You are on page 1of 59

Modul 9

PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN

muka surat
1.0 PENERANGAN MODUL

1.1 Objektif 1
1.2 Pendahuluan
1.3 Peranan Panitia Sains
1.4 Semakan Kendiri

2.0 PENGURUSAN BILIK SAINS

2.1 Konsep Bilik Sains 5


2.2 Kegunaan Bilik Sains
2.3 Peralatan Bilik Sains
2.4 Pengurusan Stok
2.5 Penyenggaraan dan Penyimpanan

3.0 PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS 29

3.1 Konsep Taman Sumber Sains


3.2 Ciri Taman Sumber Sains
3.3 Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains
3.4 Penggunaan Taman Sumber Sains

4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR 49

4.1 Permerolehan Bahan


4.2 Semakan Kendiri
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KATA PENGANTAR

Pukal latihan Sains Sekolah Rendah (PuLSaR) Tahun 6 merupakan pukal mutakhir
dalam siri PuLSaR. PuLSaR Tahun 6 ini mengandungi empat modul yang terdiri
daripada Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah. Modul Penilaian II.
Modul Pengoperasian Kemahiran Proses Sains dalam Pengajaran dan
Pembelajaran dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran III.

Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah bertujuan memberi pemahaman


kepada guru dalam aspek pengurusan sumber yang boleh dimanfaatkan untuk
meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sains. Modul Penilaian II pula
merupakan kesinambungan kepada Modul Penilaian. Modul ini digubal dengan harapan
untuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada guru dalam aspek pembinaan item
khususnya item kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Modul Pengoperasian
Kemahiran Proses Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah pula
memberi panduan bagaimana kemahiran proses sains dapat dikembangkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran III
bertujuan untuk memberi beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan konstruktivisme. Modul ini merupakan susulan kepada Modul Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan dalam PuLSaR Tahun 4 dan Tahun 5.

Pusat ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penyediaan modul ini. Semoga
para guru akan dapat memanfaatkan sepenuhnya modul ini dalam usaha menyediakan
pendidikan yang bermutu bagi menrealisasikan wawasan pendidikan negara khususnya
dalam pendidikan sains.

Dr. Hanafi bin Mohamed Kamal


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Jabatan Pra Sekolah, Rendah dan Menengah
Kementerian Pendidikan
MALAYSIA.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN

MODUL
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN MODUL

Modul ini dirancang untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan dan


penggunaan sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains Sekolah Rendah.
Sumber P & P Sains Sekolah Rendah meliputi Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan
Bahan Bantu Mengajar. Modul ini cuba mengolah bagaimana sumber ini dapat
dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan P&P Sains Sekolah Rendah.
Bagi membantu meningkatkan lagi pemahaman tentang pengurusan sumber ini, satu
pakej video telah disediakan khusus untuk memberikan gambaran bagaimana
pengurusan sumber ini dapat dioperasikan.

Objektif

Selepas mengikuti modul ini guru sepatutnya dapat:

• memahami peranan Panitia Sains dalam pengurusan dan


penggunaan sumber
• memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif
dalam pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman
Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar Sains Sekolah
Rendah.

Pendahuluan

Pengurusan dan penggunaan sumber P & P Sains perlu diberi perhatian serius oleh
semua pihak bagi mempastikan perancangan dan pelaksanaan P&P Sains dapat
dipertingkatkan. Sumber P&P Sains Sekolah Rendah seperti Bilik Sains, Taman
Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar harus digunakan sepenuhnya untuk
mempertingkatkan keberkesanan P&P serta minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Modul ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan
Bahan Bantu Mengajar. Kejayaan pengurusan dan penggunaan sumber ini bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh Panitia Sains.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Peranan Panitia Sains dalam Pengurusan Sumber Sains


Panitia Sains merupakan sebuah badan ikhtisas yang dianggotai semua guru sains di
sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan seorang guru kanan yang
dilantik sebagai Ketua Panitia Sains. Ketua Panitia Sains juga menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Perkara ini adalah selaras dengan surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

Semua ahli Panitia Sains perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan
dalam pengurusan dan penggunaan sumber P&P Sains. Peranan ini hanya boleh
dipenuhi apabila guru telah dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang positif tentang pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman Sumber Sains
dan Bahan Bantu Mengajar.

Renungan:

“If you don’t know where you are going,


it is difficult to select a suitable means of
getting there.”

Merger, 1962.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pendahuluan

Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan
paling tepat.

1. Satu daripada berikut merupakan sumber yang boleh digunakan


untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Sains Sekolah Rendah

Bekalan elektrik

Penunu Bunsen mudah alih

Bahan bantu mengajar

2. Bagaimanakah Bilik Sains boleh membantu meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah
Rendah?

Sebagai tempat untuk mengajar

Sebagai tempat rujukan pengajaran dan pembelajaran

Sebagai tempat untuk melakukan aktiviti proses sains


dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Siapakah yang mengetuai organisasi Panitia Sains?

Guru Besar

Ketua Panitia Sains

Guru Sains
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4. Satu daripada berikut merupakan peranan Panitia Sains?

Mengurus Taman Sumber Sains

Merancang Taman Sumber Sains

Melaksanakan aktiviti Taman Sumber Sains

5. Apakah yang boleh dilakukan oleh Panitia Sains dalam


pengajaran dan
pembelajaran Sains Sekolah Rendah?

Menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk


meningkatkan pencapaian pembelajaran murid

Mempastikan sumber pengajaran dan pembelajaran


Sains dimanfaatkan sepenuhnya

Menentukan murid boleh mengikuti pelajaran


sepenuhnya

Renungan:

“If A Man Has Talent And Learns Somehow To Use The


Whole Of It, He Has Gloriously Succeeded”.

Thomas Wolfe (1900-1938)


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN

BILIK SAINS
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN BILIK SAINS

Konsep Bilik Sains

Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P Sains Sekolah Rendah dijalankan.
Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains seperti
eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah
biasa atau bilik Alam dan Manusia.

Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang
sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti
yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains

Bilik Sains merupakan satu daripada tempat P&P Sains. Aktiviti P&P hendaklah
dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya.
Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat direalisasikan dan
konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan.

Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan
untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan
bahan.

Peralatan Bilik Sains

Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu
penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian
peralatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Pemerolehan

Peralatan dan bahan Sains Sekolah Rendah boleh diperolehi melalui:

• Bekalan Pusat
• Pembelian
• Sumber lain
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bekalan Pusat

Bekalan Pusat adalah bekalan yang dibuat oleh Bahagian Pembangunan dan Bekalan,
Kementerian Pendidikan untuk membekal, menghantar, memasang dan menguji
peralatan sains dan bahan kimia ke sekolah. Spesifikasi item yang dibekalkan telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dihantar ke sekolah. Sila rujuk Buku Panduan
Penerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah Dan Tindakan Kuatkuasaan Bagi
Kontrak Kementerian Pendidikan, 1994 untuk panduan tentang pengurusan bekalan
pusat.

Pembelian

Perancangan Perbelanjaan

Perancangan perbelanjaan adalah sangat penting dalam memperolehi peralatan sains,


bahan kimia dan bahan bantu mengajar. Panitia Sains hendaklah merancang untuk
melengkapkan keperluan Bilik Sains supaya P&P Sains Sekolah Rendah dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Sebelum perancangan dibuat, Ketua Panitia Sains hendaklah mempastikan kedudukan


kewangan (baki terkini serta geran yang akan diterima pada tahun tersebut). Sila rujuk
kepada Pekeliling Kewangan 3/95 - KP. 1573/17/Jld.10/(39).

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat pada akhir tahun sebelumnya.
Tindakan yang harus diambil semasa membuat anggaran adalah seperti berikut:

• memeriksa semua stok peralatan dan bahan sains


• menyediakan senarai peralatan dan bahan sains yang
perlu dibeli mengikut keutamaan
• mendapatkan maklumat mengenai bilangan murid bagi
tujuan jangkaan jumlah peruntukan yang akan diterima
• menyediakan sebut harga peralatan dan bahan sains
menggunakan borang seperti Borang 1
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bil. Perihal Spesifikasi/ Kuantiti Harga/ Jumlah Catatan


Alatan/Bahan Rujukan Katalog Unit Harga
Sains (jika ada)

Borang 1 : Borang Sebutharga

Pemilihan pembekal hendaklah mengambil kira kos, kualiti barangan, perkhidmatan


selepas jualan, cara pembayaran, mudah diperolehi dan keupayaan pembekal
membekalkan barangan tersebut pada masa yang dikehendaki.

Pesanan dan Pembayaran

Untuk membuat pesanan dan pembayaran, sila rujuk Buku Garis Panduan Perakaunan
dan Kewangan Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1994.

Satu Contoh Rekod Kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pesanan dan
pembayaran adalah seperti Borang 2.

Tarikh Nama Debit Kredit Baki Catatan


Pembayaran Syarikat/Firma

Borang 2: Rekod Kewangan Jabatan Sains Sekolah

Sumber Lain

Pihak sekolah digalakkan menambah dan melengkapkan peralatan, bahan sains dan
bahan bantuan mengajar daripada sumber lain seperti PIBG.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pengurusan Stok

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengah-
setengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu
bagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran
Bilik Sains.

Buku Stok

Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam tiga jenis.

• Buku Stok Bekalan Pejabat - untuk merekodkan


peralatan dan bahan kimia yang luak serta nilai
harganya adalah rendah

• Buku Stok Inventori - untuk merekodkan barang


tidak luak yang harganya kurang RM500.00

• Buku Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-


barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke
atas.

Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.


Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

Penggunaan komputer dalam pengurusan stok digalakkan.


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Buku Rekod Pecah

Buku Rekod Pecah adalah untuk merekod peralatan yang pecah bagi memudahkan
proses mengemaskini stok. Format Buku Rekod Pecah adalah seperti Borang 3.

Bil. Tarikh Butiran Kuantiti/ Nama Tanda Rekod Nama Guru mata Catatan
alat/radas Bilangan Tangan di buku pelajaran berkenaan
stok m/s

Borang 3: Butir-butir dalam Buku Rekod Alatan/Radas Pecah

Buku Rekod Pinjaman

Buku Rekod Pinjaman merupakan buku untuk mencatat pergerakan peralatan sains
daripada Bilik Sains. Format Buku Rekod Pinjaman adalah seperti Borang 4.

Perihal Kuantiti Pindah Nama Tarikh Tarikh Tarikh T/Tangan Catatan


Alatan ke Peminjam dikeluarkan Jangkaan dikembalikan
dikembalikan
Keluar Masuk Peminjam Penerima

Borang 4: Butir-butir Dalam Buku Rekod Pinjaman/Pemindahan Alatan


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pelupusan dan Hapus Kira

Tindakan pelupusan hendaklah dilakukan ke atas barangan


yang direkodkan dalam Buku Stok Inventori dan Buku Stok
Harta Modal Prosedur pelupusan hendaklah mengikut Buku
Panduan Penerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah Dan
Tindakan Kuatkuasaan Bagi Kontrak Kementerian
Pendidikan, 1994.

Penyenggaraan dan Penyimpanan

Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan
penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya
perkara ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan
sebenar berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.

Bahan kaca

Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan


alat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak boleh
disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampur
aduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam.
Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di
depan.

Bahan Kimia

Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak ada


bahan kimia yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan guru
dan murid. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti P & P ada
dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di
rumah seperti cuka, gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini
pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesan
toksik.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahan


kimia patut diselenggarakan dan dikendalikan seperti mana
yang sepatutnya dari segi penyimpanan, penggunaan dan
pelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberi
perhatian kerana ia adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya
cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera dengan air
bersih.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidak


digalakkan penggunaannya. Sekiranya formalin digunakan
untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika
terminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnya
termasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasa
pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu
dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan
di dalam botol yang sesuai dan dilabelkan.

Alat Optik

Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang


mudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah disimpan
dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentuk
alat-alat optik tersebut.

Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat kering


untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan
mikroskop bolehlah disimpan dalam kotak bersama-sama
dengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru
yang boleh menjadi merah jambu apabila kuasa
penyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga kanta
objektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silikon
(kertas tisu atau kain boleh mencalarkan permukaan kanta).

Alat Elektrik

Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya


dua punca kuasa (soket) untuk kegunaan alat dan perkakas
elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan
alat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak
mengikut peraturan atau tidak diselenggarakan dengan
sempurna.

Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah


kemalangan:

• pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang


basah
• tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik
• soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti
• pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul
• pastikan wayar dan kabel bertebat
• alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin
• jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat
elektrik
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

• sebarang kerosakan elektrik hendaklah dibaiki oleh ahli


pendawaian elektrik
• sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik
hendaklah dipatuhi
• bateri-bateri pada lampu suluh, jam dan pemegang bateri
hendaklah dikeluarkan untuk mengelakkan kakisan

Renungan

“A hypothesis or theory is clear, decisive


and positive but it is believed by no one
but the man who created it. Experimental
findings, on the other hand, are messy
inexact things which are believed by
everyone except the one who did the
work”.

Harlow Shapley
Harvard Crimson,1935
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Spesimen Haiwan dan Tumbuhan

Spesimen hidup

• spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah diambil


mengikut keperluan sahaja
• spesimen haiwan yang masih hidup hendaklah
dikembalikan ke habitat asalnya
• spesimen yang telah mati boleh diawetkan
• haiwan yang dilindungi oleh undang-undang tidak boleh
dipelihara atau diawet tanpa kebenaran daripada
Jabatan Perhilitan
• haiwan yang bersengat atau berbisa dielak
penggunaannya.

Pengawetan
Kaedah Kering

• sesuai untuk spesimen yang mempunyai kelembapan


yang kurang dan mempunyai kulit luar yang keras
seperti serangga dan biji benih.
• spesimen dikeringkan sehingga kelembapan yang
rendah bagi menghalang kerosakan yang biasa
dilakukan oleh kulat atau bakteria
• beberapa cara untuk mengering spesimen antaranya
ialah dengan menggunakan cahaya matahari,
ketuhar, pasir panas atau gel silika
• pengawetan cara ini memerlukan pemerhatian yang
lebih dari masa ke masa untuk mempastikan ia tidak
rosak
• untuk mengelakkan berkulat, spesimen harus
dikeringkan semula dari semasa ke semasa
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kaedah Dalam Larutan (Kaedah Basah)

• sesuai untuk semua spesimen biologi


terutamanya yang berbadan lembut
• spesimen ini sentiasa diletakkan di dalam larutan
pengawat seperti formalin supaya strukturnya
terpelihara dan warnanya kekal
• larutan pengawet yang sesuai perlu untuk
spesimen tertentu
• larutan pengawet formalin merupakan bahan
berbahaya oleh itu hendaklah digunakan
mengikut peraturan.

Renungan:

“If students cannot learn the way we


teach, we teach then the way they
learn”

A. Guenther
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Peralatan dan Bahan Sains


PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN
BAHAN
Besi (serbuk) Simpan dalam bekas kering dan bertutup
Bikar Simpan di tempat selamat dengan cara
ditelangkupkan
Binokular Kendali dengan cermat. Simpan bersama Simpan di tempat kering
gel silika atau almari berkaca atau
tempat khas.
Bola dan Simpan dalam bekas atau tempat kering
Gelung
Botol Reagen Bersih dan asingkan penutupnya. Tepi
yang terserpih boleh dilicinkan dengan
kertas pasir tetapi jika berbahaya,
hendaklah dilupuskan.
Cerek Elektrik Cabut wayar kuasa dan kering air di Simpan bersama-sama
dalamnya sebelum disimpan wayar sambungan
kuasanya.
Cermin Rata Susun menegak mengikut setnya dalam Mudah pecah
kotak tegar. Asing setiap satu dengan
kertas pembalut untuk elakkan lapisan
perak tercalar
Corong Turas Simpan di tempat selamat dengan cara
ditelangkupkan
Dawai Kasa Disimpan di tempat kering
Gear (kit Sapukan dengan lapisan minyak. Bungkus (Jika dibuat daripada
seperti yang dengan plastik sebelum disimpan. Setiap logam)
diperincikan komponen set ini disimpan bersama
dalam Buku dengan lengkap
Peralatan
Sains Rendah)
Gergaji Sapukan lapisan nipis minyak dan Mudah berkarat
bungkus sebelum disimpan. Karat yang
terbentuk boleh dikikis dengan kertas pasir
dan salut cat nipis/
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN


BAHAN
Jam Randek Keluarkan bateri jika hendak disimpan Mudah berkarat
(jenis kuartza) lama. Pastikan tempat bateri tidak terkakis
Jika menggunakan jam
randik berkunci, spring
kunci hendaklah
dibiarkan lepas apabila
disimpan
Jubin Putih Susun secara menegak Mudah pecah
Kabinet Tempatkan pada kedudukan yang paling Jangan dikunci
Pertolongan mudah dilihat dengan senang. Ubatan
Cemas hendaklah dikemaskini dan tidak melepasi Kandungan kabinet
tarikh luput diperincikan dalam Buku
Peralatan Sains Rendah
Kaki Retot Mudah berkarat. Jika berkarat bersihkan
dengan kertas pasir dan cat.
Kanta Asingkan setiap satu dan bungkus, atau Mudah pecah
Pembesar simpan dalam ruang yang ditebuk pada
stairofom untuk mengelakkan tercalar.
Kelalang Kon Simpan di tempat selamat dengan cara Mudah pecah
ditelangkupkan
Kertas Litmus Simpan dalam bekas yang mengandungi
Biru dan gel silika
Merah
Kit Sinar Optik Simpan setiap komponen dengan setnya Komponen kit ini
yang lengkap. Mentol dan kanta diperincikan dalam Buku
disenggarakan seperti pada ruang item Peralatan Sains
berkenaan Rendah.
Klip Buaya Sembur lapisan minyak nipis untuk Mudah berkarat
elakkan berkarat
Kompas Simpan dalam bekas yang tegar. Jangan Mudah Pecah
letak beban diatasnya.
Kuprum Simpan di tempat kering.
(kepingan)
Penunu Pelaras udara dibersihkan dan pilinya
Mudah Alih ditutup selepas digunakan
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN


BAHAN
Ladung Simpan dalam kotak
Lampu Suluh Keluarkan bateri selepas digunakan. Mudah pecah
Pastikan tempat bateri tidak terkakis
Mangkuk Bersihkan dan simpan secara telangkup
Penyejat
Magnet Magnet disimpan dengan meletakkan Mudah berkarat
(batang) pengawal magnet (sebarang bar besi
lembuat) dalam keadaaan berpasangan
dengan kutub berbeza
Magnet Letakkan pengawal magnet sewaktu
(ladam) disimpan
Mentol Simpan mengikut spesifikasinya dalam Mudah pecah
bekas tegar.
Mikroskop Simpan dalam kotak bersama-sama gel Simpan di tempat
silika untuk mengelakkan berkulat kering/almari kaca atau
almari khas
Model Simpan di tempat selamat. Bahagian
Manusia organ terpasang dalam model
dengan organ
dalam
Neraca Jangan bebankan sewaktu penyimpanan Pastikan agar jisim tidak
Mampatan melampaui had
maksimum.
Necara Spring Simpan dengan cara direbahkan Pastikan jisim tidak
melampaui had
maksimum
Nikrom Letakkan di tempat yang paling mudah
(Wayar) dilihat
Pemadam Api Letakkan di tempat yang paling mudah
dilihat serta mudah diambil. Pastikan ia
diperiksa setiap dua tahun dan disahkan
oleh pihak yang bertauliah.
Pemberat Setiap slot disimpan dengan jumlah yang
Berslot cukup bersama-sama tangkainya.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN


BAHAN
Pemegang Pastikan bahagian yang bersentuh
Bateri dengan bateri bebas karat.
Pemegang Pastikan bahagian yang bersentuh
Mentol dengan bateri bebas karat
Pemulas Skru Simpan dalam set yang lengkap
(Set berbagai
Saiz)
Penebuk Masukkan saiz paling kecil di dalam dan
Gabus tempatkan rod penolakan ke dalam lubang
Penyumbat Simpan mengikut saiz dan jauhkan dari
Getah bahan kimia
Piring Petri Bersihkan dan simpan secara telangkup
Pita Pengukur Masukkan seluruh pita dan kunci pemutar
Playar Sapu sedikit lapisan minyak sebelum
disimpan
Prisma Asingkan setiap satu dengan pembalut
lembut atau tempatkan pada lubang-
lubang khas yang dibuat pada stairofom
untuk mengelakkan tercalar
Salur Getah Simpan dalam gulungan dan jauhkan dari
tempat panas
Selinder Bersihkan dan simpan secara tegak
Penyukat
Spring Sapukan sedikit lapisan minyak dan
asingkan setiap satu
Stanum Simpan di tempat kering
(Kepingan)
Stetoskop Simpan dalam bekasnya dan tidak dilipat-
lipat
Tabung Didih Simpan dalam bekas secara direbahkan
Tabung Uji Simpan dalam bekas secara direbahkan
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN


BAHAN
Takal Semburkan dengan sedikit minyak untuk Set terdiri daripada
mengelakkan karat. Simpan dalam set beberapa takal untuk
yang lengkap membina beberapa
konfigurasi berbeza
Termometer Simpan dalam bekas khas atau di
tempatkan dalam blok stairofom
Troli Bahagian bering bebola perlu sentiasa
dilincirkan untuk mudah berputar
Tungku Kaki Simpan di tempat kering
Tiga

Renungan:

“Like a floating iceberg whose bulk is


largely hidden in the sea, only the
smallest part of the physical world
impresses itself upon us directly. To
help grasp the whole picture is the
supreme function of the theory.”

Gerald S. Holton, 1953.


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KESELAMATAN
Aspek keselamatan sememangnya diberi penekanan utama semasa aktiviti inkuiri
penemuan dalam Sains. Guru hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati ketika
mengendalikan kerja amali untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan atau
kecederaan. Peraturan semasa kerja amali, langkah keselamatan dan panduan
pertolongan cemas adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Peraturan Bilik Sains


Peraturan-peraturan yang disenaraikan di bawah adalah cadangan yang
perlu diamalkan oleh semua pihak bila berada dalam Bilik Sains.

• murid hanya dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains dan bilik


persediaan dengan kebenaran guru
• hanya buku dan peralatan untuk pelajaran Sains sahaja dibenarkan
dibawa masuk ke Bilik Sains semasa pengajaran dan pembelajaran
Sains
• langkah-langkah keselamatan mestilah dipatuhi semasa berada
dalam Bilik Sains atau bilik persediaan
• amali boleh dijalankan hanya dengan pengetahuan guru
• sebarang aktiviti di Bilik Sains hendaklah di bawah pengawasan guru
• kebersihan Bilik Sains dan bilik persediaan perlu dijaga setiap masa
• alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan dengan pengetahuan
guru
• penunu mudah alih hendaklah dinyalakan dengan pemetik api khas
• penggunaan bahan kimia mestilah mengikut kaedah yang betul
• semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan
• semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya setelah digunakan
• alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan
bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru
• alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan
bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru
• alatan yang rosak atau pecah perlulah dilaporkan segera kepada guru
atau staf Bilik Sains
• sampah dan sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas
yang disediakan
• penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan Cemas hendaklah
dengan kebenaran dan pengawasan guru
• spesimen biologi yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula
ke habitatnya.
• semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada Ketua
Panitia Sains dan Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku Rekod
Kemalangan (format seperti Borang 5)
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Buku Laporan Kemalangan


Bil. Nama Tarikh Masa Laporan Tindakan
Kemalangan Catatan
Kecederaan

Nama Guru:

Tandatangan:

Tarikh:

Borang 5 : Contoh Buku Laporan Kemalangan


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Langkah-Langkah Keselamatan

Keselamatan Bilik Sains


• memastikan keadaaan Bilik Sains selamat digunakan
• mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada
murid

