You are on page 1of 27

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Suku_Bidayuh

|Pengenalan||Kelahiran||Perkahwinan||Kematian|

BIDAYUH
Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh
merupakan masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami
kawasan bukit di luar bandar Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai
suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing
mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan
adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan
yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh
berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan
menyeluruh.

 
1.0.Pengenalan

Bagi masyarakat kaum Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi


semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk
menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana buruk. Berikut
adalah dipaparkan adat masyarakat Biadayuh tentang adat kelahiran
secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa isteri mengandung, terdapat beberapa pantang larang dan


adat yang perlu diamalkan.Antaranya adalah seperti adat menawar
perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau


birayang ite akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam
kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung
yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas
sahaja bidan tersebut membaca mentera, tubuh perempuan
mengandung itu akan dibalut dengan kain bertujuan untuk
menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan
mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya
memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan
upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut
dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil
mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan
sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya hendaklah


mengamalkan pantang larang tersebut:-

> Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu
akan menjadi pencuri.

> Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang
bakal lahir itu akan menjadi gila dan sukar untuk bersalin.

> Si suami dilarang keluar pada waktu senja kerana takut disampuk
hantu atau ‘umot sanja’ yang akan mengganggu anak dalam
kandungan tersebut.

> Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit


kulit, kerana risau akan menjangkiti anak dalam kandungan itu dan
menyebabkannya lahir tidak cukup bulan

.
> Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air
kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

> Si suami dilarang memaku, mengikat dengan ketat atau


menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa
dilahirkan.
> Si suami juga dilarang mengeringkan kolam, perigi atau sungai
kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah.

> Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana
takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh
menyulitkan kelahirannya.

> Sekiranya si suami menebang pokok pisang ketika isterinya


mengandung ini akan menyebabkan bayi yang akan lahir itu mati.

Selain itu juga , terdapat banyak lagi pantang larang yang harus
diamalkan mengikut kepercayaan Bidayuh.

Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami


perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di
rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri
semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan
halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol
arak beras dan satu botol hnb minyak daripada sejenis buah untuk
kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka
semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk
mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan
kelahiran.

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh
pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun
suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu
atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap
wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada
mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang


semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada
penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk
tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali.
Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya.
Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air
itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke
penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses
ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut
untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada
apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu
disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang
sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan
seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar
dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si
anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan
melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk
mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkan
di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk
memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan
tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri
sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan
yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua
2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas
ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas
potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada
minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali
selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air
suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik
dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali
pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

 
|Pengenalan||Merisik||Meminang||Bertunang||Majlis Perkahwinan|

Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi


anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat
Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan
semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan
yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah
peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga
melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin


dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana
khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan
yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh
rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak
Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan
perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain
sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku
apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup.
Sebagai petani, bakal mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di
kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calon
menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atau swasta supaya
kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang
terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak
mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka
dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal
kaum.
Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan


seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan
pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-
dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok,
perkahwinan boleh dilang-sungkan kemudian.

|Pengenalan||Merisik ||Meminang||Bertunang||Majlis Perkahwinan|

Bertunang
Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih
baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan.
Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis
kenduri yang besarr dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak
tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan
perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah
apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan
berkurangan.

Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah
16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang
dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang perantaraan perempuan  .
Antara lain, perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih
atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di
samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan
mengenai perkahwinan tersebut.

Suku Bidayuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Suku Bidayuh
Jumlah
Kawasan yang nyata diduduki
Sarawak, Kalimantan
Bahasa
Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia
Agama
Islam, Kristian, Animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Dayak

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian
Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:

1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)


2. Jagoi/Singai ( Daerah Bau)
3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan
animisme.

Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah
panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan
keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh
bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh
diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai
rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu
belian.

Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik
utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini
masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka
seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala
malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan
lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di
"awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual,
membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara
keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan
sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian
Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk
Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.

BAHASA BIDAYUH

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah
berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh
akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum
ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang
belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala
suku Bidayuh dari kawasan padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat
Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain
sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami
dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak
anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus
adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula
lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek
dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah
dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkanperanan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang
mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram
kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar,
Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti
serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses
pembuatannya yang agak rumit.

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH


Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam
kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini untuk berperang pada zaman
dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk
aktiviti pertanian.

KEPERCAYAAN KUNO MASYARAKAT BIDAYUH


pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau
perkahwinan juga akan berkurangan.
Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa lampau
ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal
tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan perempuan.
Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang
atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan
pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi


keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi
pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh
mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan
virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorivokal). Dalam keadaan perkahwinan
suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan
neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenali sebagai
'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang
kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung
Busana Sarawak
Busana Sarawak

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian
luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah
sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak
\
umai

mulung
kuih lemper

sagu
manok pansoh
umai udang

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya.
Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk
membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke
dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau
semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan
semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan
mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak
tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses
ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya
ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri
tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh
diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk.
Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu
disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas
itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat
untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si
ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar
dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang
dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu
diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk
memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu
disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama
dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi
dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah
ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang
dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap
kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan
dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga
hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan
sendirinya.

Selepas Lahir

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan
akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan
kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit
kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya
juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas
itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya
bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu
dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan
sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat
Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula
belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya
anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan
masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi
pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di
sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam
bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian
digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga
supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa.
Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama
tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik,
dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.
Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan jatuh
sakit.

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam
nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah
dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan
dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung
pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan
anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga
hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata
umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk
mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah
berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi,
ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama
baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu roh mereka. Apabila kanak-
kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga
mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama
sebenar untuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan
masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.

You might also like