You are on page 1of 23

Cerpen “Yuran”

Karya Omar Mamat

1
Nama : Shai Li Jiun
Tingkatan : 1 Bijak / 2011
Nama Guru : Puan Marlina Omar
Pengenalan - Cerpen
Cerpen adalah salah satu genre prosa
moden .Melalui cerpen , murid akan dapat
menikmati karya sastera yang dihasilkan
oleh penulis tanah air di samping
mempertingkat kemahiran berbahasa
mereka .
Pengenalan – Yuran
Melalui cerpen “yuran” karya Omar Mamat
, murid dapat memahami perasaan
seorang murid yang tidak mampu
manjelaskan yuran peperiksaan
sehinggakan dia mengambil keputusan
untuk ponteng sekolah kerana takut
dimarahi oleh guru .
Sinopsis
Amin meminta wang sebanyak RM60 daripada emaknya , Mak
Jah untuk membayar yuran sekolah . Mak Jah tidak dapat
memberinya kerana tiada wang . Di sekolah , Cikgu Arsad
mendesak Amin membayar esok yuran sukan dan yuran PMR
manakala pengetua pula memberi amaran kepadanya bahawa
andai dia mengagal melunaskan yuran tersebut , Amin akan
dikeluarkan daripada senarai calon peperiksaan PMR .
Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan , lalu
mengambil keputusan ponteng sekolah . Dia menuju ke pusat
beli-belah di pekan . Ketika Amin sedang melihat pengunjung
bermain permainan video , tiba-tiba dia dilanggar oleh
seseorang , menyebabkan buku dalam begnya bertabur .
Sambungan Sinopsis …
Amin segera mengejar pemuda itu dan berjaya menangkap
lelaki itu dan mereka dibawa ke balai polis . Wanita mangsa
ragut itu menyoal Amin . Apabila dirinya dikatakan ponteng
sekolah , Amin segera meninggalkan wanita itu . Di rumah ,
Mak Jah mula berleter kerana Amin ponteng sekolah . Tiba-
tiba , wanita tadi muncul di depan rumah Amin sambil
membawa beg sekolah Amin yang tertinggal di balai polis .
Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah .
Kemudian , dia menyerahkan sedikit wang sebagai membalas
jasa Amin . Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan
cita-citanya . Seorang wanita menjerit meminta pertolongan .
Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah .
Tema
Masalah remaja yang ketiadaan wang
menyebabkan terlibat dalam salah laku
disiplin .
Contoh :
Amin tidak mampu membayar yuran sekolah
menyebabkan dia ponteng sekolah .
kematian suami.
• Mak Jah membesarkan anaknya anak selapas
dalam serba kekurangan setelah membesarkan
kematian suaminya. Kepayahan ibu
• Oleh sebeb tidak sanggup berhadapan memberontak.
dengan Cikgu Arsad dan Pengetua , Amin mudah
bertindak ponteng sekolah dan Jiwa remaja yang
menghabiskan masa di pusat beli-belah
• Amin malu apabila Cikgu Arsad kesempitan hidup.
bertanyakan soal yuran yang
diri sebagai akibat
belum berbayar di dalam kelas.
Perasaan rendah
Persoalan
• Mak Jah bertegas terhadap anaknya dalam kehidupan.
agar anaknya itu belajar bersungguh- Kepentingan ilmu
sungguh dan tidak ponteng sekolah.
• Amin bertindak berani dengan kejahatan.
mengejar dan menangkap lelaki yang memberantas
meragut beg tangan seorang wanita Keberanian
di pusat beli-belah.
yang memerlukan.
• Wanita mangsa ragut prihatin akan
masalah Amin dan memberikan
terhadap insan
sejumlah wang untuk meringankan
kemurahan hati
beban hidup Amin.
Keprihatinan dan
Watak
• Amin
Watak
Utama

