You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada guru Sejarah saya Encik Amiruddin bin Jani kerana telah memberikan bimbingan dan
panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah ini . Penghargaan ini
juga saya sampaikan Ibu kesayangan saya Hasniza binti Mohamad kerana telah memberi
saya maklumat serta gambar – gambar yang berkaitan dengan tokoh kajian saya . Selain itu ,
saya juga ingin memberi sekalung penghargaan kepada semua ahli keluarga khususnya
ibubapa saya . Bantuan berbentuk material dan moral yang diberikan telah banyak membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini . Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan – rakan
yang banyak membantu saya , iaitu Khairul Naim bin Ahmad Murat , Azamuddin bin Zulkipli
dan Muhammad Aiman bin Azly kerana telah memberikan idea dan komen serta kerjasama
dalam penyediaan kerja kursus saya ini . sesungguhnya komitmen mereka akan dikenang
sepanjang hayat saya .
OBJEKTIF KAJIAN
Kerja Kursus Sejarah ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat lagi jurai keturunan
keluarga serta keistimewaan yang terdapat dalam keluarga saya . melalui kajian ini juga saya
akan lebih mengenali tokoh yang dikaji dengan lebih dekat dalam aspek kerjaya , sumbangan
dan anugerah yang telah diterima tokoh . Melalui kajian ini juga saya telah mempelajari
kaedah yang sesuai untuk mengumpul dalam menganalisis maklumat . Kerja Kursus ini juga
dapat membina sikap sabar terutama ketika menjalankan temu ramah dengan orang sumber.
Saya juga perlu merancang pelaksanaan kerja kursus ini dengan teliti agar masa yang telah
diperuntukkan dapat dimanfaat dengan semaksimum yang mungkin .
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis
maklumat yang diperoleh . Antara kaedah yang digunakan ialah temu ramah , pemerhatian ,
kaedah bertulis dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang dibina adalah tepat dan
benar .

(a)Kaedah temu ramah


Untuk melaksanakan kaedah ini, saya telah mengenal pasti individu yang perlu
ditemui terlebih dahulu serta soalan-soalan yang bakal dikemukakan . Antara
individu yang dikenal pasti dapat membantu saya ialah Ibu kesayangan saya Puan
Hasniza binti Mohamad. Kaedah ini memerlukan saya membuat rakaman
perbualan tokoh ketika sesi temu ramah dijalankan . Kaedah ini dilakukan untuk
memperolehi maklumat berkaitan latar belakang tokoh , ciri-ciri istimewa tokoh
semasa zaman kanak kanak dan remaja dan lain-lain maklumat yang berkaitan .

(b)Kaedah pemerhatian
Saya juga memerhatikan perwatakan serta sikap tokoh dan mencatat koleksi
anugerah yang pernah diterima oleh tokoh sepanjang hidup mereka . Saya turut
menggunakan kamera untuk merakam gambar yang boleh memantapkan lagi
kajian saya.

(c)Kaedah penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidikan di kawasan kelahiran keluarga saya, keluarga
tokoh, meneliti majalah sekolah tokoh dan bahan-bahan lain yang berkaitan
dengan tokoh.

(d)Kaedah rujukan
Saya juga telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan, majalah
dan suratkhabar. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk membantu saya
menyediakan kerja kursus dengan lebih baik kerana didalam buku rujukan itu
terdapat contoh tentang keluarga lain yang boleh saya jadikan sebagai panduan.

LAPORAN KAJIAN
(A) SALASILAH KELUARGA

Saya dan keluarga saya tinggal di Taman Bukit Saga, Shah Alam. Kami telah
menetap disana dari tahun 1994 sampai sekarang. Keluarga saya terdiri daripada lapan
orang ahli iaitu ayah, ibu , dua orang kakak , seorang abang , saya sendiri dan dua
orang adik. adik bongsu (lelaki) saya telah meninggal dunia pada tahun 1995 .
Keluarga ayah saya terdiri daripada bilangan yang ramai iaitu sepuluh adik beradik .
manakala keluarga ibu saya terdiri daripada lima orang . Untuk mengenali jurai
keturunan keluarga saya , boleh merujuk rajah salasilah keluarga saya , keluarga ibu
saya dan keluarga bapa saya .

(B) PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA

1.Bapa saya (Mazlan bin Ahmad)

Ayah saya bernama Mazlan bin Ahmad . Beliau


bergelar Abah didalam keluarga kami . Beliau dilahirkan
di Melaka pada tahun 17 Januari 1963 . Anak yang
kelapan daripada sepuluh orang adik beradik . Bapa saya
berkahwin pada tahun 1 Jun 1991 . Hobinya banyak
antaranya melancong , membaca , bersukan dan
menonton . Bekerja sebagai jurutera di Proton di dalam
bahagian Quality Control . Ayah saya sangat tegas dan
penyayang . Juga sangat mementingkan ilmu kerana
sering berkata “tanpa ilmu kita tidak kemana “ . Selain
itu , ayah saya merupakan seseorang yang sangat
mementingkan masa . dia sangat membenci orang yang
tidak menepati masa . “ masa itu emas” itulah peribahasa
yang acap kali meniti di bibir ayah saya . Saya sangat
menyayangi dan menghargai jasa ayah saya .

