Professional Documents
Culture Documents
BAB 1 :PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah
1.8 Rumusan
2.1 Pengenalan
2.3 Kesimpulan
3.1 Pengenalan
4.1 Pengenalan
4.3 Kesimpulan
4.1 Pengenalan
4.2 Cadangan
4.3 Kesimpulan
1.1 PENGENALAN
Pengurusan jenazah adalah salah satu perkara fardu kifayah bagi umat Islam. Ini
bermakna setiap orang Islam wajib mempelajarinya kerana ianya satu kefarduan
tetapi jika sudah ada yang melaksanakannya maka yang lain terlepas dari
tanggungjawab tersebut.
Apabila meninggal seseorang anak adam, maka terdapat empat kewajipan orang
yang hidup terhadap yang mati iaitu memandikan, mengkafankan,
menyembahyangkan dan mengebumikannya. Untuk melaksanakan empat perkara ini
memerlukan ilmu yang cukup serta kerjasama yang baik dari semua ahli masyarakat.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Salah satu daripada ilmu yang patut ada pada golongan ini ialah ilmu pengurusan
jenazah kerana perkara kematian ini sentiasa berlaku dalam masyarakat. Apabila
berlaku kematian, golongan inilah yang dicari untuk menguruskannya. Mungkin di
sesetengah kawasan atau tempat, sudah ada pasukan khas sama ada yang ditubuh
secara rasmi atau tidak untuk menguruskan hal ini, tetapi tidak semua tempat begitu.
Oleh itu masyarakat memandang golongan dari bidang agama sebagai golongan yang
mahir dalam perkara ini untuk meminta bantuan menguruskan jenazah.
Dalam satu kawasan seperti kampung,taman perumahan atau mukim, biasanya terdapat
hanya seorang atau dua imam, begitu juga bilal. Begitu juga pegawai Jabatan Agama
Islam, s hanyalah di bandar atau pekan sahaja. Tetapi jika kawasan itu mempunyai
sekolah, semestinya akan ada guru agama Islam yang bertugas disitu. Selain bertugas di
sekolah sebagai guru kepada murid, mereka juga menjadi perhatian ahli masyarakat
dalam hal-hal keagamaan. Dengan gelaran ustaz atau ustazah, sewajarnyalah mereka
menguasai berbagai bidang ilmu agama sama ada fardu ain atau fardu kifayah.
Sejauhmanakah para guru agama yang mengajar di sekolah ini menguasai ilmu fardu
kifayah khususnya ilmu pengurusan jenazah ini. Atau bolehkah mereka terlibat dalam
masyarakat,bukan sekadar tahu dari segi teorinya sahaja. Ini lah yang menjadi tanda
tanya kerana bilangan mereka ini agak ramai dan berada dimerata tempat termasuk di
kawasan pedalaman.
Oleh yang demikian, masalah kajian yang akan diketengahkan oleh penyelidik adalah
untuk mengkaji sejauhmana tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah ini dikuasai oleh
para guru agama yang dilahirkan oleh universiti atau institut perguruan dan sejauhmana
penglibatan mereka dalam pengurusan jenazah ini di dalam masyarakat. Apakah mereka
ini dibekalkan dengan ilmu fardu kifayah ini semasa latihan atau kursus, atau sekadar
bekerja disekolah sahaja. Penyelidik akan cuba kaitkan dan mencari punca permasalah
sekaligus mencari jalan penyelesaian dari masalah yang berbangkit.
Kajian yang akan dijalankan ini, melibatkan guru-guru agama di daerah Patang
Padang, salah satu daerah yang terdapat dinegeri Perak. Daerah ini berada di bahagian
selatan negeri Perak dan bersempadan dengan negeri Selangor. Merangkumi berbagai
kawasan penempatan seperti kawasan Bandar, pekan,kampong dan juga kawasan
pedalaman dan perkampungan orang asli. Pejabat pelajarannya terletak di Tapah, berada
di tengah Daerah batang Padang ini.
Matlamat kajian ini ialah untuk mengkaji tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah
dikalangan guru-guru agama Islam yang mengajar di sekolah menengah atau rendah dan
sejauhmana ianya diamalkan dalam masyarakat setempat seterusnya mencari jalan
bagaimana golongan guru agama ini dapat menjadi sebahagian dari masyarakat yang
menguasai dan boleh melaksanakan ilmu pengurusan jenazah.
