You are on page 1of 18

SEJARAH PENUBUHAN

Menyingkap Tabir Sejarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

Seimbas Lalu Di Zaman Lampau

Padi telah berabad-abad lamanya ditanam di tanah dataran barat Kedah dan
Perlis. Perubahan yang berlaku ke atas peredaran Bintang Ketiga, arah tiupan
angin, tumbuh-tumbuhan, gelagat beberapa jenis haiwan dan sebagainya diteliti
dengan penuh minat oleh penduduk desa. Semua perubahan yang berlaku ini
dibahagikan kepada dua belas musim pendek yang dinamakan bulan piama.
Bulan piama ini pula dijadikan panduan kepada mereka dalam mengusahakan
sawah bendang serta berbagai kegiatan harian yang lain.

Pengusahaan sawah dilakukan dengan menggunakan alat-alat tradisional. Padi


hanya ditanam sekali setahun. Rata-ratanya penduduk desa ini mendiami
kediaman yang serba uzur dalam persekitaran yang mundur.

Perubahan Dasar

Berikutan dengan kejatuhan harga dalam pasaran


timah dan getah di dalam tahun dua puluhan.
Kerajaan kolonial British telah mula mengambil
langkah ke arah meningkatkan pengeluaran beras
tempatan. Sebelum itu, kerajaan di dalam
perdagangan timah dan getah hanya membuat kerajaan Kolonial British lebih
mengutamakan mengimport beras daripada memajukan perusahaan padi
tempatan.

Dari Dasar Ke Perlaksanaan Projek

Dasar mengenai beras telah tertumpu terhadap pengeluaran yang dapat


menampung sebahagian besar daripada keperluan Negara. Bermula dari tahun
1955 dan berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas kemerdekaan, kecukupan
beras menerusi pengeluaran tempatan telah menjadi dasar utama kerajaan.

Selaras dengan dasar kecukupan beras tersebut, kerajaan telah melancarkan


beberapa projek pertanian di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1965 – 1970),
yang terbesar diantara projek-projek tersebut ialah Rancangan Pengairan Muda.

Cadangan awal Projek Pengairan Muda ini telah


diutarakan oleh Jabatan Parit dan Taliair Persekutuan
dalam tahun 1950an. Di antara tahun 1960 hingga
1964, firma perunding Sir William Halcrow and Partner
(United Kingdom) telah diberi tugas menjalankan
kajian kemungkinan terhadap pelaksanaan Projek
Pengairan Muda. Laporan akhir kajian telah
diserahkan kepada kerajaan dan juga kepada Bank
Dunia pada awal tahun 1965.

Seawal September 1964, Kerajaan telah memohon pinjaman daripada Bank Dunia
bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan projek dengan sebahagian
lagi ditanggung oleh kerajaan sendiri. Bank Dunia menyiapkan penilaian akhir
terhadap cadangan Projek Pengairan Muda antara Februari – Mac 1965.
Seterusnya pada 16 November 1965 pinjaman sebanyak US$45 juta telah
diluluskan dan perjanjian ditandatangani pada hari berikutnya. Pinjaman tersebut
mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1966.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dalam bulan April 1966. Pada awal tahun
1970, peringkat pertama pengairan telah dimulakan di kawasan seluas kira-kira
33,600 hektar bagi tanaman luar musim. Pengairan ke kawasan-kawasan
selebihnya telah dilaksanakan dalam empat peringkat yang diselesaikan dalam
tahun 1974.

Dasar Kerajaan pula telah telah berubah daripada semata-mata mengeluarkan


beras yang cukup kepada satu lagi dasar bagi meningkatkan pendapatan serat
kesejahteraan masyarakat tani.

Konsep Rancangan Pengairan Muda


Di bawah Rancangan Pengairan Muda, satu sistem
pengairan dan penyaliran disediakan di sebahagian
kawasan daratan Barat Kedah dan Perlis bagi
membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali
setahun. Punca-punca air yang ada adalah terdiri dari
hujan yang turun terus di bendang, air yang mengalir
dari sungai-sungai semulajadi dan air yang ditakung
di kolam-kolam takungan Muda dan Pedu. Punca-
punca air ini diintegrasikan ke dalam satu sistem bagi
memenuhi keperluan untuk tanaman kedua-dua musim.