Pelan Laluan Kecemasan


• menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan
mudah difahami
• mempamerkan pelan laluan kecemasan di Bilik Sains
• mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti
pelan laluan kecemasan

Alat Pemadan Api/Pondok Pemadam Api


• memastikan alat pemadam api tersebut ada di tempat-
tempat tertentu
• memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik dan
selamat digunakan
• mengadakan latihan untuk memahirkan penggunaan alat
pemadam api (selimut penahan api, baldi perisi pasir)
• Jika ada kebakaran:
− hebahkan kebakaran kepada umum
− arahkan murid ke tempat lapang dan selamat
mengikut pelan laluan kecemasan
− usahakan memadam kebakaran dengan alat
pemadam api dalam masa yang sama dapatkan
perkhidmatan Bomba

Pertolongan Cemas

Semasa menghadapi kecemasan


• setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan
segera
• guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaaan
• memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu
• melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Jenis kecederaan atau kemalangan


• luka
• lemas
• pengsan
• melecur
• kejutan elektrik
• mata dimasuk bendasing
• gigitan binatang dan serangga berbisa

Rawatan

Luka
• kenalpasti sama ada luka itu ringan atau parah
• memberi rawatan awal seperti mencuci, menyapukan ubat dan
membalutkan luka
• jika luka itu parah, berikan rawatan untuk mencegah kehilangan
darah dengan menggunakan teknik tornike dan membawa
pesakit ke hospital dengan segera.

Melecur dan melepuh

• kenalpasti punca kecederaan


þ melecur - air panas, minyak panas
þ melepuh - logam panas dan api

• tutup bahagian yang cedera dengan kain yang lembut untuk


melindungi dari tiupan angin
• bawa pesakit ke hospital

Kejutan elektrik
• jangan sekali-kali menyentuh pesakit
• tutup suis utama atau punca kuasa bekalan elektrik, jika gagal,
pisahkan pesakit dari punca kejutan dengan menggunakan
objek penebat seperti kayu kering.
• rehatkan pesakit di tempat yang selesa dan berudara bersih,
kemudian longgarkan pakaiannya. Beri rawatan pernafasan
sekiranya perlu
• bawa pesakit ke hospital
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Mata dimasuki benda asing


• tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda
asing.
• arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di
dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing
• sekiranya gagal, bawa murid ke hospital

Gigitan dan sengatan haiwan berbisa

• kenalpasti tempat gigitan atau sengatan


• keluarkan sengat serangga jika ada
• sapukan dengan minyak mencegah bisa
• tahan darah supaya bisa gigitan atau sengatan tidak merebak
ke jantung
• bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera jika kesakitan itu
serius

Renungan:

“Seseorang guru itu menerusi pemikiran,


menjadi seseorang yang lebih terdidik;
orientasinya bertukar dan kelakuannya
(mengajar) menggambarkan dirinya.”

Reid, L.A., 1962


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KECERIAAN BILIK
Bilik Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagi
mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan P & P serta mendorong
minat murid kepada mata pelajaran Sains.
Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam Bilik Sains:
• Papan Kenyataan
• Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid dipamerkan di papan
kenyataan.
• Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam vieo, OHP, projektor slaid dan
set komputer
• Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan poster

Renungan:

“Good Science will always be intelligible


to the logically trained mind, if that mind
can read and translate the language in which
science is written”.

Karl Pearson, 1892.


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pengurusan Bilik Sains

Tandakan ( /) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan paling
tepat.

1. Apakah yang dikatakan Bilik Sains?

Tempat untuk pembelajaran dan pengajaran Sains Sekolah


Rendah

Tempat untuk menjalankan eksperimen

Tempat untuk penyimpanan peralatan dan bahan sains

2. Mana satukah cara untuk memperolehi peralatan sains?

Dibeli oleh bekalan pusat

Diarahkan oleh bekalan pusat

Melalui bekalan pusat

3. Pengurusan buku stok boleh dilakukan dengan berpandukan


kepada

Panduan Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Stor)

Panduan Kewangan (Tatacara Pengurusan Stor)

Panduan Pekeliling Kementerian Pendidikan (Tatacara


Pengurusan Stor)
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4. Mengapakah penyenggaraan dan penyimpanan peralatan Sains


perlu dilakukan?

Peralatan mudah diperolehi

Peralatan kelihatan kemas

Mencegah peralatan daripada rosak

5. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyenggara Binokular?

Diletakkan di tempat yang bercahaya

Dikendalikan dengan cermat

Sentiasa disimpan bersama gel silika setelah selesai digunakan

6. Satu daripada berikut merupakan peraturan Bilik Sains

Langkah-langkah keselamatan harus dipatuhi

Amali boleh dijalankan dengan pengetahuan guru

Murid tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam bilik


Sains

7. Senaraikan contoh-contoh alat pemadam api yang boleh


digunakan dalam Bilik Sains.

a) _______________________

b) _______________________

c) _______________________
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

8. Antara berikut yang manakah bukan cara bagi mendapatkan


suasana keceriaan dalam Bilik Sains?

Tidak memasang peralatan kecemasan

Menyediakan sudut pameran hasil kerja murid

Mempamerkan Bahan Bantu Mengajar

Renungan:

“I confess that I do not see much


danger to learning in giving the
prime emphasis to method. By
emphasis upon method, I mean
upon critical method, upon criteria
of evidence, norms of validity,
rules of consistency, on “how we
actually think” and “how we ought
to think” in whatever field of study
we want students to be informed
about”.

Sidney Hook, 1959.


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN

TAMAN SUMBER
SAINS
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS


Pemahaman mengenai Taman Sumber Sains dan bagaimana ianya boleh
dimanfaatkan dalam membantu meningkatkan P&P Sains Sekolah Rendah adalah
merupakan kriteria utama mengapa pengurusan Taman Sumber Sains dimasukkan
sebagai kandungan dalam modul ini.