1.4.2 Mengkaji halangan dan sebab mengapa terdapat sesetengah guru agama
tidak menguasai ilmu pengurusan jenazah.
1.4.3 Mencadangkan aktiviti atau cara untuk membantu para guru agama agar
dapat menguasai dan mengamalkan ilmu pengurusan jenazah dam masyarakat.
Kajian ini dijalankan hanya untuk mengkaji tahap penguasaan ilmu pengurusan jenazah
dari mandi, kafan, solat dan pengkebumian jenazah. Ini bermakna kajian ini tidak
memasukkan ilmu fardu kifayah yang lain yang juga perlu dan penting dalam
masyarakat.
Kajian ini tertumpu di Daerah Batang Padang, satu daerah yang terdapat dalam Negeri
Perak Darul Ridzuan.
Sasaran utama kajian ini tertumpu kepada golongan guru agama yang mengajar di
sekolah rendah, menengah mahupun sekolah agama.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua kaedah iaitu kajian perpustakaan dan
kaedah kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat
mengenai topik yang dikaji melalui pembacaaan dokumen seperti buku,jurnal,kajian
ilmiah dan sumber-sumber yang berkaitan.
Kajian lapangan pula menjadi sumber maklumat asas kepada landasan kajian ini
kerana ia memudahkan proses untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan secara
lebih terperinci sekaligus kajian ini tidak terhad kepada merujuk kajian perpustakaan
sahaja.
- Temubual
Kaedah ini sesuai kerana ianya akan mendapat maklum balas yang jelas dan betul.
Kaedah ini akan digunakan kepada masyarakat setempat, guru-guru agama, pegawai di
Jabatan Pelajaran Daerah dan sebagainya yang sesuai untuk mendapatkan maklumat
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
- Soal selidik
Kaedah ini digunakan secara rawak dengan menggunakan soalan yang telah disediakan.
Bilangan soal selidik yang disedia dan diedarkan ialah sebanyak 50 orang responden.
Soal selidik ini melibatkan guru-guru agama di sekolah menengah, rendah dan sekolah
agama di daerah Batang Padang. Borang ini diedarkan selama 3 hari sebelum
dikumpulkan. Soalan soal selidik ini merangkumi maklumat peribadi, tahap ilmu
pengurusan jenazah secara teori, pengalaman dan penglibatan dalam pengurusan jenazah
serta cadangan.
- Pemerhatian
Kaedah ini digunakan untuk melihat dan menilai penglibatan guru-guru agama dalam
pengurusan jenazah dalam masyarakat di Daerah Batang Padang.
Terdapat beberapa kajian terhadap bidang pengurusan jenazah dalam beberapa perkara.
Antaranya kajian yang dilakukan oleh Mohd Nizho Bin Abdul rahman, Mohd Khadafi
Bin Hj. Rofie dan Dr. Mohd Khairul Anwar Osman yang bertajuk “Amalan Bid’ah
dalam pengurusan dan penyelengggaraan jenazah : Kajian di Kubang Pasu”. Walaupun
mereka mengkajinya dalam konteks yang berbeza tetapi bidangnya sama iaitu mengenai
pengurusan jenazah. Kajian itu menjurus ke arah perkara-perkara atau amalan yang tidak
sepatutnya dilakukan semasa menguruskan jenazah. Berbeza dengan kajian yang akan
dilakukan oleh penulis nanti iaitu menumpukan kepada tahap penguasaan ilmu serta
penglibatan guru-guru agama menguruskan jenazah dalam masyarakat.
Selain itu, pada tahun 2010 mencatat sejarah kerana terdapat sebuah stesyen
televisyen berbayar telah mengadakan satu program keagamaan yang dianggap terbaik
pernah di terbitkan dalam negara ini iaitu program ‘Imam Muda’. Dalam program itu,
sekumpulan anak muda diberi pendedahan dan latihan untuk menjadi Imam atau
pemimpin agama dalam masyarakat. Antara perkara utama yang diberi tumpuan dan yang
pertama diuji ialah pengurusan jenazah. Ini menggambarkan bahawa ilmu pengurusan
jenazah ini amat penting dalam masyarakat. Apalagi bagi seseorang yang dipanggil ustaz
dan ustazah, semestinya ilmu itu dikuasai walaupun tidak selalu dapat dilaksanakan.
