You are on page 1of 5

PSV 3106 Pendidikan Seni Visual

REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan kerja kursus berasaskan ilmu Pendidikan Seni Visual catan cat akrilik
ini dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Puan Nor Azizah dan beliau
merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai
cara-cara untuk menyiapkan folio Pendidikan Seni catan cat akrilik ini.

Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan


maklumat. Tugasan ini tidak terlalu rumit kerana hanya memerlukan gambar-gambar
serta penerangan yang berkaitan catan sebagai pengumpulan maklumat.

Kemudian daripada pengumpulan maklumat tersebut, saya memilih gambar – gambar


yang dirasakan bersesuaian dengan tema yang diberikan iaitu “Flora Malaysia”. saya
mengambil keputusan untuk memilih bunga Tapak Dara atau juga dikenali sebagai bunga
kemunting cina sebagai subjek matter. Kemudian, saya mengkaji pelbagai teknik catan
dan mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan sebelum meneruskan tugasan.
Seterusnya saya mengkaji pula pengolahan gambar untuk dijadikan perkembangan idea.

Saya mengambil empat motif yang dijadikan perkembangan idea dan digabungkan
menjadi satu perkembangan idea yang baru. Daripada perkembangan idea tersebut, saya
melakukan kajian warna keatasnya dan memilih kajian warna yang ke-5 untuk dijadikan
sebagai karya akhir. Sebelum karya akhir dibuat, saya juga telah menyediakan langkah-
langkah untuk menghasilkan karya untuk dijadikan karya akhir tersebut.Akhir sekali,
saya mengaplikasikan segala yang saya perolehi ke atas kertas kanvas untuk
menjadikannya catan cat akrilik terbaik dan berkualiti. Segala ilmu dan maklumat yang
saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan membantu
saya untuk lebih memahami berkaitan catan ini.
Semasa mengaplikasikan segala teknik dan aliran ke atas kanvas untuk dijadikan
karya akhir, saya merasakan ianya merupakan kerja yang paling rumit dan susah
kerana tugasan ini menguji kesabaran dan ketelitian seseorang dalam
menghasilkan sesebuah karya berbanding menyediakan maklumat dan mengolah
lukisan didalam kertas.

Karya yang dihasilkan menggunakan teknik campuran iaitu teknik impasto dan
teknik glazing. Aliran yang saya gunakan untuk menghasilkan karya cat akrilik ini
mengikut aliran surelisme iaitu aliran yang menggunakan imaginasi dan fantasi
sebagai subjek. Hal ini kerana, saya menggunakan pelbagai jenis dan gabungan
warna untuk menghasilkan karya seperti di alam fantasi.

Batang pokok yang terdapat dalam karya menggunakan teknik glazing mnakala
bunga dan daunnya pula menggunakan teknik impasto. Jalinan karya dapat
dilihat dipenggunakan teknik impasto iaitu jalinan sentuh. Saya juga
mengaplikasikan warna-warna harmoni ke atas subjek dan menggunakan warna
kontra pada bahagian latar belakang bagi menimbulkan imej subjek dan menarik
perhatian.

Saya mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan karya di atas kanvas.
Ternyata melihat karya yang dihasilkan oleh orang lain lebih mudah berbanding
melakukannya sendiri. Kini saya mula belajar betapa susahnya untuk menyiapkan
sesebuah karya. Usah memandang remeh dalam penghasilan sesebuah karya
kerana ianya merupakan kerja yang amat rumit dan memerlukan ketelitian serta
kesabaran yang tinggi supaya karya yang bakal terhasil nanti mempunyai kualiti
yang terbaik.
PSV 3106 Pendidikan Seni Visual

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara

1.0 Penghargaan

2.0 Borang Kolaborasi

3.0 Kertas Soalan

4.0 Sejarah

4.1 Lukisan

4.2 Catan

5.0 Pengenalan
5.1 Paku Pakis

6.0 Pengumpulan Maklumat

6.1 Jenis Paku Pakis

6.2 Gambar-gambar

7.0 Subjek Matter – “Peacock Fern”

8.0 Perkembangan Idea

9.0 Kajian Alat dan Bahan

10.0 Kajian Reka Letak


PSV 3106 Pendidikan Seni Visual

11.0 Kajian Warna

12.0 Karya Akhir

12.1 Langkah-langkah

13.0 Refleksi

14.0 Rujukan

15.0 Lampiran
PSV 3106 Pendidikan Seni Visual

RUJUKAN

 file:///C:/Users/User/Desktop/ASSIGMENT/Bunga_tapak_dara.htm
 file:///C:/Users/User/Desktop/ASSIGMENT/Tapak%20Dara%20%C2%AB
%20Info%20Tanaman%20Herbal.htm
 file:///C:/Users/User/Desktop/ASSIGMENT/Tapak_dara.htm
 file:///C:/Users/User/Desktop/ASSIGMENT/zinatul.htm
 C:\Users\User\Documents\SEM 2\assigment sem2\seni\flora
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/aliran%20seni%20rupa.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/aliran_seni.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/Catan.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/catan2.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/Seni_lukis.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/pengenalan%20catan.htm
 file:///C:/Users/User/Documents/BARU!!/seni/corakalirangaya-dalam-seni-
rupa.htm

You might also like