You are on page 1of 10

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem


pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah murid. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi
tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan
sekolah. ''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih
menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar. ''Kita nak wujudkan konsep 'pelajar
berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok
dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari
Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.
Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan
kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.
Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka
berada di tahun satu lagi. ''Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja
kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,'' jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem
pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti. Menurut Alimuddin lagi, tahun ini
sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan
ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara
menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu,
berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020. ''Pelajar-pelajar
yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun
menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,'' katanya.
jifo
u
T
n
s
a
m
r
TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERMULA 2010
GURU MERUPAKAN NADI KEPADA USAHA PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Latar Belakang

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina
upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan
adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan
modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang
dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga
perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi
cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga
celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan
bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan,
dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha
untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: ”... as the most significant and
costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency
and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as
teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality
teaching.” (Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal
dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara
langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik
laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru
(IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan
latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.
Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan
standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan di Malaysia.

Peranan guru

* guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai
guru profesional dengan berkesan,

1. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

2. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri

1. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard

2. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri

3. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta
kursus (guru dalam perkhidmatan)

4. Mengenal pasti strategi bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian standard

2. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.
3. Berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa 1 Malaysia

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses
pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam
semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem
pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi ini juga
menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak
bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi
perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta
akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan
agama, bangsa dan negara.

Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk
mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga
pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan,
membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya
dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah
ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda
dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran
nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan
dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup
bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.
Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri, makna
Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah,
ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan
nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik
darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan
permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai.

Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas,
hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan
kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap
dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai.
Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir
pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru
harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan
ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada
contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan
dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti

Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai
ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi
peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua
kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi
mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang
cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah
tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains,
teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai
bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan
pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah
melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya
ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat
meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,
seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996,
misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum


Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi bakat
dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup
dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset
yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya,
pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian,
ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada
masa akan datang.

Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak langsung
yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan datang untuk
meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan meruntuhkan. Inilah peranan
utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak insan kamil demi
kepentingan pembentukan negara bangsa.

d. Memupuk Kefahaman Yang Jelas Terhadap Islam Hadhari

Fokus terakhir teras membina Negara Bangsa dalah meupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam
Hadhari. Strategi pelaksanaan fokus ini adalah “mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan
pendekatan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari
memberi penekanan kepada 10 aspek kehidupan seharian umat Islam yang mengutamakan nilai-nilai
murni, kasih sayang dan toleransi. Namun kefahaman Islam Hadhari masih belum diterima sepenuhnya
oleh masyarakat di Malaysia. Peranan guru-guru di sekolah adalah perlu bagi memupuk kefahaman
tentang Islam Hadhari kepada murid-murid supaya Islam Hadhari tidak disalah tafsirkan oleh murid dan
masyarakat umum.

Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah diadakan sepanjang
tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah bagi memupuk kefahaman yang jelas
terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiap guru perlu menerapkan kefahaman Islam Hadhari
Merentas Kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ianya tidak diajar sebagai
mata pelajaran tersendiri. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan buku panduan pengajaran dan
pembelajaran Islam Hadhari untuk murid Tingkatan 1 hingga 5 kepada semua guru. Bagi meningkatkan
kefahaman mengenai Islam Hadhari kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga telah
memperbanyakkan bahan bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan mengedarkan ke
sekolah-sekolah Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan Islam Hadhari, Buku Panduan
KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah mengenai Islam Hadhari. Harapan KPM
supaya kefahaman serta penerimaan warga guru sendiri terhadap Islam Hadhari dapat ditingkatkan dan
prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan.
Komputer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran
pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data. Giesert
dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam
pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan
tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat
menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer
dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan
sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang
mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah
pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) telah menyuarakan
bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.

Dalam merekabentuk  perisian PPBK ini ,pendekatan  menggunakan teori tingkahlaku di atas
dapat diaplikasikan seperti berikut
a)   Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk
mewujudkan suasana ini,  pembangunan perisian ini 
     dimasukkan beberapa unsur-unsur  grafik  yang bersesuaian dengan persembahan multimedia
yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian
     pengguna  Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat
kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat
     lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa” sebuah
gambar mampu menggantikan seribu perkataan”.  Grafik
     merupakan blok pembangunan  utama dalam pembangunan multimedia.(Vilamil-
Casanova&Molina 1997)  Penampilan permulaan yang menarik
     dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan
memberikan daya tarikan kepada pengguna untuk  terus
     menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.  
b)    Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini
merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus
dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik  sama ada melalui
teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini  matlamat dan objektif
serta  apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini diakhir nanti akan dinyatakan .
Keadaan ini akan  memberikan rangsangan kepada pengguna untuk terus mengguna dan
mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai 
komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer sepertimana yang terdapat
dalam tajuk  asas perkakasan komputer. 

c)     Melalui perisian ini pengguna akan  dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis
komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan  dan
membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan dan
bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan
induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh
membuat jangkaan masalah untuk  membaikpulih komputer.       d)  Persembahan dalam
perisian  juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus  menggunakankannya ,
Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-elemen yang  boleh mewujudkan suasana 
menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan  ikon –ikon tertentu yang berfungsi untuk
memberikan maklumat dan bantuan  serta menyediakan  panduan kepada pengguna   mengenai
perkara tertentu yang  diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu  juga terdapat unsur-
unsur penggunaan audio yang  jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami
sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi.  Grafik dan animasi juga berkesan
untuk menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik  dan animasi komponen-komponen
komputer juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta  pengguna
terhadap kandungan perisian yang digunakan.  Penggunaan audio dan video dalam perisian ini
akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat
disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa fungsi
komponen komputer  dapat  membantu pengguna khususnya yang sukar untuk membaca  teks.d) 
Berapa latihan  ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz  yang
mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk mengesan 
kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir kemajuan yang telah
dicapai oleh pengguna  khususnya dalam topik-topik tertentu semasa menggunakan  perisian
ini .  Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan maklumbalas  yang  positif  .
maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas
positif ini dapat  menimbulkan minat , rangsangan dan motivasi kepada pengguna untuk terus
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping akan dapat mengaplikasikan ilmu
yang dipelajari .  Pengguna akan diberi peluang untuk menunjukkan penguasaannya terhadap
sesuatu kemahiran  sebelum melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat beberapa cara yang
boleh digunakan oleh pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas . Jawapan boleh
diberikan melalui penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan kekunci.
Jawapan yang diberikan adalah lebih mencabar.  Pengguna juga dikehendaki memberikan
jawapan atau tindakbalas terhadap soslan-soalan  dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika
pengguna tidak dapat menjawab  atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan ,
komputer akan mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan 
kebenaran untuk menjawab semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain.  e) 
Perisian ini juga mengambilkira faktor  penilaian akhir  peristiwa pengajaran dan pembelajaran. 
Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz dalam perisian ini.
Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan kekuatan pelajar.
Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini boleh mengukuhkan ingatan dan 
membantu pelajar  mengaplikasikan pengetahuannya dalam situasi pemgalaman pembelajaran
yang lebih mencabar.

You might also like