Penulis juga mendapati ada artikel oleh saudara Arif Omar di dalam blognya
yang menyentuh tentang pengurusan jenazah. Dia menyatakan kekesalannya tentang
terdapat amalan sesetengah golongan dalam masyarakat yang menjadikan pengurusan
jenazah seperti satu bisnes untuk mencari duit. Antaranya ialah seperti menyediakan
pakej pengurusan jenazah dari awal hingga akhir dengan bayaran tertentu. Sedangkan
perkara ini adalah fardu kifayah. Ini memberi gambaran bahawa perlunya golongan guru-
guru agama ini terlibat secara lansung dalam urusan ini supaya tidak timbul lagi perkara
seperti yang disebutkan oleh penulis blog tersebut. Amalan menjadikan urusan
pengurusan jenazah seperti satu bisnes dapat dihentikan jika golongan guru agama yang
bertebaran di seluruh pelosok negara ini dapat menguasai dan memanfaatkan ilmu
pengurusan jenazah.
1.8 KESIMPULAN
Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah di dalam Islam. Sesiapa sahaja boleh
melaksanakan terutamanya kepada ahli keluarga simati itu sendiri. Tetapi ilmu
mengenainya mesti lah dikuasai oleh semua orang Islam bukannya melepaskan kepada
golongan tertentu sahaja kerana memberi alasan ianya fardu kifayah dan ada orang yang
lebih layak. Apatah lagi jika seseorang yang bergelar ustaz dan ustazah di sekolah, tugas
mereka bukan sekadar mengajar didalam bilik darjah tetapi perlu juga menyumbangkan
khidmat kepada masyarakat. Salah satu bentuk khidmat yang boleh disumbangkan ialah
melalui pengurusan jenazah.
Oleh kerana itu, golongan ini mestilah menguasai ilmu pengurusan jenazah
dengan baik dan mendalam agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat.
Apatah lagi jika masyarakat itu berada di kawasan pedalaman yang memang
mengharapkan kudrat para ustaz dan ustazah untuk memimpin mereka dalam urusan
keagamaan.
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.
1. Jantina
(a) Lelaki ( )
(b) Perempuan ( )
2. Umur
(a) 18 hingga 25 tahun ( )
(b) 26 hingga 35 tahun ( )
(c) 36 hingga 45 tahun ( )
(d) 46 tahun ke atas ( )
3. Kelulusan
(a) SPM / STPM ( )
(b) Diploma ( )
(c) Ijazah ( )
(d) Sarjana ( )
4. Kelulusan
(a) Dalam Negara ( )
(b) Luar Negara ( )
5. Tempat Bertugas
(a) Sekolah Rendah ( )
(b) Sekolah Menengah ( )
6. Kawasan bertugas
(a) Bandar ( )
(b) Luar Bandar ( )
(c) Pedalaman ( )
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN RESPONDEN
Sila tanda ( / ) pada jawapan yang sesuai.
5. Anda pernah / biasa melaksanakan pengurusan jenazah dari awal hingga akhir ?
(a) Ya ( )
(b) Tidak ( )
Tandakan ( / ) dalam petak yang disediakan berdasarkan skala jawapan yang diberi.
1 – Tidak setuju
2- Tidak pasti
3- Setuju
4 – Sangat setuju
BIL PERKARA 1 2 3 4
1 Rasa takut atau gerun untuk mengurus jenazah
2 Serahkan sahaja kepada pihak hospital atau masjid
3 Rasa tidak yakin dengan ilmu dan kebolehan diri
4 Tidak mendapat peluang
5 Sibuk dengan tugas ditempat kerja
6 Rasa jijik atau kotor
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
BAHAGIAN E : CADANGAN
1. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan guru agama terlatih dalam
ilmu pengurusan jenazah?
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------
2. Bagaimana cara yang anda inginkan agar dapat mengamalkan ilmu pengurusan
jenazah dalam masyarakat?
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------
BAB KEDUA
PENGURUSAN JENAZAH