Konsep Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains adalah tempat atau beberapa tempat di


kawasan sekolah di mana murid-murid membuat eksperimen,
kajiselidik dan aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan P&P
Sains. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Matematik
dan Bahasa boleh juga menggunakannya sebagai sumber P&P.

Ciri Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains boleh mempunyai beberapa entiti yang


mencorakkan kegunaannya sebagai sumber untuk P&P Sains
Sekolah Rendah. Bagaimanapun, Taman Sumber Sains tidak
semestinya harus mempunyai entiti tersebut. Antara entitinya:

• satu habitat tumbuhan dan haiwan


• kolam habitat air
• haiwan darat dan air
• tumbuhan pelbagai jenis spesies
• tempat kaji selidik
• tapak semaian
• spesimen awet kering dan basah
• taman batu
• jenis bantuan dan tanah tanih
• taman terbiar
• taman hidroponik
• taman pepasu
• kebun sayur
• stesen kaji cuaca
• sangkar
• maklumat saintifik hidupan dan habitat
• pelan lokasi tanaman
• bekas-bekas untuk habitat seperti kayu buruk
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains

Pembinaan Taman Sumber Sains memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini
adalah bagi mempastikan Taman Sumber Sains dapat dipergunakan dengan berkesan
sebagaimana yang diharapkan. Perancangan ini meliputi aspek berikut:

Memilih Tapak Pembinaan

• tempat terbiar atau terbuang (jika terpaksa bolehlah


menggunakan sebarang kawasan yang ada)
• selamat kepada pengguna
• mudah dilawati
• terdapat bekalan air dan elektrik (jika boleh)
• kawasan yang memperolehi cahaya matahari

Rekabentuk Taman Sumber Sains

Rekabentuk Taman Sumber Sains hendaklah mengikut kesesuaian kawasan,


komponen dan kemudahan yang diperuntukkan untuknya. Ini perlu bagi mempastikan
Taman Sumber Sains, disamping kelihatan cantik, juga berfungsi sebagaimana yang
diharapkan.

Renungan:

“Nature, with all her regularities


and irregularities, might have been
just as real even if there were no
men to observe and to study her.
But there could have been no
science without human beings or
beings like them. It is the spirit of
man brooding over the stream of
natural events that has given birth
to science”.
A. Wolf, 1925

Susun Letak (pelan landskap)


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bagi mempastikan pelaksanaan Taman Sumber Sains dijalankan dengan berkesan


maka susun letak (pelan) hendaklah sesuai dengan persekitaran. Kreativiti guru
diperlukan bagi mendapatkan satu susun letak yang sedia ada serta mempunyai ciri
Taman Sumber Sains.

SUSUN LETAK
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Susun Bina Komponen

Bagi pembinaan Taman Sumber Sains yang berkesan, unsur-unsurnya hendaklah


disusun bina mengikut keperluan hidupan itu.

Kolam habitat air


Kolam habitat air adalah satu tempat yang menampung
hidupan habitat air.Ianya boleh dibina dengan mengambilkira
adanya teduhan, suhu dan keasidan air yang sesuai dan
kedalaman serta keluasan kolam. Di samping mendapat
bekalan air bersih, ianya juga perlu ada sarang ikan (seperti
tunggul dan kayu buruk) dan tumbuhan air.

HABITAT AIR
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Tapak Semaian

Tapak semaian hendaklah mempunyai saliran yang baik, berdekatan dengan


kolam atau sumber air. Selain daripada itu tapak semaian perlu mempunyai
cahaya dan tempat teduhan atau pondok.

Tempat Penyelidikan

Satu kawasan khas bagi penyelidikan yang berbentuk eksperimen adalah perlu
untuk Taman Sumber Sains. Tapak semaian boleh juga dijadikan tempat
penyelidikan dengan sedikit pengubahsuaian.

Renungan:

“The study of nature that is part of a man’s


intellectual life is a delight to all scientists. In
their hands, science is not just a business of
collecting facts or stating laws or directing
experiments. It is above all an art of sensing
the best choice of view or the most fruitful line
of investigation for a growing understanding of
nature”.

Eric M. Rogers
Physics for the Inquiring Mind(1960)
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Pepasu

Taman Pepasu merupakan satu kawasan di mana semua tanaman berpasu


ditempatkan. Bagi menyediakan Taman Pepasu langkah berikut boleh diikuti:

• kenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di


dalam pasu
• kenalpasti kawasan untuk meletak atau
menggantungkan pasu
• kenalpasti keperluan-keperluan tumbuhan berpasu.

TAMAN PEPASU
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kebun Sayur

Bagi menyediakan Kebun Sayur, langkah berikut boleh diikuti:

• kenalpasti tapak
• tentukan jenis tanaman sayur yang hendak ditanam
(seperti jenis berdaun, berbuah dan berubi)
• pembajaan dilakukan mengikut jenis tanaman
• melakukan penanaman secara kitiaran bagi
mengekalkan kesuburan tanah

Renungan:

“Science is the attempt to make the chaotic


diversity of our sense experinece correspond to
a logically uniform system of thought”.

Albert Eistein, 1940.


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Hidroponik

Taman Hidroponik adalah unit tanaman hidroponik berbentuk set hidroponik


kitar air atau set hidroponik tidak kitar air ditempatkan. Tanaman yang
biasanya ditanam ialah jenis sayur-sayuran. Penanaman boleh dibuat secara
kitaran tanaman atau penjadualan penanaman bagi membolehkan penanaman
dibuat secara berterusan.

SET HIDROPONIK KITAR AIR


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Haiwan

Taman Haiwan merupakan kawasan di mana pelbagai spesies haiwan dalam


habitatnya ditempatkan. Taman tersebut boleh menempatkan pelbagai spesies
haiwan yang dibenarkan oleh Jabatan Perhilitan tetapi bilangan setiap spesies
itu tidak perlu banyak.

Taman Haiwan tidak semestinya berbentuk kurungan. Bagaimanapun


adalah dicadangkan Taman Haiwan ini dibuat berdasarkan konsep Taman
Haiwan Terbuka di mana haiwan-haiwan luar akan tertarik untuk datang
melawatinya.

