Professional Documents
Culture Documents
HBSS 2203
AMALI SAINS
TEACHING SCIENCE FOR LOWER PRIMARY III
ISI KANDUNGAN
Muka
Bil Eksperimen Tajuk
Surat
EKSPERIMEN 1
1
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Radas Dan Bahan : Tabung uji , pengepit , termometer , naftalena (ubat gegat),
alat pemanas
Langkah – Langkah :
3. Panaskan tabung uji di dalam bikar besar berisi air sehingga semua bahan pepejal
menjadi cair
air
5. Alihkan tabung uji dari bikar dengan mengangkatnya dengan kaki retot. Biarkan
cecair terdedah di udara dengan sendirinya. Perhatikan suhu setiap 30saat.Pada
masa yang sama,suhu akan mendatar kemudian akan turun lagi. Berhenti sebaik
sahaja, suhu menurun lagi.
7. Rekod keputusan bagi takat lebur. Catat juga bentuk permukaan pepejal naftalena
2
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Masa
0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300
( saat )
Suhu
87 85 81 80.5 80 80 80 80 80 80 80
( C )
Masa
330 360 390 420 450 480 510 540 570 600
( saat )
Suhu
79.5 79 78 76 74 71 68 62 58 56
( C )
3
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Perbincangan:
4
HBSS2203 teaching science for lower primary III
1. Sebuah bikar yang berisi air digunakan untuk memanaskan naftalena supaya proses
peleburan naftalena berlaku dengan sekata. Pada peringkat awal eksperimen,
naftalena berbentuk pepejal.
2. Semasa proses penyejukan, tabung uji berisi naftalena dikeluarkan dari bikar berisi
air dan di biarkan terdedah ke udara pada suhu bilik.
4. Bacaan suhu naftalena bermula ketika ia berada dalam keadaan cecair, Ia akan mula
berubah dari bentuk cecair ke pepejal. Bacaan suhu naftalena diambil setiap 30 saat
dan dicatatkan dalam jadual. Bacaan Ini boleh dijelaskan melalui graf yang
disediakan di lampiran
5. Dari titik A (permulaan bacaan suhu) ke B, suhu naftalena menurun kerana tenaga
haba dibebaskan ke sekeliling. Naftalena masih berada dalam bentuk cecair.
molekul-molekul naftalena hilang tenaga haba. Pergerakan dan getaran anatara
molekul semakin perlahan dan mereka bergerak lebih dekat kepada satu sama lain.
6. Dari B ke C, naftalena wujud dalam bentuk cecair dan gas. Cecair mula bertukar
menjadi bentuk pepejal. Atom mula tersusun untuk membentuk susunan molekul
dalam bentuk pepejal. Suhu tetap tidak bertukar sehingga semua cecair bertukar
kepada pepejal. Hal ini kerana tenaga haba hilang kepada persekitaran semasa
pendinginan. Suhu malar adalah takat sejuk beku. Tenaga haba yang dikeluatkan
semasa proses penyejukbekuan ini dipanggil haba pendam lakuran.
7. Semasa kondensasi, suhu adalah tetap kerana tenaga haba dibebaskan ke sekeliling
adalah sama dengan tenaga yang terhasil semasa pembentukan ikatan.
5
HBSS2203 teaching science for lower primary III
8. Dari titik C ke D, naftalena berada dalam bentuk cecair bercampur pepejal.
Semakin kuat ikatan yang terbentuk kerana kehilangan haba ke udara.
Kesimpulan :
Melalui eksperimen yang dijalankan, adalah didapati takat lebur naftalena berada pada
lingkungan suhu 80C. Kemudian suhu naftalena menurun lagi dimana haba dari naftalena
dibebaskan ke udara dan berubah ke bentuk pepejal. Jika naftalena dalam bentuk pepejal, ia
berbentuk hablur dan permukaannya tidak rata dan kasar.
Perubahan bentuk naftalena dari keadaan cecair menjadi pepejal adalah berkadar
songsang antara masa dengan suhu. Semakin bertambah masa diambil, semakin berkurang
suhu naftalena. Pembekuan naftalena terhenti sepenuhnya pada suhu bilik.
EKSPERIMEN 3
6
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Radas Dan Bahan : Lilin , piring petri , tin logam , alat penimbang digital , silinder
Langkah-Langkah :
2. Masukkan 100 g air ke dalam tin logam dan sukat suhu awalnya
3. Sokong tin dengan penyepit dan kaki retot. Letak lilin di bawah tin dan
4. nyalakan.
