You are on page 1of 7

FORMAT RUJUKAN

3.1 Am
Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan
atau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan
senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dua sistem penulisan rujukan
yang lazim digunakan ialah (i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard), dan (ii)
Sistem Nombor.
3.2 Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
3.2.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks
Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis
menggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:
(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang
yang dirujuk. Contoh:
20
“Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan
dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke
dalam kelas masalah pengoptimuman kekangan.”
(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama
dan tahun dalam kurungan. Contoh:
“Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi
masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang
popular dewasa ini (Paredis, 1993).”
(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:
“Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan
kuasa oleh Kralj dan Petrovic (1995) . . . .”
Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang
pertama. Contoh:
“Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas
jadual waktu Universiti.”
(d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan
oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
“Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan
ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a).”
“Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan
kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).”
21
(e) Rujuk silang (cross reference) tidak dibenarkan dalam penulisan tesis.
Pelajar hendaklah merujuk kepada sumber bahan rujukan yang asal.
3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem Pengarang dan Tahun
(Sistem Harvard)
Semua bahan yang dirujuk dalam tesis hendaklah disenarai dalam Senarai Rujukan
yang diletak di bahagian akhir teks.
Susunan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah mengikut abjad. Bagi pengarang
yang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnya
penerbitan 1964 oleh Scholfield didahulukan sebelum penerbitannya pada 1967.
3.2.3 Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai Rujukan
Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga
diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga
boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.
(i) Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.
Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
ditulis : Pavlovic, J. N.
22
(ii) Nama Melayu
Gunakan nama pengarangnya.
Contoh:
nama : Mohd Noor Abdullah
ditulis : Mohd Noor Abdullah
(iii) Nama Arab atau Berunsur Arab
Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.
Contoh (guna nama keluarga):
nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
ditulis : Al-Attas, Syed Muhammad Naquib
Contoh (tiada nama keluarga):
nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas
(iv) Nama China
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di
hadapan.
Contoh:
nama : Tan Beng Keat
ditulis : Tan, Beng Keat
Nama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.
23
(v) Nama India
(a) Gunakan nama pengarangnya.
Contoh:
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Srinivasan Venkataraman
(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh:
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S. N.
(vi) Nama Punjabi
Gunakan nama penulisnya.
Contoh:
nama : Pretam Singh
ditulis : Pretam Singh
3.2.3.1 Format menulis nama pengarang berserta maklumat penerbitan
(i) Pengarang Perseorangan dan Kumpulan
Contoh untuk satu pengarang:
Veres, S. M. (1990). Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New
York: Gordon and Breach Science Publishers.
24
Contoh untuk dua atau lebih pengarang:
Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: Constraints – Objects
Descriptions. Technical Report. ILOG S. A.
Pergantis, S. A., Cullen, W. R., Chow, D. T. and Elgendor, G. K. (1997). Liquid
Chromatography and Mass Spectrometry for the Speciation of Arsenic Animal
Feed Additives. Journal of Chromatography A. 764. 211- 222.
(ii) Penyunting/Penyusun
Contoh:
Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation of
Waste. London: Elsevier. 314–362.
Lees, R. H. and Thomas T. R. eds. (1974). Chemical Nomenclature Usage.
Chischester: Ellis Horwood.
(iii) Penulis/Penyunting Korporat
Contoh:
Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms.
New York: Engineers Joint Council.
American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of American
Chemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical
Society.
25
3.2.4 Format Penulisan Bahan Rujukan
Dalam penulisan tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contoh
berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalam
senarai rujukan.
(i) Buku
Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th ed.
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.
(ii) Artikel dalam buku
Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul
Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.
(iii) Artikel dalam jurnal
Nama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor):hlm.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.
26
(iv) Artikel daripada persidangan
Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan.
Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems
in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966
IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18.
Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.
(v) Tesis
Nama Penulis (Tahun). Judul. Nama Institusi: Tesis.
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor
Falsafah.
(vi) Perundangan
Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.
Contoh:
Malaysia (1983). Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. :
P.U.(A)41 1983.
(vii) Piawai
Nama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.
27
Contoh:
British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.
London, BS 1297.
(viii) Paten
Nama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).
Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). Screen Room Air Inlet and Wave Guard. (U.S. Patent
