E-Book Asas Fardhu Ain

BIMBINGAN FARDHU AIN

BIMBINGAN FARDHU AIN
1-TAHARAH (BERSUCI)
Pengertian bersuci: Taharah zahir dan batin. (Sila click pada tajuk yang ingin dilawati)

2-Jenis-Jenis bersuci. 3-Istinjak
Syarat Istinjak Rukun Istinjak. Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak). Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj). Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak

4-Hukum Qada Hajat
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: Cara Qada Hajat yang diharamkan. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Adab buang air

5-Hikmah Bersuci 6-Najis dan jenis-jenisnya
Benda-benda Najis Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1. Najis Mukhaffafah. (Ringan) 2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) 3. Najis Mughallazah. (berat) Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan). Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) Cara Menyucikan Kulit Bangkai Cara menyucikan cairan yang memabukkan. Perkara yang tidak dikira sebagai najis. Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Air Liur Basi Hukum Madu

7-Jenis-jenis Air
Air Mutlak Air Musta'mal Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) Air Mutanajjis Air Musyammas

8-Wudhu
Syarat Wuduk ada lima: Rukun Wuduk ada enam: Sunat Wuduk ada 12: Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:

9-Tayamum
Syarat-syarat tayammum: Rukun Tayammum ada 4: Sunat Tayammum ada 2:

10-Mandi Wajib & Sunat
Perkara yang mewajibkan mandi: Rukun Mandi ada 3: Sunat Mandi ialah:

11-Takrif Solat
Syarat wajib solat: Syarat sah solat: Perkara-perkara yang membatalkan solat: Waktu-waktu Solat Fardhu: Perbuatan sunat sebelum solat: Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

12-Rukun Solat
Rukun solat ada 13: 1. Niat: 2. Takbiratul-Ihram 3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. 4. Membaca al-Fatihah: 5. Rukuk, berserta tama'ninah. 6. Iktidal: 7. Sujud 8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. 9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. 10. Duduk ketika tahiyyat akhir. 11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 12. Salam pertama: 13. Tertib.

13-Sunat Hai'ah & Ab'adh
Sunat Hai'ah ada 15 perkara: Sunat Ab'adh ada 7 perkara:

14-Solat Berjemaah
Syarat-syarat sah solat berjemaah: Antara syarat untuk menjadi imam:

15-Masbuq 16-Istikhlaf
Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat

17-Sujud Sahwi
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan 2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan 3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

18-Sujud Sajadah-Tilawah
Hukum sujud sajadah Ayat-ayat sujud sajadah ialah: Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah: Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah: Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang Sujud Syukur

SEBELUM

MENU UTAMA

SELEPAS

TAHARAH (BERSUCI)

Ertinya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Pengertian bersuci:

Pada Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.

Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu: Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.

1.

2.

3.

4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.

Taharah zahir dan batin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

SEBELUM

MENU UTAMA

SELEPAS

Jenis-Jenis bersuci.

1. Menyuci badan daripada hadas kecil:

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.

2. Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.

3. Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.

4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

nghilangkan baunya. mengerjakan Istinjak. m Istinjak injak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s. 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh . kertas atau seumpamanya.a. ketika itu baginda berkata.Dengan menggunakan air. batu. s Riwayat. kertas dan gainya sehingga kesan najis itu dibersihkan. nghilangkan warnanya. wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu. Bukhari dan Muslim) at Istinjak nghilangkan rasanya.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS njak k Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air. beristinjak dengan Air (Air Mutlak). wa Nabi (s. at dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu. ng diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.w) melalui dua buah kubur.w yang bermaksud. boleh diulang lagi sehingga suci. orang Islam.a. Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang cil. n Istinjak. iaitu dari qubur atau dubur. uangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis. . batu. t untuk istinjak. njak itu 3 kali dan kalau masih belum suci. mpat yang diistinja iaitu qubul dan dubur. ristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar. la keluar kotoran dari salah satu.

