You are on page 1of 17

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan Islam merupakan salah satu ilmu yang perlu dititik beratkan. Pelbagai jenis
kitab fiqh, tauhid, tafsir, hadith, ilmu-ilmu ‘ulum, sirah nabawi, akhlak, dakwah, mantik,
balaghah dan bahasa Arab telah ditulis oleh para ulama dan sarjana Islam. Antara tokoh-tokoh
ilmu Pendidikan Islam seperti Ibn Maskawaih, al-Qabisi, al-Mawardi, Ibn Sina, al-Khaldun,
Ibnu Shahnun, al-Ghazali dan beberapa lagi tokoh.

Dalam perbincangan kerja kursus ini hanya merangkumi kurikulum Pendidikan Islam
menurut pemikiran al-Ghazali sahaja. Al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang
terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam bahkan juga bagi orang bukan Islam.
Kehebatan al-Ghazali telah memberi kesan mendalam di jiwa umat Islam dari segi pemikiran,
budi pekerti, dan pendidikan. Keilmuannya sangat meluas dalam pelbagai bidang ilmu terutma
dalam bidang falsafah, akidah, fiqh, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain
serta dengan pelbagai penulisan ilmuah yang dikarangnya.

Kerja kursus ini akan membahaskan biodata al-Ghazali seterusnya latar belakang
pendidikan serta karya-karya yang dikarang oleh beliau. Dalam kurikulum Pendidikan Islam
pula menyentuh tujuan pendidikan, tugas dan tanggungjawab guru dan pelajar, metod yang
disarankan dan digunakan oleh al-Ghazali.

1
2.0 Biodata dan Latar Belakang Pendidikan

2.1 Biodata Al-Ghazali

Terdapat beberapa pendapat mengenai nama sebenar Imam al-Ghazali. Menurut


Abidin Ibn Rusn, nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali1. Manakala menurut Abdul Salam Yussof2, nama
penuhnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhamad bin Ahmad al-
Ghazali al-Tusi al-Shafie. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M di sebuah
kampung di pinggir kota kecil bernama Thus, berhampiran bandar Meshad di wilayah
Khurasan, Iran. Ada perbahasan mengenai nama al-Ghazali iaitu namanya ada yang disebut
sebagai Ghazzali (dua z) yang bererti tukang pintal benang. Hal ini kerana pekerjaan ayah al-
Ghazali sebagai tukang pintal benang wol. Pendapat kedua pula menjelaskan namanya yang
kedua disebut sebagai al-Ghazali (satu z) yang diambil daripada kata Ghazalah iaitu nama
kampung kelahirannya.

Beliau dikenali sebagai pemikir ulung Islam yang menyadang gelaran “ Pembela
Islam” (Hujjatul Islam), “ Hiasan Agama” ( Zainuddin), “ Samudera Yang Menghanyutkan”
(Bahrun Mughriq), dan pembaharuan Islam. Gelaran ini berdasarkan kepada keluasan ilmu
dan amalnya serta hidupnya yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan dalam
mempertahankan ajaran agama daripada pelbagai serangan3. Al-Ghazali juga dikatakan telah
mendapat gelaran sebagai “Hujjatul Islam” daripada umat Islam seluruh dunia selepas
kewafatannya. Ini adalah hasil kejayaannya dalam pembelaan yang dibuat terhadap Islam
daripada serangan-serangan anasir-anasir luar4.

Pada tahun 500H bersamaan 1107M, al-Ghazali kembali ke tempat asalnya di Thus.
Beliau menghabiskan sisa hidupnya dengan membaca al-Qur’an dan hadith serta mengajar.

1
Abidin Ibnu Rusn (1998), Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan. (Terj.) H.Ahmad Ludjito.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Hal 9
2
Abdul Salam Yussof (2003), Imam al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan
Publication&Distributors Sdn Bhd. Hal 1
3
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit.