2, 925, 457).
(ix) Katalog dagang
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: Partitioning in Business. Redhill
(U.K.): Trade Brochure.
(x) Lukisan Terukur dan Teknik
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,
Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.
Salim Man (1989). Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: Pandangan
Isometrik. UTM: Lukisan Teknik.
28
(xi) Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan
Tuliskan mengikut format sama seperti di atas, tetapi ditulis Tidak diterbitkan
diakhirnya.
Contoh Senarai Rujukan mengikut Sistem Pengarang dan Tahun diberi dalam
LAMPIRAN X.
3.3 Sistem Nombor
3.3.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks
Jika menggunakan Sistem Nombor, setiap satu rujukan yang digunakan diberi
nombor mengikut angka Arab. Bagi penulisan dalam teks, gunakan salah satu kaedah
berikut:
(i) Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan dengan
tanda kurung sama ada ( ), [ ] atau superskrip selepas penyebutan nama
penulis yang dirujuk, contohnya:
“Menurut Paredis (1) sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
ATAU
“Menurut Paredis [1] sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
29
ATAU
“Menurut Paredis1 sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
Bagaimanapun, nombor tidak semestinya ditulis selepas nama penulis, ada kalanya
nombor rujukan ditulis selepas akhir ayat.
(ii) Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor
rujukan sahaja. Contoh:
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (1).”
ATAU
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”
ATAU
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini 1.”
3.3.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem Nombor
Dalam senarai rujukan, susunkan rujukan mengikut nombor rujukan secara
berurutan seperti yang disebut dalam teks.
30
(i) Buku
Nama penulis. Judul Buku. Edisi (bukan pertama). Tempat terbit: Penerbit. hlm;
Tahun
Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th. edition..
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178; 1984
(ii) Artikel dalam buku
Nama pengarang artikel. Judul Artikel. dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku.
Tempat terbit: Penerbit. hlm.; Tahun
Contoh:
Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 – 87; 1987
(iii) Artikel dalam jurnal
Nama penulis. Judul Artikel. Judul Jurnal. Tahun; Jilid (nombor): hlm.
Contoh:
Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. Instn Electr.
Engrs, Part D, 1980, 127(6): 272-284.
(v) Artikel daripada persidangan
Nama penulis. Judul Artikel. Tajuk Persidangan.; Tarikh Persidangan: Tempat
diterbit: Nama Penerbit, Tahun. hlm.
31
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in Noisy
Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE
International Symposium on Intelligent Control. September 15-18,
1996. Dearborn, Michigan: IEEE, 1996. 360-365.
(v) Tesis
Nama Penulis. Judul. Tesis . Nama Institusi; Tahun
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia; 1989
(vi) Piawai
Nama institusi. Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai. Tahun
Contoh:
British Standards Institution. Tongued And Grooved Software Flooring.
London, BS 1297. 1987
(vii) Paten
Nama pemunya. Judul Paten. Nombor paten. Tahun.
Contoh:
Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,
457. 1960.
32
(viii) Katalog dagang
Nama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. Tahun
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.): Trade
brochure. 1984.
(ix) Lukisan Terukur dan Teknik
Nama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. Tahun
Contoh:
Zairul Azidin Badri. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung
Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur. 1980.
Salim Man. Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: Pandangan
Isometrik. UTM: Lukisan Teknik. 1989.
Contoh senarai rujukan menggunakan Sistem Nombor adalah seperti dalam LAMPIRAN
Y.
3.4 Rujukan Dari Internet
Walaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumat
dalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke
semasa. Keadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak “reliable” untuk jangka
panjang. Oleh itu internet hendaklah dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber asal
sesuatu rujukan.
BAB 4
NOTA DAN NOTA KAKI
4.1 Panduan Umum
Nota ialah maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sebuah penulisan. Nota
seperti nota kaki, nota akhir dan sebagainya, pada sesuatu halaman tertentu tidak
dibenarkan bagi penulisan tesis dalam bidang Sains dan Teknologi.
Walau bagaimanapun penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan
tesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bahagian
bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat
tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman
berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan menurut urutan iaitu 1, 2, 3
dan sebagainya.
4.2 Keseragaman Penulisan
Cara penulisan nota kaki berbeza dengan penulisan rujukan dalam aspek
penyebutan nama penulis dan penggunaan jenis tanda bacaan. Dalam nota kaki, nama
penulis ditulis menurut sebutan dan susunan semula jadi nama berkenaan. Tanda bacaan
34
koma atau tanda kurung digunakan untuk memisahkan nama penulis, judul artikel dan
maklumat penerbitannya. Dalam penulisan rujukan, tanda noktah digunakan bagi tujuan ini.
Saiz taip huruf nota kaki adalah dua (2) poin lebih kecil daripada saiz font teks. Perbezaan
antara nota kaki dengan rujukan dapat dilihat daripada format berikut:
Cara Menulis Nota Kaki:
10 Nama penulis, “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan, tahun, muka surat.
Contoh:
10 Mary Duncan Carter, Wallace John Bonk, dan Rose Mary Magrill,
“Building Library Collections.” Edisi keempat (Metuchen, N. J.:
Scarecrow Press, 1974), m.s. 61 - 66.
Cara Menulis Senarai Rujukan:
Nama penulis (tahun). “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan. muka surat.
Contoh:
Carter, M. D., Bonk, W. J. dan Magrill, R. M. (1974). “Building Library
Collections.” Edisi keempat. Metuchan, N. J.: Scarecrow Press. hlm. 61 - 66.
(ii) Sekiranya penulis perlu menggunakan nota kaki, maka penulisannya hendaklah
seragam dan standard.

You might also like