Pembinaan dua buah empangan di hulu Sungai Muda dan hulu Sungai Pedu, iaitu
kira-kira 80 km ke Timur kawasan projek, telah membentuk kolam-kolam
takungan Muda dan Pedu. Air dari Kolam Muda dialirkan ke Kolam Pedu melalui
Terowong Saiong yang dibina dibawah tanah sepanjang kira-kira 7.2 km. Air
dilepaskan dari Empangan Pedu ke Sungai Pedu dan mengalir melalui Sungai
Padang Terap sehingga sampai di Alator Pelubang. Di Alator Pelubang aliran air
dipecahkan kepada dua saluran, iaitu Terusan Besar Utara dan Terusan Besar
Selatan. Air dari terusan ini pula akan memasuki terusan-terusan cabang dan ke
taliair-taliair agihan sekunder sebelum memasuki kawasan sawah. Selain
daripada itu sistem perparitan, jalan-jalan ladang, permatang-permatang pantai
disamping berbagai binaan lain yang berkaitan juga telah dibina. Keseluruhan
projek telah menelan belanja sebanyak kira-kira $238 juta.

Detik-detik Kelahiran MADA

Di peringkat awal pelaksanaan, Rancangan Pengairan


Muda adalah sebagai projek kejuruteraan semata-
mata. Tanggapan umum dikala itu ialah pembangunan
yang berasaskan pertanian akan tercetus dengan
sendirinya dengan adanya kemudahan-kemudahan
asas yang disediakan oleh kerajaan. Tiada
perancangan yang teliti dibuat untuk menyelaraskan
secara terperinci peranan yang perlu dimainkan oleh
beberapa Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan
Pertanian.

Pada pertengahan tahun 1967, iaitu setelah kerja-kerja


pembinaan berjalan selama satu setengah tahun,
barulah disedari tentang ketidaklengkapan
perancangan awal. Ekoran daripada itu sebuah
Pejabat Pegawai Penyama Projek telah ditubuhkan di
bawah Kementerian Pertanian pada bulan Ogos 1967
dan ditadbirkan di Kuala Lumpur. Oleh kerana pejabat
ini tidak dapat berperanan dengan berkesan,
pentadbiran pejabat ini telah berpindah ke Alor Star pada tahun 1969.
Sungguhpun demikian, program pembangunan tidak dapat dirancang dan
dilaksana dengan sempurna kerana kuasa eksekutif yang ada pada Pegawai
Penyama adalah terbatas disebabkan perbezaan bidang kuasa yang wujud di
antara beberapa Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sementara itu pula, kedua-dua
Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis menghadapi kesulitan untuk
menanggung perbelanjaan pembangunan serta perbelanjaan operasi dan
penyenggaraan projek.

Oleh itu, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk


menubuhkan sebuah badan berkanun bagi
menggantikan Pejabat Pegawai Penyama Projek. Pada
30 Jun 1970 lahirlah Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda di bawah satu dekri darurat dengan nama mula
Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda.
Perasmiannya telah dilakukan oleh Allahyarham Tun
Hj. Abdul Razak Hussein selaku Pemangku Perdana
Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di
dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor
Star, Kedah Darul Aman.

Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Tahun 1972. Dibawah Akta tersebut, tugas-
tugas MADA telah digariskan seperti berikut :-

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan projek pembangunan ekonomi


dalam Kawasan Muda.
Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa Kamajuan Pertanian
mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa Negeri
bagi Negeri Kedah Darulaman dan Perlis.
 

Dua matlamat utama dibentuk oleh MADA, yang diasaskan kepada aspek-aspek
kemanusiaan dan komoditi. Matlamat-matlamat tersebut ialah:

Memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa.


Melebihkan hasil untuk keperluan Negara.
 

Struktur Organisasi

Peranan utama yang dimainkan oleh MADA ialah mendorong, menggerak dan
menyatukan petani-petani ke dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif
yang akan mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial adalah
satu proses yang sentiasa menubuhkan keperluan-keperluan serta peluang-
peluang baru, struktur organisasi MADA telah dibentuk menggabung
perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, kejuruteraan, pertanian dan latihan ke
dalam satu pengurusan yang fleksibel. 

Perancangan yang bersepadu yang menggabung tenaga kepakaran dari dalam


dan luar jabatan telah menjadi amalan utama bagi mencari kata sepakat terhadap
menentukan program yang terbaik untuk dilaksana. Menerusi konsep
Pembangunan Kawasan, Kawasan Muda telah dibahagikan kepada 27 lokaliti
pembangunan yang pengawasannya dikendalikan menerusi pejabat-pejabat di
empat daerah MADA. Di setiap lokaliti pula didirikan kompleks geraktani yang
juga menjadi pusat gerakan pertubuhan peladang kawasan .

