You are on page 1of 2

TAJUK : REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

TEMPAT : BILIK MIKRO IPG KDRI

TARIKH : 24. FEBRUARI 2011

Pengajaran mikro adalah latihan mengajar yang dilaksanakan oleh guru pelatih
sebelum menempuh pengajaran yang sebenar disekolah samada semasa berpraktikum
ataupun semasa ditugaskan disesebuah sekolah sebagai seorang guru. Latihan
mengajar ini bermaksud, guru pelatih akan mengajar ahli kelas sendiri yang diibaratkan
seperti murid-murid sekolah rendah. Tetapi pengajaran mikro bukanlah reality sebenar
pengajaran seorang guru kerana ianya hanyalah sekadar simulasi dan lakonan semata-
mata untuk melihat bagaimana pelaksanaan sesebuah kelas atau pengajaran itu
berlangsung.

Sebelum melaksanakan pengajaran mikro, guru pelatih akan bersedia dengan


rancangan pengajaran yang dilakukan untuk diajar semasa pengajaran mikro.
Rancangan pengajaran ini adalah rancangan untuk mengajar seperti pendahuluan, set
induksi, langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan penutup. Aspek-aspek ini
adalah rancangan kepada keseluruhan pengajaran yang akan dilakukan. Pendahuluan
adalah langkah pertama semasa guru memasuki kelas, set induksi adalah proses
memperkenalkan tajuk pengajaran, langkah seterusnya adalah isi pelajaran dan
penutup adalah proses merumuskan pengajaran yang diajar pada hari tersebut.

Mikro teaching memberikan pengalaman yang bermakna dan pengisian ilmu


yang tidak ternilai. Melalui pengajaran mikro, guru pelatih belajar bagaimana perjalanan
sesebuah pengajaran akan berlaku dari segi susunan langkah dan sebagainya. Selain
belajar mengenai susunan langkah didalam pengajaran, pelatih guru juga belajar
bagaimana sesuatu langkah itu perlu dilaksanakan. Contoh langkah pengajaran yang
penting adalah set induksi.

Set induksi berfungsi untuk memperkenalkan sesebuah tajuk kepada murid.


Melalui pengajaran mikro, pelatih belajar bagaimana untuk melaksanakan langkah set
induksi semasa kelas berlangsung. Pelaksanaan ini bermaksud, apakah soalan yang
sesuai untuk sesebuah set induksi, bagaimanakah sesebuah perkaitan boleh
diwujudkan supaya set induksi sampai kepada maksud yang sebenar. Jika perkaitan
yang dilakukan oleh guru semasa set induksi tidak tepat dan tidak sampai kepada
maksud yang diinginkan, murid-murid akan tertanya-tanya dan set induksi tersebut tidak
akan Berjaya menarik perhatian murid.
Selain daripada set induksi, pelatih juga akan mempelajari mengenai pemilihan
aktiviti yang sesuai untuk digunakan di dalam satu-satu isi pelajaran. Pemilihan kaedah
yang sesuai juga tidak akan sempurna jika perjalanan pelaksanaan kaedah tersebut
tidak sempurna dan tidak selicin yang disangkakan. Oleh itu, guru pelatih akan berlatih
untuk menguasai bagaimana untuk melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran. Antara
kaedah pengajaran yang sering digunakan didalam kelas adalah kaedah permainan
berkumpulan, soal jawab, sumbang saran dan sebagainya. Guru-guru perlu
memastikan murid-murid berada didalam keadaan terkawal supaya aktiviti berjalan
dengan lancar.

Langkah-langkah semasa melaksanakan pengajaran juga adalah amat penting


supaya hasil pengajaran yang dirancang dapat dicapai oleh murid-murid secara
maksima. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang
dirancang akan tergendala. Gangguan yang dimaksudkan adalah gangguan samada
dari dalam kelas itu sendiri atau gangguan dari luar kelas. Gangguan dari dalam kelas
adalah seperti murid bising, murid tidak mengambil perhatian, guru tertingal langkah
yang sepatutnya dijalankan dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu dibiasakan dengan
kaedah-kaedah yang pelbagai semasa penyampaian isi pelajaran.

Selepas melakukan pengajaran mikro, guru pelatih perlu melakukan refleksi dan
penilaian terhadap pengajaran yang dijalankan. Pelatih perlu menentukan apakah
kelemahan dan apakah kekuatan yang dapat diambilkira semasa melaksanakan
pengajaran. Selain daripada itu, pelatih juga perlu mencadangkan tindakan susulan
kepada kelemahan yang berlaku semasa aktiviti pengajaran mikro yang dilakukan.
Refleksi ini juga penting kerana melalui refleksi, pelatih dapat melakukan perubahan
samada yang drastik atau secara perlahan-lahan terhadap cara pengajarannya.
Perkara yang baik dijadikan ikutan, perkara yang kurang baik diperbaiki oleh guru
pelatih.

Sebagai kesimpulannya, pengajaran mikro amatlah berkesan dalam melatih guru


pelatih untuk mengenali proses pengajaran yang dilakukan oleh guru didalam kelas
semasa situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran. Ternyata situasi sebenar adalah
lebih sukar kerana mengawal murid-murid sekolah rendah adalah lebih sukar daripada
mengawal rakan-rakan yang berlakon sebagai murid sekolah. Murid-murid sekolah
rendah mempunyai kerenah yang pelbagai dan personality yang berbeza. Guru
memerlukan masa yang panjang untuk mengenali setiap murid didalam kelas.

You might also like