
menggunakan intonasi yang betul semasa berbicara supaya tidak menyakitkan hati
orang lain. Terdapat di antara generasi muda yang bercakap dengan orang tua sama
seperti bercakap dengan sahabat mereka. Bagi orang tua yang mendengar, mereka
akan menganggap generasi muda ini tidak bersopan atau tidak beradab. Tetapi bagi
mereka yang sudah biasa berbicara begitu bersama sahabat sahabat mereka,
bercakap kasar adalah perkara biasa. Mereka sudah biasa bercakap begitu. Hal ini
terjadi mungkin disebabkan pengurh kawan-kawan atau orang sekeliling. Kadang-
kadang, masyarakat sekeliling yang sudah biasa bercakap kasar sehingga mencarut
itu pun adalah biasa bagi mereka mungkin boleh menjadi penyumbang kepada factor
fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja hari ini. Ibu bapa yang
sering bercakap kasar di rumah atau bergaduh di rumah boleh juga menjadi
penyebab jadinya budaya bercakap kasar ini. Ibu bapa seharusnya berusaha
menyelesaikan masalah serta tidak bercakap kasar di hadapan anak-anak mereka.

Sikap serta gerak geri ketika berbicara juga merupakan salah satu aspek fenomena
kesantunan berbahasa. Raut wajah, gaya badan, semuanya mempengaruhi
kesantunan berbahasa. Apabila berbicara, kita seharusnya menunjukkan muka yang
manis dan menerima kritikan orang dengan hati yang terbuka. Ramai dalam
kalangan generasi muda hari ini menunjukkan muka yang masam apabila dimarahi
atau dikritik dan ada sesetengahnya yang membalas dendam. Hal ini mungkin
disebabkan pemikiran yang tidak matang, selain daripada asuhan di rumah. mereka
seharusnya belajar menerima kritikan orang lain, bukan hanya tahu mengkritik
sahaja. Mereka seharusnya belajar untuk bertoleransi dan berfikiran matang. Untuk
berfikiran matang, sikap sabar haruslah diterapkan dan diajar sejak kecil. Jangan
hanya menurut kata-kata anak sehingga mereka dapat apa yang mereka mahukan
tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Generasi muda ini haruslan diajar sejak
kecil supaya mereka dapat hidup dalam komuniti dalam keadaan yang harmoni dan
bukannya huru-hara.

Sesetengah remaja tidak tahu pun menggunakan bahasa baku, malah ada juga yang
tidak tahu, apa itu bahasa baku. Salah siapa? Mereka bercakap menggunakan
bahasa rojak, yang dicampur adukkan dengan bahasa lain dan ada juga yang
mencampurkan perkataan sehingga menjadi perkataan lain seperti ‘mencapub’ atau
nama panjangnya ‘mencari publisiti’. Hal seperti ini akan menyebabkan kerosakan
bahasa kerana penggabungan perkataan yang menjadi lebih pendek sekaligus akan
merosakkan ayat dalam esei atau karangan. Hal ini mungkin terjadi akibat pengaruh
rakan sekumpulan.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan


bahasa. Melalui media massa, generasi hari ini belajar menggunakan bahasa
inggeris, bercakap bahasa rojak, bercakap kasar dan bermacam-macam lagi. Setiap
apa yang disiarkan haruslah ditapis terlebih dahulu. Penapisan bahan penyiaran
haruslah seiring dengan kehendak kesantunan bahasa dan masyarakat. Kita harus
tegaskan bahawa kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan
seharian kerana bahasa menunjukan bangsa. Jika kita bercakap kasar, bangsa
apakah kita? Jika kita bercakap bahasa rojak, bangsa apakah kita? Melayu atau
barat? Malukah kita dengan budaya yang menitikberatkan kesantunan bahasa
sedangkan kesantunan bahasa itulah yang meninggikan maruah sesuatu kaum.
Kesantunan bahasa yang kian runtuh adalah dari pengaruh sekeliling. Ibu bapa
adalah orang yang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik anak untuk
bersopan santun ketika berbicara. Media massa seperti telivisyen memainkan
peranan penting dalam membentuk budaya berbahasa dalam kalangan generasi
muda hari ini. Mereka aplikasi apa yang mereka lihat, dan dengar. Sahabat-sahabat
disekolah, yang berperangai buruk dan tidak tahu akan kesantunan berbahasa juga
dapat merosakkan kesantunan bahasa anak-anak. Pilihlah kawan yang betul.

