You are on page 1of 15

Pengenalan Kepada Kenegaraan|1

UNIT 1
PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengaitkan konsep asas Kenegaraan dengan pembentukan negara.


2. Menghuraikan ciri-ciri sesebuah kerajaan dan negara.
3. Mentakrif maksud kerajaan dan negara.
4. Mengaitkan konsep tamadun, budaya, ras, etnik dan bangsa dengan Kenegaraan.

PENGENALAN
Sebelum kita mulakan kuliah pada hari ini, eloklah kita mengimbas kembali pengetahuan sedia
ada terhadap beberapa persoalan yang akan kita pelajari dalam kursus ini. Sila lihat laman web
berikut http//www.vietnam.un.org.

Gambar 1.1: Peta Negara ASEAN

(sumber: http//www.vietnam.un.org)

a. Senaraikan nama negara yang tertera dalam peta tersebut?


b. Adakah pulau Kalimantan itu merupakan sebuah negara?
c. Bolehkah Pulau Pinang kita golongkan sebagai sebuah negara?
Pengenalan Kepada Kenegaraan|2

Berdasarkan soalan-soalan diatas, kita dapati bahawa sebuah negara itu mestilah mempunyai
ciri-ciri berikut:

a- Sempadan yang tertentu;


b- Penduduk;
c- Sebuah kerajaan yang teratur dan dapat mengawal hal-ehwal dalam
negeri; dan
d- Kedaulatan iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal
dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan
negara-negara lain.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan


dengan sebuah negara?

Pada pendapat anda, pulau seperti Kalimantan itu bolehkah


diiktiraf sebagai sebuah negara? Jelaskan.

Idea utama pembentukan sebuah negara berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial, politik,
ekonomi dan sejarah negara berkenaan misalnya Malaysia. Istilah ”kenegaraan” secara umum
adalah membincangkan berkaitan dengan hal-ehwal sesebuah negara. Oleh itu bolehlah kita
katakan bahawa Kenegaraan Malaysia adalah satu usaha untuk memberikan bukan sahaja
kefahaman tentang latar belakang sejarah negara tetapi ia juga merangkumi:

 pembinaan negara bangsa Malaysia itu sendiri; dan


 penghayatan yang wajib ada dalam diri dan sanubari rakyat Malaysia yang akan
digunakan sebagai pedoman dan amalan hidup setiap warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, kursus ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah
Malaysia, sistem pemerintahan Malaysia, pembangunan negara dan pembinaan negara
bangsa. Ia merupakan satu kursus yang penting dan perlu dihayati oleh setiap warganegara
Malaysia.
Pengenalan Kepada Kenegaraan|3

ISI KANDUNGAN
1. Konsep-konsep Asas
Terdapat beberapa konsep penting yang perlu diberikan perhatian dalam kursus ini
sebagaimana dibincangkan di bawah.

Konsep Huraian Contoh

Kenegaraan Kenegaraan adalah mengambil konsep


dari kata akar negara atau konsep negara

Konsep negara menurut undang-undang


antarabangsa ialah sesuatu masyarakat
politik atau negeri layak dianggap sebagai
sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-
ciri seperti berikut:

a. Sempadan yang Malaysia dan Thailand daripada


tertentu, Perlis hingga Kelantan.

Jumlah penduduk 27 juta orang.


b. Penduduk,

c. Sebuah kerajaan yang Dipilih melalui pilihanraya.


teratur
Diiktiraf oleh semua negara dunia
d. Kedaulatan dan menjadi ahli ASEAN dan PBB.

Kerajaan Konsep kerajaan dalam erti kata yang


sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi
yang terlibat dalam pengurusan dan
perjalanan hal ehwal sesebuah negara.

Pada peringkat Persekutuan terdapat 3


badan kerajaan, iaitu:
Kabinet yang terdiri daripada
a. Badan Pemerintahan (Eksekutif)
menteri-menteri yang dipilih
daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
Pengenalan Kepada Kenegaraan|4

b. Badan Perundangan (Legislatif) Parlimen yang terdiri daripada dua


dewan iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

Mahkamah yang terdiri daripada


c. Badan Kehakiman (Judisiari)
Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rendah seperti Mahkamah
Sesyen dan Majistret.