PROFIL MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di
bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan
Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA

Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas


seperti yang digariskan iaitu:- 

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan


sosial dalam Kawasan Muda.
Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan
pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak
berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA

MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan


hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA
telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan
efektif iaitu:

Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi


keperluan beras Negara.
Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

Struktur Organisasi MADA


 

Keluasan Penanaman Padi

Negeri Kedah dan Perlis merupakan dua buah negeri yang terlibat dalam Rancangan
Pengairan Muda dengan keluasan masing-masing iaitu 105,851 hektar (Kedah) dan
20,304 hektar (Perlis). Jumlah keseluruhan Kawasan Muda yang merangkumi kedua-
dua negeri ini ialah seluas 126,155 hektar.

Bagi aktiviti penanaman padi, keluasan tanaman padi MADA adalah 96,558 hektar di
mana seluas 77,882 hektar bersamaan 80.66% terletak di Negeri Kedah manakala
bakinya seluas 18,676 hektar bersamaan 19.34% terletak di Negeri Perlis.

Bagi melicinkan urusan pentadbiran MADA, empat buah pejabat wilayah telah
ditubuhkan iaitu Wilayah I (Kangar, Perlis), Wilayah II (Jitra, Kedah), Wilayah III
(Pendang, Kedah) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut, Kedah)

Sumber Air

Sejajar dengan fungsi MADA untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi
mengairi penanaman padi, MADA sentiasa berusaha mencari kaedah dan teknologi
yang boleh diadaptasi supaya bekalan air sentiasa berada di tahap optimum. Pada
ketika ini, sumber pengairan MADA adalah seperti yang tertera pada carta pai ini.

Carta 1 : Sumber Pengairan

          

MADA diberi tanggungjawab untuk mengendalikan 3 buah empangan iaitu


Empangan Pedu dengan kapasiti takungan sebanyak 1,073 juta meter padu, Empangan
Muda dengan kapasiti takungan sebanyak 160 juta meter padu dan Empangan Ahning
dengan kapasiti takungan air sebanyak 275 juta meter padu.

Musim-Musim Padi

Padi ditanam di kawasan jelapang padi tradisional utara Semenanjung Malaysia sekali
setahun sejak berabad lamanya. Menerusi penubuhan MADA, padi telah berjaya
ditanam sebanyak dua kali setahun. Musim Pertama ataupun Luar Musim bermula
pada bulan Mac hingga bulan Ogos tahun semasa. Musim kedua ataupun Musim
Utama bermula pada bulan Sept tahun semasa hingga bulan Februari tahun
berikutnya.

Demografi Peladang Di Kawasan Muda

Kajian yang telah dijalankan oleh MADA menunjukkan terdapat seramai 48,500
orang peladang mengusahakan tanaman padi dalam Kawasan Muda. Didapati kategori
peladang yang mengusahakan tanah milik sendiri dan pemilik dan dalam masa yang
sama adalah penyewa berada dalam kategori yang terbesar. Jumlah kedua-dua
kategori ini ialah 72.3%. purata saiz ladang yang diusahakan oleh setiap peladang
dalam Kawasan Muda ialah lebih kurang 2.12 hektar.
 

Jadual 1: Bilangan Dan Taraf Pemegangan Tanah Sawah

Jumlah Peladang Milik Sendiri Penyewa / Pemilik Penyewa Lain-Lain Purata Saiz Ladang
48,500 keluarga 38.0% 34.3% 25.1% 2.6% 2.12 ha

Sumber: Laporan Kajian Sosial Dan Pembangunan Petani Di Kawasan Muda,2003

Berdasarkan analisa taburan saiz umur peladang, purata umur peladang di dalam
Kawasan Muda adalah 57.7 tahun. Gambaran terperinci adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Taburan Umur Dan Peratus Peladang Kawasan Muda

Taburan Umur Peratus (%)


< 35 tahun 5.0
35-44 tahun 15.6
45-54 tahun 24.7
55-65 tahun 26.8
> 65 tahun 27.9
Jumlah 100