Generasi hari ini haruslah dididik menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara
terutamanya dengan orang tua. Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dan
menghormati orang tua apabila berbahasa seperti menggunakan panggilan pak cik,
mak cik dan sebagainya. Mereka juga sepatutnya tahu susunan hormat serta
panggilan seperti ‘yang berusaha, tuan pengetua’ dan sebagainya. Selain daripada
itu, mereka sepatutnya tahu apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan
tertentu. Mereka harus belajar cara menghormati sesuatu perbualan dan bersikap
sabar serta menerima pandangan orang lain dan tidak menyampuk kerana
menyampuk ini dianggap tidak bersopan dalam budaya kita. Mereka patut ambil tahu
bila giliran mereka berbicara dan bila masanya untuk mencampuri sesuatu perbualan
dan bila masanya untuk berhenti. Mereka juga harus belajar cara duduk serta postur
yang betul untuk sesuatu perbualan kerana gerak geri mereka serta raut wajah
mereka menggambarkan apa yang mereka rasa. Katakanlah jika seseorang individu
ini sedang berbicara dengan kita. Kita pula menunjukkan gerak badan serta raut
wajah yang menyampah atau tidak selesa dengan apa yang dikatakan. Sudah pasti
individu tersebut tidak selesa berbicara dengan kita dan akan menghentikan sesi
perbualan tersebut dengan segera, dan sudah pasti kita juga tidak mahu perkara
yang sama berlaku kepada kita. Selain daripada itu, kita seharusnya menerima
kritikan orang lain dengan hati yang terbuka dan tidak menunjukkan raut wajah tidak
selesa apabila menerima kritikan orang lain kerana setiap orang boleh mengkritik
tetapi tidak semua mampu meneriam kritikan orang lain. Kita sepatutnya bersikap
matang dan bersabar dan cuba bertoleransi agar kita diterima oleh orang lain.

Selain itu, pergaulan yang terlalu bebas dalam kalangan remaja terutamanya
haruslah dielakkan bagi menjaga kesantunan berbudaya serta berbahasa kita kerana
seringkali kita melihat anak-anak remaja yang berada dalam satu kumpulan,
menegur orang dengan cara yang begitu kasar sekali. Tona suara, intonasi dan
gerak-geri menunjukan asuhan ibu bapa terhadap anak-anak. Jika boleh, elakkan
bercakap dengan nada yang tinggi apabila bercakap dengan orang tua. Pengaruh
rakan sebaya juga amat kuat diterapkan dalam diri remaja. Oleh itu, ibu bapa
haruslah memantau pergerakan anak-anak supaya kesantunan bahasa dapat
dikekalkan demi maruah keluarga serta bangsa. Mereka harus belajar cara-cara
bercakap dengan sopan dan tidak sekali-kali bercakap kasar dengan orang lain
terutamanya mereka yang lebih tua agar tidak dilabel angkuh, sombong serta egois.
Kita juga mungkin dilabel sebagai seorang yang mengagungkan budaya barat yang
tidak mementingkan panggilan ayah, ibu dan sebagainya.

Kesimpulannya, kesantunan bahasa perlulah diterapkan dalam jiwa anak-anak kecil,


generasi muda yang bakal memimpin masa hadapan kerana merekalah akan
memartabatkan budaya serta bahasa melayu.

You might also like