You are on page 1of 24

PASIRPEKAN

BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1. TEORI HURAIAN BAHASA

Pengenalan

Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa

Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai.
Penerangan ini penting bagi menentukan butir-butir yang hendak dijadikan bahan pengajaran dan
prosedur-prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk
menyampaikan isi pengajaran. Manakala proses pemerolehan dan penguasaan bahasa pula, merujuk
kemampuan kanak-kanak menggunakan bahasa dan bentuk ujaran yang mempunyai makna
berdasarkan lingkungan pengalaman, pemahaman dan tanggapannya sendiri yang berbeza daripada
sistem orang dewasa.

Teori Huraian Bahasa

Teori Tradisional

Teori ini wujud sejak abad kelima sebelum masehi. Ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato cuba
menghuraikan bahasa dengan mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri berdasarkan bahan-
bahan tulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana pada masa itu bahasa
merupakan satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap satu bidang yang dapat
membantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek-aspek
tatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan
kata partikel.

Kajian bahasa bentuk ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji bahasa lain (selain
bahasa mereka sendiri). Seterusnya sarjana-sarjana Arab juga menjalankan kajian dengan
menggunakan kaedah yang sama terhadap bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang serupa
juga telah dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini – yang menghuraikan bahasa
Sanskrit. Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke abad
pertengahan dan abad ke-19.

Ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada
‘reason’ dan bahasa di dunia ini ialah variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional
yang sama. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.


b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada
kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.
Contohnya: dalam tatabahasa bahasa Melayu, nama didefinisikan sebagai ‘segala perkataan
menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan...’ (Za’ba, 1954). Huraian ini
berbentuk ‘nasional’. Walau bagaimanapun apabila mendefinisikan ‘kata sifat’, definisinya
berdasarkan fungsi pula: iaitu ‘sifat ialah segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan
sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu –
(Za’ba, 1954).

c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan


bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh.

d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat
(seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa
di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua
bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

ori Struktural

Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini termasuklah
de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli bahasa struktural
ini, menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka menganggap
bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai
unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri
daripada satu pertalian struktur yang tersendiri’. Sementera itu, tugas utama mereka ialah mengkaji
unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang
berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari
untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.
Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;

i. bahasa ialah satu sistem bunyi

ii. bahasa bersifat arbitrari

iii. bahasa ialah alat perhubungan

Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal/saintifik. Setiap huraian
yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian.
Tegasnya, huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat
diperhatikan. Oleh itu, penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi,
pendekatan yang digunakan bagi menghuraikan bahasa ialah pendekatan induktif.

Oleh sebab ahli-ahli struktural berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada satu pertalian
struktur yang tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan
sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan
taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

Contoh: 1. Emak .......... baju

2. Kakak ..........pokok

3. Adik ............ buku

4. Bapa .......... surat

Ahli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan lain-lain dengan
istilah kelas.

Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan
elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat
yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian
mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar
dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.

Teori Huraian Bahasa Transformasi Generatif (TG)

Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Pelopor
aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the
Theory of Syntax’ (1965).

Kajian TG dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa
berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana mereka
dilahirkan dengan kemampuan semula jadi untuk berbahasa. Kemampuan ini merupakan
pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa tersebut. Jadi analisis TG bertujuan
membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif
sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu
bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu
ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.
3. Teori Huraian Bahasa Fungsional

Teori ini berkembang dalam tahun 1960-an dan 70-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan
Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan
perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Tegasnya, kajian bahasa bukan semata-
mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang
berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional
mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya:

i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu
sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis.

ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis.

iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa
ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.

iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga
dapat menggambarkan penuturnya.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori pemerolehan Bahasa Behaviouris

Tokoh-tokoh: Watson, Siknner, Bloomfield, Fries, Ryle, Quine dan lain-lain.

Aliran Behaviouris menganggap perkembangan penguasan sistem fonologi ialah hasil langsung
daripada perkembangan sistem kognitif dan kemajuan interaksi psikososio antara kanak-kanak
dengan persekitaran mereka. Ahli-ahli Behaviouris seperti Bruner (1975), dan Bats (1976) telah
menjalankan kajian untuk memperlihatkan kepentingan interaksi sosial peringkat awal antara kanak-
kanak dengan ibu bapa serta orang-orang dewasa lain.

Fonem-fonem vokal dan konsonan yang dikuasai oleh kanak-kanak melalui pemerhatian dan
peniruan terhadap pertuturan penjaga atau orang-orang dewasa yang lain, mempunyai intensiti
interaksi yang tinggi dengan mereka. Para penyelidik daripada golongan Behaviouris cuba
membuktikan bahawa bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak ialah hasil aktiviti peniruan yang
dilakukan oleh mereka. Golongan Behavioris beranggapan bahawa fonem yang belum pernah
didengar oleh kanak-kanak tidak akan dapat disebut oleh mereka.

Semenangnya golongan Behaviouris mempunyai bukti yang kuat untuk beranggapan begini. Dalam
menguasai fonem konsonan, kanak-kanak menguasai bunyi konsonan yang daerah sebutannya
terletak di bahagian mulut dan boleh dilihat terlebih dahulu. Tegasnya, kanak-kanak menguasai
konsonan yang mudah ditiru terlebih dahulu daripada bunyi konsonan yang sukar ditiru. Akhirnya,
ahli-ahli Behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang
berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan
rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah ditiru. Kanak-kanak pula
memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka
dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula, dipelajari sedikit demi sedikit
hingga dikuasai sepenuhnya.

Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis

Tokoh-tokoh: Chomsky, Piaget, Putnam, Fodor, dan lain-lain.

Golongan mentalis mengangggap penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku menerusi proses
pemerolehan semata-mata, sebaliknya melibatkan organisasi minda. Bagi golongan ini pemerolehan
fonem bahasa tidak boleh ditafsir sebagai hasil hubungan psikososio kanak-kanak dengan
persekitaran sahaja. Mereka menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman seperti yang
disarankan oleh Noam Chomsky (1981). Kajian oleh Smith (1973) pula mendapati urutan
pemerolehan fonologi tidaklah begitu tetap dan teratur seperti anggapan ahli-ahli Behaviouris.
Menurutnya pada peringkat awal wujud homonim (kesamaan sebutan). Contohnya perkataan ‘ship’
dan ‘sheep,’ kedua-duanya disebut ‘ship’. Pada peringkat kedua, hanya ‘ship’ disebut ‘ship’,
manakala ‘sheep’ disebut ‘ship’ dengan ujaran yang lebih panjang. Seterusnya wujudlah sebutan
yang tepat bagi kedua-dua perkataan yang berbeza di atas tadi. Walau bagaimanapun, kajian ahli
mentalis mendapati, kanak-kanak yang sudah dapat menguasai sebutan bahasa yang betul kadang-
kala boleh berbalik semula kepada sebutan yang salah tetapi tidak lama selepas itu ia akan
membetulkan semula sebutan tersebut. Oleh itu, hujah mereka ialah jika minda tidak berperanan,
tentu sekali kanak-kanak tidak berbalik semula kepada bentuk-bentuk yang salah selepas
menguasainya dan begitulah sebaliknya.

Golongan mentalis juga menganggap kanak-kanak membina rumus fonologi semasa mereka
menguasai sistem fonologi sesuatu bahasa. Rumus-rumus ini dikatakan tidak dibentuk menerusi
proses peniruan atau aktiviti latih-tubi, tetapi melibatkan peranan alat pemerolehan bahasa yang
sememangnya sudah sedia wujud dalam minda sejak kanak-kanak itu dilahirkan ke dunia.

Teori Pemerolehan Interaksionalis

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik sekitar tahun 1960-an
dan 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan
lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan
pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak
dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam
bentuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka
boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa
yang tepat. Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa
pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak.
Teori Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia
belajar iaitu konstruktivisme. Mengikut teori ini, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang
berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh
gurunya tetapi akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada untuk
membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan
gurunya. Antara tokoh yang dikaitkan dengan Teori Konstruktivisme ini ialah McBrien & Brandt
(1997), Briner M (1999), Brooks & Brooks (1993), Sushkin N. (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1999).
Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas maka konstruktivisme boleh
dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.

0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

Definisi Strategi

Menurut Kementerian Pelajaran (1983:27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan
ialah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta
membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula
meneruskannya sendiri.

Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid-
murid supaya pembelajaran menjadi menarik, berkesan dan bermakna. Guru digalakkan
menggunakan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid-murid.

Satu strategi yang disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah
penggabungjalinan. Melalui proses penggabungjalinan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak
serta mengelakkan rasa bosan murid-murid. Gabungan dan susunan kemahiran dalam sesuatu
pelajaran boleh disampaikan berdasarkan objektif, kebolehan, pencapaian murid dan masa yang
diperuntukkan. Keduanya, strategi penyerapan, iaitu strategi penyatuan isi pengetahuan daripada
satu mata pelajaran dengan bidang kemahiran mata pelajaran lain.
Definisi Pendekatan

Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu
harus mencerminkan satu pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya
bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta
dimanakah ia disimpan.

Selain daripada itu, pendekatan harus juga mencerminkan satu teori bahasa (teori linguistik), atau
satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contohnya, dalam satu teori pembelajaran, Gestalt
menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari
elemen-elemen situasi tersebut. Ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan cara
mengamati keseluruhan dan kemudian kepada bahagian-bahagiannya.

Definisi Kaedah

Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa,
yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah
itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada
langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk
mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Sebagai contoh, teori Gestalt menyatakan bahawa pembelajaran berlaku secara keseluruhan sesuatu
benda kemudian bergerak kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini mungkin memulakan
prosedurnya daripada satu wacana, kemudian kepada ayat-ayat, terus kepada ayat-ayat, terus
kepada frasa, kata dan mungkin kepada bahagian yang lebih kecil seperti morfem.

Brown, (1980:240), menyatakan agak sukar untuk memberikan definisi kaedah. Kata beliau:

“Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at times that
the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is
general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a
developed procedure for teaching.”

Dalam memanjangkan pengertian terhadap istilah kaedah ini, Currie (1973), menyatakan:

“Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository
methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our
teaching task in a given subject in that in orientates us to the teaching. What we have described as
teaching technique are ways in which, this philosophy is realized in actual class lessons.”
Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah meliputi penganalisaan bahasa.
Sesuatu kaedah dapat mengakibatkan kejayaan dan kegagalan murid-murid dalam pembelajaran
dan pendidikan.

Definisi Teknik

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu (Mangantar
Simanjuntak 1981:57).

Edward M. Anthony (1963) memberi tafsiran:

“A technique is implementational-that which actually takes lace in a classroom. It is a particular trick,


stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective.”

Daripada kenyataan tersebut, ternyata teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai
sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun
dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Setiap teknik yang
digunakan harus selaras dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.

Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963):

“An approach is axiomatic, a method is procedural…Technique must be consistent with a method,


and therefore in harmony with an approach as well”

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat
diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah
yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.

Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah:

i. Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran
kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir,
sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah
penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,
menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat
melalui internet.

iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik
pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.

iv. Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini
bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

v. Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang,


interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan
murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

vi. Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar
sepanjang hayat.

vii. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam
persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran
berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan
menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

3.1 KECERDASAN PELBAGAI

Dalam konteks Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP), Howard Garner mendefinisikan kecerdasan seperti
berikut:

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or
more cultural settings.”

Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:

(a) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.

(b) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

(c) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
sesuatu budaya.

Jenis Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah
kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

o Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami
kelompok nombor asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka.

o Kecerdasan Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

o Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah,
termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalalan kepantasan dan keseimbangan.

o Kecerdasan Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza
atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.
o Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga
merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti
menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

o Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah
kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat
membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau
kesedihan diri.

o Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang termasuk rumput
dan batu-batuan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan artifak budaya dari segi pakaian
dan makanan.

MENGAPA TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) PERLU DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN?

(a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan keperluan murid.

Disamping menghasilkan pelajar yang seimbang. Model TKP membantu murid memperoleh apa yang
perlu untuk hidup di abad akan datang. Model TKP dapat membantu menganjakkan fokus dari isi
kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang lebih penting dan berguna kepada murid.

(b) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid
adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

TKP membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid
dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan
cara yang selesa dengannya. Guru perlu pelbagaikan strategi P&P supaya lebih ramai murid boleh
belajar kerana bukan semua murid boleh belajar dengan cara yang sama.
(c) Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.

TKP membantu guru memahami pengaruh terhadap kecerdasan murid. Kecerdasan dipupuk dan
dipengaruhi oleh faktor pengalaman budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana mengenal
pasti minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan lebih berkesan.

(d) Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

Beberapa hasil kualitatif dan kuntitatif dapat dicapai apabila sekolah mengamalkan TKP dalam P&P.
Tinjauan di sekolah yang mengamalkan TKP mendapat bahawa:

o Guru dan murid seronok ke sekolah. Kadar ponteng kelas menurun.

o Pencepatan pembelajaran berlaku. Masa mengajar sesuatu mata pelajaran dapat dikurangkan dan
prestasi meningkat bagi mata pelajaran tersebut.

o Skor pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara,

o Harga diri dan moral murid meningkat. Kes salah laku dan gangguan kelas berkurangan atau tiada
sama sekali.

o Murid bermasalah belajar dan murid lembam dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka.

(e) Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan

penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penerapan TKP di sekolah akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab dan
akauntabiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran. Seterusnya, meningkatkan
kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi
memupuk semangat baru terhadap perguruan serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru
dalam pengajaran dan pembelajaran.

(f) Mempelbagaikan cara penilaian.

Penilaian lebih bersifat adil kerana mengambil kira ke lapan-lapan cara kecerdasan dan tidak hanya
tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja. Murid mendapat peluang menunjukkan kefahaman
mereka tentang sesuatu isi kandungan atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian guru
mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dan dengan itu dapat merancang pengajaran dan
pembelajarannya dengan lebih berkesan.

(g) Mewujudkan suasana kolaborasi di sekolah.

TKP mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan kecerdasan di kalangan murid
dan juga guru. Di sekolah sedemikian, guru:

o Merancang secara kolaboratif dengan menggunakan kerangka TKP untuk menyediakan kurikulum
yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan.

o Menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru dari segi perancangan, organisasi dan
pelaksanaan kurikulum.

o Mengambil tanggungjawab secara kolaboratif ke atas pembelajaran murid.

Di sekolah sedemikian murid dan guru lebih bersedia untuk mengambil risiko dan menjana sokongan
masyarakat yang sangat diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini.

http://www.scribd.com/doc/36211171/Teori-Huraian-Bahasa-dan-Teori-Pemerolehan-Bahasa
Teori Tatabahasa Sistemik

a) Latar belakang

Pada kurun sembilan belas ahli-ahli bahasa melihat bahasa sebagai satu entiti yang

mempunyai persamaan dengan benda-benda hidup, iaitu akan berubah sifatnya mengikut

peredaran masa. Bahasa boleh diberi nama, dan asal usulnya boleh dikesan. Mereka juga

sentiasa membuat perbandingan bedasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.

Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif

penuturnya ( Simpson 1980 ). Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza

dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke 19.

Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang

terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale ( de

Saussure 1916 ). Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada

luar dalam perubahannya mengikut masa, tetapi melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu

sistem ( langue ). Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur

untuk mengeluarkan ujaran. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik, iaitu

hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure

melihat bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang

mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting.

Saussure seterusnya melihat sistem tersebut menjadi menjadi ciri utama pertuturan dalam

keseluruhan komuniti penutur, bebas daripada pengaruh individu tertentu semasa bercakap

( parole ). Sistem ini menurut Saussaure wujud berbeza daripada apa yang orang kebanyakan

ujarkan, situasi dimana ujaran itu dilakukan, dan juga apa perkara yang ingin di sampaikan.

Pendekatan ini, iaitu bahasa sebagai satu sistem ( langue ) merujuk kepada konvensi sosial,

atau aturan pertuturan masyarakat. Sistem ini secara keseluruhannya tidak dapat dikuasai

sepenuhnya oleh seseorang individu. Saussure tidak berminat mengkaji parole, apa yang

sebenarnya orang ujarkan, tetapi kecenderungannya ialah mengkaji langue, iaitu sistem yang

membolehkan seseorang itu berkeupayaan mengujarkan sesuatu. Idea beliau amat


berpengaruh dalam perkembangan aliran strukturalisme dan selepasnya. Pengaruh ini juga

menjangkau dalam bidang strctural antropology dan semiotik ( Levi-Strauss 1966; Propp

1968; Greimas 1966; Barthes 1968; Derrida 1976; Culler 1975 ). Pendekatan ini berupaya

menyingkap “struktur dalaman” yang mendasari makna sebenar dalam sesuatu wacana, dan

mengesahkan tanggapan Saussure tentang langue yang membolehkan wacana sebenar

( parole ) itu diujarkan. Konsep Saussure, tentang bahasa itu sebagai satu sistem adalah satu

sumbangan yang amat besar dalam kajian bahasa yang menjurus kepada fungsinya, walaupun

fokus beliau bukan pada konteks sebenar dalam sesuatu wacana.

Sementara Saussure memberi kuliah tentang linguistik sinkronik di Paris pada tahun 1911,

ahli linguistik Czech, Vilem Mathesius menerbitkan pendekatan yang menjurus kepada fungsi

konteks ( Mathesius 1964 ). Sekumpulan ahli linguistik yang dikenali sebagai Prague

School berpeluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Mereka menganalisis

fungsi dan hubungan keseluruhan komponen struktural dalam sesuatu bahasa itu ( Sampson2

1980 ). Ahli-ahli linguistik aliran Prague School biasanya sependapat dengan Saussure

dalam mendiskripsi fungsi elemen-elemen linguistik dan kedudukannya dalam sistem, tetapi

tumpuan utama ialah pada idea apakah sebenarnya manusia lakukan terhadap bahasa.

Mathesius menentang pendapat yang mengatakan bahawa linguistik dan stilistik itu berbeza

daripada segi bahan, tetapi hanyalah pada tujuannya. Sementara tumpuan linguistik ialah

untuk merungkai semua elemen dalam sesuatu bahasa, dan potensi penggunaannya, stilistik

pula hanya ditumpukan kepada penggunaan dalam karya-karya fiksyen. Dalam lain perkataan

Mathesius tidak berminat dalam mendefinisi bahasa sebagi satu sistem ( langue ) bebas

daripada bagaimana manusia menggunakannya, tetapi bahasa sebagai satu punca

( sistem dan struktur ) untuk manusia melakukan sesuatu dan apa yang mereka lakukan

dengannya.

Kemudian terbit pula systemic functional grammar yang terbit daripada London School of

linguistics, seiring dengan perkembangan Prague School tadi. Ahli-ahli linguistik daripada

kedua-dua kelompok ini sering berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Bagi ahli-ahli
linguistik British dan Eropah kajian mereka adalah tertumpu kepada bahasa-bahasa di Eropah

dan juga bahasa Inggeris. Kepentingan bahasa tersebut dalam penggunaan di tanah-tanah

jajahan mereka. Tetapi di Amerika berbeza kajian mereka kerana mereka lebih menumpukan

kepada kajian-kajian bahasa-bahasa kaum pribumi. Ini menyebabkan ujaran- n yang pada

anggapan orang luar tidak mempunyai implikasi sosial tetapi akan mempunyai makna yang

berlainan apabila diajukan kepada penutur jati sesuatu bahasa itu. Keadaan inilah yang
ujaramenjadi tumpuan kajian dan perkembangan tatabahasa sistemik itu

c) Keistimewaannya dan kelemahan

Perkembangan teori ini amat sesuai dengan perkembangan ilmu dan perkembangan teknologi

maklumat. Hal ini demikian kerana teori ini memungkinkan penciptaan sistem pemprosesan

perkataan secara automatik, contohnya sistem WAG ( Workbench Anylisis of Grammar ) dan

pendekatan yang lebih mendalam dalam pemahaman sistem tatabahasa sesuatu bahasa.

Dengan adanya pita rakaman audio juga, sekarang ini membolehkan ahli bahasa mengkaji

sistem tatabahasa sistemik dalam bidang fonologi dan graphologi. Hal ini amat memberi

menafaat dalam kajian bahasa dalam bentuk tulisan mahupun pertuturan.

Tatabahasa sistemik amat sesuai dengan perkembangan mutakhir dengan kehendak manusia

yang memanipulasi peranan bahasa dalam kehidupan mereka. Sebagaimana asalnya

tatabahasa sistemik ini diguna oleh Halliday untuk menerang dan mengajarkan tatabahasa

bahasa Cina. Kemudian perkembangan seterusnya amat berguna dalam bidang pengajaran

bahasa dan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Berlainan sekali dengan teori –teori

tatabahasa yang biasa diguna, tatabahasa sistemik lebih memberi tumpuan kepada bahan

bahasa itu lebih daripada peraturan tatabahasa ( its takes the resource perspective rather than

the rule perspective ), dan difokuskan untuk menerang sistem tatabahasa sesuatu bahasa itu

secara keseluruhan dan bukannya secara pencilan.

Selain itu tatabahasa sistem juga amat bermenafaat untuk menganalisis makna sesuatu text (

wacana ) terutamanya interaksi antara penutur ( speaker ) dan pendengar ( addresse ).

Apakah tujuan ujaran mereka daripada perspektif semantik, sama ada untuk mendapatkan
informasi, memberi maklumat, memerlukan perkhidmatan atau barang.

Dalam bahasa Melayu mungkin pengenalan tatabahasa ini mula dibuat oleh Prof Asmah Hj

Omar, dalam buku Nahu Melayu Mutakhir. Penghuraian tatabahasa berdasarkan konsep

pemilihan, sesuatu ujaran itu dituturkan amat membantu kepada terutamanya para pelajar

bahasa yang lebih mengutamakan kebolehan menguasai sesuatu bahasa dengan lebih cepat.

Kelemahan teori ( kalau hendak dikatakan sebagai kelemahan ), ini mungkin daripada

konsep perkembangan sistem itu sendiri, contoh sistem MOOD. Dalam bahasa Inggeris

sistem ini menjangkau kepada lebih kurang 1000 sistem. Tapi dengan perkembangan bidang16

perkomputeran masalah ini tidak menjadi penghalang kerana komputer mampu menyimpan

seberapa banyakpun sistem yang ada. Dalam bahasa Melayu pun demikian kalau kita lihat

perkembangan sistem MOOD sebagaimana dibuat oleh Prof Asmah Hj. Omar juga begitu

banyak.

Sistem sesuatu bahasa itu mungkin berbeza dengan sistem bahasa lain. Tetapi kepelbagaian

ini sebenarnya keunikan Teori Tatabahasa Sistemik ini.

d) Cadangan dan kesimpulan

Adalah sesuatu yang istimewa jika kita dapat menerapkan satu sistem penghuraian tatabahasa

berdasarkan kepada pendapat Halliday bahawa teori yang diperkenalkan ini mesra pengguna (

I have always considered a theory of language to be essentially comsumer oriented ). Dalam

penghuraian berdasarkan sistem ( bukannya struktur ) dan lebih menumpukan kepada

penghuraian makna, kita boleh menghuraikan corak sesuatu ujaran itu berdasar kepada

situasi penggunaan. Carta boleh dibuat berdasarkan darjah atau strata penggunaan bahasa itu.

Contohnya ujaran dalam perbualan formal atau tidak formal. Pengguna bahasa akan dapat

melihat secara menyeluruh sistem ujaran dalam satu-satu situasi itu.

Tiga strata asas iaitu semantik, lexicogrammar dan fonologi yang dipilih dalam analisis

seharusnya bergantung kepada tujuan penganalisisan. Umpamanya kajian kepelbagaian laras

ingin melihat aspek semantik daripada aspek konteks. Disebabkan bahasa begitu kompleks

hubungkaitnya, huraian harus menyatakan objektifnya.


Aspek paling asas dalam huraian tatabahasa adalah laras ( register ). Sebagaimana pendapat

Halliday, bahawa laras melibatkan aspek ‘ field’, ‘ tenor ‘, dan ‘ mode ‘ Field merujuk

kepada tajuk dan perlakuan. Mode merujuk kepada cara ujaran itu dibuat. Tenor pula

ditujukan kepada pengguna bahasa itu. Ketiga-tiga aspek ini berguna kepada penganalisis

bahasa terhadap aspek makna sesuatu ujaran. Halliday seterusnya mengatakan ketika

manusia berinteraksi antara satu sama lain, mereka sentiasa membuat pelbagai andaian,

jangkaan tentang makna dan tujuan mereka berinteraksi.

Tatabahasa sistemik seharusnya diguna untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada penutur

bukan berbahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka ( not their mother tounged ). Kita

seharusnya mengajarkan bahasa dengan lebih mudah semoga mereka lebih mudah untuk

menguasainya. Kita harus mempopularkan penggunaan bahasa Melayu bukannya

menyusahkannya untuk mereka menguasainya.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa sistemik amat releven untuk diperkenal dengan secara17

lebih meluas. Penghuraiannya bahasa secara menyeluruh harus diguna sebagai pendekatan

pengajaran bahasa. Penghuraian bahasa secara pencil-pencilan seharusnya dibataskan kepada

pengajaran bahasa secara khusus sahaja. Pendekatan ‘ mesra pengguna ‘ sebagaimana

dicadang oleh Halliday perlu diterapkan kalau kita mahu melihat bahasa Melayu terus berperanan
dalam dunia informasi ini.
Teori Huraian Bahasa Tradisional

1. Teori Tradisional (Panini)


- kajian bhs dibuat terhdp btk2 tulisan
- bhs boleh berkembang
-setiap bhs ada hubungan dgn bhs induk
-tatabhs bersifat sejagat, berasaskan tbhs Yunani + Latin
-bhs merupakan cbg ilmu falsafah yg menyelidik tabii alam
- kajian bhs bersifat deduktif – mmeningkan hukum2 sesuatu bhs
-pengkaji juga menetapkan golongan kata kpd kata nama, kata sifat + kata kerja

2. Teori Struktural (Bloomfield)


-kajian ttg fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mortem + ayat
-ciri-ciri bhsnya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + utk perhubungan
-ahli2 bhs ini byk mengumpulkan bhn pertuturan + mementing fakta2 yg dilihat.

3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky)


-penutur jati blh mggunakan bhs apabila berhadapan dgn pelbagai keadaan
-Bhs adalah sistem ttg rumus-rumus bhs
-ayat mpunyai struktur dlman + pmukaan
-pengetahuan bhs mrupakan suatu fenomena mental
-penutur dilahirkan dgn kecekapan semulajadi
-bhs bersifat sejagat + kreatif

4. Teori Fungsional (Haliday)


-struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi
-kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi
-Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual
-fungsi sosial bhs memainkan peranan yg penting dlm pmbtkan sis bhs

Teori Pemerolehan Bahasa


1. Teori Behaviurisme (Bloomfieild)
-Bhs dikuasai melalui proses pengulangan
-proses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk
-proses penguasaan bhs melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistem
-mementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP
-berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran
- sesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs
-proses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs
-aspek pengukuhan memudahkan ingatan
-pengjran tbhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi.
2. Teori Mentalis (Chomsky)
- mengutamakan proses berfikir berbandingan dgn pelakuan kanak2.
-kanak2 berupaya membuat rumusan
-tulisan + bacaan diutamakan tp kemahiran menulis lebih penting
-diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka
- penyampaian makna lebih diutamakan
-tbhs diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif

3. Teori Interaksionalis
- mementingkan aktiviti komunikasi
-menghasilkan bhs apabila ia memerlukannya
-perkembangan bhs – proses kognitif + proses interaksi bhs
-interaksi – mhasilkan ayat penyata + ayat perintah -
-hasil interaksi akan mpengaruhi utk mpljari sistem bhs

4. Teori Konstruktivisme
-mementing pmbljaran semasa intraksi dlm kelas
-Memberikan contoh ayat– membina ayat setelah memahami konsep
-pembinaan semula ayat – pembangunan semua minda utk mencipta sesuatu yg baru / idea yg baru

TOPIK 2
Konsep strategi
- cara / langkah / tindakan yg harus dilakukan utk mencapai objektif PnP
Perspektif
a. pendekatan berpusatkan murid
b. Kepelbagaian Teknik
c. Kepelbagaian Sumber Bahan
d. Penggunaan T/bhs yg tepat
e. PnP Bertema
f. Bacaan luas
g. Penggabungjalinan
h. Penyerapan
i. Penilaian
j. Pemulihan
k. Pengayaan

Pendekatan Induktif
- pendekatan pengjran bhs yng melibatkan satu proses penaakulan yg tinggi.
-pelajar digalakan mencari, meneliti + mempelajari sendiri.
-mengemukan satu rumusan hasil kajian yg dilakukan
-peranan guru hanya – mengemukan soalan, bertanya, berbincang, memperhatikan, mengkaji +
memberikan contoh

Konsep Induktif dlm Pengajaran Bahasa


1. mempelajari sesuatu utk mdptkan hukum
2. memperkenalkan pengetahuan + mberi pengalaman
3. Mgumpulkan maklumat utk mmbtk hukum
4. mbtk satu kesimpulan umum drpd cth2 tertentu
5. mdptkan satu kesimpulan drpd satu urutan pemikiran
6. merupakan kaedah penaakulan yg bertujuan mdptkan peraturan umum drpd fakta2 / cth2 tertentu.
4 peringkat pengajaran
1. pendedahan
2. pembentukan konsep
3.Mencuba generalisasi
4. Penutup

Pendekatan Deduktif
-satu proses menganalisis data / isi yg membentuk generalisasi + mengapikasikan peraturan2 yg
diberikan

Konsep Deduktif
1. mempelajari sesuatu berdsrkan sesuatu hukum
2. satu proses penaakulan yg tinggi
3. satu produksi fakta utk mbuktikan satu penyataan umum
4. menganalisis fakta atau isi yg membtk generalisasi
5. membuat satu pencerakinan drpd umum kpd spesifik

Peringkat pengajaran
1 awal generalisasi
2. mengemukan generalisasi
3. menganalisis konsep
4. mencuba generalisasi
5. penutup
Pendekatan Eklektik
-gabungan antara beberapa pendekatan
-sesuai utk murid2 yg mempunyai pelbagai kebolehan + pencapaian
- sifat pendekatan ini mudah ubah
- pelbagai ciri2 yg baik

Pendekatan Komunikatif
- manusia berbhs secara komunikasi
-setiap manusia akan mengguna akal utk menyatakan fikiran masing2

Pendekatan Oral
-berkaitan dgn komunikasi tp secara perbandingan
- memberi penekanan kpd penguasaan aspek lisan
- kawalan t/bhs juga dipberi perhatian

Kaedah Pengajaran
- satu perancangan /prosedur bg mlaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik.
-langkah2 pengjran yg tersusun + berkesinambungan utk mencapai objektif
Kaedah situasi – mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata,
latihan lisan + membaca bhn yg melibatkan struktur baru / latihan bertulis.

Kaedah Oral Aural – dengar + tutur. Membolehkan murid2 memperkembangkan kemahiran


mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Kaedah Penglibatan tindakbalas fizikal (TPR) – mementingkan pemahaman bhs melalui pendengaran
serta memulakan pelajaran dgn kemahiran mendgr

Teknik Pengajaran
- Suatu alat yg digunakan bgi menyampaikan bhn2 pengajaran yg telh dipilih utuk pelajar
- sejajar dgn kaedah dan pendekatan yang dianuti
-antaranya
a. teknik latih tubi
b. simulasi
c. Main peranan
d. Teknik sumbangsaran
e. Permainan Bahasa
f. soal jawab
g. bercerita
h. drama
i. Inkuiri
j. Perbincangan
k. Forum
l. Perbahasan
m. Kuiz

- Teknik Simulasi – satu situasi yg diwujudkan secara merupai keadaan sebenar – berintraksi sesama
sendiri brdsrkan peranan masing2 – membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu / tugasan.
-teknik Inkuiri – tinjau siasat- soal selidik utk mendptkan jwpan / kesimpulan. Daya refleksi- selalu
bertanyakan soalan- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
1. mengenal masalah 2. mengaji ramalan 3. mengumpul maklumat 4. menganalisis 5. membuat
rumusan
http://rujuknota.blogspot.com

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN

· Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk


mencapai objektif pengajaran.

· Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran

· Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan

· Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,
kefahaman dan berdikari.

· Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

· Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.

· Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan


pelajaran

· Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,
dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID

· Murid memainkan peranan penting

· Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.

· Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi


pendapat,

· objektif pencapaian murid diutamakan

· perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)

· Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.

· Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat


kesimpulan,
· Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,
tolong-menolong)

· Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,

· Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.

· Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,


penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil
dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU

· Guru memainkan peranan penting

· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.

· Kepimpinan guru secara autokratik

· Pencapaian objektif guru diutamakan

· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai


murni/perkembangan emosi.

· Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk


mengingat/menghafal.

· Interaksi di antara murid adalah pasif.

· Kaedah keseluruhan kelas.

· Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.

· Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,


bercerita, keseluruhan kelas

You might also like