Termometer
Pengepit
Tin logam
Lilin
Kaki retot
Piring petri
7
HBSS2203 teaching science for lower primary III
5. Apabila suhu mencecah 30 C , alihkan lilin dan kacau air di dalam tin ambil suhu
terakhir
Keputusan
Pengukuran
a) Berat awal lilin + piring petri = 47.38 g
d) Suhu awal = 29 C
e) Suhu akhir = 32 C
Pengiraan
a ) Berat lilin yang digunakan = 0.02 g
Oleh sebab itu , haba lilin bagi setiap g adalah = 8.4 J/ 0.02 g
= 4.2 J/g
Perbincangan :
8
HBSS2203 teaching science for lower primary III
1. Pada peringkat awal eksperimen, lilin yang terbakar akan cair.
2. Air yang digunakan adalah untuk memastikan suhu yang dicatat berada dalam
keadaan seragam dan tepat.
3. Tin logam digunakan adalah kerana ia merupakan pengalir haba yang baik. Ia akan
menyerap haba dari api lilin keseluruh bahagian tin dan memberi pemanasan yang
secukupnya kepada air yang berada di dalam tin tersebut.
4. Air yang tersejat dari bekas tin tersebut tidak diambil kira kerana suhu yang terlibat
tidak mencapai takat didih air iaitu 100 darjah selsius. Lingkungan suhu yang
dicatatkan adalah antara 29 hingga 30 darjah selsius. Walau terdapat penyejatan
sekalipun ianya amatlah kecil nisbahnya. Hal ini tidak mempengaruhi hasil
eksperimen.
Kesimpulan :
Eksperimen ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pembakaran kalori bagi
lilin. Kalori yang terbakar merupakan satu bentuk tenaga yang dikira dalam unit Joule. Kalori
gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1 °C. Tenaga
ini sebanyak 4.184 J. Manakala kalori kilogram merupakan tenaga yang diperlukan untuk
menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 kJ, dan sama dengan 1000
kalori gram.
Dalam konteks sains, "kalori" biasanya merujuk kepada kalori gram, dan simbol unit
ini ialah cal. Melalui eksperimen ini, dapat membuktikan bahawa kalori dapat dimusnahkan
melalui pemanasan haba. Melalui rumus, kehilangan kalori juga dapat di kirakan.
9
HBSS2203 teaching science for lower primary III
EKSPERIMEN 4
Bahan dan Radas : Sebuah mentol kecil 2.5 voltan atau 0.3 ampere, pemegang bateri, 4
biji bateri kering 1.25 voltan, sepasang klip buaya ditanda dengan X
dan Y dan wayar.
Langkah-langkah :
1. Susunkan litar, bermula dari kutub positif(+) bateri sehinggalah ke kutub negatif(-).
2. Sentuhkan klip buaya X dan Y, sepatutnya mentol akan menyala selepas kedua-dua
klip bersentuhan.
3. Jika mentol tidak menyala, periksa kembali sambungan litar yang dibuat untuk
mengesan sambungan yang salah.
4. Kemudian sambungkan X dan Y dengan pelbagai bahan untuk menguji sama ada
bahan itu konduktor elektrik atau penebat elektrik.
5. Selain itu ujikaji ini juga dapat mengesan sama ada sesuatu bahan itu konduktor
elektrik yang baik.
6. Sebagai contoh, sekiranya bahan itu konduktor elektrik yang baik maka nyalaan
mentol akan lebih terang. Sekiranya tidak maka mentol akan menyala dengan malap
dan jika bahan itu bukan konduktor elektrik maka mentol tidak akan menyala.
7. Bina jadual untuk menunjukkan perbezaan bahan dan juga keputusannya. Sama ada
konduktor elektrik atau penebat.
