You are on page 1of 18

PENDIDIKAN KHAS

MAJOR-BERMASALAH
PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN
PEREMPUAN MELAYU MELAKA
2010
Definisi Pendidikan Khas
Minat mengkaji Pend. Khas kerana :

 Ada ahli keluarga yang perlukan perkhidmatan


khas.

Ingin menjadi sukarelawan

Ingin menjadi guru Pendidikan Khas.


Beberapa Definisi Pend. Khas.

Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi


keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
( Hallahan dan Kauffman 2006)

Program pengajaran khusus yang direka bentuk


untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia
mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan
peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
( Gargiulo 2003)
 Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai
memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang
upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik
darjah, rumah, hospital atau institusi lain.
( Friend 2005)

 Usaha yang berterusan untuk menggalakkan


perkembangan optima seseorang sebagai yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman ,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
( Mansor 2005)
KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Murid pendidikan khas adalah murid yang memiliki ciri-ciri
khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti
pembelajaran seperti murid-murid normal.

Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal,


mental, deria, emosi dan tingkahlaku menjuruskan
mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran.

Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang


sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.
Rumusan Definisi dan Konsep
Pendidikan Khas
 Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus
untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas.
Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan
teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini
termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk
membantu pembelajaran murid­murid khas. Program
pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan
membentuk murid melalui perkembangan mental,
kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini
dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan
menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai
disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat
sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran , berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang, dan menjuruskan kehidupan
serta menjadi potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan
falsafah pendidikan kebangsaan.
Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang


berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah kecemerlangan
hidup sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas

Menyediakan pendidikan yang berkualiti


kepada murid-murid berkeperluan khas
untuk menjadikan mereka INSAN yang
dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
Akta Pendidikan Khas
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984.

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet


lahir ekoran daripada perakuan `Deklarasi
Universal Hak Asasi Manusia` pada tahun 1948.
Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh `Deklarasi
Dunia Tentang Pendidikan Untuk Semua` 1990
yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu
lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan
1996.
Akta Pendidikan Khas.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan
digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu
bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah
dimasukkan dalam akta tersebut yang
menyarankan bahawa:

40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan


khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan oleh
menteri sesuai manfaat.
41. 1. Tertakluk kepada sub seksyen (2) dan ( 3) menteri
boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan :

a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang


sesuai dengan keperluan murid yang menerima
pendidikan khas;

b) Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan


pendidikan khas;

c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan


kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam
setiap kategori sekolah khas; dan

d) Apa-apa perkara yang difikirkan oleh Menteri


suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996
dilihat oeh pelbagai pihak sebagai era baru
dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri
Pelajaran dikehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukkan kuasa kepada menteri untuk
menetukan tempoh persekolahan dan
kandungan kurikulum untuk keperluan
pendidikan khas . Amalan pada masa ini kanak-
kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah
sehingga umur 19 tahun.
Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan
Akta Pendidikan 1996
1. Perlaksanaan Pendidikan Inklusif
Pada th 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3
pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas
biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada
tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat
pendengaran telah ditempatkan ditingkatan
enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala
Lumpur. Sesi persekolahan 1994/95
bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di
Malaysia bagi program KKBP.
2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

Bagi memantau perjalanan program pendidikan


khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan
dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu
jabatan yang membolehkan pelajar kurang
upaya terbela dari segi akademik. Peluang
belajar telah dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi
selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan
IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud
peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran
dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke
sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK
memudahkan Kementerian Pelajaran
menyalurkan bantuan kewangan.
3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan.

Terlaksananya akta ini membolehkan ibu


bapa mendesak kerajaan menubuhkan
sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi
pihak kerajaan pula akta ini membolehkan
seseorang pelajar khas yang belum
bersedia ditolak penempatannya setelah
tamat tempoh percubaan.
4. Pembentukan kurikulum Fleksibel.

Akta Pendidikan 1996 (Bah.II/4) dan akta


pelajaran 1961 perkara 116 membolehkan
pihak guru mengubahsuai kurikulum,
kaedah atau teknik p&p mengikut
kesesuaian dan kemampuan murid. Ini
memberi peluang kepada guru
membentuk dan mereka kurikulum
vokasional dan kemahiran hidup
diperingkat rendah dan menengah.

You might also like