2.Ibu saya (Hasniza binti Mohamad)


Na ma ibu saya ialah
Hasniza binti Mohamad .
beliau dilahirkan pada 1
Ogos Di Bagan Datoh , Perak . Kini berusia 45 Tahun . Merupakan anak yang ketiga daripada
lima adik beradik . Bekerja sebagai seorang guru di SMK seksyen 27 Shah Alam . Hobi
beliau ialah memasak , membaca , melancong dan menonton televisyen . Seorang yang sangat
tegas , berfikiran matang , bijak dan suka membuat perancangan , bermatlamat dan
bermotivasi . seorang Ibu yang penyayang , prihatin dan bertanggungjawab .

3.Kakak sulung saya (Hamizah)

kakak saya ialah Hamizah . Kakak saya


dilahirkan pada 27 Februari 1992 di hospital
SJMC , Selangor jam 10 pagi . Berat badannya
ketika itu ialah 2.44kg . dia merupakan cucu
pertama nenek sebelah ibu saya . Ahli keluarga
kami memanggilnya Amy manakalan rakan
rakannya memangilnya Mizah . Mendapat
pendidikan pra sekolah di Tadika Strawberry
selama 2 tahun . Selepas itu , die ke Sekolah
Rendah Kebangsaan Hicom dan di Sekolah
Rendah Agama Kafa Integrasi di Taman Bukit
Saga . Sepanjang dia bersekolah , dia pernah
memegang jawatan sebagai AJK Tunas Puteri dan
Pengawas Sekolah . Pada tahun 2005 , dia mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 27 dalam tingkatan 1 Wira . Dia pernah menyandang naib johan dalam acara 4x100
dan larian 100 meter .Kini , dia berusia 19 tahun dan sedang menuntut di Universiti Teknologi
MARA Kuala Pilah . Saya sangat menyangi dia kerana dia sangat penyayang dan sering kali
mempertahankan hak saya .

4.Abang saya (Mohamad Aiman)

Nama abang saya ialah Muhammad Aiman . diberi gelaran Abangah .


dilahirkan di hospital SJMC pada 30 November 1993 . Kini sudah berusia 18
tahun . makanan kegemarannya ialah Spagheti , Pizza , dan sayur Broccoli .
Minuman kegemarannya ialah Apple Juice , Carrot juice dan Horlick suam
.Hobinya ialah menonton TV , bermain Badminton dan berbual didalam
Facebook . Sifat – sifat istimewanya ialah suka berjenaka , mahir dalam bidang
pertukangan, seorang yang pemalu dan pendiam .

5.Kakak kedua saya (Nur Akilah)

Diberi nama Nur Akilah . dilahirkan di


hospital SJMC pada 3 Ogos 1995 . Kini berumur 16
tahun . sangat cantik dari paras rupa dan akhlak . dia
juga sangat penyayang dan baik hati . tidak lupa , dia
juga seseorang yang sangat bijak .

Hobinya ialah berenang , memanah dan


menembak . dia juga gemar mencuba sesuatu yang
baharu . makanan kegemarannya ialah nasi Ayam ,
Ayam Masak Merah dan semua yang berunsurkan
ayam . minuman kegemarannya pula ialah Milo hasil
air tangan ibu kami . Dia sangat meminati bidang
olahraga . bukan sekadar minat , dia juga sangat
berbakat didalam bidang ini . Semua bidang olahraga
yang disertainya pasti akan diiringi dengan piala dan
pingat .Rekod tertingginya ialah dia berjaya menyandang Naib Johan didalam Acara Merentas
Desa Bawah 18 Tahun Peringkat Daerah .

Dia bersekolah di sekolah yang sama seperti abang dan kakaknya . Meningkat ke
tingkatan 3 , dia berjaya mendapat 7A 1B dan memasuki Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah ( Seratas ) . Saya sangat menyayangi dan mengagumi sifat – sifatnya yang
bertanggungjawab dan sentiasa sabar didalam dugaan yang dihadapinya . Dia sudahpun
mengharumkan nama sekolah , keluarga dan dirinya sendiri dengan rekod – rekodnya yang
lebih daripada memuaskan .

