Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni
merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan
dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam
merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri-ciri Islam. Dengan
mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati
kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja
perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan
seiring dengan syariat Allah S.W.T.. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah”.
Antara keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih
sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki
oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan
kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai
keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq
dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak
zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman
pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah,
kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini
Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya
mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam,
membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini
bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan.
Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai
bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat
kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan
hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran
Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam.
diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari
ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat
ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan
Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya (Noraini Muhammad
2009).
Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi
juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan
masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan
pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan
lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan
Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan,
muhaqqaq, tauqi’, riq’ah, diwan, ta’liq, nasta’liq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat
yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi.
Ia sebenarnya merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan oleh
al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah yang
mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-
Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi
pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi.
Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu
Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai
gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai
gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut
al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh
orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal
sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam (Zulina Hassan 2009).
Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat
pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah
telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga
kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman,
kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman
kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari
Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi
yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju
dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia
sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan
Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke
Madinah, Makkah dan Taif (Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)
Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini
bererti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis
walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar
(musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10
orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam.
Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil
seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring
Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W.
sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya
sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat
diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni
khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang
Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan
yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era
baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah,
seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi
perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada
Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),maka penulisan telah
memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun
pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan
kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas (Mohd Bakhir 2007).
mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar
anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya
mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.
Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk
ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis.
Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin
Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau
juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-
tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja
dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf
yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul
khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah
s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas
kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat
adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq,
Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian,
Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan
tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin,
zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada
awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi
bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang
lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak
terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).
Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf
Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa,
memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu
keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi
memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna
masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi.
Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada
di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana
setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab
maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-
huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk
mempelajari al Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam. (Mohd Bakhir
2007).
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahawa bangsa
Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut
jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori
dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana
Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahawa
sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke
Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenalpasti bahawa khat Arab telah sampai
ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2H.dan mula tersebar di
beberapa kawasan di Acheh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai
penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang (Mohd Bakhir
2007).
Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah
membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia
telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di
lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu.
Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah
Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan
Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir
diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun
dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan
tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga
diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam
Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677),
wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang
kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang
diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat
di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam,
Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan
kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli
khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau
diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan
Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan
6.0 KESIMPULAN
Maka kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara
kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi s.a.w. telah memberi penekanan
terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Syeikh Ali Abd Rahman al-Kelantani
pernah menulis, Nabi S.A.W pernah bersabda, yang memberi maksud memberi penekanan ke
arah tersebut berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam sabdaNya: “Apabila kamu
menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar
keagungan Allah S.W.T..” Dan di dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila
kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka panjangkan tulisan al-Rahman sebagai
membesar keagungan Allah S.W.T..” Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan
masyarakat ia boleh dianggap sebagai eset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan
datang. Malah ia merupakan anugerah khusus daripada Allah S.W.T. kepada insan yang
tersemai di dalam jiwanya ciri-ciri kesenian. Oleh yang demikian pembelajaran khat Arab harus
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui
proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,
seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya
Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini
sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan
khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran
peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.
(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa
pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai
proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman
menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia
bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat
dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat
Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan
Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan
al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus
menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah,
komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan
• Nasakh Klasik
Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat
terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan
kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana
terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga
kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia
yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
• Nasakh Akhbar
Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai
dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana
penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la
juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media
Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan
sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti
menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-
Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-
Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering
lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini
apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan
rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh
disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan
perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat
yang lain.
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan
dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil
atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban,
2000)
Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan
atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama
Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di
dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah
khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat
Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat
Nasakh.
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui
proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,
seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu
Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu
kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal
terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.
Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai
Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya
lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah
dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas
sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon
jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan
mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan
mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi .
Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar
mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi
pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu
tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai
banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf,
agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini
Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth
yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-
sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih
besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada
kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang
penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia
menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-
tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali
yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi
atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti
Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala
yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak
digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku.
Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak
Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang
sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini
dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat
nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk
tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni,
muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang
memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang
tersusun.
Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia
boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi
empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan
pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau
lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan
bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang
mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang
mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-
struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber
yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini
ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan
kakitangan kerajaan.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah
bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat
Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan
nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam
Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-
murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat,
urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam
akhbar.
Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat
dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka
menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan
Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara
telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan
Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-
Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian
menamakannya khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya
yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.
Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik,
kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta
memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik
serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan
Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi
Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal
dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan
penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.
Maksudnya:
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah
baik”
Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah
dan menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas
negeri Qostantinopal ditawan oleh Sultan ‘Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857
Hijrah.
tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat
Diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta
surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil
Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum).
Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis
khat terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat
Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut
dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat
pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat
itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan
Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani.
Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan
'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat
ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk
tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat
Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa
geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa
Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali
Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan
menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang
indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula
biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan.
Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan
penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan
perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar
untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam
Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan
huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.
Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil
bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia.
Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan
bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di
mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.
Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada
bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun
pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan
menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris
identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-
huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk
yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang
Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke
puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang
Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman
pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171
Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang
memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi
Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir
Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi
Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur,
khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal.
Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka
cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap
sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang
terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad
'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan
Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil
bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia.
Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan
bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di
mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.
Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada
bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun
pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan
menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris
Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai
identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-
huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk
yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang
Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke
puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang
Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman
pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171
Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang
memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi
Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir
Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi
Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur,
khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal.
Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka
cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap
sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang
terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad
'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan