You are on page 1of 5

ARTIKEL MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

NG Sen FaSandiyao Sebestian

Fakulti PendidikanUniversiti Malaya

Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar


cerdas secara umum.Secara spesifik, artikel ini diharapkan dapat menyumbang ke
arah penubuhan program kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan
golongan pintar cerdas, kerana aspek ini telahdiabaikan selama ini di negara kita.
Objektif berkenaan mungkin hanya akan dapat dicapaisekiranya ada usaha-usaha
yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran masyarakatmengenai
masalah yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak berkenaan. Idea
yangdibincangkan adalah berdasarkan kajian literatur dan pengalaman penulis
sendiri.Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak
pintar cerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified


persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high
performance.These are children who require differentiated educational programs and
servicesbeyond those normally provided by regular school programs in order to
realizetheir contribution to self and society (Marland dlm Davis & Rimm, 1998,
ms.18).

”Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) kebolehan pencapaian kanak-


kanak pintarcerdas yang tinggi; dan 2) mereka memerlukan program pendidikan
khas untuk mengembangkanpotensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan
menjadi lebih jelas jika kita bandingkandengan definisi kanak-kanak terencat akal
berikut:“Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang.
Bagisesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang
atautercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan/
atau pengubahsuaian sosialnya terjejas

Definisi di atas menggariskan dua perkara penting: 1) kecerdasan yang amat


rendahberbanding dengan kecerdasan purata; dan 2) masalah penyesuaian diri
(dalam masyarakat danprogram sekolah biasa). Dengan membandingkan dua
definisi berkenaan, jelas menunjukkankepada kita bahawa majoriti kanak-kanak
pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akalmenghadapi masalah menyesuaikan diri
di sekolah biasa. Oleh itu, mereka memerlukanpendidikan khas. Bagaimana pun,
bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas, masalah penyesuaiansosial kanak-kanak
tersebut tidak dianggap ciri penting yang membezakan mereka dengankanak-kanak
biasa.
Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya, iaitu bertujuan mengenal-
pastidan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek masalah penyesuaian diri
mereka. Apatahlagi, persoalan ini sangat penting untuk diketahui dan difahami oleh
masyarakat dan parapendidik.Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang
mana kebolehan mental mereka jauhlebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.
Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkansepenuhnya sistem pendidikan
sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasimereka berbeza
disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaanini
menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini
memberifokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap
akan dapat memberikefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan
pihak-pihak yang terlibat diKementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan
mereka.Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi
kanak-kanak pintar cerdas.

Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek


yangluar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan
ini menimbulkanpula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan
minoriti, masalah merekamungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang
ramai. Masalah berkenaan sebenarnyaberpunca daripada sifat unik yang ada pada
diri mereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia;perkembangan nilai/moral; keupayaan
yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; danmasalah mengembangkan
potensi. Pada mnasa yang sama, faktor persekitaran seperti masalahkomunikasi;
diskriminasi terhadap golongan ini; masalah keluarga; masalah tidak
dapatmenyesuaikan diri dengan sistem persekitaran; dan pandangan orang lain
terhadap merekamenyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin
bertambah. Oleh itu, artikel ini jugabertujuan untuk membantu kanak-kanak tersebut
mengatasi masalah yang mereka hadapi. lnipenting untuk memastikan mereka
dapat mengembangkan semua potensi yang ada pada mereka.Bagaimana pun,
sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintarcerdas
dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangan kajian
iniadalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukur kejayaan
pelajar.
Cirl-ciri Istimewa dan Masalah Pelajar Pintar Cerdas

Bayangkan senario ini: "Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya
sebaliknya menjadipunca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya
menjadi pelajar yang paling berjayadi dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang
diharapkan. Dalam aspek sosial dan tingkahlaku, beliau sering menimbulkan
kebencian rakan sekelas yang dua tahun lebih tua darinya.Mereka telah tidak
mempedulikannya, Joshua pun membalas dendam dengan mengejek apasahaja
usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menunjuk-nunjuk
kebolehannya."