6.Saya sendiri (Ahmad Muaz)

Saya diberi nama Ahmad Muaz bin Mazlan . Saya dilahirkan pada 15 April
1998 di hospital Mawar Medical Centre . Saya mengikuti pendidikan pra-sekolah di
tadika tod too toddlers yang berhampiran rumah saya selama dua tahun . Saya mula
belajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi seksyen 19 pada tahun 2005 .
Sepanjang saya bersekolah di SRAI 19 , pencapaian saya amat memberangsangkan .
Saya mendapat kelas pertama daripada darjah 1 sehingga darjah 6 . ketika saya
menduduki darjah 1 saya berjawatan sebagai ketua kelas . Saya juga berjaya
mendapat tempat pertama didalam kelas , antara 10 tertinggi didalam darjah ,
Pelajaran Sains terbaik dan Pelajaran Tauhid Feqah terbaik . ketika saya meningkat ke
darjah dua pula , saya berjaya mendapat tempat ketiga didalam kelas , antara 10
tertinggi didalam darjah 7 Tauhid Feqah terbaik . Ketika saya menduduki darjah 3 ,
saya dilantik menjadi seorang Pengawas Pusat Sumber . saya berjaya mendapat
pelajaran terbaik Tauhid Feqah dalam seluruh darjah dan pelajar terbaik darjah tiga .
Ketika saya menduduki darjah empat pula , saya berjaya mendapat anugerah pelajaran
terbaik Bahasa Arab . Saya memasuki unit Pengakap , kelab Bahasa Melayu ,dan unit
Bola Sepak . Tidak lupa saya juga telah dilantik menjadi pengawas pada tahun itu .
meningkat ke darjah lima , saya mula menceburi bidang amal islami . bidang yang
saya masuki pada tahun itu ialah Choral Speaking sehingga ke peringkat Negeri .
Meningkat kepada tahun 6 pula , saya menceburi bidang Kalam Jamie sehingga ke
peringkat zon . pada Percubaan UPSR (sekolah , daerah dan negeri ) dan UPSR saya
berjaya mendapat 5A kesemuanya . Manakala PSRA pula saya berjaya mendapat 95.6
% sahaja . Saya menjadi pengerusi kelab BM , AJK Pengakap dan Naib pengerusi
Bola Sepak . Saya berjaya menjadi seorang tokoh murid di sekolah saya . Saya
mendapat tawaran di sekolah MRSM Gemencheh , MITTIB , SAMTTAJ dan
SAMBESTARI . Setelah berfikir masak masak saya memilih SAMBESTARI sebagai
sekolah menengah saya Sehingga kini , saya memasuki Musammarah sehingga ke
peringkat Negeri . Saya juga berjaya menjadi AJK firqah CODOVA . Saya juga ada
memasuki Taekwondo sehingga ke tali pinggang merah . Saya juga memasuki MSSD
Taekwondo pada tahun 2009 . Tidak lupa saya juga selalu menyertai kem pada tahun
2009 dan 2010 . Pada tahun 2010 , kami sekeluarga melancong ke Kuching . Saya
sempat membeli cenderamata yang sangat khas buat sahabat baik saya . Akhir sekali
ketika hari lahir saya , ramai yang memberi hadiah kepada saya .

7.Adik perempuan saya (‘Izzah Maisarah)

Nama Adik saya ialah Izzah


Maisarah . Dipanggil Sarah . Dilahirkan
pada 11 Ogos 2000 di Hospital Subang
Jaya Medical Centre . Kini berusia 10
tahun dan merupakan pelajar Sekolah
Rendah Seksyen 27(1) . Makanan
kegemarannya ialah Nasi Putih berlaukkan
Ayam Masak Merah manakala minuman
kegemarannya ialah Milo Ais . Bercita cita
untuk menjadi seorang guru seni . Seorang
yang baik hati tetapi mudah merajuk .
Seorang yang bijak untuk menutur kata .
Beliau suka menonton televisyen dan suka
melakukan aktivitiluar seperti menanam pokok . Dia seorang adik yang ceria dan sering
menghiburkan kami sekeluarga . Walaupun dia sering kali menyakiti hati saya namun saya
sangat sayang padanya .

8.Adik lelaki saya (Muhammad Yusuf Syahmi)

Adik bongsu saya bernama Yusuf Syahmi . Dilahirkan di hospital


SJMC Subang Jaya pada 7 Januari 2004 . Dia merupakan seorang yang
istimewa kerana sejak dia dilahirkan dia sering dijangkiti oleh pelbagai
penyakit . Doktor menyatakan adik saya menghidapi penyakit Syndrom Dandy
walker . Oleh itu dia sering mendapat penyakit seperti Sawan dan Demam
Panas . Hayatnya tidak panjang . Allah telah menjemputnya pada 26 November
2005 ketika berusia 1 tahun 10 bulan . Dia menghembus nafas terakhirnya di
PPUM akibat kekurangan oksigen . Walaupun sudah lama meninggalkan
kami , Memori dan kenangan bersamnya tidak akan pudar sepenjang hayat
kami
TOKOH DALAM KELUARGA

1.Puan Hasnah binti Mohamad

(C) PERISTIWA BERSEJARAH DALAM KELUARGA

You might also like