10
HBSS2203 teaching science for lower primary III
8. Adakah anda fikir semua logam adalah konduktor haba yang baik?
Mento
Klip
wayar
Bateri
Keputusan :
Jadual pemerhatian,
Bil Bahan Jenis Bahan Pemerhatian Inferens
1 Klip kertas Besi Menyala Konduktor
2 Paku Besi Menyala Konduktor
3 Wayar elektrik Tembaga Menyala Konduktor
4 Kepingan zink Zink Menyala Konduktor
5 Kepingan Aluminium Aluminium Menyala Konduktor
6 Pensel kayu Kayu Tidak menyala Penebat
7 Kepingan Kertas Kayu Tidak menyala Penebat
8 Duit syiling 20 sen Aloi Tidak menyala Penebat
9 Cebisan kain Kapas Tidak menyala Penebat
10 Getah pemadam Getah Tidak menyala Penebat
Perbincangan :
11
HBSS2203 teaching science for lower primary III
1. Bahan yang mengalirkan elektrik ialah bahan yang membenarkan arus elektrik
melaluinya.
3. Contoh-contoh logam adalah besi, aluminium, kuprum, zink, Loyang, emas dan perak.
Emas asli merupakan pengalir haba yang paling baik.
4. Bahan bukan logam seperti kaca, kayu, getah, plastic, kain dan kulit adalah bahan yang
tidak mengalirkan arus elektrik.
6. Manakalan bahan yang menyambungkan litar tetapi tidak menjadikan mentol bernyala
dikenalpasti sebagai bahan yang bukan logam dan tidak dapat mengalirkan arus elektrik
melaluinya. Contohnya, pensel kayu, kepingan kertas dan cebiasan kain.
7. Bukan semua logam merupakan konduktor elektrik yang baik. Malahan terdapat logam
yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik seperti aloi( iaitu logam campuran)
Kesimpulan :
Terdapat pelbagai jenis bahan di sekeliling kita. Setiap bahan mempunyai sifat-sifat yang
berbeza. Berdasarkan sifat-sifatnya, kita boleh menggunakan bahan untuk membuat pelbagai
objek. Hampir kesemua bahan logam asli dapat mengalirkan tenaga elektrik berbanding
dengan bahan bukan logam yang sangat sesuai dijadikan sebagai penebat. Penebat yang baik
pula ialah bahan yang diperbuat daripada getah. Selain ia tidak mengalirka elektrik, ia juga
bersifat elastic atau boleh di bengkokkan dan kembali ke bentuk asal dengan mudah.
EKSPERIMEN 5
12
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Tujuan : UNTUK MENYIASAT PRINSIP KEAPUNGAN
Alat / Bahan : Tabung uji, silinder penyukat, batang plumbum, neraca spring.
Langkah-langkah :
1. Ikat benang mengelilingi leher tabung uji A dan potong benang tersebut supaya ia
boleh digantung dari satu neraca spring.
2. Gantung tabung uji A pada neraca spring dan catatkan bacaan pada neraca spring.
3. Isikan silinder penyukat B dengan separuh penuh air. Catatkan bacaan pada silinder
penyukat. Letakkan tabung uji berisi plumbum ke dalam air sehingga tabung uji
tersebut terapung tegak dan tidak menyentuh bahagian dinding silinder penyukat..
5. Pancing dan keluarkan tabung uji berisi serpihan plumbum ke neraca spring,
keringkan tabung uji dan catat bacaan timbangannya sekali lagi.
6. Kirakan jumlah isipadu yang disesarkan dalam cm3 . Jika ketumpatan air ialah
1g/cm3, berat air akan diperolehi. Bandingkan ini dengan berat. Berhati-hati semasa
mengendalikan tabung uji dan serpihan plumbum. Catatkan kesimpulan.
tabung uji A
Benang pengikat
serpihan plumbum
air
silinder penyukat B
13
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Keputusan pengukuran :
Bacaan akhir air Berat tabung uji + pemberat Berat air disesarkan
Perbincangan :
1. Sesuatu objek akan mengalami kehilangan berat apabila ia direndam di dalam air.
2. Kehilangan berat itu adalah sama dengan objek di udara tolak berat objek dalam air.
3. Kehilangan berat apabila suatu objek dibenamkan dalam air disebabkan oleh daya
keapungan yang bertindak ke atas sesuatu objek adalah sama dengan kehilangan berat
objek itu.
4. Air yang disesarkan oleh suatu objek yang terbenam adalah kehilangan objek berat
objek itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui eksperimen yang telah dijalankan.
5. Disebabkan daya keapungan atau tujahke ke atas adalah sama dengan dengan
kehilangan berat, maka daya keapungan atau tujah ke atas adalah sama dengan berat air
yang tersesar.
