You are on page 1of 4

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

by ahmad husairi k on December 09, 2010

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF


1.     Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian
badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
a.     Keseluruhan Tubuh Badan
Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan
gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini
mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya,
pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal.
Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang
diberi, misalnya muzik.
b.     Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku,
pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan
untuk menyokong, memindah  dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang
digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut
rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti  kucing berjalan,
bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak
tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.
2.     Kesedaran  Rintangan  kepada Beban dan Masa
Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu
individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.
a.     Beban
Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan,
misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-
ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang
yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah
berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah
untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.
b.     Masa 
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh
badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau
kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai
seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk.
Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang
tinggi.
3.     Kesedaran Ruang
Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini
akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.
 
 
a.     Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan
kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira
dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang
dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain
daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga
melibatkan penggunaan arah.
 
b.     Arah 
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan,
ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam
melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke
satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut.
Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan
teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.
 
 
4.     Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan
ruang dan masa
a.     Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam
melakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu
  Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan
tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan.
  Aliran terikat 
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat
kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada
dalam keadaan seimbang
 
b.     Ruang
Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada
kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan.
Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat
menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah
ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang
tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan
pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang
yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras.
Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.
 
  Penyesuaian terhadap Rakan
Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang  berkaitan dengan
hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui
pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:
  Aktiviti 1
  Kerja Berpasangan
Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan
bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau
pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di
pertontonkan secara unik
  Arahan Tugasan
Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga
tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan.
Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai
ritma.
 
  Contoh Aktiviti
  Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan
perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh
dilaksanakan seperti yang berikut:
         Ketua dengan pengikut.
         Kumpulan bekerjasama
         Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah
cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan
menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan
bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
5.     Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat
Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh
badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.
a.     Lompatan Asas
Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan
kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman
lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari
bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang
berbeza.
b.     Bentuk Tubuh Badan
Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai
bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan
seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang
sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh
badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan
asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat
(seperti bola) dan pulas (seperti skru).
c.     Gaya Isyarat
Lakuan  gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh
badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua
tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh
kedua belah kaki. Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada
bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.
6.     Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan
Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif  ialah rithma yang berkaitan dengan
pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan
atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan
pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu
bidang pekerjaan adalah seperti berikut:
         Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.
         Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan
itu diulangkan.
         Peralihan antara dua pergerakan.
         Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan
pergerakan.
Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan
Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan
tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan
 
Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan
Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan
tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan
seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan
atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai
boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak.
Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika
berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh
dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain
seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan
Orientasi Ruang 
Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran.
Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan
arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan
beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan
urutan.
PENAIKAN DARI LANTAI
Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan
dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini
melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai
dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:
  Penaikan dari lantai
  Lepas dari lantai ke ruang udara
  Membina pelbagai bentuk di ruang
  Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang
Kesedaran Kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai
satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama.
Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua
atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai
pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik
sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli
kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh
disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

You might also like