4
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. hal 2
2
Pada hari Isnin, 14 JumadilAkhir tahun 505H bersamaan 18 Disember 1111M, al-Ghazali
menembuskan nyawa terakhir di usia 55 tahun. Beliau dimakamkan bersebelahan madrasah
yang didirikannya5. Ada pendapat lain menyatakan6, pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun
505H/19 Disember 1111M, al-Ghazali telah meninggal dunia di tempat kelahirannya sendiri.
Jenazah dikebumikan bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, iaitu Firdausi.
Beliau juga meninggalkan tiga orang anak perempuan.

2.2 Latar belakang Pendidikan al-Ghazali

Pendidikan pada zaman kecilnya dimulakan dengan bapanya iaitu seorang bangsa
Parsi yang miskin tetapi kuat agamanya. Bapanya juga seorang yang amanah. Ini dibuktikan
daripada kehidupan bapanya sebagai pemintal benang daripada bulu dan mempunyai sebuah
kedai tempat dijual barang dagangan di Pekan Tus. Walaupun ayah beliau seorang yang buta
huruf dan miskin, namun beliau amat menitikberatkan pendidikan kepada anak-anaknya.
Semasa kecilnya, beliau mempelajari kurikulum yang menekankan aspek menghafal al-
Qur’an, mempelajari asas-asas membaca dan menulis diikuti pelajaran tatabahasa Arab dan
Nahu, matematik, fiqh, dan lain-lain. Sebelum meninggal dunia, beliau telah mewasiatkan
kepada seorang sahabatnya yang sufi agar memberikan pendidikan yang sempurna kepada
kedua anaknya iaitu Ahmad dan al-Ghazali. Ahmad merupakan saudara lelaki al-Ghazali dan
juga Ahmad terkenal dengan panggilan Mujiduddien dan juga Abu Futuh7. Ahli sufi ini
menjalankan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang anak yatim ini dengan baik sehingga
harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka hampir kehabisan. Oleh kerana dasar
tanggungjawab dan amanah, ahli sufi itu menguruskan kedua-dua orang anak ini ke sebuah
sekolah yang menyediakan bantuan dan kemudahan pelajaran.

Al-Ghazali adalah orang yang pertama kali menggabungkan antara sufisme dan
syari’ah dalam satu sistem. Beliau berguru dengan seorang sufi di negara Thus, kemudian
berhijrah ke Jurjan. Semasa di Jurjan, al-Ghazali telah berguru dengan as-Syaikh Ismail bin
Saadah al-Ismail berhubung fiqh mazhab Syafie. Pada tahun 470H, beliau kembali ke

5
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. hal 13

6
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 4

7
Ibid. hal 3
3
kampung halamannya di Thus. Semasa perjalanan pulang, berlaku satu peristiwa yang mana
memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau. Berlaku rompakan, dimana segala bekalan
dan buku-buku telah dirampas oleh perompak.

Ketika giliran al-Ghazali, beliau berkata, “Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi
jangan engkau ambil bungkusan ini”. Perompak beranggapan bungkusan itu merupakan harta
yang sangat berharga lalu membukanya dan menjumpai beberapa helai kertas yang penuh
dengan tulisan. Kemudian al-Ghazali menjawab,” Ini adalah hasil titik peluhku. Kerananya,
aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku dapat mendengar, menulis dan
memperolehi ilmunya”. Maka berkata salah seorang daripada perompak tersebut,
“Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya?
Andaikata kami rampas bungkusan ini, engkau akan kehilngan ilmunya. Ilmu yang tersimpan
dalam beberapa helai kertas bukanlah ilmu yang sebenar!. 8 Hasil daripada kata-kata
perompak inilah menjadikan al-Ghazali seorang yang berjaya dalam menghafal semua ilmu-
ilmu yang dipelajarinya.

