You are on page 1of 13

Definisi Sokongan Sosial

Definisi Sokongan Sosial


• Menurut Cobb (1976) sokongan sosial ditakrifkan
sebagai keyakinan individu bahawa ia di sayangi,
dihormati dan dihargai serta merasakan ia wujud
dalam jaringan komunikasi dan obligasi sosial;
• Mental health Information and Determinants for the
European Level (MINDFUL) pula mendefinisikan
sokongan sosial sebagai merasakan kehadiran orang
yang boleh dipercayai iaitu seseorang individu yang
boleh mengambil berat dan menghargai orang lain
sebagai seorang insan.
Definisi Sokongan Sosial
• ........mendefinisikan sokongan sosial sebagai
kepelbagaian tingkah laku membantu dalam
bentuk kebendaan, kasih sayang, dan nasihat
yang diberi dalam interaksi sosial.
Jenis sokongan Sosial
menurut House (1981) ada empat iaitu:-
• Bantuan dan sokongan sosial secara emosi,
• sokongan instrumen,
• sokongan maklumat,
• sokongan penilaian.
Ulasan Artikel 3:
SOCIAL NETWORKS OF CHILDREN IN
SINGLE-PARENT FAMILIES: DIFFERENCES
ACCORDING TO SEX, AGE,
SOCIOECONOMIC STATUS AND HOUSING-
TYPE AND THEIR ASSOCIATIONS WITH
BEHAVIOURAL DISTURBANCES
Pengenalan
• Penulis ialah Margareta A.K. Samuelssson daripada Universiti Lund,
Sweeden. Artikel diterbitkan pada Mac tahun 1997 dalam Jurnal of Social
Network bilangan 19 muka surat 113-127.

• Kajian yang dipaparkan dalam artikel ini bertujuan mengkaji tahap jaringan
sosial personal kanak-kanak yang tinggal bersama ibu dan bapa tunggal.
• Fokus kajian (1): melihat perbezaan jaringan sosial personal kanak-kanak
dari kalangan kumpulan jantina lelaki dan perempuan, kumpulan remaja dan
kanak-kanak, kumpulan yang datang dari latarbelakang sosioekonomi yang
tinggi dan rendah dan kumpulan kanak-kanak yang tinggal di kawasan
perumahan yang berbeza.
• Fokus kajian (2) :untuk melihat korelasi antara ganguan tingkahlaku
(behavioural disturbance) terhadap aspek-aspek jaringan sosial personal
kanak-kanak tersebut.
Ulasan Artikel
• Jaringan sosial kanak-kanak menerusi sokongan keluarga, rakan-
rakan sebaya dan orang dewasa lain akan dapat membantu
kesihatan mental mereka dilindungi dari kesan negatif apabila
mereka terdedah kepada tekanan yang pelbagai;

• Dalam kajian ini, kanak-kanak yang djadikan sampel terdiri


daripada 78 orang kanak-kanak yang berumur 9 hingga 16 tahun
yang tinggal bersama ibu atau bapa tunggal. 39 daripada mereka
merupakan pesakit luar di klinik Psikatri kanak-kanak dan remaja
Hospital Lund, Sweeden. Manakala 39 orang yang lain adalah
terdiri daripada kumpulan kawalan yang diperolehi menerusi
prosiding perceraian di mahkamah.
Alat Kajian Yang digunakan
• Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
4 alat ukuran yang mengukur pelbagai aspek
dari segi jaringan sosial personal seperti
Interview schedule for social interaction
( ISSI) , The Shortened Kaplan Scale, The
loneliness Scale dan Network map.
Hasil Kajian
• Jaringan sosial personal kanak-kanak berdasarkan jantina
Terdapat banyak perbezaan tentang jaringan sosial personal kanak-
kanak lelaki dan perempuan. Berdasarkan kepada skala kesunyian,
kanak-kanak perempuan mengalami perasaan kesunyian dan tidak
berpuas hati dengan jaringan sosial personal mereka berbanding
dengan kanak-kanak lelaki. Kajian ini mendapati kanak-kanak
perempuan mempunyai jaringan sosial yang rapat dengan wanita
dewasa dan rakan- rakan wanita. Manakala kanak-kanak lelaki,
mempunyai jaringan sosial yang rapat dengan lelaki dewasa dan
rakan-rakan lelaki lain. Kanak-kanak perempuan didapati dapat
melahirkan perasaan emosi yang mendalam dengan jaringan sosial
mereka berbanding kanak-kanak lelaki.
Hasil Kajian
• Jaringan sosial personal kanak-kanak berdasarkan
umur
Terdapat perbezaan yang signifikan tentang jaringan
sosial kanak-kanak yang berumur 13-16 tahun
dengan kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12
tahun. Kanak-kanak berumur 13-16 tahun lebih
rapat dengan rakan-rakan sebaya, mempunyai lebih
akses kepada hubungan sosial dan mersakan
dirimereka lebih dihargai oleh orang lain
berdasarkan kepada skala kaplan.
Hasil Kajian
• Jaringan sosial personal kanak-kanak berdasarkan status sosio
ekonomi keluarga
Kanak-kanak yang mempunyai ibu atau bapa tunggal yang
tinggi status sosio ekonominya menunjukkan saudara mara
amat penting kepada mereka dan mereka sangat rapat dengan
saudara mara. Kanak-kanak tersebut juga memperoleh skor
yang tinggi dalam ujian ISS yang menggambarkan bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai jaringan integrasi dan emosi
sosial yang baik. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ibu atau
bapa tunggal yang rendah status sosio ekonominya, mereka
mempunyai hubungan yang baik dengan ibu dan bapa tunggal
mereka serta rapat dengan rakan-rakan.
Hasil Kajian
• Jaringan sosial personal kanak-kanak berdasarkan jenis
rumah yang di diami
Dalam hal ini perbezaan yang signifikan hanya didapati
terhadap kanak-kanak yang mendiami jenis rumah setingkat
(One-family house) berbanding dengan kanak-kanak yang
mendiami jenis rumah berbentuk apartmen. Kanak-kanak
yang mendiami jenis rumah setingkat merasakan mereka
mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu atau bapa
yang bercerai dan wujud peratus yang besar iaitu 60%
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendiami rumah
setingkat mengalami konflik dengan jaringan sosial mereka.
Hasil Kajian
• Hubungan gangguan tingkahlaku dengan aspek jaringan sosial
personal kanak-kanak berdasarkan perbezaan jantina, umur,
status sosio ekonomi keluarga dan jenis rumah yang didiami.

Berdasarkan kepada skor keseluruhan yang diperolehi menerusi


Skala Rutter, bolehlah dianggap bahawa wujud hubung kait
antara aspek jaringan sosial personal kanak-kanak dengan
gangguan tingkahlaku bagi kanak-kanak perempuan, kumpulan
kanak –kanak yang berumur 13 hingga 16 tahun, kanak-kanak
yang tinggal bersama ibu dan bapa tunggal yang mempunyai
taraf sosio ekonomi yang tinggi dan kanak-kanak yang tinggal
dirumah jenis apartmen.

You might also like