Sistem Sistem kerajaan merangkumi institusi-


Kerajaan institusi dan agensi-agensi yang
bertanggungjawab untuk menggubal dan
melaksanakan dasar-dasar negara.
Sistem-sistem kerajaan yang terdapat di
dunia pada hari ini boleh dibahagiakan
berasaskan:

a. Pembahagian kuasa kerajaan


antara kerajaan pusat dengan Contoh-contoh institusi dan agensi
kerajaan-kerajaan negeri atau ini ialah Parlimen, Kabinet, Majlis
tempatan; dan Raja-raja, Mahkamah-mahkamah
Atasan dan Rendah, Kementerian
dan Jabatan.

b. Kewujudan atau ketidakwujudan


raja. Raja Berperlembagaan

Negara Halangan yang paling besar dalam Rusuhan kaum.


bangsa konteks Malaysia ialah membentuk
perhubungan kaum tanpa mengira bangsa Dharurat 1948-1960. Peristiwa 13
dan akhirnya kelahiran satu bangsa iaitu Mei 1969.
bangsa Malaysia.

Ras Istilah ras adalah merujuk kepada Keadaan yang berbeza pula jika
keturunan atau fizikal seseorang. Jika dia dari keturunan lain seperti
seseorang itu Melayu maka dia akan Cina, India dan kadang-kadang
mempunyai ciri-ciri kemelayuan dari segi kacukan antara ras tersebut.
ras nya seperti berkulit sawa matang,
sederhana tinggi, berambut hitam dan
sebagainya.

Etnik Dapat dilihat daripada perbezaan budaya Budaya etnik Cina tidak sama
Pengenalan Kepada Kenegaraan|5

dan adat resam. dengan budaya etnik Tamil.

Menurut Ting Chew Peh, etnisiti atau rasa


kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
bermakna wujudnya satu kebudayaan
atau sub-budaya yang jelas di mana
anggotanya berasa disatukan dengan
satu sejarah, nilai sikap dan tingkah laku
yang sama.

Masyarakat Masyarakat secara definisi nya adalah Sebagai satu komuniti tertentu
satu kelompok manusia yang berbeza dari yang tinggal di sebuah negeri atau
kelompok lain dari segi kepentingan wilayah, dan mempunyai adat
bersama, penyertaan dalam perhubungan resam, undang-undang, serta
yang mempunyai ciri khusus, penyertaan organisasi yang dikongsi bersama
dalam institusi yang dikongsi bersama, misalnya Malaysia.
dan mengamalkan budaya yang sama.
Konsep masyarakat mempunyai ciri-ciri
sebagaimana berikut:

• Tinggal di negeri atau


wilayah tertentu.
• Berkongsi budaya.

Majmuk Masyarakat dikatakan majmuk apabila ia Menurut Van Den Berghe


terdiri daripada pelbagai kelompok ras masyarakat majmuk mempunyai
atau etnik yang berlainan daripada di ciri-ciri berikut:
bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri
utama dalam masyarakat ini ialah konflik, - Ketiadaan konsensus nilai.
- Kepelbagaian Kebudayaan.
percanggahan dan paksaan. Menurut
- Wujudnya konflik di antara
Furnivall, masyarakat majmuk terdiri kelompok yang berlainan.
daripada pelbagai kaum yang mempunyai - Wujudnya autonomi atau
kebudayaan, agama, bahasa dan adat kebebasan di antara bahagian
resam yang tersendiri. dalam sistem sosial.
- Peri mustahaknya paksaan
dan saling bergantungan dari
segi ekonomi sebagai dasar
Hubungan di antara kelompok lebih integrasi.
bercorak secondary, segmental, utilitarian, - Dominasi politik oleh satu
manakala hubungan dalam kelompok golongan tertentu.
lebih berbentuk primary.
Pengenalan Kepada Kenegaraan|6

Kebudayaan Definisi kebudayaan ialah keseluruhan ciri-ciri kebudayaan yang dapat


yang kompleks yang terkandung di dikenal pasti adalah:
dalamnya pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, undang-undang, akhlak, adat - Diperturunkan dari
generasi ke generasi.
resam, dan lain-lain keupayaan serta
- Dikongsi bersama (shared).
kebiasaan yang diperolehi oleh manusia - Dipelajari (learned).
sebagai anggota masyarakat. - Menggambarkan nilai dan
identiti kelompok.
- Menyediakan kerangka
rujukan bagi satu-satu
masyarakat .
- Bersifat dinamis serta
kreatif.

Ideologi Ideologi membawa maksud idea-idea Misalnya nasionalisme,


yang disusun secara teratur untuk kapitalisme, komunisme,
mewujudkan satu sistem kehidupan. Di sosialisme dan fasisme.
Malaysia ideologi yang diamalkan adalah
Rukun Negara yang dibentuk bagi
melahirkan semangat perpaduan ke arah
pembinaan negara bangsa.

