You are on page 1of 12

LAPORAN KEJOHANAN

SUKAN SEKOLAH
KEBANGSAAN (FELDA)
LURAH BILUT
LAPORAN

SUKAN TAHUNANAN

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) LURAH BILUT 2011

PENGENALAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah sangat penting untuk member peluang


kepada murid bagi menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam sukan. Selain itu,
acara sukan tahunan juga boleh menjalinkan silatulrahim di antara murid, guru,
kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Kejohanan ini juga memudahkan pihak
sekolah untuk mencari altet yang akan bertanding mewakili sekolah untuk kejohanan-
kejohanan sukan yang diadakan.

RASIONAL

Kejohanan Olahraga Tahunan ini diadakan untuk memberi pendedahan serta melatih
murid untuk lebih cergas dan mantap di dalam sukan bukan hanya di dalam bidang akademik
sahaja. Rasionalnya juga adalah untuk meningkatkan presatsi sukan sekolah. Melahirkan
murid yang cergas dan cerdas dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan
masyarakat setempat.

MATLAMAT

a) Mencungkil bakat dan menyemai semangat kesukanan dalam diri murid


b) Melahirkan murid yang cemerlang di dalam akademik seiring dengan
kecemerlangan di dalam sukan.
c) Melahirkan insan yang bersosialisasi secara sihat dengan masyarakat setempat.
OBJEKTIF

a) Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat yang terpendam

b) Meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum sekolah

c) Mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan yang saintifik dan bersistematik.

d) Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan
intelek.
e) Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positf yang berterusan
melalui penglibatan yang aktif.

SASARAN

Murid Sekolah Kebangsaan (Felda) Lurah Bilut


ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

ACARA SEBELUM

BIL ACARA KATEGORI TAHUN


1. 50 meter Lelaki Tahun 1
Perempuan Tahun 2
2. 70 meter Lelaki Tahun 1
Perempuan Tahun 2
Tahun 3
3. 80 meter Lelaki Tahun 3
Perempuan Tahun 4
4. 100 meter Lelaki Tahun 4
Perempuan Tahun 5
Tahun 6
5. 200 meter Lelaki Tahun 5
Perempuan Tahun 6
6. Lompat Jauh Lelaki Tahun 4
Perempuan Tahun 5
Tahun 6
7. Lompat Tinggi Lelaki Tahun 4
Perempuan Tahun 5
Tahun 6
8. Lontar Peluru Lelaki Tahun 4
Perempuan Tahun 5
Tahun 6

ACARA SEMASA

BIL ACARA KATEGORI TAHUN


1. 4 x 100 meter Lelaki Tahun 6
Perempuan
2. 4 x 100 meter Lelaki Tahun 5
Perempuan
3. 4 x 100 meter Lelaki Tahun 4
Perempuan
4. 4 x 100 meter Lelaki Jemputan
Perempuan
5. Sukaneka Prasekolah dan Semua murid Pra
Pendidikan Khas dan Pdk
6. 4 x 200 meter Lelaki Tahun 5
Perempuan
7. 4 x 200 meter Lelaki Tahun 6
Perempuan
8. Sukaneka Semua murid yang Tahun 1
terlibat Tahun 2
Tahun 3
9. 4 x 200 meter Lelaki Jemputan
Perempuan

ACARA TERBUKA

1) Acara kaum ibu


2) Acara kaum boa
3) Acara Pegawai Sukan
4) Acara ibu bapa murid Prasekolah

LAPORAN PERJALANAN KEJOHANAN SUKAN

MASA ATUR CARA MAJLIS


7.45 pagi Semua peserta mengambil tempat di padang dan bersedia untuk acara
perbarisan lintas hormat. Ibu bapa dan para jemputan turut hadir memeriahkan
Hari Sukan SKLB kali ke-35
8.00 pagi Perbarisan lintas hormat bermula diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah dan
diikuti oleh pasukan pembawa bendera kejohanan, pasukan prasekolah dan
murid pendidikan khas, pasukan rumah kuning, hijau, merah dan biru.
Perbarisan sangat meriah dengan pakaian-pakaian berhias yang disediakan oleh
guru rumah sukan masing-masing. Mereka juga menyediakan gimik untuk
menambahkan lagi markah rumah sukan masing-masing.
Selesai perbarisan, lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang dimainkan. Semua
yang hadir menyanyi dengan penuh semangat. Para peserta kejohanan
bersama-sama melaungkan ikrar kejohanan dengan penuh semangat diketuai
oleh Ketua Pengawas. Diteruskan lagi acara dengan menaikkan bendera
kejohanan. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Dato’ Abdullah bin Abu
Bakar mewakili pengerusi SYABAS. Pihak sekolah juga menerima sumbangan
sebanyak RM 2000.00. Markah terkini bagi rumha-rumah sukan telah
diumumkan.

8.30 pagi Acara dimulakan dengan acara-acara semasa. Riuh rendah kedengaran
sorakan untuk peserta yang mengambil bahagian mewakili rumah sukan masing-
masing. Semangat kesukanan jelas kelihatan dikalangan murid malahan ibu
bapa juga turut bersemangat.

10.00 pagi Acara ditangguhkan sementara bagi membolehkan semua peserta dan penoton
rehat dan menikmati jamuan di kantin.

10.30 pagi Acara disambung semula. Walaupun hari semakin panas, namun semangat
kesukanan masih jelas kelihatan.

12.00 Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dilangsungkan dengan meriah.


tengah hari Sorakan daripada penyokong rumah-rumah sukan membuktikan kejayaan dan
kemeriahan sukan kali ke 35 ini. Rumah Hijau menjuarai kejohanan sukan kali
ini. Tahniah diucapkan.

2.10 petang Bersurai


OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI SEKOLAH
PROFIL DIRI

PROFIL DIRI
BELANJAWAN SUKAN SKLB KALI KE-35

You might also like