You are on page 1of 8

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2011 DI TAPAK

PERKHEMAHAN ULU BENDUL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN PADA 1


HINGGA 3 APRIL 2011

Pada 1 april 2011 telah diadakan satu Perkhemahan Bersepadu Unit


Beruniform di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu
pada 1 april 2011 hingga 3 april 2011 yang lalu. Jumlah peserta yang terlibat dalam
perkhemahan ini adalah seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang
pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan yang merupakan pelajar tahun 5 dan
tahun 6. Jumlah guru yang terlibat pula adalah seramai 13 orang.

Hari Pertama : Jumaat (1 April 2011)

Masa : 7.30 a.m – 8.00 a.m

 Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di kantin


sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum bertolak ke tapak
perkhemahan.
 Taklimat itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Azaman Bin Musa.
Pelajar telah diberikan tanda nama untuk dikalungkan di leher sepanjang
perkhemahan dijalankan.

Masa : 8.00 a.m – 2.00 pm

 Bertolak ke Tapak Perkhemahan Ulu Bendul menaiki 2 buah bas yang telah
disediakan.
 Semua peserta dan guru tiba ke destinasi yang ditujui agak lewat daripada
waktu yang telah dijangkakan. Hal ini kerana berlakunya perkara yang tidak
dapat dielakkan dimana salah sebuah bas iaitu Bas Satu yang dinaiki
mengalami kerosakan di pertengahan jalan.
 Bas Dua terpaksa menunggu bas satu terlebih dahulu sebelum mendapat
arahan untuk meneruskan perjalanan terlebih dahulu. Kem Komanden
memberikan arahan supaya bas dua bergerak ke destinasi terlebih dahulu.
Bas satu bergerak menuju ke destinasi setelah masalah yang dialami dapat
diatasi tidak lama kemudian.

Masa : 2.00 p.m – 5.00 p.m

 Bas dua sampai ke destinasi pada pukul 2.15 petang manakala bas satu yang
mengalami masalah sampai ke destinasi tapak perkhemahan pada pukul 2.35
petang.
 Pada pukul 3.00 p.m, semua pelajar berkumpul di tapak perkhemahan untuk
mendengar taklimat lebih lanjut oleh Kem Komanden.
 Perkara pertama yang dilakukan oleh Kem Komanden adalah memastikan
jumlah pelajar dan guru bagi mengelakkan masalah kehilangan pelajar atau
tidak cukup pelajar.
 Para peserta mula mendirikan khemah masing-masing dan dibahagikan
kepada dua zon iaitu Zon A untuk Tapak Perkhemahan Lelaki dan Zon B bagi
Tapak Perkhemahan Perempuan.
 Aktiviti mendirikan khemah dan mengemas berjalan dengan baik dengan
bantuan guru. Cuaca juga cukup baik, redup dan berangin pada hari tersebut.

Masa : 5.00 pm – 6.00 pm

 Selepas memasang khemah, pelajar menunaikan solat asar secara


berjemaah di dewan terbuka.
 Para pelajar dan guru makan tengahari bersama-sama di tempat makan. Dan
diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti water confident .

Masa : 6.00 p.m – 7.00 p.m

 Aktiviti water confident diketuai oleh En. Adam Bin Azam


 Aktiviti water confident berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
 Para peserta juga memberikan kerjasama yang baik dan mendengar arahan.
 Semua pelajar kelihatan begitu seronok sekali.
Masa : 7.00 p.m – 9.00 p.m

 Semua peserta makan malam dalam kumpulan yang telah ditetapkan.


 Selepas itu, semua pelajar beredar ke surau untuk menunaikan Solat Maghrib
dan Isyak berjemaah dan menghadiri kuliah Maghrib disampaikan oleh guru
pengiring yang mengikuti perkhemahan itu yang merupakan seorang Ustaz di
sekolah.