6. Eksperimen dengan cecair dan gas lain membawa kepada kesimpulan yang disebut
prrinsip Archimedes.
14
HBSS2203 teaching science for lower primary III
7. Prindip Archimedes menyatakan bahawa suatu objek dibenam sepenuh atau separa
dalam bendalir, daya keapungan atau tujah ke atas objek itu adalah sama dengan berat
bendalir yang tersesar.
Kesimpulan :
Boleh dinyatakan bahawa prinsip pengapungan adalah apabila sesuatu objek dalam
cecair, daya keapungan atau tujah ke atas yang bertindak ke atas objek itu adalah sama dengan
beratnya. Hal ini bermaksud, berat sesuatu jasad yang terapung di permukaan cecair adalah
sama nilai dengan berat cecar yang tersesar oleh jasad itu.
Apabila seketul gabus dilepaskan, gabus itu akan naik ke permukaan air dengan serta
merta. Ini kerana gabus itu mengalami daya tujah ke atas yang disebabkan oleh air.Fenomena
keapungan yang sama turut membolehkan kita berenang kerana wujudnya daya tujah atas yang
bertindak ke atas badan kita. Objek yang berketumpatan kurang daripada ketunpatan cecair
yang menampungnya, daya tujah ke atas akan menyebabkan objek tersebut terapung.
Sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam
walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujah atas yang bertindak tidak
mampu untuk menyokong berat objek .
15
HBSS2203 teaching science for lower primary III
EKSPERIMEN 7
Langkah- langkah:
1. Letakkan thermometer ke dalam bikar yang mengandungi ais yang telah cair;buat
pemerhatian untuk menentukan suhu yang tetap pada thermometer.
3. Masukkan garam ke dalam air dan kacau sehingga betul – betul larut dan lihat
sekiranya ia memberi kesan kepada takat didih nya.
5. Bandingkan takat didih pada (3) apabila bebuli thermometer berada di dalam air
garam
16
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Gambarajah :
Termometer
bikar
ais
Keputusan:
Masa (minit) 1 2 3 4 5
Suhu 9ºC 4 5 7 7 7
Masa (minit) 3 6 9 12 15 18 21 24
Suhu (ºC) 15 29 39 55 75 98 98 98
17
HBSS2203 teaching science for lower primary III
Masa (minit) 2 4 6 8 10
Masa (minit) 2 4 6 8 10
Suhu tetap apabila suhu air garam dipanaskan di dalam kelalang :105ºC
Perbincangan:
1. Suhu didih air suling adalah pada 100 ºC. Pastikan thermometer diletakkan tegak dan
tidak menyentuh permukaan bikar. Bebuli thermometer berada di atas air. Pastikan
kedudukan aras mata dengan aras bacaan thermometer bertentangan semasa mengambil
bacaan suhu untuk mengelakkan ralat bacaan . Suhu air suling berkadar langsung
dengan masa pemanasan sehingga air mencapai takat didih.
2. Apabila ais di kenakan pada suhu yang panas ,zarah – zarah pepejal akan akan bergetar
lebih cepat dan akhirnya mengatasi daya terikan antara zarah.
3. Zarah – zarah mula terpisah dari kedudikan tewtapnya dan bergerak bebas untuk
membentuk cecair.
4. Semasa perubahan ais kepada air ,suhu menjadi malar pada 7ºC .suhu ini dikenali
sebagai takat lebur ais.
5. Ketika ais dipanaskan ,suhu menjadi malar pada 98ºC .Ia tidak mencapai 100 ºC.
18
HBSS2203 teaching science for lower primary III
6. Apabila garam di campur dengan air didapati takat didih air tersebut bertambah dan
mencapai suhu yang tetap pada suhu 103 ºC
Kesimpulan :
Takat didih air suling adalah pada 100 ºC. Namun ianya boleh berubah apabila terdapat
bendasing di dalam larutan air tersebut. Setiap cecair juga mempunyai takat lebur dan takat
didih yang berbeza bergantung kepada kandungan bahan cecair tersebut.
Garam mudah dilarutkan ke dalam air. Tetapi proses membebaskan garam dari air dan
menukarkannya ke fasa gas memerlukan tenaga yang banyak. Pada takat didih air, garam
masih kekal terlarut di dalamnya.
Pada sempadan air-udara, jumlah tekanan dalam air adalah sama dengan jumlah
tekanan udara. Tetapi sebahagian daripada tekanan dalam air adalah disebabkan oleh garam.