Politik Politik memainkan peranan penting dan Pilihanraya adalah sebahagian


dalam konteks kenegaraan, politik adalah daripada proses pemilihan yang
berhubung dengan pemerintahan, akan menentukan pihak yang
pentadbiran dan kuasa. berkuasa dan membentuk
kerajaan.

Jadual 1.1: Konsep-konsep Asas Kenegaraan

2. Konsep dan teori Peradaban


Tamadun atau peradaban manusia itu merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang
lebih tinggi atau maju. Budaya mempunyai perhubungan yang rapat dengan tamadun kerana
budaya yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Untuk melihat tahap
pencapaian tersebut biasanya dilihat dari dua aspek, iaitu:

i. budaya kebendaan (materialism)


ii. budaya bukan kebendaan (non-material)
Pengenalan Kepada Kenegaraan|7

Senaraikan tiga ciri budaya tinggi (kebendaan) dan tiga ciri budaya
rendah (bukan kebendaan).

Budaya Kebendaan (material)


Merupakan peralatan yang dihasilkan oleh anggota masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh.
Ia mencerminkan paras pencapaian peradaban atau tamadun bagi sesuatu masyarakat.
Budaya kebendaan tersebut berasaskan:

i. kepada sumber-sumber yang boleh didapati daripada alam sekelilingnya;


ii. peralatan yang dihasilkan itu bersesuaian dengan kehendak hidupnya; dan
iii. menggambarkan tahap pencapaian teknologi, kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang merupakan usaha manusia bagi mengisi kehidupan.

Budaya Bukan Kebendaan (non-material)

Merupakan segala sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang tetapi dapat dilihat
dan dirasa (Rohana Yusof, 1997: 77). Bentuk atau elemen budaya jenis ini ialah seperti
pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga, nilai, undang-undang, akhlak dan
sebagainya.

Al-Marbawi mendefinisikan tamadun dengan kehalusan adat (Ahmad Zaki, 1995:5). Ini
kerana tamadun berasal dari kata madana yang bererti berkelakuan seperti kelakuan orang
pekan, halus perangai dan kelakuan (ibid:5). Tamadun yang dimaksudkan oleh beliau bercirikan

- Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah tentu mempunyai kehalusan budi dan
kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun.
- Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan
kepercayaan yang diterima.
- Manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai
manusia beragama.

Perubahan adalah unsur penting dalam tamadun

Seperti yang kita sedia maklum, tidak akan ada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu
tidak berubah. Perubahan bukanlah hanya merujuk kepada kemajuan tetapi juga dari aspek
kemunduran atau kemerosotan keseluruhan atau dalam bidang-bidang tertentu.
Pengenalan Kepada Kenegaraan|8

Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap budaya kebendaan dan bukan kebendaan


boleh kita lihat hasil daripada peninggalan bangunan dan barangan tamadun silam. Sebagai
contoh, masjid adalah gambaran tahap tamadun kebendaan yang tinggi dan pada masa yang
sama ianya menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

Gambar 1.2: Masjid di Kampong Duyung, Melaka

Menara masjid pada gambar 1.2 di atas menggambarkan


kemajuan teknologi dan seni bina hasil daripada interaksi
pelbagai budaya. Jelaskan.

Bagaimanakah cara kita mengukur dan menilai perubahan yang berlaku? Bagi pihak yang
berpegang kepada kebendaan maka ukuran perubahan itu dilihat daripada benda.
Umpamanya, Kuala Lumpur yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi hutan belantara berubah
menjadi sebuah kota raya yang besar. Namun begitu dari perspektif agama Islam, perubahan-
perubahan tidak meletakkan ukuran kepada benda, kehidupan duniawi atau akal manusia,
tetapi pada nilai Rabbani, nilai yang ditentukan oleh Allah (Sidi Gazalba,1983:115).
Pengenalan Kepada Kenegaraan|9

Berdasarkan gambar 1.2 di atas, berikan bukti-bukti yang


boleh dijadikan alat untuk mengukur tahap pencapaian tamadun?

Selain itu ada 2 faktor penting yang menyebabkan berlaku perubahan (Sidi Gazalba, 1983:116-
117);

a. Faktor dalaman:
- kerana bertambahnya penduduk;
- penemuan baru;
- perselisihan dalam masyarakat; dan
- terjadinya pemberontakan atau revolusi dalam masyarakat.

b. Faktor luaran:
- kerana lingkungan alam fizik di sekitar manusia;
- peperangan;
- pengaruh daripada kebudayaan masyarakat lain; dan
- perpindahan agama.