TAMAN HAIWAN
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Koleksi

Sudut Koleksi merupakan satu kawasan yang mengandungi sudut pameran,


sampel bahan (batuan, tanah tanih, spesimen awet basah dan spesimen awet
kering) dan maklumat ringkas mengenai sampel tersebut.

SUDUT KOLEKSI
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Terbiar

Taman terbiar merupakan kawasan terbiar yang ditumbuhi oleh pokok dan
tumbuhan tanpa diurus oleh manusia dari segi pembajaan dan kawalan habitat.
Walau bagaimanapun ianya masih perlu diurus tetapi tidak sehingga
mengganggu atau menjejas ekologinya.

TAMAN TERBIAR
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Batuan
Taman Batuan adalah suatu taman binaan yang menunjukkan satu habitat
batuan yang menjadi tempat hidupan haiwan dan tumbuhan.

Taman Batuan

Renungan:

“Science is not a cut-and-dried proposition.


It is not technology alone. Nor it is merely a set
of equations by and for a small group of
eggheads. It is dynamic interplay between
man and his surroundings embodying his
attempts to understand, predict, and control
nature. Science arose out of our efforts to
survive, our natural curiosity, and our search
for order in a seemingly caprious, hostile
world.”

James S. Perlman - The Atom


and the Universe, 1970.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Kaji Cuaca

Sudut Kaji Cuaca adalah di mana set alat kajicuaca ditempatkan. Set ini terdiri
daripada termometer, silinder penyukat hujan, kon tadahan dan kelalang
mengumpul hujan. Maklumat dan keputusan yang diperolehi seperti pH air hujan,
sukatan banyaknya hujan dan arah angin perlu dipaparkan untuk rujukan umum.

Lokasi yang sesuai untuk menempatkan sudut kajicuaca ialah di kawasan yang
lapang dalam Taman Sumber Sains dan boleh mengumpul air hujan yang turun
di kawasan yang berkenaan.

SUDUT KAJI CUACA PERLU DITEMPATKAN DI


KAWASAN LAPANG SUPAYA TADAHAN AIR HUJAN
DAPAT DILAKUKAN.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Maklumat Saintifik

Habitat dan landskap Taman Sumber Sains perlu dilengkapkan dengan


maklumat saintifik untuk rujukan atau bahan kajian oleh pengguna. Maklumat
tentang tumbuhan dan haiwan termasuk yang telah diawetkan ialah nama
hidupan tersebut, spesies serta serba sedikit mengenai latarbelakangnya dan
dipamerkan di tempat yang berkaitan. Kreativiti guru diperlukan dalam
menyediakan maklumat ini. Sebagai contoh maklumat ini boleh dibuat dalam
bentuk label, buku skrap dan kad katalog.

BENTUK-BENTUK MAKLUMAT
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penggunaan Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains digunakan sebagai tempat membuat eksperimen, kajian


dan rujukan bagi mata pelajaran Sains. Taman Sumber Sains boleh juga
digunakan dalam membantu P&P mata pelajaran lain.

Aktiviti Kurikulum

Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran


Sains Sekolah Rendah

Guru dan murid boleh menggunakan Taman Sumber Sains dalam


membantu P&P mata pelajaran berkenaan. Antara strategi yang boleh
digunakan ialah eksperimen, kajian lapangan, simulasi, dan kerja projek.

Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Lain

Mata pelajaran yang boleh menggunakan Taman Sumber Sains ialah


Kajian Tempatan, Matematik, Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Seni. Antara strategi yang boleh dijalankan adalah
kerja projek, simulasi dan rujukan.

Aktiviti Kokurikulum

Taman Sumber Sains boleh juga digunakan untuk aktiviti kokurikulum.


Antara aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan adalah seperti kuiz dan
pertandingan buku skrap. Pertandingan ini boleh dijalankan antara murid
ataupun antara kumpulan-kumpulan murid.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Taman Sumber Sains

Keberkesanan Taman Sumber Sains bergantung kepada sejauh mana ianya dapat
menarik minat murid dan guru dalam menggunakan sumber yang terdapat di dalamnya.
Untuk ini penyenggaraan yang teratur dan sistematik adalah perlu bagi mendapatkan
suasana yang kondusif semasa proses P&P.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:

Sumber Kewangan

Sumber kewangan boleh didapati daripada pihak sekolah tetapi jumlah ini
mungkin tidak memadai. Oleh itu perlulah diusahakan sumber kewangan yang
lain seperti sumbangan PIBG, hasil jualan aktiviti Taman Sumber Sains dan
tajaan daripada pihak luar.

Renungan:

“The goal of science is order. Science is


constructed from facts as a house is
constructed from stones, but an
accumulation
of facts is no more a science than a pile of
stones is a house”.

Henry Poincare
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains

Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains boleh terdiri daripada guru dan juga murid.
Berikut dicadangkan struktur Jawatankuasa Taman Sumber Sains.

PENASIHAT
(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT
(PENOLONG KANAN/GURU KANAN)

PENGERUSI
(KETUA PANITIA SAINS)

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA
(TERDIRI DARIPADA GURU, PIBG
DAN STAF SOKONGAN)

Sokongan guru besar, penolong kanan dan staf akan dapat memberikan
dorongan dalam menjayakan projek-projek yang dijalankan oleh
Jawatankuasa Taman Sumber Sains. Sokongan ini boleh dibuat dalam
bentuk khidmat nasihat, tenaga dan masa kepada usaha aktiviti Taman
Sumber Sains.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pengurusan Taman Sumber Sains

Berikan penjelasan anda bagi menjawab soalan berikut:

1. Taman Sumber Sains boleh ditakrifkan sebagai

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

2. Berikan lima contoh entiti atau ciri Taman Sumber Sains

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3. Huraikan bagaimanakah anda memilih tapak pembinaan untuk Taman


Sumber Sains?

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

4. Antara berikut, yang manakah TIDAK diperlukan bagi mempastikan bahawa


pelaksanaan Taman Sumber Sains boleh dijalankan dengan berkesan?

Susun bina landskap adalah bersesuaian dengan persekitaran

Kreativiti guru

Susun bina landskap meliputi ciri Taman Sumber Sains

5. Kolam habitat air adalah merupakan

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

6.. Senaraikan 5 komponen susun bina Taman Sumber Sains.