" a. hendaklah ditambah batu sehingga suci. Sekiranya ada . Makruh memasukkan jari ke dalam dubur. Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan. pakaian. kan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran. daun dan lain-lain. Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk angkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya. . Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. nat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit lelaki dan licin bagi perempuan.* yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air. hadis dan seumpamanya. Kalau ia basah. kiranya masih suci. tulang atau seumpamanya.Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri. mudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang u. Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas ak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Sunat ketika intinjak membaca doa : "Ya Allah. puan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur. sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan. unat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat ulaan sapuan. batu. warna dan rasanya (rasa di tangan).* Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur. berdosa menggunakannya. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak. tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci an syarat. is yang keluar tidak melecer ke tempat lain. nda itu mesti kesat. Hendaklah hilang ain najis. nda itu mesti kering sama ada kayu. ndaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. nda itu bukan benda yang dihormati seperti makanan. maka tidak boleh digunakan. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.

maka wajib njak dengan menggunakan air.unat istinjak dengan batu. Jika najis kering. Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj). seperti tiga ketul batu. lima ketul batu dan sebagainya. . dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. ndaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil.. wajib menggunakan air. ngan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu. u di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. bila memilih salah satu. al yang perlu diperhatikan ketika istinjak ngan bersuci dengan tulang. pilihlah rana air lebih baik digunakan untuk bersuci. kemudian dengan air. a bersuci dengan air dan batu. makanan atau tahi kering. hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu.

Membuang air di atas kitab-kitab agama . Qada hajat di atas kubur. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. musalla dan sebagainya. 1. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan. 2. 5. Cara yang haram. 2. masjid. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting. 3. 6. 1. Membuang air di atas makanan. 4. hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat. Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. Cara yang makruh. kecuali dalam keadaan darurat. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu. 4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan 5. 1. Cara Qada Hajat yang diharamkan. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. 7. 6.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Hukum Qada Hajat Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: 1. 3. . Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran. Cara yang sunat. 8. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir. 2. 3.

. 3." 4. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas. atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas. . Beristibak. di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah. dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. 4." Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Ketika hendak masuk. ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat. baca doa ini: Ertinya : "wahai tuhanku. hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji" 5. kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri. 7. mulai langkah kaki kanan dahulu. aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa: "ya Allah . 3. di jalan-jalan. Ketika keluar dari tandas. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran. 8. Ketika keluar dari tandas. iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar. 1. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas). Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas. 6. Ertinya: "Wahai tuhanku. semutar dan sebagainya ketika qada hajat. membaca doa ini. 6. 5. 2. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah. hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku. 3. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu. Memakai penutup kepala seperti tudung. 4. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air. 5. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya. 2.2. Adab buang air 1. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding. 7.

jangan buang air di mana-mana tempat perhentian . kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu. surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut). Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan. kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid. 9. 7.6. 8. 10. Jangan membuang air di atas kubur. Jangan buang air di lubang tanah. Jangan buang air di air yang tenang. 11.

Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit 2. 3. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Hikmah-Hikmah Bersuci 1. 5. Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang. . agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci. 4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia.

Setiap minuman keras yang memabukkan. Anjing dan babi serta keturunannya. Darah. 10. hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat." Al Baqarah ayat 222. Nanah. . urat. Sehubungan itu. Najis mukhaffafah (najis ringan). 8. Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis. " Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat. Tahi. hendaklah kamu bersihkan" Al Muddatstsi ayat 4. pakaian dan tempat daripada najis. Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair. Sebagai umat Islam. Arak atau tuak ( masam) . dan mengisihi orang orang yang bersuci. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Air kencing. 7. Mazi. 2. 5. Muntah.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Najis dan jenis-jenisnya Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging. 6. tulang. Benda-benda Najis 1. kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang. bulu dan sebagainya semuanya adalah najis. Bangkai haiwan darat yang berdarah. Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih. kulit. Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1. 9. 2. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan. Firman Allah. Najis mutawassitah (najis pertengahan). setiap manusia wajib membersihkan diri. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. 4. " Mengenai pakainmu. 3. Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa. Wadi.

berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i Cara menyucikan najis mukhaffafah: . . " Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. tetapi tidak mandi. 2. rasa dan baunya seperti tahi. . Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk. Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah: Ertinya :. Ertinya :. Yakni Najis Mughaladzah.1 Najis Hukmiah. Najis Mukhaffafah. Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis. Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan. bukan kerana luka dan cedera. . (Ringan). sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya." Riyawat Ahmad Dalam satu hadith lain: Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci.2 Najis Ainiah. Najis mughallazah (najis berat) 1.. Tetapi baginda beristinjak dengan air " .iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering. Kencing Manusia. Rasulullah SAW bersabda." Wadi itu keluar setelah kencing. Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis. Maka kusuruh seorang lelaki. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa. 2. (Pertengahan) .Bukhari dan Muslim.Basuh bahagian yang terkena najis dan lap. Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci. iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis. Bukhari. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini. baunya ." Saya lelaki yang sering keluar madzi.Percikkan air di tempat yang terkena najis. Najis Mutawassitah. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. rasanya serta warnanya." Ibnu Mundzir. memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. berdasar hadith Ali.Bukhari dan Muslim. . seperti kencing yang sudah lama kering. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya. Wadi.3. iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. 2. Madzi.Lap dengan kain bersih sehingga kering. Kotoran manusia. Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air.Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Lalu is bertanya. . lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)". darah dan lain-lain. kerana akulah suami puterinya. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian. berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW.

Cara Menyucinya. Najis Ainiyah. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid. Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) * Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali. apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali. berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar. liur. 1. (berat) iaitu anjing dan babi. tahi. Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan). Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. 2. Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit. air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." . sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah. Basuh bekas itu sehingga hilang bau. ataupun darah haid." (Riwayat Muslim). bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian. lemak. . Najis Mughallazah.Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Peringatan. darah. Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata. . Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis. misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih. kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut). Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. tulang. ii. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah. i. Darah haid termasuk benda najis. 3. i. maka dikira najis dan ianya wajib disamak. kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu. Najis Hukmiyah. Darah :. Dari Aisyah r.a. 2. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk.Bukhari. Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya. 1.termasuk dagingnya. Sabda Rasullullah (SAW) cara mencuci bejana seseorang kamu." Bukhari dan Muslim Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Buangkan najis itu terlebih dahulu. warna dan rasa dengan air mutlak.

i. Perkara yang tidak dikira sebagai najis. maka air yang dijilati itu menjadi najis. air mata. Cara menyucikan cairan yang memabukkan. Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah: 1. Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair. maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis. susu jika ia keluar dari: i. maka hukumnya makruh. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama . Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Jika selepas makan tikus atau sebagainya. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir. Tetapi memakannya tetap dilarang. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis. Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan. Air Liur Basi Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur. Belalang. 2. peluh . 1. Cara Menyucikan Kulit Bangkai Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. 3. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir. air hidung. maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. 4. Tidak najis air liur kucing. 1. ii. kahak yang keluar daripada dada atau otak. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. 5. ii. maka buanglah semuanya. Jika air itu berwarna kuning atau busuk. Air minuman itu tidak najis. cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya. mani. 2. tikus dan seumpamanya. kesan darah di mulut kucing itu telah hilang. .Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. rasa dan ainnya. kemudian kucing itu menjilat minuman. Air liur. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau. jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak.