Berdasarkan senario tersebut, Joshua tidak disenangi kawan-kawannya di


sekolah.Keadaan ini berlaku kerana beliau amat berbeza daripada kawan-
kawannya, selain itu beliau jugamerupakan suatu cabaran bagi gurunya - yang tidak
ada pengalaman dan kemahiran mengajarkanak-kanak sepertinya. Joshua pun
menjadi seorang yang sinis kerana sering merasa tidak puashati. Oleh kerana itu,
Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap sukamenunjuk-
nunjuk untuk mendapat perhatian dan penghargaan daripada orang lain.
Denganmemiliki kepintaran berbahasa yang tinggi, Joshua telah menggunakan
kelebihan tersebut untuk mengejek kawan-kawannya dengan tujuan untuk
memuaskan hatinya.Sepertimana yang kita fahami, penerimaan sosial dan
penghargaan adalah keperluan asasmanusia. Bagaimana pun, cara yang dilakukan
oleh Joshua telah mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif.
Cara Joshua tersebut sememangnya akan dapat menarik perhatian tetapi kawan-
kawannya di sekolah telah mengasingkan diri daripadanya. KelakuanJoshua
tersebut tidak membantunya mendapat persahabatan sejati. Joshua terbawa-bawa
sikapburuknya itu sehingga beliau sukar untuk mengambil pengajaran daripada
sikap tersebut. Perkaraini akan lebih jelas apabila dirujuk kepada teori behaviorisme.
Joshua memperoleh pengukuhanpositif (reaksi kawan-kawan yang marah
kepadanya) daripada perbuatannya.

Berdasarkan senario ini, kita perlu merenung beberapa isu penting berikutyang
sukar untuk diatasi dalam pendidikan pintar cerdas:1. Mengapa kanak-kanak pintar
cerdas dikatakan tidak disenangi oleh orang lain?2. Adakah biasanya pelajar yang
tinggi tahap kecerdasannya memiliki kelemahan dalamkemahiran bersosial? Apakah
punca masalah mereka?3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
membantu mereka? Apakah faktorresiliensi bagi kanak -kanak ini untuk menghadapi
cabaran ini?Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin
tinggilah keperluankaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm,
1998).
Kanak-kanak pintar cerdasadalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang
lebih tinggi tahap kecerdasannyaberbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah
penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain(Bee, 1999). Contohnya, jika anda
adalah seorang yangbersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang dilakukan
adalah tinggi (kerja yang lakukanmemperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga
seorang yang menghargai kesungguhan, andaakan merasa janggal ketika berada
dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggotaorganisasi tersebut
bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah
perbezaantersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi
termasuk: menafikankecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan
meninggalkan keperluan sosialnya(Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada
satu masalah sosial/pendidikan iaitu:Golongan pintar cerdas juga adalah golongan
yang berpotensi memberi sumbangan besar kepadakemajuan dan kesejahteraan
masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikanadalah untuk
mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan
setiap individu pelajar untuk berkembang.

RUMUSAN

Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek
penting dalamkehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius
memberi impak buruk kepadakesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu,
seseorang individu yang menghadapi tekanansosial yang sangat serius tidak
mungkin dapat menumpukan perhatiannya kepada usaha-usahauntuk memajukan
masyarakat.Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar
cerdas dewasa iniadalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu: 1) keistimewaan
yang ada pada diri mereka;
RUJUKAN

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.) . New York:
Longman.Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their
relationships with social coping amonggifted adolescents in Hong Kong.

Journal of Youth and Adolescence, 32 (6),409.Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992).

Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala


Lumpur:DBP.Clark, C.,

& Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and
processes for teachers(2nd ed.) . London:

Fulton.Davis, G. A., & Rimm, S. (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.)

Boston, MA:Allyn.Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted


child (4th ed.)

Boston, MA: Allyn.Gallucci, N. T., Middleton, G., & Kline, A. (1999). Intellectually
superior children and behavioral problemsand competence.

Roeper Review, 22 (1), 18-21.Leyden, S. (1998).

Supporting the child with exceptional ability (2nd ed.) London: Fulton.Moon, S. M.,
Zentall, S. S., Grskovic, L. A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and
socialcharacteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparative case study.

Journal for theEducation of the Gifted, 24 (3), 207-247.Nik Azis Nik Pa (1990).

Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik . Petaling Jaya:
PustakaIslam.Woitaszewski, S. A. (2003). Recent dissertation research in gifted
studies: The contribution of emotionalintelligence to the social and academic
success of gifted adolescents.

You might also like