You are on page 1of 3

KALIGRAFI

Kaligrafi adalah seni tulisan yang indah dan berasaldaripada perkataan Yunani ‘kalios’ yang bermaksud indah

dan ‘grafia’ beerti coretan atau tulisan. Terdapat pelbagai jenis kaligrafi tetapi khat dan tulisan cina sahaja

yang diiktiraf sebagai tulisan kaligrafi. Pada zaman jahiliah, mereka dikatakan ‘buta huruf’ kerana mereka

Cuma tahu bertutur dan tidak tahu menulis. Dengan adanya kaligrafi ini dapat mengubah lisan Bahasa Arab

kepada tulisan dan bermulanya perkembangan seni kaligrafi iaitu penemuan batu bersurat di Kuala Terengganu

pada tahun 1889M, batu nisan di Pekan, Pahang (419H) dan di kedah(291H) merupakan titik tolak bermulanya

kesenian islam. Tulisan kaligrafi pada batu bersurat itu telah menerangkan hukum-hukum syarak. Antara

hukum yang diperjelaskan ialah hukum bagi penzina dan sebagainya. Manakala, tulisan pada batu nisan pula

diukir dari ayat-ayat Al-Quran dan syair dengan gaya Thuluth kaligrafi yang terpahat di batu-batu nisan ini

mempunyai nilai seni dan ukiran yang sangat baik dan menunjukkan si mati mempunyai kedudukan yang

sangat baik. Fungsi kaligrafi pada zaman itu dianggap hiasan tetapi lebih ke arah pendidikan.

Pada zaman tamadun melayu, pengukir-pengukir kaligrafi melayu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan motif

tumbuh-tumbuhan pada sarung dan bilah keris kelewang, parang dan lembing. Penenun songket pula

menggunakan motif kaligrafi pada hiasan songket. Kaligrafi juga digunakan pada mata wang rasmi pada

zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Melaka). Sultan Abdul Jalil Shah (Johor) juga menggunakan seni

kaligrafi islam pada mata wang emas. Ayat-ayat Al-Quran yang bermotifkan kaligrafi telah diukir pada

dinding- dinding masjid sebagai hiasan. Contohnya di dinding Masjid Tengkera, Melaka.

SENI BINA

Kedatangan islam ke alam melayu telah mengikis sisa-sisa Hindu-Buddha yang telah bertapak di Wilayah

Langkasuka dan Srivijaya. Kuil-kuil mula ditinggalkan manakala satu demi satu bangunan masjid mula

didirikan. Islam juga tidak ketinggalan dalam mempersembahkan tamadun yang menjelma sebagai satu cara

hidup yang unggul. Fungsi masjid dahulu tidak terhad hanya kepada solat jemaah sahaja malahan ia turut

menyatukan hubungan antara manusia dan manusia melalui kegiatan tarbiyah, dakwah dan mesyuarat

serta kegiatan-kegiatan yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung dengan pembinaanya, separuh pendapat

menyatakan ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi bentuknya, ia mempunyai dinding tiga tangkup dan
bertiang sama seperti Masjid Agung Demak. Kebanyakan masjid awal menggunakan bumbung berbentuk

meru. Bumbung meru berhubung rapat dengan iklim dan persekitaran setempat. Ia bukan sahaja memudahkan

curahan air tetapi juga membenarkan peredaran udara keluar masuk dengan bebas. Bahagian atas yang tirus

melambangkan kemuncak perjuangan seseorang mencapai keredaan Allah S.W.T. Manakala, bahagian bawah

yang luas melambangkan orang ramai menurut Othman Mohd Yatim. Bumbung meru ini juga menurut

orientalis, membayangkan pengaruh sisa-sisa Hindu-Buddha berdasarkan sebuah candi yang terdapat di Jago,

Sumatera dan model-model pagoda dari China. Reka bentuk bumbung tersebut dihubungkan dengan cuaca dan

mutu ketahanan kayu

Bentuk masjid awal di alam melayu mempunyai reka bentuk yang hampir sama. Antara unsur-unsur penting

yang dikekalkan ialah mimbar, mihrab, ruang solat dan tempat wudhu’. Bumbung meru telah digantikan

dengan kubah gaya moor dan menara. Kubah berbentuk moor dijadikan satu ikutan kebanyakan masjid di

Malaysia. Kubah tersebut merupakan seakan-akan bentuk payung yang berkembang seolah-olah

melambangkan perkembangan islam di tamadun melayu. Antara fungsi masjid pada tamadun melayu ialah

tempat melangsungkan pernikahan, memberi dan menerima al-Din, umat islam berkumpul, dan penginapan

percuma bagi musafir. Masjid juga melambangkan ungkapan ketaqwaan serta kebesaran islam. Menara yang

dibina tinggi untuk memperdengarkan azan lima kali sehari semalam. Manakala, mihrab merupakan penunjuk

arah kiblat yang menghadap Kaabah dan mimbar tempat di mana khatib memberikan khutbah. Kebanyakan

arkitek di Malaysia telah mengaplikasikan bentuk kubah dan senibina islam dalam binaan bangunan pada masa

kini. Antara contohnya ialah Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya), Istana Negara dan Stesen Kereta Api Tanah

Melayu Berhad Kuala Lumpur (Ibu Pejabat KTM).

SENI SUARA

Seni suara wujud di mana-mana dan bila-bila masa dalam pelbagai kegiatan kehidupan manusia. Sesuatu

perbuatan dikatakan berseni jika memperlihatkan sesuatu istimewa dan mempunyai daya penarik. Percakapan

dihiasi kata-kata indah dipanggil seni kata. Percakapan itu sedap didengar dan mempunyai daya penarik

contohnya kata-kata sopan, bermadah, pantun, dan syair tergolong dalam kata-kata seni. Seni cakap yang

sopan dan benar adalah tuntutan agama.

8
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:”sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat, maka hendaklah

dia berkata yang baik mahupun dia diam.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Azan yang menyeru melakukan solat adalah sebahagian seni suara. Perkataannya amat tinggi seninya yang

mengandungi kalimah suci mengagungkan Allah s.w.t, menyeru melakukan perintah Allah s.w.t dan mengajak

kebaikan untuk kejayaan semua. Azan dilaungkan di seluruh penempatan yang ada manusia untuk

mentauhidkan Allah s.w.t. Justeru mudah untuk mengetahui mengenai adanya umat islam di sesuatu kawasan

jika kedengaran azan. Seni suara pada masa kini turut diperdengarkan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis

cukur jambul,berkhatan,marhaban dan berzanji. Selain itu,seni suara turut digunakan untuk melagukan ayat-

ayat Al-Quran iaitu taranum. Malah perkembangan seni ini semakin berkembang apabila ia digunakan dalam

menyampaikan dakwah melalui nasyid .Oleh itu,perkembangan seni suara semakain berkembang dan seiring

dengan perkembangan- perkembangan yang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan dari paparan di atas jelaslah bahawa kedatangan islam ke alam melayu telah memberi kesan yang

besar dan luas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan

tuntutan islam dalam kalangan mereka secara berkesan, sekaligus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap

yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik

dari segi individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan islam telah membawa perubahan menyeluruh

kepada sistem kehidupan masyarakat alam melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran,

perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

You might also like