Masa : 9.00 p.m – 10.00

 Tepat jam 9.00 malam, para peserta berkumpul di dewan terbuka untuk
menjalankan aktiviti LDK iaitu latihan dalam kumpulan. Para peserta
berkumpul mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan
kumpulan masing-masing sempena dengan nama buah-buahan tempatan.
Kumpulan tersebut ialah Kumpulan Pulasan (Pengakap), Kumpulan Limau
Bali (Puteri Islam), Kumpulan Delima (Tunas Puteri), Kumpulan Naga (Kadet
Remaja Sekolah), dan Kumpulan Mengkudu (Persatuan Bulan Sabit Merah).
 Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua dan seorang penolong ketua.  
Setiap kumpulan diminta memberikan nama kumpulan, rasional memilih
kumpulan tersebut, melakar bendera kumpulan dan sorakan identiti kumpulan.
 Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membentangkan hasil kerja
kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan tersebut jika terdapat
sebarang persoalan. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan
sekali. Aktiviti dikelolakan dengan baik oleh Puan Nur Arrushdah Arifin dan
dibantu oleh Encik Azaman Bin Musa.
 Akhir sesi, Cikgu Azaman bin Musa selaku Kem Komanden memberikan
kesimpulan dan memuji penglibatan semua peserta. Sesi ini berakhir jam
10.00 malam.

Masa : 10.00 p.m – 11.00 pm

 Aktiviti berkumpulan diteruskan oleh Puan Arrushdah Arifin yang dinamakan


Ikatan Kasih Integrasi di mana peserta akan diikat hujung ibu jari masing-
masing. Setiap kumpulan diminta merungkaikan ikatan tersebut walau apa
cara sekali pun asalkan tali tidak putus atau tercabut. Akhirnya mereka akan
mengetahui pasangan masing-masing setelah kedua-dua punca tali berjaya
dileraikan.
 Aktiviti tersebut begitu menyeronokkan dan membuka minda peserta agar
kreatif dan berfikir dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti
berakhir jam 11.00 malam.

Hari Kedua : Sabtu (2 April 2011)

Masa : 6.00 a.m – 8.00

 Peserta dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah. Selepas
solat Subuh berjemaah telah diadakan tazkirah bagi senaman minda di pagi
hari.
 Kemudian, peserta bersiap sedia untuk senaman pagi. Aktiviti senaman pagi
berjalan baik dengan bantuan radio dan peserta nampak gembira sambil
bersenam robik.
 Seterusnya, para pelajar menikmati sarapan pagi terlebih dahulu sebelum
memulakan aktiviti yang seterusnya. Menu pada pagi itu adalah nasi lemak
telur goreng.

Masa : 8.00 a.m – 1.00 p.m

 Peserta perkhemahan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di


dewan terbuka untuk aktiviti Jungle trecking.
 Pada jam 9.30 pagi, pelajar memulakan aktiviti kembara yang diketahui oleh
En. Firdaus Bin Azlan.
 Setiap peserta diminta membawa telur ayam mentah dan diamanahkan
supaya menjaga telur tersebut seperti menjaga nyawa sendiri. Ini dapat
melatih peserta supaya bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan
sesuatu.
 Perjalanan memakan masa 4 jam dan kesukaran yang dihadapi ialah
menyusur paya dan mendaki bukit. Aktiviti turut disertai oleh Kem Komandan
dan guru-guru yang lain.
 Sepanjang perjalanan peserta telah ditunjukkan jenis-jenis flora dan fauna
yang terdapat di sepanjang kembara. Semua peserta basah kuyup dan ada
diantara mereka yang menyatakan bahawa ianya merupakan pengalaman kali
pertama melakukan aktiviti Jungle Trecking atau Kembara ini.

Masa : 1.00 p.m – 2.00 p.m

 Pengurusan diri, makan tengahari dan solat.

Masa : 2.00 p.m – 5.00 p.m

 Aktiviti Orientaring dilaksanakan oleh Puan Lisda bin Razlan dan setiap
kumpulan telah diberikan sebuah kompas sebagai panduan bagi aktiviti ini.
 Aktiviti Orientaring ini juga telah dijalankan dengan lancar. Semua peserta
yang terlibat kelihatan begitu gembira sekali kerana dapat menimba
pengalaman yang baharu.
 Aktiviti Orientaring ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Masa : 5.00 p.m – 6.00 p.m

 Peserta kemudiannnya terus menuju ke tempat makan untuk minum petang.


Selepas minum petang, para peserta menguruskan diri mereka untuk
menunaikan solat Asar pula.

Masa : 6.00 p.m – 7.00 p.m

 Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi refkleksi pada jam 6.00 petang. Dalam sesi
ini para peserta memberikan pandangan atau refleksi masing-masing
mengenai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut iaitu aktiviti
kembara hutan dan Orientaring.
 Semua peserta menyatakan perasaan dan pandangan yang amat positif
mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini
dijalankan. Sesi refleksi berakhir pada jam 7.00 malam.