Pandangan Sarjana-sarjana Barat terhadap Islam-Timur

Kita sedia maklum, orang-orang Barat cenderung untuk memikirkan bahawa masyarakat Islam
sebagai kumpulan manusia yang memandang ke belakang, ditindas oleh agama dan diperintah
secara tidak berperikemanusiaan. Mereka beranggapan demikian dengan membandingkan
tamadun Barat-Islam di mana sistem demokrasi-sekular menjadi landasan kemajuan tamadun
Barat.

Seorang pemikir serta penulis terkenal Barat, David Ignatius menggambarkan bahawa:

‘It’s big, it’s scary, it’s anti-western, it feeds on poverty and discontent … Islam
spreads across the globe that can be colored green on the television map in the
same way that the communist countries used to be colored red’. (dalam
PEMIKIR April-Jun 1998: 82).

Manakala Peter Rodman, Pengarah Program Keselamatan Amerika Syarikat pula membuat
tanggapan yang begitu negatif terhadap Islam, iaitu:
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 10

‘Islamist radicalism is profoundly anti-Western…It rejects not only the bad things
about the West but the good things…’(Ibid:83).

Pandangan negatif ini pada anggapan pengkaji Barat adalah:

i. akibat daripada ideoligical vacuum yang ditinggalkan oleh kejatuhan ideologi


Marxism dengan tamatnya Perang Dingin.
ii. akibat social frustration yang berkait dengan kesempitan hidup dan kejatuhan
ekonomi di kebanyakan dunia Islam.

Samuel Huntington berpendapat budaya Barat merupakan budaya dunia yang terjelma dalam
dua bentuk (Pemikir, April-Jun, 1977):

a. Melalui tesis ‘coca-colonization, mendakwa bahawa budaya popular Barat,


terutamanya budaya popular Amerika, sudah tersebar ke seluruh dunia:
makanan, pakaian, muzik pop, wayang gambar, dan barangan konsumer
Amerika semakin lama semakin diminati dengan penuh ghairah oleh penduduk
setiap negeri.

b. Barat bukan sahaja telah memimpin dunia menjadi masyarakat moden, malah
apabila para anggota peradaban-peradaban lain itu dimodenkan maka mereka
juga sekali gus telah dibaratkan, lalu meninggalkan nilai, institusi dan adat resam
tradisional mereka dan menerapkan unsur-unsur yang terdapat di Barat.

TAMADUN ADA HAYATNYA


Sarjana-sarjana Islam dan Barat bersetuju bahawa sesebuah tamadun itu ada hayatnya.
Samuel Huntington menyatakan sebanyak lebih 20 buah tamadun yang pernah wujud di dunia
ini. Namun hanya lapan buah sahaja yang masih tinggal pada masa kini. Oleh kerana itu beliau
bersetuju dengan pendapat lain-lain sarjana bahawa tamadun juga boleh diibaratkan sebagai
benda bernyawa, iaitu lahir, remaja, dewasa, tua dan mati.

Kemunculan sesebuah tamadun itu dirangsang oleh beberapa faktor antaranya:

1. Ibn Khaldun bermula dengan semangat assabiyah lalu berkembang sampai ke puncak.
Pada tahap tersebut tamadun sedang mengalami kehidupan mewah, berseronok,
rasuah dan meninggalkan ajaran agama. Itulah mulanya kemerosotan dan membawa
kepada kehancuran tamadun.
2. Spencer pula menjelaskan kelahiran tamadun itu juga sama seperti kehidupan manusia
yang berakhir dengan tua dan kematian.
3. Arnold Toynbee pula melihat faktor cabaran merupakan faktor penting yang membawa
kepada pembinaan tamadun. Namun cabaran-cabaran yang melampau yang tidak
dapat diatasi oleh manusia akan menghalang kewujudan tamadun, misalnya Kutub
Utara dan Kutub Selatan yang terpaksa menghadapi tahap suhu beku yang tinggi.
Beliau juga bersetuju tamadun akan melalui tahap-tahap yang dinyatakan oleh Ibn
Khaldun dan Spencer.
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 11

Pada masyarakat China, mereka mempercayai wujudnya konsep kitaran dinasti yang
dapat menggambarkan tamadun lahir, puncak dan jatuh. Tetapi kejatuhannya itu diganti oleh
dinasti yang baru dan meneruskan pembinaan tamadun sebelumnya.

