You are on page 1of 10

Definisi

Definisi lama puisi ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya
yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris
dalam rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara,
Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran
yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan
bahasa.

Jenis-jenis puisi Melayu

Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita
(non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema,
dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional
terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki,
peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan
dikir (zikir)
Pantun

Rencana utama: Pantun

Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit


paribhasya atau Bahasa Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa
Melayu. Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah
dikarang antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam. Contoh
rangkapnya adalah:-

nilattinum perite vaninum uyarntanru


nirinum arala vinre carar
karunkor kurincip pukkontu
perunte nilaikkum natanotu natpe
(Tevakulattar: Kuruntokai, 3)

Terjemahan

(Besar dari bumi, tinggi dari langit


Dalam dari laut, dilereng gunung
(kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu
Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land))

Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai


gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan
gambaran pada dua baris yang sama.

Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun
yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut
tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu [4]. Dalam Bahasa Sunda, pantun
bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan
iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain,
iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.

Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan


penyebarannya[5]. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya. Dari segi
tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut:

1. pantun kanak-kanak
2. pantun cinta dan kasih sayang

3. telatah dan cara hidup masyarakat

4. pantun teka teki

5. pantun puji-pujian/sambutan

6. pantun nasihat, agama, dan adat

7. pantun naratif/cerita

Contoh pantun cinta dan kasih sayang:

Dari Mentakab ke Sungai Mati,


Singgah bermalam di Tangga Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang pula tetap setia
Gurindam

Rencana utama: Gurindam

Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya di Sumatera. Di


Sumatera, gurindam juga dikenali dengan nama Muslihat Acheh, Gurindam Barus,
Lagak Minang, dan sebagainya[6]. Asal usul perkataan gurindam adalah daripada
Bahasa Sanskrit dan dikatakan memasuki Bahasa Melayu melalui Bahasa Tamil
iaitu 'kirandum'.

Struktur puisi gurindam terdapat dua: terikat dan tidak terikat. Bentuk gurindam
terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhirnya yang sama. Bagi
bentuk gurindam yang tidak terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap, manakala rima
akhirnya bebas.
Teromba

Rencana utama: Teromba

Teromba terkenal dalam orang Minang yang kuat berpegang kepada adat Perpatih.
Teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan salasilah.
Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi
berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.

Terdapat banyak pengertian teromba; ada yang menyatakan bahawa teromba


sebagai perbilang adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat [7]. Dari segi
bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak
tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak sama. Di dalam sebuah teromba
disisipkan dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam,
dan peribahasa. Contoh teromba adalah seperti berikut:

Merisik dalam adat istiadat perkahwinan


Adalah saya bak kata orang,
kok ibarat umur baru bertukar muda,
pendapatan pun belum ada,
pandangan pun belum banyak,
pengalaman pun belum jauh,
kok darah belum setampuk pinang,
kok jalan kurang pasa,
kalau begitu kedatangan saya ini,
ibarat pergi ke huma,
singkap daun ambil buah,
adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,
orang ke awak, awak ke orang,
semenda bersemenda,
kok ibarat dasar pusaka,
kok segar disiram,
kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
duduk berperuntungan,
mati hukum Allah,
duduklah pula sepelarasan,
pandangan memandang satu nan lain,
iaitu bersuku-suku,
berapalah sukunya dua belas,
dua belas Muar dua belas Jempol,
enam Teraci enam Gunung Pasir,
kok selaman sepermainan,
kok sejamban seperulangan,
tak dek hukum tak mengambil,
diharuskan pula semenda-menyenda.
Talibun

Rencana utama: Talibun

Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama
yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di
hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk
yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama[8]. Walau bagaimanapun,
talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan
sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.

Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung kepada konteks cerita


induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti
senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan,
dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.

Menyahut panggilan apabila dipanggil ke istana


Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh

Mantera

Rencana utama: Mantera

Istilah mantera berasal daripada kata mantra, mantr, atau matar, dalam Bahasa
Sanskrit yang bermaksud nyanyian memuja tuhan atau pemujaan penyebutan kata-
kata tertentu bagi memperolehi sesuatu yang dihajatkan yang mempunyai
kesamaan dengan jampi serapah, tawar, sembuh, cuca, puja, dan takal. Keakraban
masyarakat Melayu silam dengan alam sekitar mendorong kepada timbulnya
kepercayaan-kepercayaan bahawa alam sekitar mempunyai pengaruh dan kuasa
yang menentukan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Kepercayaan ini
berkait rapat dengan pengaruh animisme yang diwarisi secara turun-temurun. Dari
situ timbullah unsur-unsur kuasa magis seperti semangat dan roh yang dianggap
sebagai memberi kesan kepada sesuatu perkara yang dihajati secara langsung
kepada unsur-unsur magis tersebut. Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting
yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan
nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan
atau sesuatu perkara yang dihajati.

Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana pengucapan dalam bentuk


mantera menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai
makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis. Mantera boleh digolongkan sebagai
sejenia puisi Melayu tradisional berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah
baris yang sama dalam satu-satu rangkap, manakala rima askihrnya pula tidak
tetap.

Puja Padi:
Seri Dangomala, Seri Dangomali!
Hendak kirim anak sembilan bulan;
Segala inang, segala pengasuh;
Jangan beri sakit, jangan beri demam,
Jangan beri ngilu dan pening;
Kecil menjadi besar;
Tua menjadi muda;
Yang tak kejap diperkejapkan;
Yang tak sama dipersamakan;
Yang tak tinggi dipertinggikan;
Hijau seperti air laut;
Tinggi seperti bukit Kaf.

[sunting] Peribahasa berangkap

Peribahasa tergolong dalam jenis puisi warisan Melayu dan sangat banyak ditemui
dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Peribahasa juga disebut dengan nama
peribahasa berirama dan mempunyai beberapa variasi seperti bidalan, pepatah-
petitih, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil. Dari segi
bentuk, peribahasa berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar, baik dalam
dalam sebaris atau lebih. Tidak sebagaimana pantun, baris-baris dalam peribahasa
tidak berkaitan antara satu sama lain.

Peranan peribahasa dalam majlis-majlis rasmi mahupun dalam kehidupan seharian


mereka adalah sebahagian daripada budaya Melayu yang sopan walau semasa
menegur, menyindir atau mengkritik secara halus. Peribahasa juga berfungsi
sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam
kemasyarakatannya dan media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau
pewarisnya[9].

Rujukan

1. Abdul Halim Ali (2003) Bingkisan Sastera. Diwangsa Publications &


Distributors Sdn., Bhd.
2. Harun Mat Piah (2000), Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka

3. R.O. Winstedt (1992), Liaw Yock Fang (1993)

4. R.O. Winstedt (1992)


5. Harun Mat Piah (2002)

6. Gazali Dunia (1992) Kesusasteraan Melayu Lama. Dewan Bahasa dan


Pustaka

7. Mohd Yusof Md. Nor (1996) Puisi Melayu Tradisional. Penerbitan Fajar Bakti

8. Harun Mat Piah (2000)Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka

9. Mutiara Sastera Melayu Tradisional (2003) Muka surat 256

http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayu#Definisi

You might also like