You are on page 1of 25

KOD ETIKA

PROFESION
PERGURUAN
MALAYSIA
APA ITU ETIKA?
 Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995)
 Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus
Oxford, 1994)
 Tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap
masyarakat
 Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada
tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah
MAKSUD ETIKA PROFESIONAL
 Semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam
masyarakat.
ETIKA PERGURUAN
 Satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar.
KEPENTINGAN KOD ETIKA
PERGURUAN
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:

 Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana


bertingkah laku dalam profesion perguruan. –
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

 Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas


tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
 Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika
Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di
negara lain. – Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
 Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu
profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
 Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan
lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan dan negara.
 Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting
dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan
antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
ETIKA PROFESION KEGURUAN
 Mengelakkan tingkah laku yang boleh
menyebabkan orang ramai hilang
kepercayaan terhadap profesion keguruan
 Amanah berhubung kewangan
 Dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur
 Kepentingan murid harus mengatasi semua
kepentingan lain
 Guru haruslah menumpukan perhatian
terhadap keperluan setiap muridnya.
 Mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa,
warna kulit, jantina, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, asal keluarga, intelek
dan status
 Berperanan sebagai ‘pengganti ibu bapa’ (in
loco parentis) kepada pelajar
 Mengesan dan menerima perbezaan individu
dan memperkembangkan potensi pelajar dari
segi JERI
 Menghormati maklumat sulit pelajar
 Tidak menyatakan dan membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibu bapa
 Guru tidaklah harus menanam sikap yang
boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
 Guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat dan berguna.
 Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa
supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya
 Tidak menerima apa-apa bayaran daripada
murid untuk pengajaran tambahan semasa
waktu sekolah/cuti sekolah melainkan
bayaran-bayaran yang disahkan
 Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen
 Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan,
politik persendirian terhadap murid
 Tidak harus meminta/menerima hadiah
daripada ibu bapa murid/ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas
 Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru lain
 Hanya menggunakan cara yang sah untuk
kenaikan pangkat
 Tidaklah mengiklankan dirinya dengan cara
membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan
RUMUSAN
 Kod etika perguruan haruslah diamalkan oleh
setiap guru di Malaysia demi memartabatkan
profesion perguruan
AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP:

-SEKOLAH
-TINGKAH LAKU
-MURID
-PROFESION
-KOMUNITI
GURU
 Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti
pendidik, pengajar dan pengasuh.

 Pendidik bermaksud orang yang memelihara


dan melatih.

 Pengajar ialah seorang yang menjadi


petunjuk kepada orang lain

 Pengasuh memberi makna orang yang


memelihara, menjaga dan mendidik.
KONSEP AKAUNTABILITI
 ‘Akauntabiliti’ di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. (Kamus
dewan)
 Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka
yang berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan tersebut. (Tan Sri Ahmad Sarji)
 Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima kebertangungjawaban terhadap
sesuatu keputusan yang telah diambil.
AKAUNTABILITI KEGURUAN
 Tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru.

 Tanggungjawab guru terhadap


profesionalisme keguruan.

 Merangkumi akauntabiliti guru terhadap


sekolah, tingkah laku, murid, profesion dan
komuniti
AKAUNTABILITI TERHADAP
SEKOLAH
 Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.

 Guru bertangungjawab terhadap tugas yang di


amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

 Guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan


dan kemajuan sekolah.

 Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga


hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha
peperiksaan,setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
AKAUNTABILITI TERHADAP
TINGKAH LAKU
 Guru sebagai role model harus menjaga tingkah
laku
 Mkebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna.
 Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya.
 Hendaklah bijak menguruskan kewangan
dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan
dengan perbelanjaan.
 Digalakkan untuk melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa di sekeliling melalui
media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya.
 Guru juga boleh melibatkan diri dalam
sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa
lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat
dari segi mental dan fizikal.
AKAUNTABILITI TERHADAP
MURID
 Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi
di bilik darjah termasuk mematuhi masa
dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan.
 Haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
 Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan
perkara-perkara lain.
 Membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka

 Memberi contoh teladan yang baik dengan


berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model
yang baik.
AKAUNTABILITI TERHADAP
PROFESION
 Guru dikenalai sebagai ‘Master in teaching’
 Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar
 Menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus
yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah.
 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum.
 Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang
betul agar murid menerima ilmu yang betul dan
tepat.
AKAUNTABILITI TERHADAP
KOMUNITI
 Ahli masyarakat di tempat bertugas/menetap
 Bertugas setiap masa menyebarkan matlamat
pendidikan negara (prinsip Rukun Negara &
Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
 Mengamalkan tingkah laku yang sopan dan
diterima dalam komuniti agar diberi
kepercayaan
 Menghormati masyarakat di tempat
berkhidmat
 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
warganegara asalkan tidak melanggar etika
profesion perguruan dan undang-undang
negara
 Menggalakkan kerjasama antara ibu bapa,
sekolah dan masyrakat
 Mengelakkan menyebarkan ajaran atau
maklumat yang boleh merosakkan perpaduan
masyarakat
 Memupuk sikap dan nilai kesatuan,
menerapkan nilai 1 Malaysia
KESIMPULAN
 Akauntabiliti guru amat luas ruang
lingkupnya
 Menjalankan semua tanggungjawab guru agar
dapat memaksimakan usahanya untuk
membangunan tahap profesionalisme ke
tahap yang lebih tinggi
 Mengangkat martabat profesion keguruan
membantu melahirkan modal insan yang
berkualiti

You might also like