You are on page 1of 49

Bengkel/Khusus

PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Kolej Mara & MRSM


7.0 Objektif
Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang:

• Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains.


• Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang
melibatkan pembelian bahan dan alat sains.
• Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam
makmal.
• Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal.
• Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah
berlakunya kemalangan di dalam makmal sains.
• Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains.
• Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.
7.1 Pengenalan
• Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah
berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada
yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal
sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan
kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains
merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains
bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan
menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya
sebarang kecelakaan.
• Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting
pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah :
Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis
bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal,
Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
7.2 Kepentingan Pengurusan dan
Penyelenggaraan Makmal Sains
• Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan
diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah :
• Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.
• Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di
dalam makmal.
• Mengelak pembaziran.
• Memudahkan pencarian bahan dan alat yang
diperlukan untuk pengajaran.
• Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.
7.3 Peruntukan Makmal Sains
Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.
7.4 Belanjawan Makmal Sains
Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang
perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan
kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi
daripada peruntukan tersebut.
7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan

• Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini
membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat
pesanan awal.
• Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru
kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat
oleh Pengetua.
7.4.2 Saranan membuat belanjawan
makmal
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
a. Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
b. Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
c. Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
d. Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
e. Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan
jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-
bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku
sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll.
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

Garis panduan menyediakan senarai keperluan

• Apakah item-item yang:


• sangat diperlukan?
• boleh diubahsuaikan?
• boleh dibeli dengan murah?
• boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran?
• boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

• Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?


7.4.3 Pesanan dan pembelian

Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala
urusan surat-menyurat dan tanda tngan dilakukan oleh Pengetua.

Pertimbangan sebelum pembelian:


 
1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.

2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:


• Kuantiti banyak, lebih murah.
• Bahan kimia, jangan beli banyak.
• Masa pembelian:
• Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
• Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
• Cari pembekal yang murah:
• Harga mahal dari pembekal alatan sains.
• Beli dari syarikat yang belum terkenal.
• Beli dari kedai biasa.
7.4.4 Prosedur pembelian
• Jika anggaran harga melebihi RM50,000
pembelian mestilah melalui cara tender.
• Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 ,
pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi
tujuh langkah, iaitu:
1. Meminta Sebut harga
• Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta
sebut harga.
• Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
• Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
• Simpan salinan surat.
2. Pemilihan pembekal
1. Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
2. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal,
perkhidmatan selepas jualan.
3. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
• Borang pesanan
• Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.
• Simpan salinan pesanan
4. Surat/nota tanda terima
• Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
• Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
5. Nota hantaran
• Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan
dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
• Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar.
• Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
• Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
– Penerimaan barangan
5. Pembekal menghantar barangan.
6. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak
barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan
kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
– Invois
• Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah
ditandatangani.
• Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.
• Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains
7.5.1 Jenis stor
Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

STOR UTAMA STOR AGIHAN


Menyimpan semua alat dan Di setiap makmal.
bahan pengajaran sains.

Bahan/alat dari stor ini tidak Agihan/pengeluaran


diagihkan kepada individu. bahan/alat kepada pelajar di
makmal berkenaan.
Bahan/alat diagihkan kepada
stor di setiap makmal.
• Ciri-ciri stor utama
Biasanya di bahagian belakang bangunan, di
tingkat bawah untuk memudahkan hantaran
bahan/alat.
Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan
troli.
Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari
atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong
dan antara rak.
7.5.2 Sistem penyimpanan item-
item sains
Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari,
kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa
yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang
sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

Contoh:
 Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet
dalam makmal Fizik II.
 Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.
 Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.
 Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-
kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat
tentang setiap item dalam bentuk kod.
Contoh:
 Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini
bermakna botol spesimen disimpan di
makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.
 Jenis dan ragam kod yang digunakan
hendaklah mudah dan tidak mengelirukan.
Pastikan setiap item yang diambil
dikembalikan ke tempat asalnya.
7.5.3 Dokumen-dokumen penting di
dalam makmal
• Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam
kabinet yang berkunci.
• Hanya kakitangan makmal boleh melihat
dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan
Sains.
• Jangan dibawa keluar dari makmal.
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah
Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois,
Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.