Kemudian beliau melanjutkan langkah kakinya ke Naisabur untuk belajar ilmu agama
dengan ulama besar yang termasyhur iaitu Imam al-Haramain Diya al-Din al-Juwaini,
merupakan seorang guru sekolah di Naisabur9. Beliau berjaya menguasai beberapa bidang
seperti bidang fiqh, kalam, logik dan falsafah10. Beliau berada di Nisabur pada tahun
478H/1085M untuk mempelajari ilmu kalam, ilmu Ushul dan ilmu pengetahuan agama lain.

Kemudian berpindah ke Baghdad untuk menjadi pensyarah di Perguruan Tinggi


Ridzamiyah pada tahun 484H bersamaan 1091M. Perguruan Tinggi Ridzamiyah juga dikenali
sebagai Universiti Nidhamiyah, Baghdad. Atas prestasi yang baik dan meningkat, pada usia
34 tahun al-Ghazali diangkat menjadi pimpinan universiti tersebut. Dalam kesibukan beliau
mengajar, beliau sempat mengarang sejumlah kitab seperti Al-Basith, Al-Wasith, Khulashah
8
Dipetik daripada laman sesawang, Wikipedia al-Ghazali di http://wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-
Ghazali pada 15 Mac 2011
9
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 10, al-Ghazali (1997), Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin. (terj.) Irwan
Kurniawan. Bandung: Anggota IKAPI. Hal 9, H.Abuddin Nata (2000), Pemikiran Para Tokoh Pendidikan
Islam: Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Hal 82
10
Ghazali Darusalam (2001), Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hal 210
4
Ilmu Fiqh, Al-Munqil fi Ilm al-Jadal (ilmu berdebat), Ma’khadz al-Khalaf, Lubab al-Nadzar,
Tashin al-Ma’akhidz dan al-Mabadi’ wa al-Ghayat fi Fann al-Khalaf.11

Selama empat tahun, al-Ghazali bertugas sebagai guru. Kemudian beliau telah
meninggalkan Baghdad pada tahun 488H untuk mengasingkan diri daripada kehidupan
manusia biasa12. Namun begitu, pada tahun 490H hingga 493H, beliau kembali semula ke
Universiti Nizamiyah, Baghdad sekaligus dilantik menjadi presiden Universiti tersebut atas
permintaan sultan. Kemudia beliau kembali semula ke kampung halamannya di Thus dan
berbakti kepada anak bangsa.

2.3 Karya-Karya Tulisan Al-Ghazali

Sememangnya diyakini bahawa al-Ghazali merupakan seorang pengarang dan penulis


yang kaya dengan idea dan buah fikiran dalam menghasilkan karya. Minat dan daya
penulisannya sangat kuat serta bertenaga dan ideanya yang tidak luntur dek zaman walaupun
sewaktu al-Ghazali mengasingkan diri untuk menghayati kehidupan seorang sufi. Kitab-kitab
yang telah ditulis oleh beliau dianggarkan melebihi 200 buah, namun begitu yang masih kekal

11
H.Abuddin Nata (2000), Opcit. Hal 83

12
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 13
5
ke hari ini hanyalah lebih kurang 50 buah sahaja 13. Antara karya al-Ghazali adalah seperti
berikut:-

Bidang Filsafat

i. Maqashidu ul falasifah (tujuan ilmu filsafat)

ii. Tahafut ul falasifah (kesasatan ilmu filsafat)

iii. Al-Ma’rifatul ‘Aqliyah (ilmu pengetahuan yang rasional)

Bidang Agama

i. Ihya’Ulumuddin (menghidupkan ilmu agama)

ii. Al-Mungis minal dhalal (terlepas dari kesesatan)

iii. Minhaj ul Abidien (jalan mengabdi Tuhan)

iv. Kitab-kitab akhlak dan tasawuf

Bidang kenegaraan

i. Mustazh hiri

ii. Sirrul ‘alamain (rahsia dua dunia yang berbeza)

iii. Suluk Us Sulthanah (Cara menjalankan pemerintahan)

iv. Nashihat et muluk (Nasihat untuk ketua negara)

Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ditulis antara tahun 489H dan 495H yang merupakan buku
tentang falsafah. Kitab ini ditulis berdasarkan hasil pengembaraannya di Naisabur dalam usia
50 tahun. Ihya’ menampilkan corak dan ciri utama Islam dalam akhlak sehingga dianggap
sebagai salah satu sumber ilmu fiqh dan tasawuf. Kandungan kitab ini meliputi ibadah dan
muamalah. Huraian fiqh mengikut mazhab Syafie dan teologinya bercorak Asya’ari. Selain

Dipetik daripada laman sesawang, Wikipedia al-Ghazali di http://wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-


13

Ghazali pada 15 Mac 2011

6
iltu, al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu yang zahir dan ilmu yang batin. Ilmu zahir
meliputi ibadah dan muamalah, manakala ilmu batin mencakupi ilmu untuk membersihkan
hati dari sifat-sifat tercela serta menghias hati dengan sifat-sifat terpuji. Dalam kitab ini juga,
ilmu dibahagikan kepada hukum fardu ‘ain dan fardu kifayah. Ilmu dibahagikan kepada ilmu
agama dan ilmu intelektual serta kedua-duanya ini pula diklafikasikan kepada ilmu terpuji dan
ilmu yang tercela.14

3.0 Kurikulum Pendidikan Islam menurut Al-Ghazali

Di dalam bidang pengajaran dan pendidikan, al-Ghazali telah banyak mencurahkan ideanya.
Baginya, yang menjadi dasar kepada pemikirannya ini ialah manusia dan pendidikan. Menurut
al-Ghazali, seorang manusia dapat memperoleh darjat atau kedudukan yang paling terhormat
di muka bumi ini kerana pengajaran dan pendidikan serta ilmu dan amalnya. Al-Ghazali
membahagikan ilmu kepada tiga iaitu pertama, ilmu-ilmu yang terkutuk seperti ilmu sihir,
ilmu nujum dan lain-lain, kedua, ilmu yang terpuji seperti ilmu al-Qur’an, ilmu fiqh dan lain-
lain, dan ketiga, ilmu yang terpuji dalam kadar tertentu seperti ilmu-ilmu logik, ilmu

14
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 22-23
7
ketuhanan dan lain-lain. Dalam kurikulum menurut al-Ghazali, perkara yang akan
dibincangkan merangkumi konteks, input, proses dan juga produk.

3.1 Konteks

Jika pendidikan dapat dipandang sebagai aplikasi pemikiran falsafah dan seorang
falsafah bergerak selarang dengan jalan dan dasar pemikirannya, sistem pendidikan al-Ghazali
pun sejalan dengan dasar pemikiran falsafahnya yang mengarah kepada tujuan yang jelas.
Dengan demikian, sistem pendidikan haruslah mempunyai falsafah yang mengerakkan kepada
tujuan tertentu.

Menurut al-Ghazali, pendidikan dalam prosesnya haruslah mengarah kepada


pendekatan diri kepada Allah dan kesempurnaan insan, mengarah manusia untuk
mencapai tujuan hidupnya iaitu bahagia di dunia dan akhirat 15.

Al-Ghazali berkata, “ Hasil dari ilmu sesungguhnya ialah mendekatkan diri kepada
Allah, Tuhan semesta alam, dan menhubungkan diri dengan para malaikat yang tinggi dan
bergaul dengan alam arwah, itu semua adalah kebesaran, pengaruh, pemerintahan bagi raja-
raja dan penghormatan secara naluri”.

Menurut al-Ghazali, pendekatan diri kepada Allah merupakan tujuan pendidikan.


