You are on page 1of 5

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

 
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat
Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk
satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya
sendiri-sendiri.
4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku
mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk
digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza
tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik
jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan
untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,
hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi
tidak ada yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata
ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari,
kekuda, dan sebagainya.
9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila,
bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah
pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas
seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam
kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita
rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan
dua ratus lima puluh.
14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf,
cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang
imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba,
mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah,
membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri,
menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada,
kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,
demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan
meskipun.
Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
           (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan apabila (kata nama)
tanya)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti
yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;  
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat
diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain
daripada buah yang bernama anggur.
23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada
makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena
dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat gunung api kongsi gelap
alih bahasa hancurlebur lampu duduk
bahasa pasar harga borong lipat ganda
bakul sampah hitam manis lubang hidung
batang hidung ikan parang mabuk taut
cakera padat inti sari merah jambu
cantik jelita isi perut minyak makan
daya cipta juling air naik takhta
dengki hati kaca mata nenek moyang
emas putih kerak bumi orang gaji
esok hari otak depan tuan rumah
gagah berani olah raga udang galah
galah canggah pagar duri uji kaji
rendah hati pindah tangan wang saku
sabun mandi rabun jauh warta berita
sihat akal tahan lasak zat air
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil darah daging hajat besar
anak angkat datang bulan harga diri
anak baju daun pintu ibu ayam
anak emas emas kahwin isi hati
anak kunci embun jantan jalan bahasa
batu loncatan filem bisu jauh hati
banyak mulut gaji buta kaki tangan
buah mulut gantung kemudi karat hati
bulan madu gatal mulut kata dua
cahaya mata gunung payung kecil hati
cakap angin habis akal kereta api
campur tangan lalat hijau papas hati
cekak musang lebar mulut panjang tangan
dapur susu lemah semangat pasar gelap
mata hari lepas tangan patah hati
naik darah main angin rendah hati
nyawa ikan malam buta sagu hati
otak udang sampai hati sakit hati
tangan besi tali barut tumbuk rusuk
timbang rasa tanah air

You might also like