. 3. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah. 2. maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk.2. Hukum Madu 1. Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

air sirap . Air laut. Air sungai. Air embun. 5. 2. Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci. Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) . Air Mutanajis Air sedikit yang kemasukan najis. 1. Air banyak Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah. 6.Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. boleh dari bumi seperti air hujan. Air yang sah dibuat bersuci. Air Salji. 2. Peringatan. harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas Air dalam tin yang terdedah pada sinar Suci dan menyucikan tapi makruh matahari di negeri panas digunakan pada tubuh badan. air teh. menyucikan. 4. air tebu dan sebagainya. . 3. 7. masim dan sebagainya. perigi dan laut. masam. i. Air sedikit Air yang kurang daripada ukuran tersebut di Harus digunakan selagi ia tidak terhitung atas sebagai muata’mal atau mutanajjis. contoh: Air kopi. Air hujan. suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Air perigi. keruh. Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih. air kelapa. air mawar. Air Mutlak .SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Jenis-jenis Air Bahagiannya Air mutlak – suci lagi menyucikan Air Hukum bersuci dengannya Segala air yang turun dari langit dan keluar Suci: harus dibuat makan dan minum. 3. jernih. Air mata air. Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci. Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya. Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib. Air Musta'mal .Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. 1.Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil. Hukumnya. Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Tidak harus digunakan.

4.60 cm (22. bau atqau rasanya. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain. Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat. liter .174 liter ii. Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci. air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya. Peringatan.190 kilogram. Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis. minuman dan bersuci. ii. iii.11 tin 5. i. i. Keterangan: i.5 cm ( 25 inci). contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai. Air Mutanajjis terbahagi kepada dua. maka air itu menjadi najis. maka ia adalah suci. Kilogram . Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci. iii. Air Musyammas . Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat. jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna.Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis. Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan . Lebar Dalam 60 cm (22. iv. Sukatan dua kolah.5 inci).5 inci).317 kati.ii. tin minyak tanah . ii. hukumnya. iii. 62. Air Mutanajjis . Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit. kati . Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk. Jika diukur dalam timbangan atau sukatan. Air yang lebih daripada dua kolah . Panjang . Bagi bekas segi empat sama. iv. iv. . Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. i.Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat. Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya.

.

8. 6. 5. "Wahai orang-orang yang beriman. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan. 4. 3. sama ada milik sendiri maupun milik orang lain. dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri." 2. Tidak berhadas besar 4. 7. Menggosok gigi (bersiwak). Islam 2. kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki. dewasa maupun anak-anak. Mendahulukan basuhan anggota kanan. Syarat Wuduk ada lima: 1. 9. Membersihkan hidung dengan air. Mengusap sebahagian kepala dengan air. Hilangnya akal sama ada gila. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu. Baligh 3."(Al-Maidah : 6). apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu." (H. 4. Mengusap seluruh kepala dengan air. Niat dengan bacaan: "Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah. 6. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali. Tidur. Sunat Wuduk ada 12: 1.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Wuduk Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. tidak ada sekutu bagiNya. 5. 4. Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-hambaMu yang soleh. kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya). Membasuh kedua cuping telinga. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.R. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim. 2. 5. Tidak berbicara. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati." Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima: 1. Abu Daud). Tidak ada yang menghalangi kulit Rukun Wuduk ada enam: 1. Membasuh dua tangan sampai ke siku. Berkumur. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan. 2. Firman Allah SWT. Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali). 10. 3. pengsan ataupun mabuk. 3. 11. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan) 5. Tertib (berturutan). 12. . Keluar sesuatu dari qubul dan dubur. Membaca doa sesudah berwuduk: "Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa.

Menurut Mazhab Maliki pula. menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat).nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut mazhab Syafi'i. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak. samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan. . ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan.

2. 4. maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat. Rukun Tayammum ada 4: 1. Sedang dalam perjalanan. sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan. . Tertib atau berturutan Sunat Tayammum ada 2: 1. Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah 4. Menyapu muka dengan tanah 3. Memakai tanah yang suci dan berdebu. Sakit. Syarat-syarat tayammum: 1. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya 3. Firman Allah SWT : ". Niat 2.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Tayammum Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci."(Q.S. Al-Maidah : 6) 5. kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air.. nota: Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk. Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air. Sudah masuk waktu solat 2. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.