Ibn Khaldun yang menulis Muqaddimah pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah
tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami
kemusnahan.

Kemuncak

Tahap

Awal Kemerosotan

Rajah 1.2. Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun

Hubungan antara tamadun dan kenegaraan


Tahukah anda, sebelum sesebuah negara itu wujud, ia harus melalui beberapa proses utama
iaitu:

1. Perubahan daripada nomad kepada menetap dan seterusnya kemunculan


teknologi pertanian

Pada awal abad pertama Masihi, Alam Melayu telah mulai mengalami pertembungan
dengan tamadun India dan China. Namun begitu pengaruh tamadun India lebih tinggi
dan menurut G.Coedes berlakulah ”pengindiaan” atau ”penghinduan”. Kewujudan
negara-negara kota Melayu pada ketika itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iuaitu
maritim dan agraria. Contoh negara kota maritim ialah Srivijaya dan Melaka. Manakala
contoh negara kota agraria ialah Angkor dan Ayuthia.

Kemunculan tamadun India dan China lalu berinteraksi dengan Alam Melayu
telah membawa perubahan di negara-negara kota dan maritim tersebut. Teknologi
pelayaran yang canggih pada masa itu dikuasai oleh orang-orang China dan India
mampu belayar lebih jauh dan membawa kargo dan tentera dalam jumlah yang besar.
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 12

Laksamana Cheng He telah membawa armadanya ke Melaka, telah membantu


kerajaan Melayu Melaka bebas daripada ancaman Siam.

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh seorang


sarjana Barat, terangkan kehebatan teknologi kapal-kapal
pengangkut yang pernah dibina oleh China pada abad ke-15?

Agama Islam turut sampai ke Alam Melayu pada kira-kira abad ke-13 Masihi.
Melaka menjadi pusat utama penyebaran agama Islam. Negara kota Melaka yang
merupakan pelabuhan entreport utama di sebelah Timur. Para pedagang India, China,
Jawa, Bugis dan para pedagang Islam yang menaungi pelabuhan Melaka. Portugis
mencemburui kehebatan pelabuhan Melaka tambahan pula Melaka adalah negara
Islam. Portugis menakluk Melaka pada 1511. Sejak itu Alam Melayu telah menjadi
rebutan penjajah-penjajah Barat antaranya Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Lebih 400
tahun lamanya Alam Melayu dijajah oleh Barat dan Jepun. Tamadun Melayu turut
mengalami perubahan.

Penjajahan Barat bukan sahaja membantutkan pembinaan


tamadun Melayu, malah telah menyekat penyebaran agama Islam dan
bahasa Melayu ke seluruh Alam Melayu. Beri pandangan anda.

2. Pertambahan penduduk menyebabkan manusia menjadi kreatif bagi


memenuhi keperluan masing-masing. Teknologi yang simple seperti
membajak menggunakan kerbau diganti oleh traktor. Ini berlaku melalui
revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah

Kesan daripada revolusi perindustrian tersebut, maka negara-negara Barat berlumba-


lumba mencari tanah jajahan terutamanya di Timur. Alam Melayu turut dijajah dan pada
tahun 1824, melalui perjanjian Inggeris-Belanda, maka Alam Melayu dibahagi kepada
kawasan masing-masing.

Inggeris terutamanya mengeksploitasi komoditi utama Malaysia iaitu bijih timah,


kelapa dan kemudiannya getah. Oleh kerana mereka perlu mengeluarkan komoditi
tersebut pada paras yang maksimum, lalu mereka membawa masuk orang-orang Cina
dan India. Maka bermulalah pembentukan masyarakat majmuk di Alam Melayu.
Tamadun Melayu-Islam mulailah mengalami proses transformasi hasil daripada interaksi
dengan lain-lain kaum yang berasal dari tamadun India, tamadun China dan tamadun
Barat.
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 13

Bagi mempercepatkan pengeluaran, pihak penjajah telah membawa masuk


jentera dan teknologi pertanian dan perindustrian. Proses pemodenan dan
pembandaran mulai berlaku di Alam Melayu. Bandar-bandar baru wujud dan diikuti oleh
pembinaan jalan-jalan raya dan jalan keretapi bagi mempercepatkan penghantaran
bahan komoditi tersebut keluar negara. Dari segi ekonomi diperkenalkan pula ekonomi
sara diri dan ekonomi laissez faire. Malaysia khususnya mewarisi kemajuan dan
pembangunan yang ditinggalkan oleh Inggeris. Inggeris juga mewariskan sebuah
masyarakat yang sangat kompleks iatu masyarakat majmuk.