Sumber: Laporan Kajian Sosial Dan Pembangunan Petani Di Kawasan Muda,2003

Prestasi Hasil

Keluasan Tanaman , Tuaian Dan Pengeluaran Padi Di Kawasan Muda

 Hasil masa  Jumlah Pengeluaran


 Hasil Keluasan (Hektar)
 Musim Menuai (Tan)
Bersih
(kg/hektar) Ditanam Dituai Masa Tuai Bersih
1965 3,370   95,855 95,855 316,992 -
1966 3,282   95,855 95,855 314,596 -
1967 3,333   95,855 958,555 319,485 -
1968 3,188   95,855 95,855 305,586 -
1969 3,257   95,855 95,855 312,200 -
1/70 3,766   30,565 30,565 115,108 -
2/70 3,680   95,855 95,855 352,746 -
1/71 3,941   42,350 42,350 166,901 -
2/71 3,890   95,855 95,855 372,876 -
1/72 3,992   62,604 62,604 249,915 -
2/72 3,853   95,855 95,855 369,329 -
1/73 4,016   78,807 78,807 316,489 -
2/73 3,895   95,855 95,855 373,355 -
1/74 4,140   85,436 85,436 353,705 -
2/74 4,054   95,855 95,855 388,596 -
1/75 4,180 - 88,624 88,624 370,448 -
2/75 3,684 - 95,855 95,855 353,130 -
1/76 4,713 - 88,624 88,624 417,685 -
2/76 3,848 - 95,855 95,855 368,850 -
1/77 4,016 - 88,624 88,624 355,914 -
2/77 3,684 - 95,855 95,855 353,130 -
1/78   Di batal kerana kemarau    
2/78 4,274 3,595 95,855 95,855 409,684 344,599
1/79 4,676 4,387 88,624 88,624 414,406 388,793
2/79 4,801 4,080 95,855 95,855 460,200 391,088
1/80 4,538 3,982 89,463 89,463 405,983 356,242
2/80 4,663 4,009 95,855 95,855 446,972 384,283
1/81 4,401 3,758 90,204 90,162 396,988 338,987
2/81 4,702 4,097 95,303 93,239 448,115 390,456
1/82 3,267 2,937 89,524 89,237 292,475 262,932
2/82 4,250 3,721 95,193 95,193 404,570 354,213
1/83 3,123 2,689 89,228 89,228 278,659 239,934
2/83 3,156 2,714 75,549 75,549 238,433 205,040
1/84 3,246 2,954 83,102 83,058 269,749 245,483
2/84 4,612 4,197 95,471 95,471 440,312 400,692
1/85 4,018 3,566 90,686 90,686 364,376 323,386
2/85 4,311 3,995 95,981 95,629 413,774 383,444
1/86 3,783 3,506 90,966 90,966 344,124 318,927
2/86 4,396 4,203 95,994 95,994 421,990 403,463
1/87 2,663 2,289 88,956 88,956 236,890 203,620
2/87 4,363 4,031 96,121 96,121 419,376 387,464
1/88 3,182 2,862 92,220 92,220 293,444 263,934
2/88 4,177 3,830 97,022 97,022 405,261 371,594
1/89 3,767 3,253 92,447 92,447 348,248 300,730
2/89 4,730 4,039 97,105 97,105 459,307 392,207
             
Samb..

 
 

Hasil Jumlah Pengeluaran


Keluasan (Hektar)
 Musim masaMenuai HasilBersih (Tan)
(kg/hektar) Ditanam Dituai Masa Tuai Bersih
1/90 4,133 3,593 92,590 92,590 382,674 332,676
2/90 5,192 4,423 97,119 97,119 504,242 429,557
1/91 3,864 3,493 92,528 91,623 357,528 323,200
2/91 5,372 4,878 97,197 97,197 522,142 474,127
1/92 3,761 3,140 92,294 92,294 347,118 289,803
2/92 5,080 4,375 97,200 96,603 493,776 422,638
1/93 4,284 3,942 92,719 92,719 397,208 365,498
2/93 5,207 4,728 97,140 97,140 505,808 459,278
1/94 4,486 3,997 96,799 96,799 434,240 386,906
2/94 5,327 4,959 96,734 96,734 515,302 479,704
1/95 4,575 3,939 97,078 97,078 444,132 382,390
2/95 5,387 4,622 96,764 96,764 521,268 447,243
1/96 4,769 4,034 96,459 96,459 460,013 389,116
2/96 4,813 4,037 96,405 96,405 463,997 389,187
1/97 4,407 3,747 96,427 96,266 424,954 361,312
2/97 4,880 4,304 96,355 96,355 470,212 414,712
1/98 4,455 3,764 96,307 96,307 429,048 362,500
2/98 4,855 4,064 96,320 96,320 467,634 391,444
1/99 5,010 4,193 96,307 96,307 482,498 403,815
2/99 4,584 3,916 96,159 96,159 440,793 376,559
1/00 4,936 3,992 96,291 96,291 475,292 384,369
2/00 4,675 3,862 96,299 96,299 450,005 371,522
1/01 5,215 4,282 96,282 96,282 502,111 412,280
2/01 4,845 3,886 96,144 96,144 465,818 373,616
1/02 5,585 4,636 96,350 96,350 538,115 446,679
2/02 5,259 4,316 96,338 96,338 506,642 415,795
1/03 5,690 4,491 96,386 96,386 548,436 432,870
2/03 5,220 4,265 96,370 96,370 503,051 411,018
1/04 5,730 4,469 96,406 96,406 552,406 430,838
2/04 5,440 4,308 96,377 96,377 524,291 415,192
1/05 6,084 4,825 96,410 96,410 586,558 465,178
2/05 * 3,936 3,017 96,410 89,151 350,898 268,969
1/06 5,982 4,768 96,410 96,410 576,725 459,683
2/06 5,463 4,403 96,410 96,410 526,288 424,493
1/07 5,849 4,661 96,558 96,558 564,768 450,057
2/07  5,420  4,453  96,558 96,558  523,344  429,973 
1/08* 5,971 4,734 96,547 96,547 576,482 457,053
* Anggaran Awal