" (Al-Maidah: 6) Perkara yang mewajibkan mandi: 1. ada juga mandi-mandi sunat. iaitu: Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah Mandi sehabis memandikan mayat Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam . Bersetubuh. iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak. Rukun Mandi ada 3: 1. "Apabila kamu junub. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan. sama ada mengeluarkan mani atau tidak. 2. maka mandilah/bersuci. Selain mandi wajib. 4. Sunat Mandi ialah: * Diawali membaca bismillah dalam hati * Menggosok seluruh tubuh dengan tangan * Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri * Berwuduk sebelum mandi * Tertib atau berturut-turut. 3. kecuali mati syahid. 3. 5. Niat.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Mandi Wajib & Sunat Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Habis masa haid. Nifas. Firman Allah SWT. sama ada sengaja atau tidak. 2. Keluar air mani. Meninggal dunia. Membasuh seluruh tubuh.

3. 5. Iqamah. Yakin masuk waktu solat. Azan . Solat Maghrib . di tempat solatnya.bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. .ertinya memberitahu. Islam 2. 5. dan di pakaiannya. Suci badan dari dua hadas. atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. Solat Asar . 3. asar. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) 5. Meninggalkan rukun solat. 2. Berakal Syarat sah solat: 1. Waktu-waktu Solat Fardhu: Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut: 1. Terbuka aurat dengan sengaja. 3. 2. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat). Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. 3.ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi. Terkena najis yang tidak dimaafkan. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah. 8. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 2. Selepas solat subuh sehingga naik matahari. atau tertawa. mengikut syarat-syarat yang tertentu. 9. 6. iaitu subuh. Ketika masuk matahari.bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). Beralih arah dari qiblat dengan sengaja. 4. 2. Solat Subuh . Solat Zuhur . Ketika matahari di tengah-tengah langit.bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. 7.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Takrif solat: Solat dari segi bahasa ertinya doa. Firman Allah swt: "Dan dirikanlah olehmu solat. 2. 4. Bersugi . 4. Menutup aurat.bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 3. 4. maghrib dan isya'.maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat) Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. Syarat wajib solat: 1. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit. (nota: sekiranya sesudah tamat solat. Baligh 3.misalnya didapati ada najis di sejadah . 5. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Perbuatan sunat sebelum solat: 1. 10. Keluar/kedatangan hadas. kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45) Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Isya' . lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi . Suci dari najis sama ada di badannya. Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 1.bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Makan/minum walau sedikit. zuhur.

Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. ." Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab. maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat). Umpamanya. kerana Allah Taala Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. sebagainya). Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Rukun Solat Rukun solat ada 13: 1. 8. 9. Duduk di antara dua sujud. tunai. 10. Niat "Empat Rakaat". Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur. tidak terburu-buru). Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat). 11. Namun begitu. "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan. 12. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Duduk dalam Tasyahhud akhir. tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Berdiri bagi yang mampu. adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. 4. Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram. Iktidal dengan tama'ninah. 3. Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja. 6. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3. sunat gerhana bulan. Niat. maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur. atau ketika mana-mana rukun yang lain. contohnya ketika rukuk. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. Oleh itu. Huraian rukun solat: 1. iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"). Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar. Tertib. empat rakaat. 5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib. untuk solat Zuhur. Membaca surah Al-fatihah. 7. dengan tama'ninah. dengan tama'ninah. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Sujud dua kali. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat. maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara. dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang. niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat. Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. 2. Membaca salam 13. bahkan hanya sunat hukumnya. iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha. dan sebagainya). tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.

4. dan pergerakan tangan yang berkali-kali." 7. dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan." 6. seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk. Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan. berserta tama'ninah. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk. Rukuk. 2. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk. disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan. Anggota sujud ada 7: 1. ke belakang.Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. 5. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah. Dahi 2." Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah. adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Takbiratul-Ihram." Kemudian disambung pula dengan bacaan: "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji. kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang". Dua lutut 4. dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir. dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu." 3. sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah. ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Dua perut jari kaki Doa ketika sujud ialah: . Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. berserta tama'ninah. Doa tasbih ketika rukuk ialah: "Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya. Maghrib dan Isya' sahaja. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya. Dua tapak tangan 3. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut. iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar). Doa tasbih ketika iktidal ialah: "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya. menelentang atau secara mana yang termampu. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif). maka tidaklah wajib dibuka. baring mengiring. namun tidak digalakkan. dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad.

. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. kayakan daku. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Oleh itu. rahmatilah daku. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia. angkatlah darjatku." 13. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu." 12. Duduk ketika tahiyyat akhir. 10. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut: "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Tahiyyat/Tasyahud akhir." nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan. berilah aku hidayah.a. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan." 9. sihatkanlah aku dan maafkanlah aku. sekurang-kurangnya. maka hendaklah ia kembali sujud semula. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Tertib.w. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Doa tasbih ketika sujud ialah: "Ya Allah ampunilah daku."Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya" 8. rezekikanlah aku. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilamalamakan. sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. "Allahumma-solli 'ala Muhammad. Selawat ke atas Nabi Muhammad s. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah. umpamanya mengelakkan daripada binatang. 11.

aku cenderung lagi berserah kepada Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Membaca tasbih ketika rukuk 10. Doa tahiyat awal ialah: "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. kepada yang menjadikan langit dan bumi. hidupku.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Sunat Hai'ah & Ab'adh Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua: 1. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah 8. Sunat Ab'adh Sunat Hai'ah ada 15 perkara: 1. 3. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat. ibadatku. Sunat Hai'ah 2." 4. Salam yang kedua Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 1. Membaca tasbih ketika rukuk 9. Membaca A'uzubillah 5. Dan dengan demikian aku ditugaskan. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram. Sesungguhnya sembahyangku." . Tahiyat awal. dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Doa iftitah ialah: "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Membaca tasbih ketika sujud 11. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan. dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam. ketika rukuk. Membaca doa tawujud/iftitah. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk 12. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 14. Membaca amin selepas fatihah 7. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir 15. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan) 2. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 6. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 13. Kuhadapkan mukaku.

Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh. dan Maha Tinggi Engkau. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Duduk Tahiyat 4. Nabi yang buta-huruf. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Doa qunut ialah: "Ya Allah. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu." 5. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan. Berdiri semasa qunut 7. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.2. telah memberi berkat Engkau. manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi. dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. maka disunatkan ia sujud sahwi. Selawat didalam Tahiyat awal 3. dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya. dan diberiNya kesejahteraan. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad. oh Tuhan. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. . Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Selawat di dalam qunut 6. tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

qasar. Jumaat. dengan diketuai seorang imam. seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki). Solat makmum harus sama dengan solat imam. maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam. solat hari raya. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu. Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum. 5.a. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang. Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri. ia wajib dikerjakan secara berjemaah. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja. maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua. 7. Syarat-syarat sah solat berjemaah: 1. jamak dan sebagainya. atau secara beramai-ramai. sekurang-kurangnya di takat tumit. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.” Dalam solat berjemaah bersama satu makmum. Semasa berniat.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan. . Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang. manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara syarat untuk menjadi imam: * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum. 6. * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam. 3. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah. Tetapi bagi sembahyang Jumaat. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum. 2. imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain. 8. 4. lalu disertai pula seorang lagi makmum. * Imam itu sudah mumaiyiz. melainkan ketika solat Jumaat. asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam. Terdapat sabda Rasulullah s. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. misalnya sama-sama solat Zuhur. dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain). solat sunat tarawih dan solat sunat witir. dan bukannya atas mereka (makmum). makmumatan (makmum perempuan).

R. maka makmum itu perlulah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang tertinggal. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat. Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah. maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah. Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam. Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk. Dalam solat Jumaat pula. atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq"). Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam. Dari hadis: Dari Hasan dari Abu Bakrah. maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam. maka ia telah mendapat satu rakaat.” (H. maka Nabi berkata. maka dia rukuk sebelum sampai kepada saf. dan imam telahpun selesai solatnya. hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. Dari hadis di atas. ketika Nabi sedang rukuk. maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat. dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir. maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam. sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam. lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk. . biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya. “Semoga Allah menambah semangatmu tetapi jangan diulangi lagi. atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Masbuq Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah. Bukhari) Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud. maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat."(H. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal. dia sampai kepada Nabi saw. Dalam solat Subuh.R. Abu Daud). Hal itu disampaikan kepada nabi. makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi. tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.