Masa : 7.00 p.m – 9.00 p.m

 Kemudian, peserta menguruskan diri masing-masing dan menuju ke surau


untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Semua peserta
makan malam dalam kumpulan dan bersiap sedia untuk aktiviti LDK (Latihan
Dalam Kumpulan).

Masa : 9.00 p.m- 11.00 p.m

 Aktiviti LDK bermula pada jam 8.00 malam dan dimulakan dengan sesi
pertama yang bertajuk “Peranan Seorang pemimpin”. Dalam sesi ini, pihak
pengurusan telah menjemput seorang penceramah khas bagi menyampaikan
sesi LDK kepada para peserta iaitu Encik Tajol bin Embong.
 Tajuk LDK pada sesi kedua pula bertajuk “Pembinaan Jati Diri”. Aktiviti ini
dilakukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan dapat dilihat para
peserta memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang berinteraksi
dengan penceramah tersebut. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ini
berakhir pada jam 11.00 malam.
 Peserta yang kepenatan terus pulang ke khemah masing-masing dan tidur
kerana kepenatan.

Hari Ketiga : Ahad (3 April 2011)

Masa : 6.00 a.m – 8.00 a.m

 Seperti biasa, para peserta dikejutkan pada jam 6.00 pagi dengan
membunyikan siren untuk menguruskan diri dan bersiap sedi untuk solat
Subuh secara berjemaah dan sesi tazkirah pagi yang akan disampaikan oleh
guru yang bertugas.
 Selesai sahaja tazkirah pagi, para peserta dan guru-guru memakan sarapan
pagi yang telah disediakan.

Masa : 8.00 a.m – 1.00 p.m

 Kemudian para peserta dihendaki berkumpul untuk aktiviti yang terakhir iaitu
aktiviti ikatan dan simpulan.
 Aktiviti ini dilaksanakan dengan memberi tali kepada setiap pelajar dan guru-
guru yang mengendalikan aktiviti ini iaitu Puan Kamariah bt Yusof.
 Antara ikatan yang ditunjukkan ialah ikatan buku sila, simpul manok, bunga
keti dan lain-lain lagi. Aktiviti ini berakhir pada jam 1.00 petang. Para peserta
kelihatan penat dan dapat dilihat hanya dengan melihat riak wajah mereka.
Masa : 1.00 p.m – 2.00 p.m

 Pengurusan diri, makan tengahari dan solat.

Masa : 2.00 p.m – 5.00 p.m

 Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan


yang terbaik dan lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang.
 Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan buah
pulasan .
 Hadiah disampaikan oleh Ketua Kem Komanden iaitu Encik Azaman bin
Musa.
 Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, peserta diberi taklimat akhir
sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.
 Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan
kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.

Masa : 5.00 p.m

 Para peserta dan guru-guru bertolak pulang ke sekolah selesai sahaja aktiviti
gotong-royong tepat jam 5.00 petang. Para peserta sampai di sekolah pada
jam 10.00 malam.
 Di sekolah, semua pelajar dikehendaki untuk bermalam di sekolah. Pelajar
lelaki tidur di perpustakaan manakala pelajar perempuan tidur di surau.
Keesokan pagi, barulah semua peserta pulang ke rumah masing-masing.

Strength :

 Dapat menerapkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.


 Memupuk nilai murni saling bekerjasama dan saling bantu-membantu
sesama pelajar.
 Mengajar pelajar supaya menepati masa.
 Membolehkan pelajar mencuba atau menimba pengalaman yang baharu.
 Meningkatkan tahap pemikiran pelajar.
 Menerapkan sifat saling hormat menghormati.
 Mengajar pelajar untuk sentiasa beribadat tidak kira dimana mereka berada.

Weakness :

 Sistem pengurusan bas yang bermasaalah.


 Permulaan aktiviti yang dijalankan dengan lambat akibat pelajar lambat
sampai kerana kerosakan bas.

Opportunity :

 Pelajar dapat pengalaman yang baru.


 Pelajar dapat belajar sesuatu yang baru.
 Pelajar dapat menikmati keseronokan yang dialami sepanjang aktiviti
dijalankan.
 Pelajar berpeluang untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat.
 Pelajar berpeluang untuk mengenali guru-guru dengan lebih dekat.
 Pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Threat :

 Halangan seperti kerosakan bas tidak menghalang daripada aktiviti untuk


dijalankan seperti biasa.
 Halangan di kawasan hutan semasa aktiviti kembara tidak menjejaskan
semangat peserta-peserta perkhemahan untuk meneruskan perjalanan.

You might also like