You are on page 1of 15

Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |1

1.0 PENDAHULUAN

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media
telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak heran dengan kecanggihan yang wujud
sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan
manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan
maklumat terkini. Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi
manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan
senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan
Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam
memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial
medan.1

Menurut W.Schramm dalam Syed Arabi Idid, media berperanan untuk


menyedarkan tentang semangat kenegaraan selain dapat digunakan sebagai suara
perancang negara dan mengajar kemahiran yang baru. di samping itu, menurut
A.Samad Ismail, seorang tokoh wartawan yang terkenal bahawa peranan media baik
media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat
dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk membentuk pendapat dan fikiran umum,
mempengaruhi, mendidik serta meningkatkan tahap fikiran, nilai hidup yang baik dan
mensejahterakan masyarakat 2

Di Negara Brunei Darussakam sekarang sudah terkenal dengan media cetaknya


seperti Media Permata, Borneo Bulletin, Pelita Brunei dan majalah-majalah lain. Bahan-
bahan seperti ini memang banyak mengandungi banyak informasi-informasi yang
penting. Media-media ini akan memberikan ilmu pengetahuan yang belum kita ketahui.
Kebanyakan orang ingin mengetahui mengenai tips-tips kesihatan, jawatan-jawatan
kosong dan banyak lagi ilmu pengetahuan sama ada yang di dalam negeri ataupun luar
negeri. Begitu juga dengan media elektronik seperti radio dan televisyen yang sudah

1
Ahmad Muhammad Hassan, 1999, Media Pembelajaran, Singapura, Cahaya Bakti Printing,m.s 22
2
ibid
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |2

meningkat saluran-salurannya. Dunia hiburan masa kini sudah jauh meninggalkan


zaman.

2.0 APA ITU MEDIA?


Media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik
media dan sasaran orang ramai. Peranan media amat penting untuk menyampaikan
pelbagai bentuk maklumat seperti pendidikan, kebudayaan, ekonomi, hiburan dan
berita.3 Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini media banyak menyiarkan
rancangan yang berbentuk mistik, kisah-kisah jenayah, cara hidup yang liar dan
program-program hiburan yang tidak bersesuaian dengan budaya hidup masyarakat
negara kita. Program-program ini ditayangkan oleh semua saluran media sama ada
media cetak mahu pun media elektronik seperti televisyen, empayar internet, media
interaktif , akhbar, buku, majalah, artikel dan sebagainya. 4

Dahulu media hanya ditunjukkan kepada bahan-bahan bertulis contohnya


suratkhabar, buku, majalah dan sebagainya dan berbentuk audio-visual seperti
televisyen dan radio. Tetapi hari ini skop media telah berkembang melampaui pelbagai
bentuk dan alat seperti Internet, teknologi telefon bimbit seperti SMS. MMS dan
multimedia lainnya, malahan melintasi teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan
media untuk berhubung dalam masa yang sangat cepat, pantas, mudah dan terbuka
yang melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa. 5

Media di zaman sekarang benar-benar menjadi ‘tuan’ dalam seluruh aspek


kehidupan. Dari orang yang paling kecil sampai konglomerat, semua mengenal
perkembangan media, baik dalam bidang informasi, komunikasi, komputer, teknologi,
3
Jamaluddin Siregar, 1997, Kaedah Media Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur, Sri Indah Ltd. Co, m.s 25
4
ibid
5
opcit m.s 32
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |3

internet dan sebagainya. Media yang berkembang begitu cepat sekali bukan saja
teknologi media itu sendiri, tetapi pengunaan dan pemanfaat media sangat cepat. 6

Media mempunyai nilai yang sangat positif dalam perkembangan kehidupan


manusia, namun juga menjadi perosak yang menjerumus manusia ke dalam kegagalan
dan kehancuran. Dengan demikian media sebenarnya neutral dalam diri sendiri dan
sekarang tergantung kita yang menggunakan alat tersebut, apakah itu dipakai sebagai
alat kebenaran atau alat itu digunakan untuk senjata kejahatan. 7

3.0 KONSEP MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Media yang juga dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran
komunikasi yang membawa maklumat.Iaitu dari penyampai akan diterima oleh
penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media. Dalam pengajaran,
media berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan
dengan ini ianya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. 8

Pada awalnya,iaitu sebelum bidang teknologi memainkan peranannya yang


besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru-guru adalah merupakan media
yang utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajarnya.
Perkembangan dalam bidang teknologi memungkinkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran guru.