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

7. Maklumat saintifik Taman Sumber Sains diperlukan untuk

melengkapkan maklumat mengenai Taman Sumber Sains

rujukan dan bahan kajian oleh pengguna Taman Sumber Sains

dipamerkan di tempat yang berkaitan dalam Taman Sumber Sains

8. Taman Hidroponik adalah

di mana unit tanaman hidroponik ditempatkan

set hidroponik kitar air ditempatkan

set hidroponik tidak kitar air ditempatkan

9. Antara penggunaan Taman Sumber Sains untuk aktiviti kurikulum ialah:

kuiz mengenai Taman Sumber Sains

membantu pengajaran dan pembelajaran Sains

pertandingan buku skrap antara murid mengenai Taman Sumber Sains.

10. Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Taman Sumber Sains ialah:

Guru Besar

Guru Sains

Ketua Panitia Sains


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAN BANTU MENGAJAR

Selain daripada peralatan sains yang dibekalkan, guru digalak menggunakan bahan
bantu mengajar (BBM) yang dibeli, dibuat sendiri atau daripada pengubahsuaian BBM
mata pelajaran lain dalam membantu menjayakan P&P. Antara contoh BBM ini ialah
carta, model, alat audio-visual dan komputer.

CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Guru hendaklah mempastikan BBM yang dipilih dapat memudah dan membantu proses
P&P.

Pemerolehan Bahan

BBM yang hendak dibeli atau dibuat perlulah dinilai dari segi kos dan
kesesuaiannya. BBM tertentu boleh dibuat melalui:

• usahasama Panitia Sains


• aktiviti kelab atau persatuan Sains
• hasil kerja projek pelajar
• kerjasama sekolah kelompok

Pembelian dan Anggaran

Pembelian BBM atau bahannya yang diperlukan untuk menyediakan BBM boleh
dibuat menggunakan Bantuan Per Kapita (PCG) mata pelajaran Sains dan
Matematik mengikut proses yang sama seperti pembelian peralatan sains.

Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar

Penyenggaraan BBM bergantung kepada jenis BBM yang digunakan. Cara


penyenggaraan ini adalah sama dengan kaedah atau bentuk penyenggaraan
seperti yang dicadangkan dalam cadangan Pengurusan Dan Penyenggaraan
Peralatan Sains.

Renungan:

“A new idea is first attacked as


absurd;
then is it admitted to be true, but
obvious;
finally it is seen to be so important that
is
adversaries claim that they
themselves
discovered it”.

William James: Fragmatism


- a new name for some old
ways of thinking.
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Bahan Bantu Mengajar

Sila jawab soalan berikut:

1. Senarai 5 contoh bahan bantu mengajar yang boleh anda gunakan dalam
membantu keberkesanan pengajaran dan pembelanjaran Sains Sekolah Rendah

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________

2. Huraikan bagaimanakah caranya anda dapat mempastikan bahawa Bahan


Bantu Mengajar yang anda gunakan dapat memudahkan dan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran Sains.

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3. Bagaimanakah caranya anda membuat penilaian berhubung Bahan Bantu


Mengajar?.

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

4. Pembelian Bahan Bantu mengajar boleh dibuat dengan menggunakan

Bantuan Per Kapita (PCG) Bahagian Kewangan

Bantuan Per Kapita (PCG) Kementerian Pendidikan

Bantuan Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran Sains dan Matematik

5. Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar adalah bergantung kepada

jenis bahan bantu mengajar yang digunakan

pengetahuan guru

kemudahan yang ada


Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penasihat Penggubalan PuLSaR

Dr. Hanafi bin Mohamed Kamal


Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tn. Hj. Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994)


Tn. Hj. Sa’ari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994)
Timbalan Pengarah 1
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Datin Hjh. Aidah Abdul Ghani


Timbalan Pengarah II
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Perancang Projek PuLSaR

Hj. Shamsuddin Ahmad


Ketua Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahmad Hozi H.A. Rahman


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Azian T. S. Abdullah
Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Rosli bin Suleiman


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Abd. Wahab b. Ibrahim


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Rohaida bt. Mohd Saat


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Ng Soo Boon
Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Modul 9
PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Panel Penggubal
Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)

Ahmad Hozi H. A. Rahman Hj. Sulaiman b. Hj. Habib


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Azian b. T.S. Abdullah Yahaya b. Moktaram


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Johor

Rosli b. Suleiman Zakaria b. Awang


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Terengganu

Abd. Wahad b. Ibrahim Hj. Abd. Ghani b. Mat


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Kelantan

Ng Soo Boon Amin b. Senin


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohaida bt. Mohd Saat Kushan Keridau


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohana bt. Mahmood Johara bt. Zen


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sarawak

Abdul Zubir b. Abdul Ghani Kamarudin Yunus


Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Sumber Pendidikan Negeri,
Kelantan

Hjh. Aminah b. Abdul Rahim Nasrudin b. Talib


Jemaah Nazir Sekolah , W. Persekutuan Pusat Pendidikan Negeri, Kelantan

Noor Shah b. Hj. Saad Mohd Safian Hj. Yunos


Bahagian Pendidikan Guru SRK Tengku Makmood Iskandar (2)
Pontian

Tan Ying Kee Narajan a/l M. Kandasamy


Bahagian Pendidikan Guru SRK King Edward VII (1), Taiping

Lee Bao Ling Hj. Ismail b. Othman


Bahagian Sekolah Institut Perguruan Darulaman, Kedah

Abdul Ghani b. Abdullah Dr. Aminah bt. Ayob


Bahagian Sekolah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Abdul Aziz b. Abdullah Dr. Siow Heng Loke


Jabatan Pendidikan Perlis Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Chai Hock Beng Seth b. Sulaiman


Jabatan Pendidikan Kedah Fakulti Pendidikan, UTM

Khalid b. Ahmad Said bin Manap


Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SEAMEO-RECSAM, P. Pinang

Zahidi b. Yusuf
Jabatan Pendidikan Perak

You might also like