3. Perubahan berikutnya ialah teknologi moden

Melalui dasar-dasar pembangunan yang positif, Malaysia muncul sebagai sebuah


negara industri dan diharapkan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti.
Kemajuan yang cepat berlaku kerana Malaysia tidak menolak pembangunan,
pembandaran dan pemodenan. Pembangunan dan teknologi yang dibawa dari negara-
negara maju dapat digunapakai kerana melalui dasar pembangunan insaniahnya
teknologi-teknologi yang dibawa masuk itu telah diadaptasi sesuai dengan keperluan
Malaysia. Peluang pendidikan yang terbuka luas dan rakyat yang rajin berusaha, akan
membolehkan Malaysia mencapai wawasan yang telah dirangka oleh para pemimpin
kita.

Berdasarkan perbincangan tadi, unsur utama untuk membina sebuah tamadun


dan juga negara bangsa adalah semangat assabiyah seperti yang diperkatakan oleh Ibn
Khaldun. Semangat inilah yang telah menyatukan rakyat Tanah Melayu dan
kemudiannya Malaysia membebaskan negara daripada penjajahan Inggeris. Beberapa
usaha pembebasan tanah air daripada penjajah telah gagal kerana tidak adanya
semangat assabiyah. Semangat yang ada sebelum kita merdeka adalah kedaerahan,
kenegerian, perkauman dan diskriminasi. Sehubungan itu adalah sukar untuk
menyatukan semua rakyat menentang penjajah pada masa itu. Semangat nasionalisme
dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai etnik itu.

Ketika Malaysia diancam oleh Indonesia, rakyat Malaysia telah bersatu dan
akhirnya kita berjaya menentang ancaman tersebut. Begitu juga apabila unsur
perkauman menjadi mainan pembangkang hingga tercetus peristiwa berdarah 13 Mei
1969, semangat assabiyahlah yang berjaya menyatukan rakyat untuk memulihkan
negara daripada kemusnahan.

Justeru, isu-isu ketamadunan dan kenegaraan sebenarnya tidak banyak


perbezaan. Malah kedua-dua aspek boleh dibincang sekaligus.
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 14

RUMUSAN
Unit ini merupakan unit yang penting dan telah memberikan gambaran khas tentang kursus
yang akan dijalankan nanti. Unit ini memperkatakan konsep-konsep penting dalam melihat dan
memahami kursus Kenegaran Malaysia seperti konsep kenegaraan, sistem kerajaan, negara
bangsa, ras, etnik dan bangsa, masyarakat dan masyarakat majmuk, kebudayaan, ideologi dan
politik. Bab ini juga cuba melihat dari perspektif ketamadunan dan melihat bagaimana proses
pembangunan negara ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam pembinaan sebuah
tamadun yang cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

KATA KUNCI
1. Kenegaraan 6. Etnik
2. Tamadun 7. Teknologi
3. Perubahan 6. Teori Kitaran
4. Budaya 7. Interaksi
5. Bangsa 8. Ras

LATIHAN

1. Bincangkan secara mendalam kebaikan dan kekurangan negara bangsa.


2. Dengan mengambil contoh Malaysia, huraikan ciri-ciri sesebuah negara yang anda
faham.
3. Dengan memilih sebuah negara yang anda minat, buatkan perbandingannya dengannya
dengan merujuk kepada ciri-ciri Kenegaraan tersebut.
4. Kaitkan tamadun dan teori kitaran dalam pembinaan tamadun.
5. Bincangkan konsep pembinaan negara bangsa negara Malaysia.
6. Pada pandangan anda bagaimanakah negara Malaysia akan dapat diperkuatkan?
Bincangkan.
7. Jika merujuk kepada teori kitaran, negara Malaysia berada pada tahap mana dalam
kitaran Tamadun? Pada penilaian anda apakah akan berlaku kepada Malaysia dalam 50
tahun lagi?

RUJUKAN
Abdul Rahman Embong. (2006). Negara-bangsa Proses dan Perbahasan. Edisi Kedua. Bangi:
Penerbit UKM.
P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 15

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andy (1983). Sejarah Malaysia. Selangor: Macmillan
Pub (M) Sdn. Bhd.

Lotfi Ismail (1975). Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (editor). (2009). Modul Pengajian Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Samuel Huntington (terjemahan). (2007). Pertembungan Tamadun dan Order Baru. Kuala
Lumpur: ITNMB.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1996). Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like