Pembelajaran kendiri boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media


pengajaran yang berkesan dan sesuai. Antara contoh yang boleh digunakan dalam
9
pembelajaran kendiri ialah pita video, computer atau modul pengajaran.

6
Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan Mawar,m.s 45
7
ibid
8
opcit m.s 47
9
Noriati A. Rashid Boon Pong Ying Sharifah Fakhriah Syed Ahmad Wan Kamaruddin Wan Hassan,2009, Teknologi
dalam Pengajaran dan pembelajaran, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd, m.s 32
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |4

Dalam pada masa yang sama, hal ini menunjukkan guru masih berperanan
dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran,pemilihan
strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta bentuk penilaian.Dari apa yang
diterangkan diatas, dapatlah difahami serba sedikit mengenai dengan makna media
pengajaran. Media itu di definisi kan sebagai pelbagai alatan yang mampu
menyampaikan mesej pengajaran.10

Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan
mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan meransang
pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Dalam konteks pendidikan, media
merupakan alat yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan
mesej dengan berkesan kepada penerima (pelajar).

Pun begitu, kita tidak boleh sama sekali membataskan media dalam pengajaran
dengan melibatkan peralatan semata-mata. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan teknik
sehingga pelajar melalui pelbagai pengalaman yang bermakna semasa menempuh
proses pembelajaran. Hakikatnya media dalam pengajaran perlu menjadi penghubung
antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. 11

Pengunaan media bermula dari guru sebagai pihak utama yang mencari jalan
untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
Guru perlu menyedari bahawa keupayaanya bukan sahaja menyampaikan kandungan
pelajaran secara langsung kepada pelajar sebaliknya kandungan pelajaran dapat
diterima dengan mudah dan berkesan sekiranya guru dibantu oleh pelbagai jenis
media.12

3.1 FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

10
ibid
11
ibid
12
Halimah Johari, 1996, Pengajaran Bersistematik Dengan Bahan Media, Kuala Lumpur, PTU printing, m.s 44
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |5

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk


meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah
penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan
pengajaran di bilik darjah.

Selain itu juga, penggunaan media pada masa ini mampu memenuhi pelbagai
tuntutan dalam pendidikan memandangkan pendidikan pada hari ini bukan sahaja
terbatas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan matlamat
pendidikan lebih luas dan menyeluruh.

Antara matlamat pendidikan adalah untuk menghasilkan masyarakat yang


memiliki keupayaan dalam mereka cipta dengan menggunakan kreativiti atau daya
kreatif pelajar di samping mampu untuk mempelbagaikan kemajuan sains teknologi dan
ledakan maklumat.

Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan


belum mampu menjadikannya sebagai modal insan, sebaliknya seseorang manusia itu
perlu juga memiliki keupayaan diri dan mempunyai ketahanan dalam mental dan emosi.
Tuntutan tersebut adalah berat untuk seorang guru memikulnya, maka dengan
penggunaan media serba sedikit dapat meringankan tanggung jawab guru tersebut
yang mana di antara fungsi nya adalah seperti berikut. 13

3.1.1 PEMBANTU GURU

Dengan menggunakan media sebagai sebahagian dari alat atau bahan bantu
mengajar ianya akan membantu guru dalam melaksanakan proses pembelajaran dan
pengajaran secara sistematik. Disamping itu ianya akan memberikan kemudahan
kepada guru dalam menerangkan suatu isi pelajaran yang diajarkan.

Sebagai contoh pengguanaan media bagi mata pelajaran ibadat iaitu dalam bab
solat, guru akan menggunakan slide atau video sebagai bahan bantu mengajar. Disini

13
opcit m.s 65
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |6

dapat dilihat akan kepentingan serta peranan media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Dengan menggunakan video, guru akan memainkan video tersebut sebelum


memulakan pembelajaran yang mana pelajar akan menunjukkan rasa minat untuk
menonton video berkaitan dengan solat. Masa menayangkan video tersebut sekurang-
kurang nya 3-4 minit sahaja agar masa tidak terbuang dengan mengambil masa yang
lama.

Manakala bagi pertunjukkan slide, guru haruslah memilih latar belakang yang
sesuai agar pelajar tidak terlalai atau asyik dengan latar belakang yang penuh dengan
gambar kerana ianya akan menghilangkan fokus pelajar dalam pembelajaran dan
hendaklah dipastikan ianya bersesuaian dan tidak terlalu “simple”.

Dari penerangan itu tadi jelas media itu membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang mana dengan adanya media seperti yang disebutkan diatas tadi
akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada guru bahkan juga kepada pelajar
amnya kerana dengan pembelajaran mengguanakan media ini kesannya akan lebih
efektif dari dilakukan dengan menggunakan kaedah syarahan semata-mata tanpa
menggunakan bahan media yang bersesuaian. 14

3.1.2 PENGGANTI GURU.

Keupayaan guru dalam mengendalikan pengajaran ada kalanya berdepan


dengan pelbagai kekangan seperti guru perlu menghadiri mesyuarat tergempar atau
tugas-tugas ad hoc yang memungkinkan kelas terpaksa di tinggalkan seketika. Sebagai
manusia juga guru itu tidak terlepas dari masalah kesihatan dan tidak mampu
melaksanakan tugas nya seperti kelaziman.

Dan ada di antara guru yang harus menghadiri seminar-seminar atau kursus-
kursus yang diarahkan dan terpaksa digantikan oleh guru lain.Hal-hal yang seperti ini
14
Lee Yew Teng, 1997, Global Pendidikan, Johor Bharu, Bertih Sdn Bhd, m.s 50
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |7

menjejaskan serba sedikit proses pembelajaran pelajar akan tetapi penggunaan media
dalam pengajaran dan pembelajaran akan mampu mengurangkan sebarang kesulitan
yang timbul.

Dalam hal ini, pelajar mampu untuk melakukan pembelajaran kendiri dengan
menggunakan media mengikut panduan serta bimbingan yang terdapat pada media
yang digunakan tersebut. Pada masa kini banyak pihak yang telah pun menyediakan
portal pembelajaran kendiri yang membenarkan proses pembelajaran.

Ianya dikendalikan sendiri oleh pelajar hanya dengan mematuhi arahan dan
langkah-langkah pembelajaran yang diarahkan oleh media yang di gunakan yang mana
perkembangan ini melahirkan pelbagai ciptaan bahan media yang mampu menarik
pelajar untuk mengikuti pembelajaran mereka walaupun sewaktu ketiadaan guru. 15

4.0 BAHAGIAN MEDIA NON-ELEKTRONIK.

Media non-elektronik itu terdapat pelbagai jenis dan unsur yang mana ianya
dapat diklafikasikan kepada beberapa bahagian yang diantaranya dua bahagian
seperti berikut:

 Media non-elektronik bercetak


 Media non-elektronik tidak bercetak

-Media non-elektronik bercetak

15
opcit m.s 52
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |8

Media non-elektronik bercetak adalah alat atau bahan bantu mengajar


merupakan salah satu alat yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ianya meransang daya pemikiran pelajar dengan pelbagai bentuk dan
warna yang menarik. Diantara Media non-elektronik bercetak yang dihasilkan sebagai
bahan bantu mengajar adalah seperti poster-poster,gambar-gambar animasi,peta-peta
dan sebagainya. Juga termasuk kedalam bahan media non-elektronik bercetak adalah
2D dan 3D.16

-Media non-elektronik tidak bercetak

Apa yang dimaksudkan dengan media non-elektronik tidak bercetak sebenarnya


adalah sama dengan yang bercetak akan tetapi perbezaan nya ialah yang tidak
bercetak iu menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan sebarang mesin bagi
penghasilan media tersebut.Ianya adalah ditulis atau dibuat oleh guru itu sendiri dengan
memakan masa yang ada kalanya lama dan ada kala nya mengambil masa yang
sedrhana berbanding dengan penghasilan media non-elektronik bercetak yang
mengambil masa sekitar beberapa saat sahaja.17

5.0 KEPENTINGAN MEDIA DALAM KEHIDUPAN.

Sekarang zaman globalisasi ini, manusia sangat membutuhkan teknologi dalam


kegiatan sehari-hari. Media juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan
penggunaan teknologi seperti contoh buku-buku dihasilkan dengan adanya mesin
fotokopi untuk dicetak, akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga terhasil dengan
18
adanya teknologi canggih untuk mencetak sedala media-media yang diperlukan.

Selain itu juga, teknologi seperti komputer kini sudah dikenali seluruh
masyarakat apatah lagi dengan kemunculan internet. Penggunaan komputer dalam
16
Daud Hashim, 1999, Teknologi Pembelajaran dalam Pengajaran, Singapura, Bright Printing Co., m.s 44
17
ibid
18
opcit m.s 44
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Ugama |9

melayari internet telah berkembang pesat dan memberi impak kepada pendidikan
dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel
elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai
medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.

Teknologi multimedia interaktif menerusi web juga menjadi fenomena baru yang
semakin mendapat sambutan ramai seluruh dunia. Pengintegrasian antara kedua-dua
teknologi membawa perubahan dalam penggunaan media, khususnya dalam
19
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah.

Penggunaan media bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa


mesej atau maklumat isi pelajaran yang direka bentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh
media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat,
internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon, mesin fotokopi, projektor dan
seumpamanya.

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan


gabungan media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan.
Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat
mod pengajaran mempunyai motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang
20
hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja.

Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana
ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi pelajar
dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut
Jonassen (1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif.

19
Kee Wong Liew,2000, Gandingan Media dan teknologi dalam pendidikan,Kuala Lumpur, NVG sdn bhd,m.s 66
20
ibid
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 10

Pembelajaran menerusi multimedia mempunyai banyak kelebihan dan antara


yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) dalam buku mereka bertajuk Multimedia
For Learning adalah:

i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana
saja mereka berada.
ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan
yang terdapat di seluruh dunia.
iii. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah
dan pantas.
iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar
dan pendidik.21
v.
Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat
menghasilkan perubahan pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan tajuk yang berkenaan. Selain itu,
pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk
meneruskan pembelajaran dan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu.

McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan


terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-
22
sama teknologi web atau internet.

6.0 PENGHASILAN MEDIA NON-ELEKTRONIK

Tajuk yang akan di bahaskan ialah berkenaan dengan penghasilan media non-
elektornik, yang mana seperti penjelasan yang sudah diterangkan di atas bahawa
media memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

21
ibid
22
opcit m.s 43
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 11

Penghasilan bahan media non elektronik adalah bahan yang dihasilkan dengan tidak
menggunakan atau memerlukan kuasa elektrik.23

Ianya hanya memerlukan kepada bahan-bahan seperti kertas atau buku dan
sebagainya untuk dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar. Berikut adalah di
antara beberapa bahan non-elektornik bagi proses pengajaran dan pembelajaran.:

Inilah di antara penghasilan bahan media non-elektronik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tidak kira dengan mana-mana institusi pengajian pada masa kini.
23
ibid
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 12

Gambar di atas menunjukkan antara bahan-bahan media yang non-elektronik yang


digunakan. Tidak terhad pada mata pelajaran pendidikan semata-mata sahaja juga
termasuk juga mata pelajaran ugama. Seperti yang mana yang terdapat di atas antara
bahan media non-elektronik yang digunakan dalam pembelajaran ugama ialah seperti
bulan-bulan menurut kalendar Islam.