• Mak Jah
Watak •

Cikgu Arsad
Pengetua
Sampingan • Wanita
• Jazid
Perwatakan

• Amin bin Yaakob


~ Dia remaja lelaki berusia 15 tahun .
~ Dia anak tunggal Mak Jah .
~ Dia hormat dan sayang akan ibunya .
~ Ayahnya , Pak Akob sudah meninggal dunia .
~ Amin bertindak di luar kehendaknya semata-
mata untuk lari daripada masalah .
~ Amin berani bertindak .
• Mak Jah
~ Beliau ibu Amin .
~ Mak Jah sudah kematian suami .
~ Beliau tabah menghadapi kapayahan hidup .
~ Mak Jah penyayang .
~ Beliau sentiasa mengambil berat akan hal
ehwal anaknya .
• Cikgu Arsad
~ Beliau guru kelas Amin .
~ Cikgu Arsad tegas dan garang .
• Wanita
~ Dia ialah mangsa ragut di pusat beli-
belah .
~ Dia ramah dan baik hati .
~ Dia mengenang budi .
• Jazid
~ Dia kawan Amin .
~ Dia mengambil berat akan Amin .
Plot
a)Permulaan
Amin dikejutkan oleh ibunya , Mak Jah supaya
dia ke sekolah . Namun , Amin agak malas untuk
pergi ke sekolah . Ketika peperiksaannya masih
belum berbayar . Mak Jah berasa serba salah
kerana beliau tidak mempunyai wang sebanyak
enam puluh ringgit . Beliau juga sudah berikhtiar
untuk meminjam wang daripada Pak Long
Amin , namun hampa .
b)Perkembangan
Amin teringat akan kata-kata Cikgu Arsad yang
bertanyakan yuran sekolahnya di dalam kelas .
Amin berasa amat malu ketika dimarahi oleh guru
kelasnya . Demikian juga tatkala Pengetua
memberikan amaran keras bahawa namanya akan
disingkirkan daripada senarai calon PMR andainya
Amin masih gagal melunaskan yurannya pada hari
itu . Amin berasa amat sedih dan tertekan . Oleh
sebab dia enggan berhadapan dengan khalayak di
sekolahnya , Amin mengambil keputusan untuk
ponteng sekolah . Dia menghabiskan masa di pusat
beli-belah di pekan .
c) Kemuncak
Sewaktu Amin leka memerhatikan pengunjung
bermain permainan video , tiba-tiba dia dilanggar
oleh seorang lelaki hingga beg sekolahnya
terpelanting . Amin terkejut oleh suara jeritan wanita
dan diikuti oleh beberapa orang pemuda yang
berlari-larian ke sana ke mari .Amin mula menyedari
apa yang berlaku , lantas bertindak mengejar lelaki
tersebut dan memegang lengannya . Lelaki itu tidak
dapat melarikan diri . Akhirnya , Amin dan pemuda
itu dibawa ke balai polis . Di balai , Amin disapa oleh
wanita yang menjadi mangsa ragut itu . Amin kurang
senang dengan keadaan itu lalu meninggalkan
wanita tersebut dan pulang ke rumah .
d)Peleraian
Di rumah , Amin ditanya bertubi-tubi oleh Mak
Jah tentang tindakannya ponteng sekolah . Amin
hanya berdiam diri . Tiba-tiba , sebuah kereta
berhenti di hadapan rumah Amin . Amin sangat
terkejut kerana wanita yang ditemui di balai polis
tadi turun dari kereta itu sambil membawa beg
sekolahnya yang tertinggal di balai . Wanita itu
menceritakan segala-gala yang berlaku kepada
Mak Jah . Sebelum pulang , wanita itu
menghadiahi Amin sampul berisi wang sebagai
tanda terima kasih .
Latar

• Latar Masa
 Pada zaman sekarang
- Zaman adanya video games sebagai alat hiburan .

 Dalam tempoh dua hari


- Waktu Cikgu Arsad meminta Amin menjelaskan
yuran sekolah dan yuran peperiksaannya hingga
hari Amin ponteng dan berhadapan dengan jenayah
ragut di pusat beli-belah .
• Latar Tempat
 Rumah Amin
- Amin bertanyakan yuran sekolahnya kepada ibunya .
 Dalam kelas
- Cikgu Arsad menanyai Amin tentang yurannya yang
belum berbayar .
 Dalam bilik pengetua
- Pengetua memberikan amaran kepada Amin bahawa
dia akan disingkirkan sebagai calon untuk menduduki
PMR .
 Pusat beli-belah
- Tempat Amin ponteng sekolah dan Amin berjaya
menangkap peragut beg tangan seorang wanita .
 Balai polis
- Amin disapa oleh wanita yang menjadi mangsa ragut .
• Latar Masyarakat
 Masyarakat di sekolah
- Amin pelajar tingkatan tiga , Cikgu Arsad pula guru di
sekolah Amin .
 Masyarakat kampung yang miskin
- Mak Jah tidak mampu menyediakan yuran sekolah Amin
sebagai akibat kemiskinan sekolah .
 Masyarakat yang mengambil jalan mudah untuk hidup
- Pemuda yang ditangkap oleh Amin sanggup melakukan

jenayah ragut demi mencari wang .


 Masyarakat yang mengenangi budi dan pemurah
- Wanita mangsa ragut berterima kasih kepada Amin dan
memberikan sedikit sumbangan kepada Amin .
Gaya Bahasa
• Simile
– Berlingkar macam ular sawa kekenyangan , mukanya merah
bagai udang dibakar .
• Metafora
– Kotak fikiran , kaki lepak .
• Peribahasa
– Jalan pintas , memasang telinga , sebesar kangkang kera .
• Sinkope
– Tak , mak , nak (hendak) , nak (anak) .
• Personifukasi
– Tergenggam harapan .
• Bahasa Asing
– Bahasa Inggeris : video games
– Bahasa Arab : rahmatullah, assalamualaikum , waalaikumusalam
Nilai
• Kasih Sayang
– Mak Jah amat sayang akan Amin .
• Kecekalan
– Mak Jah cekal menghadapi dugaan dan kepayahan hidup
selepas kematian suaminya .
• Amanah
– Mak Jah tidak pernah lupa akan wasiat arwah suaminya yang
mahu Amin belajar bersungguh-sungguh .
• Keberanian
– Amin berani menangkap pemuda yang meragut beg seorang
wanita .
• Kesyukuran
– Wanita itu menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga Amin .
• Hemah Tinggi
– Mak Jah tidak segera menerima pemberian wang daripada
wanita yang ditolong oleh anaknya , sebaiknya ditolak secara
baik olehnya pada peringkat awal .
Pengajaran
• Kemiskinan bukanlah halangan untuk menuntut ilmu .
– Amin nekad untuk meneruskan persekolahannya demi mencipta cita-
citanya .
• Janganlah mudah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup.
– Amin hampir-hampir putus asa lantaran kegagalannya untuk membayar
yuran sekolah .
• Janganlah melakukan jenayah atau perkara yang menyusahkan orang lain
.
– Tindakan lelaki yang meragut beg tangan wanita itu adalah suatu jenayah
dan menyusahkan orang lain .
• Kita haruslah bertindak dan membantu insan yang memerlukan.
– Amin segera bertindak dan membantu pihak polis memberkas peragut .
• Kita haruslah mengenang jasa insan yang telah menabur budi.
– Wanita yang menjadi mangsa ragut memberikan sunbangan kepada Amin
sebagai tanda terima kasih .

You might also like