Jadi tekanan yang cuma disebabkan oleh air sahaja adalah lebih rendah berbanding dengan kes
air tulen. Tekanan wap air (vapor pressure of water) yang berada dalam keseimbangan dengan
air cecair juga diturunkan oleh kewujudan garam terlarut. jhkjhjhjhjkhjkjjkhkjh
Air akan mendidih apabila tekanan wap air mencapai tekanan atmosfera. Pada ketika
itu, gelembung-gelembung udara mula terbentuk di dalam air (iaitu mula berubah ke fasa gas).
Apabila garam wujud di dalam air, kita terpaksa memanaskan air ke suhu yang lebih tinggi
daripada normal supaya tekanan wap air (vapor pressure of water) sama dengan tekanan
atmosfera. Oleh sebab itu, larutan garam akan mempunyai takat didih yang lebih tinggi
daripada biasa. Penjelasan yang serupa dapat menerangkan mengapa takat lebur ais
direndahkan oleh kehadiran garam terlarut.
EKSPERIMEN 9
TUJUAN : UNTUK MENGUJI PENYERAPAN DALAM CECAIR.
Bahan dan radas : kelalang penyulingan, tunku kaki 3, kaca tabunng, penunu Bunsen dan
19
HBSS2203 teaching science for lower primary III
kristal potassium.
Prosedur :
1. Isikan kelalang penyulingan dengan air.
2. Masukkan Kristal potassium ke dalam kelalang penyulingan dengan menjatuhkannya
melalui tabung kaca.
3. Panaskan dengan menggunakan penunu Bunsen. Perhatikan gerakan pewarna di dalam
cecair. Panaskan dengan perlahan untuk melihat gerakkan dengan lebih jelas lagi.
4. Hasil daripada pemerhatian didapati air bewarna bergerak keatas dan kemudian apabila
suhu panas telah sekata kesemua air akan sama warnanya.
Kelalang
Kristal
Tunku kaki 3
Penunu
Keputusan :
20
HBSS2203 teaching science for lower primary III
1. Kristal potassium perlu dimasukkan menggunakan saluran tiub supaya ia dapat
diletakkan ke dasar kelalang tanpa perlu tersentuh air di kawasan atas kelalang. Hal ini
supaya perubahan dan pergerakan warna Kristal potassium dapat dilihat.
2. Apabila dipanaskan terdapat satu aliran air bewarna ungu di perhatikan naik daripada
Kristal potassium yang berada pada dasar kelalang penyulingan ke arah atas secara
perlahan-lahan. Hal ini kerana Kristal potassium mudah bertindakbalas dengan haba
yang dikenakan ke atasnya.
3. Ini menunjukkan arus perolakan terhasil kerana air yang panas akan bergerak keatas
dan air yang sejuk akan turun ke bawah.
4. Perolakan ialah proses pemindahan haba yang disebabkan oleh pergerakan bendalir dari
kawasan yang panas ke kawasan yang kurang panas.
5. Sifat bendalir yang panas adalah kurang tumpat dan naik ke atas.
6. Sifat bendalir yang lebih sejuk adalah lebih tumpat dan turun ke bawah.
7. Sifat bendalir akan bergerak naik dan turun membawa haba bersama-sama secara
berterusan.
8. Semua keadaan dan perubahan ini disebut arus perolakan.
Kesimpulan :
Pemindahan haba melalui perolakan melibatkan pemindahan haba secara pukal dan
pencampuran unsur makroskopik bahagian panas dengan bahagian sejuk gas atau cecair. Ia
juga melibatkan pertukaran haba di antara permukaan pepejal dan cecair. Dengan kata lain,
Perolakan lazimnya terjadi dalam cecair dan gas dan disebabkan oleh gerakan jirim dari
bahagian yang panas ke bahagian yang sejuk. Proses ini memerlukan pergerakan jirim
bahantara yang membolehkan haba berpindah dari bahagian yang bersuhu tinggi ke bahagian
yang bersuhu lebih rendah. Arus perolakan memainkan peranan penting dalam pengudaraan
sesebuah bangunan, dimana atap setiap bangunan dicipta khusus untuk membebaskan udara
panas yang berada dalam bangunan tersebut. Arus perolakan juga menyebabkan terbentuknya
fenomena bayu laut dan bayu darat.
21