Nota : * Purata Hasil Padi Musim 2/05 rendah disebabkan kejadian banjir. Keluasan
terlibat banjir adalah seluas 18,246 hektar (18.90%). Bilangan petani terlibat dengan
banjir seramai 10,575 orang.

Sumber: Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat

Sumber Kewangan

Bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti, sumber kewangan adalah


diperolehi daripada Agensi Pusat bagi Keperluan Belanja Pembangunan dan
Keperluan Belanja Mengurus.

 
 

MISI & VISI

Matlamat Utama MADA

Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa.


Melebihkan Hasil Untuk Keperluan Negara.

Visi

Menjadi Organisasi Peneraju Dalam Pembangunan Industri Padi yang Moden di


Malaysia, Cekap & Mapan serta Penggerak Utama Pembangunan Sosio-ekonomi
Masyarakat Peladang di dalam Kawasan Muda.

Misi

Mentransformasikan Industri Padi ke tahap Moden, Cekap, Mapan & Kompetitif.


Mempergiatkan Penglibatan Peladang Dalam Keseluruhan Rantaian Nilai
Industri Padi & Beras.
Memaksimumkan Pendapatan Peladang Melalui Pelbagaian Sumber.
Memajukan Institusi Peladang sebagai Entiti Ekonomi yang Berdaya Maju.

PIAGAM PELANGGAN

KOMITMEN KAMI DI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA


IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK,
TEPAT DAN EFISIEN KEPADA PELANGGAN KAMI

Dalam Bidang-Bidang Berikut:

Perusahaan Tanaman Padi


Pengembangan Pengairan dan Pertanian
Pembangunan Industri Asas Tani
Pembangunan Institusi Peladang

Untuk Memenuhi Komitmen Itu, Kami Akan :

Menyediakan jadual penanaman padi bagi Musim Pertama pada bulan


Februari/Mac dan bagi Musim Kedua pada bulan Julai/Ogos setiap tahun
Menyediakan kemudahan pengairan untuk tanaman padi 2 kali setahun dengan
kepadatan penanaman melebihi 195% setiap tahun
Menjamin bekalan air di blok-blok pengairan tersier secara berperingkat (10 hari
setiap peringkat) mengikut kuantiti yang ditetapkan.
Mengedar input pertanian dalam tempoh 3 minggu daripada tarikh bekalan
diterima
Mengadakan latihan dan bimbingan kepada 15,000 orang peladang setahun.
Membangunkan seramai 100 orang usahawan Industri Asas Tani setahun
Meningkatkan pendapatan usahawan bimbingan di kalangan peladang kepada
RM 2,000.00 sebulan
Memajukan perniagaan setiap PPK MADA untuk mencapai keuntungan bersih
melebihi RM 300,000.00 setahun.

" MADA - PENERAJU PEMBANGUNAN INDUSTRI PADI "


 

LOGO

Secara keseluruhanya kesan grafik yang jelas adalah pemaparan huruf "M" yang
dihubung terus kepada MADA.
Huruf "M" itu  dibentuk oleh dua butir buah padi yang menggambarkan kegiatan
utama MADA di dalam perusahaan penanaman padi.
Huruf "M" juga mempunyai rekabentuk yang menjulang menggambarkan usaha-
usaha pembangunan dan kemajuan dalam serba bidang. Huruf berkenaan
mempunyai dua kemuncak yang melambangkan dua matlamat utama MADA,
iaitu untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan
melebihkan hasil untuk keperluan negara.
Warna-warna kuning, hijau dan biru adalah gabungan warna- warna Negeri
Kedah dan Negeri Perlis.
Warna-warna tersebut juga mewakili :

Kuning: Melambangkan Kemakmuran.


Hijau: Melambangkan Pertanian.
Biru: Melambangkan Pengurusan Pengairan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN


LATAR BELAKANG

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan 1 daripada 9 bahagian yang terdapat di


dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal
berkaitan pentadbiran, kewangan dan akaun serta pengurusan sumber manusia.
Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang
bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA. Bahagian ini meliputi tiga
cawangan iaitu:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia.


Cawangan Kewangan dan Akaun.
Cawangan Pentadbiran.

VISI

Mengurus dan Mentadbir Sumber Manusia dan Kewangan Lembaga Secara


Kompeten, Berketrampilan Dan Berkesan Untuk Mewujudkan Budaya Kerja
Kelas Pertama.

MISI

Menyedia dan Mengurus Sumber Manusia Yang Kompeten, Profesional dan


Berintegriti.
Mengurus dan Mengawal Sumber Kewangan Secara Efisien dan Efektif.
Memberi Perkhidmatan Sokongan Secara Cekap Dan Menyeluruh Di Dalam
Melicinkan Operasi Lembaga.

OBJEKTIF

Memastikan Pengurusan Sumber Manusia Yang Optimum Mengikut Keperluan


Organisasi.
Memastikan Pengurusan Kewangan Mengikut Bajet Yang Dirancang Di Dalam
Memenuhi Keperluan Organisasi.
Memastikan Perkhidmatan Sokongan Dijalankan Dengan Cekap Dan Sistematik
Bagi Memenuhi Keperluan Semasa Organisasi.
 

FUNGSI FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia -

Mengurus pengisian dan perkhidmatan perjawatan serta mengemaskini rekod


perkhidmatan anggota.
Melaksana dan menilai program kompetensi anggota.
Membina modal insan yang berkualiti dan berintegriti.

Cawangan Kewangan dan Akaun

Mengurus sumber-sumber kewangan secara berhemah selaras dengan


arahan/prosedur/pekeliling.
Mengurus bayaran dan terimaan Lembaga.
Mengurus aset Lembaga secara berkesan.

Cawangan Pentadbiran

Mengurus perkhidmatan dan operasi pentadbiran Lembaga.


Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif.
Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters.

PIAGAM  PELANGGAN

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Memberi Perkhidmatan berkaitan Sumber Manusia dalam tempoh masa seperti


berikut :

Pengisian Jawatan – 2 bulan daripada tarikh iklan


Permohonan kemudahan perkhidmatan – 14 hari bekerja
Memproses pemangkuan dan kenaikan pangkat – 30 hari bekerja.
Kertas pengesahan dalam jawatan dan kemasukan jawatan berpencen – 2 bulan
Melengkapkan dokumentasi pencen anggota dan menghantar ke JPA – 3 bulan
sebelum tarikh pencen
Peperiksaan perkhidmatan – 2 kali setahun
Penilaian Tahap Kecekapan – 3 kali setahun
Kehadiran kursus setiap anggota – 7 hari setahun
Mengemaskini buku rekod perkhidmatan – 14 hari bekerja

Cawangan Kewangan dan Akaun

Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari


Membuat bayaran gaji anggota mengikut jadual yang telah ditetapkan
Memproses pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer dalam masa 5 hari

Cawangan Pentadbiran

Menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari


Sentiasa mengemaskini dan memantau pergerakan fail-fail
Menyelesaikan aduan kerosakan perkhidmatan bangunan dalam tempoh 5 hari
Menjamin keselamatan pejabat pada setiap masa

POLISI MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, tepat dan efisyen
di dalam menjadi agensi peneraju pembangunan industri padi negara dan penggerak utama pembangunan sosio-
ekonomi masyarakat peladang di kawasan Muda.

Mada akan :

Merancang dan melaksanakan infrastruktur yang secukupnya


Menyediakan jadual tanaman padi yang tetap dan jelas
Memberi khidmat nasihat yang kompeten dan mudah diperolehi
Menyediakan bekalan air pengairan yang efisien dan efektif
Menyediakan peluang latihan yang mencukupi
 

You might also like