7.0 APLIKASI MEDIA NON-ELEKTRONIK DALAM PEMBELAJARAN UGAMA.

Dari kajian yang di lakukan oleh Mahmud Sakili (1988) beliau menyebutkan
bahawa penggunaan media perlu di tekankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana peredaran zaman yang semakin hari semakin berkembang dengan kepesatan
info telekomunikasi atau ict. Segala bahan media yang digunakan hendaklah di
aplikasikan dengan sebaiknya tanpa mengira bahan yang digunakan. 24

Penggunaan media dalam pembelajaran ugama bukan lah suatu benda yang
baharu dilakukan kerana ianya sudah pun berlaku mungkin di awal tahun 70an. Iaitu
dengan menggunakan papan tulis sebagai bahan media. Setelah kemajuan dicapai
pada tahun 80an guru-guru telah memulakan pengajaran dengan menggunakan media
non-elektronik seperti kad manila, carta, buku-bukuan dan lainnya.

Untuk mengaplikasi media non elektronik ini pada mata pelajaran ugama ianya
hendaklah bersesuaian dengan subjek yang diajarkan agar pelajar dapat memahami
dengan lebih berkesan. Ini kerana jika pelajar kurang memahami isi satu-satu pelajaran
itu maka akan menyulitkan bagi guru untuk mengulang kembali isi pelajaran tersebut.

24
Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan Mawar,m.s 109
Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 13

Guru seharusnya tahu mengaplikasikan jenis media non-elektronik yang


bersesuaian sebagai contoh dalam bab solat. Guru bolehlah melukis gambar orang
yang sedang bersolat atau lebih baik jika sekiranya guru mengambil gambar orang
yang sedang bersolat dan dipotong dan seterusnya dilekatkan pada kad manila.

Begitulah diantara cara-cara untuk mengaplikasikan bahan-bahan bantu


mengajar yang berasaskan kepada media non-elektronik yang mana bahan tersebut
boleh diguna pakai lagi dan mengelakkan dari berlakunya pembaziran dan dalam pada
masa yang sama bahan tersebut dapat diguna pakai di tahun yang mendatang.

8.0 Penutup

Secara kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan


untuk menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita
serta membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari. Dengan menggunakan alat
media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui
sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan
seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-
Imran: 104 yang mafhumnya:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan
menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah
orang-orang yang beruntung.”

Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 14

Oleh yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media


untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan
yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka.

Dalam dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah
secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media
cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda negara-negara
yang disasarkan.

Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan
alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan kepada
penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah Subhanahu
Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam Surah
Al-Hujuraat:6 yang mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh
membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu
menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam
P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 15

Bibliografi

- Ahmad Muhammad Hassan, 1999, Media Pembelajaran, Singapura, Cahaya Bakti Printing
- Daud Hashim, 1999, Teknologi Pembelajaran dalam Pengajaran, Singapura, Bright Printing Co
- Halimah Johari, 1996, Pengajaran Bersistematik Dengan Bahan Media, Kuala Lumpur, PTU
printing
- Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan
Mawar
- Jamaluddin Siregar, 1997, Kaedah Media Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur, Sri Indah Ltd. Co
- Kee Wong Liew,2000, Gandingan Media dan teknologi dalam pendidikan,Kuala Lumpur, NVG
sdn bhd
- Lee Yew Teng, 1997, Global Pendidikan, Johor Bharu, Bertih Sdn Bhd
- Noriati A. Rashid Boon Pong Ying Sharifah Fakhriah Syed Ahmad Wan Kamaruddin Wan
Hassan,2009, Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran, Selangor Darul Ehsan, Oxford
Fajar Sdn Bhd

Hasil Usaha:
Haji Abdul Afiq bin Zainuddin
09DTOO5
Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

You might also like