Kad-kad Stok
i. Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang
setiap item yang disimpan di dalam stor.
ii. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item,
untuk memudahkan pemeriksaan stok.
iii. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item
pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item
tahan lama).
Contoh kad stok:
Item-item tahan lama.
(a) Item-item tahan lama

(Nama sekolah)
Item : Kelalang,Volumetrik 500ml
Lokasi :K8
Tarikh Stok Tarikh Kuantiti Harga Jumlah Tarikh Dipinjam Baki Tanda
masuk dibeli stok ,rosak,dll tangan

1996 5 26/4 2 RM12 5 1 pecah 4


25/3
6 6
b. Bahan pakai habis

STOK Nama sekolah STOK


MAKSIMUM MINIMUM
Nama Bahan : Kuprum sulfat (hablur)
2 kg 0.5kg
Lokasi :K3

Tarikh Stok Tarik Kuan Harga Pem Jumla Digunakan Baki Tanda
Masuk h titi bekal h stok tangan
diteri
ma
1996 1.5kg 26/4 0.5kg RM30 R&R 2.0kg 0.5kg 1.5kg
19/3
7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia


• Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak
organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan
yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun,
higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan
sebagainya.
• Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika
disimpan lama.
• Gunakan stok yang lama dahulu.
• Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan
terang.
• Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.
a)Bahan kimia tak organik
• Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.
• Label pada botol mengikut nama logam.
• Botol-botol bahan kimia tak organik disusun
mengikut abjad di dalam almari bertutup.
• Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana
mudah dihinggapi habuk.
• Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan
disimpan mengikut nama
• logam.
Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah
nama sebatian ammonium.
• Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara
dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
• Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid
sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida,
kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium
klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida,
kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida,
kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium
hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink
klorida, zink nitrat.
• Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara :
ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium
heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium
karbonat, natrium sulfat.
b) Bahan kimia organik
• Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari
bahan-bahan lain.
• Abaikan penambahan ortho, para, di, tri.
• Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap,
beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah
mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api
dilarang.
c) Bahan kimia cecair yang mengkakis
• Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas
rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak
yang hampir dengan lantai.
d) Logam alkali
• Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara.
• Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit
dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
e) Fosforus kuning (putih)
• Sangat berbahaya dan sangat aktif .
• Disimpan di dalam air sejuk.
f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya
• Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat.
• Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas
• Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida.
• Disimpan di dalam peti sejuk.
h) Bahan kimia yang sangat berbahaya
• Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta–merta jika
tertelan.
• Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.
B. Cara menyimpan peralat
a) Bahan kaca
• Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang
berat atau logam.
• Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak
asal. Labelkan kotak jengan jelas.
• Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.
. Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.
. Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas
dengan kapas.
. Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub
spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam
laci. Labelkan setiap laci dengan jelas.
. Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.
. Tiub dan batang kaca –
disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat
kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu.
Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat”
(berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun
digunakan,
simpan dalam pembalut asal.
a) Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan
berdiri tegak pada rak khusus.
b) Bahan/alat plastik
• Jauhkan dari punca panas.
• Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.
c) Bahan-bahan logam
• Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
d) Bahan bantu mengajar
• Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin.
• Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.
e) Pelbagai item kecil
• Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula.
• Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.
f) Model-model yang besar
• Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.
g) Mikroskop
• Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa.
Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara
di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari
ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.
7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal
Sains
Para pelajar memang seronok menjalankan
aktiviti makmal, terutamanya eksperimen.
Namun demikian mereka mestilah menyedari
tentang kemungkinan berlakunya kemalangan
jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi.
Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab
menerangkan kepada pelajar tentang aspek
keselamatan dan langkah-langkah keselamatan
serta memastikan setiap pengguna makmal sains
mematuhi peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
7.6.1 Mengapa kemalangan berlaku
Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar
kemalangan di dalam makmal sains berlaku antaranya
kerana:
• Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang
digunakan.
• Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.
• Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.
• Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.
• Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.
• Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.
• Tergesa-gesa dalam melakukan amali.
• Sikap “tidak apa” pengguna makmal.
7.6.2 Keselamatan makmal –
tanggungjawab siapa?
7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal
7.6.3 Langkah-langkah keselamatan
dalam makmal
• Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi
semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap
pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan
diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan
peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar.
• Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang
betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa
mematuhi arahan guru tentang prosedur amali.
• Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak
berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.
• Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan,
misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan
berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga
semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan.
• Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di
tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.
• Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah
disediakan.
• Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika
berlaku kebakaran.
• Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam
makmal.
• Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan
kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah
keselamatan bila perlu.
• Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam
keadaan baik.
• Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul.
• Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi
rawatan kecemasan apabila diperlukan.

Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu:
• Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,
• Rancangan tindakan untuk keadaan cemas
7.7 Rawatan Kecemasan
Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah
memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional.
Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan ialah:

 AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN


JANGAN CEMAS
TAHU PUNCA KEMALANGAN
TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL
Jenis dan punca kemalangan
JENIS PUNCA
KEBAKARAN PENUNU BUNSEN
LITAR PINTAS
UNSUR-UNSUR LOGAM AKTIF
KERACUNAN BAHAN KIMIA
GAS
SPESIMEN BIOLOGI
LUKA ALATAN KACA
RADAS
KEJUTAN ALAT ELEKTRIK
•PENDAWAIAN
•PUNCA KUASA
•PALAM
7.7.1 Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat
membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.

Prosedur pertolongan cemas

TERBAKAR
Mengurangkan kesan haba. Mengurangkan
kesakitan. Mengurangkan bengkak. Memastikan
mangsa mendapat cukup minuman.
Mententeramkan mangsa. Mengurangkan
kejutan.
Kaedah rawatan kebakaran
Kebakaran Ringan
7.7.2 Merawat kecederaan ringan
KERACUNAN
7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya
• Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya
mestilah ditandakan dengan simbol yang khusus, misalnya
bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah
terbakar.
• Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu
berbahaya dan kesannya ke atas kesihatan supaya langkah
berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan bahan
berkenaan dapat dielak atau dikurangkan.
• Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang
sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh meletup,
membebaskan gas beracun, dan sebagainya. Kesannya
pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik,
merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya
• Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia
tertentu terhadap kesihatan:
•  
• Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut.
• Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru.
• Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun.
• Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis.
• Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, ginjal
dan sum-sum tulang; menyebabkan barah.
• Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air.
• Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata.
• Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera.
• Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada lelaki.
• Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui
kulit.
• Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati
7.9 Tindak Balas Kimia Yang
Berbahaya
• Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di
dalam makmal.
• Contoh:
• 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu
tindak balas
membebaskan terlalu banyak hidrogen.
2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan
menghasilkan t Tindak balas
yang hebat dan sangat berbahaya.
3. Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen
pengoksida yang kuat seperti kalium klorat dengan agen
penurun yang kuat seperti serbuk logam sulfur.
4.
4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang
berbahaya. Cara mencairkan asid pekat ialah:

CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL


MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR
KEPADA ASID KUAT
Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:

Bahan Bahaya jika dicampurkan dengan Kesan


1. Air Kalium,natrium, asid pekat, kalsium Meletup
karbida.

2. Asid Nitrik Etanol, metanol, selulosa Meletup


pekat
3. Klorin Hidrogen,ammonia, benbeza Meletup
4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid formik,format, oksalat Membebaskan gas
pekat karbon monoksida
yang beracun
7.10 Pelupusan Bahan Sisa
• Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran
atau longkang. Bahan-bahan toksik boleh
menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya
pencemaran alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu
larutan ke dalam sistem saliran, pertimbangkan dahulu
perkara-perkara berikut:
• Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan
tumbuhan?
• Bolehkah dicairkan dengan sempurna?
• Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh
dicairkan?
• Adakah bahan itu boleh larut dalam air?
Cara-cara pelupusan yang sesuai:

a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.
• Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak.
• Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan
dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran.
b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak
• merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri
ialahberbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh
dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh
dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang.
• Garam-garam logam, terutamanya logam yang paling berbahaya di dalam
makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna
dan membuang bahan ini.
c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak
berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah
diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.
• Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di
tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak
sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah
tanah yang berdekatan
• Sekian terima kasih

Dipanjangkan oleh Azmi b. Hussin, Pembantu


Makmal Kanan.
Kolej Mara Seremban

You might also like