Orang dapat mendekatkan diri kepada Allah hanya setelah memperoleh ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan itu sendiri tidak akan dapat diperoleh manusia kecuali melalui pengajaran.
Tambah beliau lagi, tujuan pendidikan terbahagi kepada dua iaitu tujuan pendidikan jangka
pendek dan tujuan pendidikan jangka panjang. Tujuan jangka pendek menurut al-Ghazali
ialah mengilap bakat dan kemampuan manusia. Untuk itu, manusia perlu mengembangkan
ilmu pengetahuan, baik dari segi ilmu farfu ‘ain mahupun fardu kifayah 16. Sebagai contoh,
melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi memajukan negara adalah perkara yang dituntut.
Manakala tujuan jangka panjang menurut al-Ghazali ialah pendekatan diri kepada Allah.
Pendidikan merupakan satu proses manusia mengenali dan mendekatkan diri dengan Tuhan
Pencipta Alam.

15
Abidin Ibn Rusn (1998), Opcit. Hal 56

16
Ibid. hal 59
8
Menurut Abdul Salam Yussof17, tujuan pendidikan yang diteliti berdasarkan karya-
karya al-Ghazali menunjukkan beliau berusaha untuk mencapai dua tujuan. Tujuan pertama
ialah melahirkan insan sempurna yang bermatlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Manakala tujuan kedua pula ialah melahirkan insan sempurna yang bermatlamat mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Fokus utama pendidikan dan ilmu di sisi al-Ghazali
ialah pembentukan insan yang sempurna di dunia dan akhirat. Al-Ghazali menyatakan
bahawa, “ secara jelas tujuan manusia adalah meliputi agama dan dunia. Agama tidak akan
teratur melainkan kehidupan dunia juga teratut, manakala dunia adalah tempat menyebarkan
benih bagi akhirat serta jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi mereka yang
ingin mengambil menjadikan alat dan tempat tinggal.

Berdasarkan dua tujuan diatas, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan pendidikan


menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:-

1. Mendekatkan diri kepada Allah, yang wujudnya adalah kemampuan dan dengan
kesedaran diri melaksanakan ibadah wajib dan sunnah.

2. Menggali dan mengembangkan potensi atau fitrah manusia.

3. Mewujudkan profesionalisasi manusia untuk mengembang tugas keduniaan dengan


sebaik-baiknya.

4. Membentuk manusia yang berakhlak mulia, suci jiwanya dari kerendahan budi dan
sifat-sifat tercela.

5. Mengembangkan sifat-sifat manusia yang utama sehingga menjadi manusia yang


berguna.

3.2 Input

Pendidikan menurut al-Ghazali merupakan alat bagi mencapai sesuatu tujuan, yang mana
proses pendidikan itu sendiri sebenarmya memerlukan pengajar atau ta’lim. Tambah beliau

17
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 53
9
lagi, guru terbahagi kepada dua iaitu guru alami dan guru profesional18. Guru alami ialah guru
yang tidak dilatih secara khusus untuk menjadi guru, manakala guru profesional pula ialah
guru yang dilatih secara khusus untuk menjadi guru daripada segi ilmu dan ketrampilan
keguruan. Dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru menurut al-Ghazali
mempunyai 8 tugas. Namun yang dibincangkan dalam kerja kursus ini hanya empat sahaja.
Antara 8 tugas iaitu:-

i. Guru sebagai Khalifah yang mewarisi Rasulullah SAW

Dalam tugas dan tanggungjawab guru ini mempunyai perbahasan pendapat oleh penulis-
penulis buku. Namun begitu tugas dan tanggungjawab guru kepada murid pada azalinya ialah
seorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah SWT, tidak boleh hanya mengharapkan upah
pembalasan dan ucapan terima kasih sahaja 19. Menurut al-Ghazali, perkara pertama adalah
niat yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran.

“ Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan


niat guru bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar adalah
lebih mulia daripada ibadat belajar”

Guru mesti mengikut jejak Rasulullah SAW dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab.
Al-Ghazali menyebut bahawa syarat bagi seseorang guru adalah layak menjadi pengganti
Rasulullah SAW jika dia benar-benar berilmu dan ikhlas. Seorang pendidik perlu menilai
tujuan dan perkhidmatannya iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata.
Seorang guru yang mengajar ilmu pengetahuan, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, harus
mengarah kepada tujuan hidup muridnya iaitu mencapai hidup bahagia dunia akhirat20. Al-
Ghazali berkata,

“Hendaklah guru mengikuti jejak Rasulullah SAW maka ia tidak mencari upah,
balasan dan terima kasih. Tetapi mengajar kerana Allah dan mencari kedekatan
diri kepada-Nya”.

18
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 62

19
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 118

20
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 68
10
ii. Guru sebagai ibu bapa kepada anak murid

Seorang guru perlu mempunyai sifat belas kasihan kepada pelajar-pelajar. Al-Ghazali
menyebut bahawa perlu memberi kasih sayang kepada pelajar-pelajar dan memperlakukan
mereka seperti anak-anak sendiri21. Menurut Ariffin Nordin dan Noor Aini bt Dan, idea yang
dikemukan al-Ghazali ini juga dalam penyebaran ilmu boleh dikaitkan dengan matlamat
Wawasan 2020 (dalam konteks di Malaysia) yang ketujuh iaitu untuk mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ini bermakna sistem sosial mengutamakan
kepentingan masyarakat, kebajikan insan dan pembentukan sebuah keluarga yang kukuh.
Guru perlu menanamkan kasih sayang dalam kalangan murid dan guru sekaligus melahirkan
rasa kasih sayang antara mereka22.

Menurut Mohd Ahmad al-Rashid23, guru yang berkesan ialah mereka yang
mempunyai ciri-ciri sosial dan psikologi tertentu. Guru mesti stabil dari segi emosi, kasih
sayang terhadap murid, bertanggungjawab, bersifat mulia dan tidak malu menjadi guru, boleh
membimbing pelajar dan tulus melakukan tugas. Seorang guru akan melaksanakan tugasnya
apabila mempunyai tanggungjawab dan kasih sayang terhadap pelajarnya sebagaimana orang
tua terhadap anaknya sendiri. Sebuah hadith menyatakan,

“ Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya”.

( HR. Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah)

iii. Guru sebagai role model kepada murid-murid

Al-Ghazali menyatakan bahawa seorang guru mesti mengamalkan ilmu yang dimiliki dan
jangan menjadi seorang pendusta. Sebagai seorang pendidik haruslah mengerjakan apa yang
diperintah, menjauhi apa yang dilarang dan mengamalkan segala ilmu yang disampaikan 24.

21
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 122

Ariffin Nordin dan Noor Aini Bt Dan (1992), Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena
22

Ilmu. Hal 89
23
Mohd Ahmad al-Rashid (1990), Kurikulum dan Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: DBP. Hal 212

24
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 123
11
Al-Ghazali menasihatkan kepada setiap guru agar sentiasa menjadi teladan dan pusat
perhatian bagi muridnya. Ia harus mempunyai karisma yang tinggi. Al-Ghazali berkata25,

“ Guru hendaklah menherdik muridnya dari berperangai jahat dengan cara sindiran
dan tidak dengan cara terus terang, tetapi sebaliknya dengan cara kasih sayang,
tidak dengan cara mengejek. Sebab kalau dengan cara terus terang, murid akan
takut kepada guru, dan mengakibatkan ia berani menentang dan suka akan sifat
jahat itu”.

iv. Menjaga maruah pelajar

Seorang guru haruslah menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi. Sebelum P&P
bermula, guru perlu memahami tahap kemampuan dan pemikiran pelajarnya bertujuan untuk
memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai26. Al-Ghazali berkata,

“Kewajipan bagi seorang guru dalam proses mencegah pelajar-pelajar


berakhlak kurang baik adalah dengan cara memberi sindiran, yakni bikan dengan
cara terus terang, lakukan dengan kasih sayang dan bukan dengan memaki hamun”

Tugas-tugas guru yang disebut al-Ghazali juga merangkumi seorang pengajar tidak boleh
memperkecilkan bidang ilmu lain serta membanggakan bidang ilmunya, seorang guru
haruslah mengajar dengan jelas, seorang guru perlu mengamalkan apa yang diajar dan
terakhir seorang guru haruslah mengetahui tahap kemampuan akal pelajarnya27.