" Saya pun mengatakan hal yang sama seperti di atas. kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal. maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat bersendirian. maka tidaklah diharuskan istikhlaf. juga dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Jika berlaku percanggahan dalam tertib. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan). Hadis: "Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat. maka ditegah penggantiannya selepas itu. dia akan menangis dan tidak mampu membaca Al-Qur’an.SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Istikhlaf Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka. Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam. seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya ke tanah. maka tidak sah sembahyang makmum yang lain jika mengikutinya. dan dia (pengganti) itu akan bangun berdiri bagi rakaatnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyyat awal (atau tahiyyat akhir) di rakaat mereka. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun. dia mencuba untuk berundur tetapi Nabi SAW memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada ketiga atau keempat kalinya Baginda bersabda: "Kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf. maka sah penggantian tersebut di mana-mana rakaat pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan. datang Bilal untuk memberitahu Baginda tentang sembahyang. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar sembahyang mengganti imam pada rakaat kedua atau rakaat terakhir. Pada waktu Abu Bakar melihatnya. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum. Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada orang ramai. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya mengatakan kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya. (nota sampingan: makmum saf pertama di belakang imam adalah juga bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solat dengan isyarat bacaan "Subhanallah") Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib." Maka Abu Bakar mengimami sembahyang. atau orang bisu. Jika imam keluar daripada jemaah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun. atau biarpun dengan tiada sebab. kerana ia tidak sah menjadi imam. Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar sembahyang (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum." (HR Bukhari) Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam sembahyang yang sama atau bilangan rakaat yang sama. sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain. Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta. Abu Bakar berundur sedikit dan Nabi SAW duduk di sebelah kirinya. dan terus masuk menjadi imam). disebabkan keuzuran imam pertama itu. Saya berkata: "Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang). atau rakaat ketiga (pada sembahyang yang empat rakaat) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya. atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak dengung serta mengubah bacaan. sama ada di sebelah atau di belakang." Nabi SAW bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang. maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada rakaat pertama. Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua orang lelaki. . Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di belakang imam.

Jika ia tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada sembahyang.Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut. imam tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada jemaah. Manakala makmum yang mengikutinya ada dua pilihan. maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam rakaat kedua dalam sembahyang subuh iaitu berqunut. Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam sebelum rukuk pada rakaat kedua (mustakhlif masbuq). maka difardhukan ke atas mustakhlif itu sembahyang Zuhur. Jika imam keluar daripada sembahyang selepas mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama sembahyang Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua. Cara ini adalah yang lebih afdhal dilakukan. Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk menggenapkan solat dua rakaatnya. . Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam sembahyang Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi sembahyang Jumaat selepas selesai dikerjakannya. Akan tetapi hendaklah mustakhlif itu menjaga tertib imam yang awal. Jika ia tidak menghadiri khutbah maka dia tidak diharuskan mengganti imam itu. kerana mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli Jumaat. Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam. ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya. Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua sembahyang Jumaat. kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu. Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan sembahyang mereka setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya. maka tidak diharuskan ia mengimamkan sembahyang itu kerana dia tidak tergolong dalam ahli Jumaat. jika makmum yang masbuq pada rakaat kedua dalam sembahyang subuh. Sebagai contoh. sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jemaah. duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat. adalah diharuskan menggantikannya jika mustakhlif itu juga turut menghadiri khutbah. Makmum yang bersembahyang Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif yang difardhukan ke atasnya sembahyang Zuhur itu. Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat takbiratul ihram bagi sembahyang Jumaat. lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjemaah). adalah harus dia diganti oleh mustakhlif yang bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah itu. antara memberi salam dengan niat mufaraqah atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam bersamanya.

SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Sujud Sahwi Sahwi bermaksud lupa sesuatu. maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya. dan sebagainya. dan kembali meneruskan solat dari situ. kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam. dan hukumnya adalah sunat.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam. sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam. justeru terlupa. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk. dan kerana ragu-ragu. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh." Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan. atau lebih 50% pasti). iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi. Namun. dan tidak condong pada salah satunya (dzan. dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya. umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam. Jika ketinggalan kerana lupa. kerana kekurangan. Keraguan ada dua jenis: 1. 2. maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi. 1. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya. maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini. maka harus pula melakukan salam sekali lagi. . makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak). kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut. maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang. 4. dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja. 3. maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan Barangsiapa. atau hanya 50-50 pasti).Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja. dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya. lalu sujud sahwi selepas salam. 3. Misalnya. 2. Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi 1. akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam. Kemudian menutupi kekurangan tersebut. Pada kedua-dua hal ini. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya. Doa sujud sahwi adalah seperti berikut: Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa. maka dia perlu sujud sahwi. maka sunat ab'adh itu gugur. maka batallah solatnya. lalu sujud sahwi sebelum salam. maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal. wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya. maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. atau sujud. maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu. 5. ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa. umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. 2.

dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 15. sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6.w. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Aku disuruh sujud. lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia. dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 14. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19 Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah." ." (HR Al-Bukhari dan Muslim) Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 12. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah. Daripada Abu Hurairah r. pada kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan dengan garis atau di penghujung ayat itu ditandakan simbol dengan tertulis perkataan sajadah. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya. dibacanya surah berkenaan. Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an. lalu mendapat syurga. Katanya. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 10. dia lalu turun dan sujud. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud. Maha memberkati Allah. sebaik-baik Pencipta. tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). maka dia sujud.a. Tetapi barangsiapa bersujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 13. Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah: Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya." (HR Bukhari) Ayat-ayat sujud sajadah ialah: 1.: Pada suatu hari Jumaat. dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. dia telah melakukan yang benar. Rasulullah s. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 11. maka syaitan jatuh sambil menangis.SEBELUM MENU UTAMA Sujud Sajadah/Tilawah Tilawah ertinya bacaan. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2.a. atau sunat yang amat digalakkan. katanya.a. Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Pada hari Jumaat berikutnya. tetapi aku menolak maka untukku neraka. maka dia tidak mendapat dosa. Dari Umar r. lalu dia sujud. maka ketika sampai pada ayat sajadah. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8.

atau terhindar daripada malapetaka. dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam. lalu sujud. maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam. Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. umpamanya solat Zuhur. Nota sampingan: Sujud Syukur Sujud Syukur adalah perbuatan sujud ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah. dan hanya dilakukan di luar solat. dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah. Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan.Cara melakukan sujud sajadah ialah terus bersujud (tanpa niat. Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah. dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak. mengadap kiblat. menutup aurat. Salam. sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum. Namun begitu. Disunatkan bacaan takbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) ketika hendak sujud. Takbiratul-ihram 3. asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang adalah sama seperti syarat sembahyang (suci dari hadas besar dan kecil. duduk. Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu). apabila seseorang itu sedang berdiri. makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Sekiranya seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. Di dalam solat berjemaah. Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat. maka batallah solatnya. maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar apabila bangun dari sujud. namun berwuduk itu adalah lebih afdal. Cara sujud syukur dan syarat sujud syukur adalah sama seperti sujud sajadah di luar solat. Hukum sujud syukur adalah sunat. dan membaca doa sujud sajadah di dalam sujud. dan sebagainya). Di samping melaksanakan sujud syukur. Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala" 2. Sekiranya bacaan ayat sajadah itu telahpun tamat. dan salam. Akan tetapi. Niat . maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh. dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud. disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama. . Sujud 4. Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah: 1. lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful