You are on page 1of 8

1.

ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Pada perutusan Tahun Baru 2006, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan:

“…merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar
bandar, jurang antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang
berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan
negara.”

Daripada kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa ketidaksamaan peluang pendidikan


dapat dibahagikan kepada kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan
khas.

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin ketara dan bukan satu isu
yang baru. Hal ini telah timbul sejak zaman sebelum merdeka lagi yang mana rakyat bawahan,
golongan pembesar dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Majoriti
masyarakat kita memandang seseorang individu tersebut berdasarkan kedudukan dan
statusnya seperti melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang
dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa dan autoriti yang dimiliki, atau darjat kebesaran
yang dimiliki dan lain-lain yang berkaitan. Individu yang memiliki ciri-ciri seperti ini lebih
dipandang tinggi dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau
bekerja secara makan gaji.

Di Tanah Melayu, semasa zaman penjajahan, kelas sosial di kalangan orang Melayu lebih
merupakan perbezaan antara golongan bangsawan dan rakyat jelata dan golongan ini
mendapat pendidikan khusus di bawah pengajar yang terlatih di Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Senario ini tidak dapat dikecapi oleh rakyat biasa yang mana kelas rakyat yang lebih
rendah menekankan mata pelajaran seperti bertukang, berkebun dan anyaman.
Ketidakseimbangan dalam pelajaran ini menyebabkan timbul konflik di antara golongan
bangsawan yang terus dilimpahi dengan kesenangan dan pendidikan yang sempurna
sedangkan golongan rakyat pula meneruskan kehidupan tanpa mendapat keistimewaan
khususnya dalam aspek pendidikan dan mata pencarian. (sumber:
http://www.scribd.com/doc/4787134/pengelasan-sosial-)
2. FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DARI ASPEK KELAS SOSIAL

Kelas sosial yang berbeza ini sedikit sebanyak memberi impak kepada prestasi
akademik pelajar samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau pun di institut
pengajian tinggi. Saifuddin Hj Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat
hubungan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan
ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna
semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap
pencapaian akademik anak-anak mereka. (sumber: http://amaljaya.com/guru/2009/12/30/
ketaksamaan-peluang-pendidikan/)

Daripada kajian yang telah dijalankan, kita boleh simpulkan bahawa pelajar yang lahir
dalam kelas atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran untuk mengikuti
aktiviti pembelajaran berbanding dengan pelajar yang berasal daripada golongan bawahan.
Hal ini kerana golongan kelas atasan ini mampu untuk memenuhi segala keperluan dan
kehendak pembelajaran yang berkaitan. Sebagai contoh, untuk kelas tambahan, ibu bapa
pelajar berkemampuan untuk menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau
menghantar anak mereka ke kelas tambahan. Selain itu, mereka juga mampu membeli
komputer yang dapat membantu mereka dari aspek pencarian maklumat dan penerokaan ilmu
baru. Dari sudut pemakanan pula, golongan pelajar kelas atasan ini dapat makan makanan
seimbang dan berzat, selain mendapat makanan tambahan untuk kecerdasan mental mereka.

Kemudahan-kemudahan ini tidak mungkin dapat dinikmati oleh pelajar golongan


bawahan disebabkan faktor kemiskinan. Mereka daripada golongan ini tidak mampu memiliki
segala peralatan persekolahan seperti alat tulis, buku rujukan, buku latihan dan keperluan
persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, perbelanjaan harian dan kasut. Sehubungan
ini, timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Bebanan
yang dipikul dan kekangan daripada keluarga akibat faktor kewangan yang mendesak
menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan tercicir daripada persekolahan
walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Seterusnya, kita lihat pula daripada sudut tempat tinggal yang turut mempengaruhi
prestasi akademik pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa suasana yang kondusif
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Namun, bagi pelajar yang
berstatus sosial golongan bawahan, mereka kebanyakannya tinggal di ruang yang sempit dan
tidak selesa berbanding dengan pelajar kelas atasan dan pertengahan. Ada di antara mereka
juga yang menghuni rumah tanpa kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Hal ini
sedikit sebanyak menyebabkan pelajar golongan bawahan ini tidak dapat belajar dengan
selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran.

Winston Churcill, seorang negarawan Inggeris yang menyatakan bahawa manusia


membina bangunan, tetapi kemudiannya bangunan itu pula membentuk tingkah laku manusia.
Kenyataan itu disokong oleh pelbagai kajian yang telah dijalankan di Malaysia antara kajian
yang dilakukan oleh Nurizan, Jualiana, Nur Faizura, 1997, Kuala Lumpur terhadap penghuni
rumah pangsa. Hasil daripada kajian didapati masalah utama penghuni adalah bilangan bilik
yang terhad, ruang yang sempit, tiada ruang dalam rumah untuk mengulangkaji, kebisingan
jiran tetangga diikuti dengan masalah perbelanjaan keluarga dan terdedah kepada gegala
sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Akibatnya pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian dan mengulangkaji pelajaram mereka yang menyebabkan kepada
kegagalan di dalam pendidikan mereka. (sumber: http://www.scribd.com/doc/4787134/pengelasan-
sosial-)
3. LANGKAH KERAJAAN MENANGANI MASALAH KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN

Sudah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membenteras jurang
pendidikan antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan
pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan
kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah
menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi penduduk
bandar dan luar bandar. Bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada warga Malaysia
tanpa mengira kaum, agama, etnik dan kelas sosial, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah
wang yang besar bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

Bagi meringankan beban keluarga daripada golongan bawahan, KPM telah


memperkenalkan Skim Bantuan Buku Teks pada tahun 1975. Hal ini juga bagi memastikan
setiap pelajar berkenaan dapat mengikuti proses pembelajaran yang sempurna. Skim-skim
bantuan seperti ini bukanlah suatu yang baru kerana sekitar tahun 1969 sehingga awal 1970-
an, kerajaan menerusi MARA telah memberi bantuan basikal kepada pelajar luar bandar untuk
ke sekolah serta bantuan makanan berkhasiat ketika waktu rehat bagi pelajar daripada
keluarga berpendapatan rendah.

Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara, terdapat pelbagai


kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya ialah
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah yang telah dilaksanakan
pada tahun 1979 bagi keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita M80 dan ke
bawah. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga disediakan bagi membantu pelajar
miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam dan KPM juga telah menyediakan
Elaun Bulanan kepada Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan.

Selain itu, KPM turut membantu dengan mewujudkan Kumpulan Wang simpanan Pelajar
Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 untuk membantu pelajar supaya tidak tercicir daripada
alam persekolahan akibat kemiskinan. Kemudahan asrama turut disediakan bagi golongan
pelajar berpendapatan rendah yang tinggal jauh dari sekolah.
4. IMPLIKASI ASPEK KELAS SOSIAL TERHADAP P&P

Dengan wujudnya kelas sosial ini, peluang pendidikan yang diperoleh pelajar adalah
berbeza. Yang sering menjadi mangsa ialah pelajar daripada golongan bawahan kerana
mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka dan hanya
mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Ada di antara mereka yang tidak
memiliki alat tulis serta buku untuk belajar. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat
mengikuti pembelajaran dengan baik dan berkesan malah mereka akan berasa rendah diri
apabila melihat rakan-rakan mereka yang lain mampu untuk memiliki keperluan untuk belajar.
Akibatnya, mereka akan hilang minat untuk belajar dan akan sentiasa ketinggalan dalam
pelajaran. Lebih menyedihkan lagi apabila golongan pelajar ini bertindak untuk membuat
bising kerana minat mereka untuk belajar telah hilang dan mereka kebosanan ketika berada di
dalam kelas.

Apabila berlakunya masalah ini, turut sama terjejas ialah kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas. Ini kerana seseorang guru itu tidak dapat
meneruskan P&P apabila ada segelintir daripada pelajarnya yang tidak bersedia untuk belajar
kerana tidak mempunyai kelengkapan seperti buku latihan atau alat tulis. Guru terpaksa
mengambil inisiatif dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu pelajar-pelajar ini. Malah
guru juga terpaksa mengawal segelintir pelajar yang sudah hilang minat untuk belajar serta
membuat bising ketika P&P berlangsung. Hal ini sekaligus menggangu proses P&P dan
akibatnya P&P tidak berjalan lancar malah fokus pelajar-pelajar lain terhadap pembelajaran
turut terjejas.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang berasal daripada golongan bawahan ini yang
tinggal dalam keadaan yang tidak selesa dan serba kekurangan. Hal ini menyebabkan mereka
tidak mendapat rehat yang cukup, tidur yang tak lena, malah sering terganggu akibat daripada
ketidakselesaan seperti keadaan yang panas, gangguan nyamuk dan atap rumah yang bocor
ketika musim hujan. Akibatnya, apabila P&P sedang berlangsung, pelajar ini akan keletihan
dan mengantuk serta tidak bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru. Tumpuan guru
untuk mengajar turut terjejas apabila berlaku masalah ini di dalam kelas. Secara automatik
guru akan mengalih perhatian terhadap pelajar yang bermasalah ini menyebabkan P&P
tergendala untuk seketika.

Masalah pembelajaran tidak hanya tertumpu pada golongan bawahan sahaja malah
turut ditunjukkan oleh sesetengah pelajar daripada golongan berada. Sebagai contoh, pelajar
daripada golongan berada ini mampu untuk menghadiri kelas-kelas tuisyen dan di sana,
mereka belajar lebih ke hadapan berbanding pelajaran di sekolah. Hal ini mengakibatkan
mereka akan berasa bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pelajaran yang sama ketika
proses P&P dijalankan di dalam kelas. Mereka cenderung untuk melakukan aktiviti sendiri dan
hal ini akan menjejaskan penumpuan guru untuk meneruskan P&P.

Konklusinya, aspek sosial ini amat ketara pengaruhnya terhadap pendidikan yang
diperoleh para pelajar. Namun ia tidak menjadi satu faktor untuk pelajar yang kurang
berkemampuan untuk tidak berjaya. Ini kerana telah dibuktikan bahawa dalam keputusan SPM
2007, dimana empat pelajar cemerlang itu ialah Siti Fatimah Hamzah (anak yatim),
Muhammad Shariff Mat Yusoff (anak pemandu teksi), Mohamad Firdaus Zulkifli (anak warden
penjara), dan Nik Ahmad Naimudin Nik Othman (anak penggawa di daerah Machang), telah
memperolehi 8A dalam matapelajaran yang diambil. Kejayaan ini semuanya bergantung
kepada diri pelajar itu sendiri dan sejauh mana keazamannya untuk berjaya. Kita sebagai
warga pendidik pula haruslah memberi bantuan dan bimbingan kepada mereka supaya
kebajikan mereka terjaga dan agar mereka juga mampu untuk berjaya.
BIBLIOGRAFI

http://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaan-peluang.html
(diakses pada 19 Februari 2011)

http://amaljaya.com/guru/2009/12/30/ketaksamaan-peluang-pendidikan/

(diakses pada 19 Februari 2011)

http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN_DALAM_KALANG
AN_MASYARAKAT_LUAR_BANDAR.pdf (diakses pada 20 Februari 2011)
LAMPIRAN

You might also like