Al-Ghazali juga menyentuh tugas dan tanggungjawab bagi murid dalam menuntut ilmu.
Dalam kitab tulisannya Ihya’ ‘Ulumuddin dan karyanya yang lain ada menyentuh
mengenai tugas dan tanggungjawan pelajar dalam merealisasikan matlamat ilmu dan
pendidikan28. Tugas sebagai pelajar pula merangkumi iaitu belajar merupakan proses
jiwa, menjauhkan diri daripada persoalan duniawi, bersikap rendah diri dan

25
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 71

26
Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 124

27
Ibid. Hal 124-129

28
Ibid. Hal 101 - 109, Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 76 - 89, H.Abuddin Nata (2000), Opcit.
Hal 99
12
tawadhuk, mendahulukan pelajaran yang wajon, mendalami ilmu secara
berperingkat (mempelajari mudah kepada kompleks) dan memahami sesuatu
disiplin asas sebelum memahami disiplin lanjutan.

3.3 Kaedah P&P menurut al-Ghazali

Menurut Hasan Langgulung29, metodologi pengajaran pada asasnya melibatkan tiga perkara
pokok iaitu subjek yang dipelajari, orang yang mempelajari, dan orang yang mengajar.
Pendidikan menurut al-Ghazali adalah menuju ke arah mencapai keredhaan dunia dan akhirat.

Kaedah khusus menurut al-Ghazali dibahagikan kepada dua iaitu kaedah khusus
pendidikan agama dan kaedah khusus pendidikan akhlak30. Dalam metod khusus pendidikan
agama menurut al-Ghazali, bermula dengan hafalaz dan pemahaman, kemudian dilanjutkan
dengan keyakinan dan pembenaran, dan ditegakkan dengan dalil dan keterangan yang
menguatkan akidah.

Manakala kaedah kedua iaitu metod pendidikan Akhlak menurut al-Ghazali ialah suatu
sikap yang lahir daripada jiwanya lalu melahirkan pelbagai perbuatan tanpa ada pertimbangan
atau berfikir terlebih dahulu. Metod ini menekankan ke arah pebentukan akhlak mulia dengan
menjadikan al-Qur’an sebagai dasar.

Berbeza dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ghazai Darusalam 31,iaitu ada 5 metod
atau cara pengajaran yang dikemukan oleh al-Ghazali iaitu metod perbandingan, metod
halakah, metod tunjuk dan bimbingan, metod dialog dan perbincangan dan terakhir
metod keteladanan.

i. Metod perbandingan

Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam


kalangan cendekiawan tentang kebaikan dan keburukan akhlak merupakan salah satu metod
29
Hasan Langgulung (1991), Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: DBP

30
Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 97-104, Abdul Salam Yussof (2003), Opcit. Hal 131-142

31
Ghazali Darusalam (2001), Opcit. Hal 212-213
13
pengajaran yang sesuai. Dalam metod perbandingan bertujuan untuk menunjukkan kebenaran
fikiran, kebaikan dan keburukan sesuatu.

ii. Metod halakah

Metod halakah pula menekankan para pelajar dikehendaki mengelilingi gurunya dalam
setengah bulatan untuk mendengar syarahannya.

iii. Metod Petunjuk dan Bimbingan

Metod petunjuk dan bimbingan sentiasa membuat percubaan sebelum memberikan


pendapatnya. Contohnya, al-Ghazali cuba menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak
iaitu dimulai dengan menunjuk cara dan diikuti dengan menyakini dan menguatkan dengan
dalil-dalil, membaca ayat-ayat al-Qur’an dengan menerangkan kandungan serta maknanya.

