You are on page 1of 17

PROSES PENCERNAAN

MANUSIA
PROSES PENCERNAAN
 Proses pencernaan ialah satu rantaian pemecahan
makanan dalam sistem pencernaan.
 Pencernaan berlaku secara fizikal dan kimia:
 Pencernaan fizikal melibatkan pengunyahan makanan oleh
gigi dan menggodaknya di dalam perut.
 Pencernaan kimia melibatkan tindakan enzim terhadap
makanan.
 Enzim mempercepatkan pencernaan makanan
dipanggil enzim pencernaan.
 Setiap enzim hanya boleh bertindak terhadap
sejenis bahan makanan yang dikenali sebagai
substrat.
 Enzim memerlukan medium yang mempunyai
nilai pH yang tertentu untuk berfungsi secara
sempurna. Medium itu mungkin berasid,
beralkali atau neutral.
 Terdapat tiga jenis enzim pencernaan yang

utama:
◦ Amilase yang menguraikan kanji
◦ Protease yang menguraikan protien
◦ Lipase yang menguraikan lemak.
MULUT
 Melibatkan pencernaan fizikal dan pencernaan kimia
berlaku di dalam mulut.
 Pencernaan fizikal berlaku apabila makanan dikunyah
menjadi cebisan-cebisan yang kecil oleh gigi.
 Pencernaan kimia berlaku apabila amilase liur dalam
air liur (dirembeskan oleh kelenjar liur)
mempercepatkan penguraian kanji kepada maltosa.
 Air liur mengandungi mukus yang melembutkan
zarah-zarah makanan untuk menbentuk gumpalan
yang dipanggil bolus.
 Bolus ditelan ke dalam esofagus
Esofagus
 Dinding berotot pada esofagus mengecut dan
mengendur untuk menghasilkan pergerakan
bergelombang yang dipanggil peristalsis.
 Peristalsis menolak bolus dari esofagus ke

dalam perut dan menyebabkan bolus pecah


kepada zarah-zarah yang lebih kecil.
Perut
 Dinding perut merembeskan jus gaster (gastric juice)
yang mengandungi asid hidroklorik, protease dan
air.
 Fungsi asid hidroklorik:

◦ Membunuh bakteria yang mungkin hadir di dalam makanan.


◦ Meyediakan medium yang berasid untuk tindakan protease.
◦ Menghentikan tindakan amilase liur.
 Juga merembeskan mukus untuk melindungi dinding
perut daripada dikakis oleh asid hidroklorik.
 Protease memangkinkan penguraian protein kepada

polipeptida atau pepton.


 Makanan separa pepejal dalam perut dipanggil kim.
USUS KECIL
 Terdiri daripada tiga bahagian iaitu
 Duodenum
 Jejunum
 Ileum
duodenum
 Bahagian pertama pada usus kecil.
 Kim bercampur dengan hempedu dan jus pankreas.
 Hempedu ialah cecair kehijauan yang dihasilkan oleh

hati, disimpan di dalam pundi hempedu dan


disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus
hempedu.
 Fungsi hempedu:

◦ Menyediakan medium yang beralkali untuk tindakan enzim


dalam hati
◦ Membaurkan lemak kepada titisan yang halus supaya luas
permukaan minyak lebih besar untuk tindakan enzim.
 Jus pankreas juga bersifat alkali dan
dihasilkan oleh pankreas. Ia mengandungi
 Amilase,
 Protease
 Lipase
 Fungsi enzim dalam jus pankreas;
◦ Amilase- menguraikan kanji kepada maltosa
◦ Lipase- menguraikan lemak kepada asid lemak dan
gliserol.
◦ Protease-menguraikan protein kepada polipeptida.
Jejunum dan ileum
 Bahagian bawah usus kecil
 Jus usus yang beralkali dirembeskan oleh ileum
 Jus usus mengandungi enzim untuk

melengkapkan pencernaan karbohidrat, protien


dan lemak
 Fungsi enzim dalam jus usus;

◦ Protease- polipeptida kepada asid amino


◦ Lipase –lemak kepada asid lemak dan gliserol
◦ Maltase-maltosa kepada glukosa
◦ Sukrase-sukrosa kepada fruktosa dan glukosa
◦ Laktase-laktosa kepada galaktosa dan glukosa
 Glukosa, fruktosa, galaktosa, asid amino, asid
lemak dan gliserol merupakan bentuk
makanan yang paling ringkas yang dapat
diguna terus oleh badan kita.
 Selulosa tidak tercerna di dalam badan kita

kerana kita tidak menghasilkan enzim


selulase.
Produk terakhir bagi pencernaan
 Glukosa dari karbohidrat
 Asid amino dari protein
 Asid lemak dan gliserol dari lemak.
Penyerapan makanan tercerna
 Hasil pencernaan, vitamin dan mineral
diserap ke dalam alir darah melalui dinding
usus kecil melalui resapan.
 Terdapat vilus, unjuran halus pada dalaman

usus kecil. Vilus mempercepatkan


penyerapan makanan tercerna kerana ia;
◦ Menambahkan luas permukaan penyerapan
◦ Mempunyai dinding epitelium setebal satu sel
sahaja
◦ Terdapat banyak kapilari darah.
Penyerapan semula air dan
penyahtinjaan
 Makanan yang tidak tercerna seperti pelawas
dibawa dari usus kecil ke usus besar melalui
peristalsis.
 Dalam usus besar, penyerapan semula air

berlaku. Air dan mineral terlarut daripada


makanan yang tidak tercerna meresap
melalui dinding usus besar.
 Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan
sebagai air kencing dan peluh atau dihembus
sebagai wap air
 Makanan tidak tercerna mengeras menjadi

sisa separa pepejal yang dipanggil tinja dan


disimpan sementara di dalam rektum
 Apabila rektum penuh, tinja disingkirkan

melalui dubur melalui proses penyahtinjaan.


 Jika sesorang mengalami kesukaran untuk
membuang air besar, dia dikatakan
menghidap sembelit.
 Sembelit berlaku disebabkan oleh

kekurangan air dan pelawas digizi


pemakanan.

You might also like