You are on page 1of 9

1.

0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama


ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam
sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat
memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia
dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali
berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh
dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitifL
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran,
yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi
permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia
juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan
yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula


dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki
telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul
daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana
dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.
Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai
tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada
1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti
kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan
sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi
malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House,


Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu
merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian
menjadi Badminton.Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah
peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan
dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu
telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England
diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan
menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan
iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September
tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton
Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai


Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New
Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat
antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara
Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia
secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi
pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi
pendominasi sejak kebelakangan ini.

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula


dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki
telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul
daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana
dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.
Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai
tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada
1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti
kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan
sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi
malangnya tiada cetakan dilakukan.
1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BADMINTON MALAYSIA

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England


oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan
badminton diperkenalkan di Malaysia.

Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab


menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah
ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George
Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan
Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali
dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan
badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis
Wimbledon.

Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali
pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada tahun
1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada
tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara
yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala
Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu
ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng,
Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain.
Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun
1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini,
pasukan Negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris
dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan
Denmark.

2.0 ALATAN DAN GELANGGANG PERMAINAN BADMINTON

2.1 GELANGGANG

Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat. Ukuran panjang iaitu


13.40 meter dan ukuran lebar adalah 6.10 meter untuk acara beregu. Acara
perseorangan pula, panjang gelanggang badminton ialah 13.4 meter dan lebar
sebanyak 5.18 meter. Tinggi tiang badminton berukuran 1.55 meter. Jaring
diperbuat daripada  tali  halus yang berwarna gelap dan sama tebal dengan
siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm. Labuh jaring juga
berukuran 760 mm . Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524
meter dari lantai iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis
RAJ
AH
1:
GEL
AN
GG
AN
G
PER
MAI
NA
N
BAD
MIN
TON
2.2 ALATAN PERMAINAN BADMINTON

2.2.1 RAKET

Raket diperbuat daripada kayu , besi atau gentian karbon. Bahagian


badan raket terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian kepala , badan dan
pemegang .

Bahagian kepala raket berukuran 25.4 cm serta mempunyai lebar


sebanyak 20.3 cm. Panjang keseluruhan sebuah raket ialah 66.1 cm. Berat raket
adalah antara 99.2 gram sehingga 141.7 gram.

RAJAH 2: RAKET BADMINTON


2.2.2 BULU TANGKIS  

Bulu tangkis diperbuat daripada bulu angsa atau bulu jenis plastik.
Mempunyai diameter bebola antara 25 sehingga 28 mm dan diameter bulu
sebesar antara 58 sehingga 68 mm. Tinggu bulu tangkis ialah 64 sehingga 70
mm. Berat bulu tangkis pula adalah sekitar 5.76 gram

RAJAH 3: BULU TANGKIS

3.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

3.1 Sistem Pemarkahan

3.1.1 Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.


3.1.2 Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
3.1.3 Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan
diberikan kepada pemain.
3.1.4 Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
3.1.5 Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang
dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi
permainan tersebut.
3.1.6 Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan
pada set kedua.
3.2 Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan

3.2.1 Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain


mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
3.2.2 Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
3.2.3 Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan
apabila mendahului dengan 11 mata.

3.3 Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

3.3.1 Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia


dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan
wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

3.4 Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World


Federation (BWF).

Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan


beregu :

3.4.1 Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang
disertai
3.4.2 Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan
bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam
masa 12 bulan setahun
3.4.3 Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
3.4.4 Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya
menang
3.4.5 Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
3.4.6 Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira
berpandukan kedudukan dunia

You might also like