iv. Metod Dialog dan perbincangan

Manakala metod dialog dan perbincangan merupakan kaedah pengajaran yang


berdasarkan kepada teknik perbualan atau perbincangan hasil daripada soal jawab sehinggalah
fakta itu tidak dapat dipertikaikan, dikritik atau dibantah kesahihannya.

v. Metod Keteladanan

Metod keteladanan melalui pendidikan agama dan moral bagi mempengaruhi


pemikiran, pembinaan budi pekerti dan menanam nilai-nilai murni di dalam jiwa pelajar.

Secara kesimpulannya, metod yang diketengahkan oleh al-Ghazali mengarah kepada


pembentukan akhlak mulia dan bertujuan untuk membina kesempurnaan insan yang
bermunajat kepada Allah serta memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.

14
4.0 Kesimpulan

Secara rumusannya, al-Ghazali mempunyai pandangan yang luas terhadap aspek ilmu jika
dibandingkan dengan tamadun moden Barat yang banyak menumpukan kepada aspek
kebendaan semata-mata secara keseluruhannya. Sejarah kehidupan al-Ghazali yang berpindah
dari satu tempat belajar dan mengajar di tempat lain memberi pengalaman yang pelbagai
kepada beliau dalam proses penyebaran ilmu. Beberapa konsep ilmu dan pendekatan
dikemukakan untuk dijadikan rujukan kepada para ilmuwan.
Beliau menyarankan supaya diwujudkan proses dua hala dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu di pihak guru dan murid. Beberapa prinsip moral, metodologi dan disiplin
telah digariskan. Guru amat berfungsi dalam membentuk keperibadian murid agar menjadi
insan yang soleh di dunia dan akhirat, sebagai model utama murid dan diamanahkan sebagai
pembimbing remaja masa hadapan.
Proses pengajaran seseorang guru hendaklah berperingkat-peringkat mengikut
keupayaan dan kesediaan murid. Pendidikan Akhlak amat dititikberatkan sejak kecil lagi
melalui kaedah kebiasaan yang positif dan latihan yang berterusan selaran dengan tuntutan
wahyu.

15
Dalam menerapkan metod bimbingan, beliau menyarankan agar tujuan utama
penggunaan ilmu diselaraskan dengan tingkat usia, tingkat kecerdasan, bakat dan pembawaan
anak serta mempunyai hubungan dengan nilai manfaat. Kaedah pendidikan al-Ghazali
cenderung ke arah prinsip sufi (penyucian jiwa) dan pragmatik. Al-Ghazali menekankan
tujuan pendidikan adalah mendekatkan diri kepada Allah sebagai benteng jiwa yang bersih.
Al-Ghazali juga menempatkan pendidikan sebagai tokoh teladan bagi murid dan
membiasakan murid-murid untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki bagi kepentingan diri
sendiri dan masyarakat.

Bibliografi

Abdul Salam Yussof (2003), Imam al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan
Publication&Distributors Sdn Bhd.

Abidin Ibnu Rusn (1998), Opcit. Hal 10, al-Ghazali (1997), Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin. (terj.)
Irwan Kurniawan. Bandung: Anggota IKAPI. Hal 9, H.Abuddin Nata (2000),
Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam: Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam.
Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Abidin Ibnu Rusn (1998), Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan. (Terj.) H.Ahmad
Ludjito. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Ariffin Nordin dan Noor Aini Bt Dan (1992), Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur:
Arena Ilmu.

Dipetik daripada laman sesawang, Wikipedia al-Ghazali di


http://wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali pada 15 Mac 2011

Ghazali Darusalam (2001), Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Hasan Langgulung (1991), Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: DBP


16
Hamid Fahmy Zarkasyi (1990), Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan. Kuala Lumpur:
DBP

Mohd Ahmad al-Rashid (1990), Kurikulum dan Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: DBP.

17

You might also like