You are on page 1of 12

Faedah

Kokurikulum
Kertas Satu
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   
Ahad, 15 November 2009 07:19

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan
kokurikulum.                     

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada
masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah.  Sebagai
contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.                       

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai
jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli
jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-
kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan
belajar menjadi pemimpin.                           

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin
sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai
contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita
akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh
disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.                       

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh
menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam
pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga
kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita
akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.            

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada
banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.            
Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat
banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang
menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak
mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka
pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid
mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata Tok
Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan…
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan
Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya,
Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian.
Assalamualaikum wrth
Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi dengan
laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Al-
Haj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu
ketika itu. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian
Malaysia Selepas Kemerdekaan. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan
pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau pencapaian
mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya, definisi pidato
saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun
1957.
Sidang Pendengar Yang Setia,
Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun yang
lalu “ adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang
diperkenalkan sekitar atahun 80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan
dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara.
Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysiatelah mengalami
transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu
bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian. Misalnya, saya bawakan
perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10.2
bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan ini
menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.
Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin baik
“. Justeru, dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah
merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Justeru,
pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi kaum
dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep sekolah integrasi dan dasar pembawakan
pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat majmuk dalam Negara pada
hari ini. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap desa dan orang India pula sudah
keluar daripada kepompong estet dan ladang.
Sidang Dewan Yang budiman
Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding 50
tahun yang lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara
Malaysia pada hari ini. Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada hari
ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysiahingga mampu mengharumkan
nama Negara dalam bidang pendidikan. Contohnya kejayaan Saudara Najmil Faiz Mohamed
Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology diUniversiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini
mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara
menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005.
Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari dan
mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar Mansur,
pelayar solo mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan nama
rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor Syeikh,
selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah
mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa. Semua ini adalah menunujukkan
bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana.
Sidang audian yang dirahmati Allah
Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sirnanya budaya dan tatasusila timur
rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-anak
muda, runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi kekeluargaan
adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara. Dalam pidato saya pada hari ini,
suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak berkuasa untuk
memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu masa nanti dengan
baik.
Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan,
Sosial dan kemampuan rakyat. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah
kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya tatasusila
budaya timur hari ini.
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum


Pendahuluan.

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum semakin merosot. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk memastikan aktiviti kokurikulum kembali aktif. Sesungguhnya
aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kepentingan.

Isi
1. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid.
- mematuhi etika berpakaian.
- mematuhi masa.
- mengikuti peraturan yang ditetapkan.
2. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepemimpinan.
- murid berpeluang menjadi pemimpin dalam organisasi.
- melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa.
- setiap murid berpeluang untuk memupuk bakat.
3. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan.
- Aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.
- Murid sentiasa aktif dan tidak diganggu penyakit.
- Badan yang sihat memungkinkan pembelajaran yang berkesan.
4. Aktiviti kokurikulum menghindarkan murid daripada terlibat dalam gejala sosial.
- Murid tidak membuang masa tanpa tujuan.
- Murid tidak melepak dan terlibat dengan aktiviti bercorak negatif.
5. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan.
- menggalakkan interaksi.
- mengenali dan menghormati antara satu sama lain.
- proses integrasi dalam kalangan murid.
Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum memang banyak kebaikan. Semua pihak mestilah berganding
bahu untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut.

Kokurikulum pelengkap akademik


Keseimbangan dalam sistem pendidikan mampu lahirkan insan
cemerlang
 
SEKIRANYA kita percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan
seimbang, paradigma yang sepatutnya digunakan ialah memberikan penekanan
seimbang terhadap kedua-dua komponen-akademik dan kokurikulum-dalam sistem
pendidikan kita hari ini.

Keseimbangan ini tidak semestinya sama dari segi masa, tenaga dan dana
diperuntukkan. Jika kita mempunyai alasan kukuh untuk membahagikan masa,
tenaga dan dana yang lebih kepada akademik, maka, ia adalah wajar. 

Maksud seimbang di sini ialah kedua-dua komponen itu perlu diberikan perhatian
sewajarnya, yang bersesuaian dengan kepentingannya dan tidak ada komponen
dipinggirkan. Malangnya, sistem pendidikan kita terlalu menekankan akademik
malah kita terlalu berorientasi peperiksaan.

Justeru, apabila pada Januari lalu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein mengumumkan langkah mengkaji semula sistem peperiksaan hari ini bagi
mengurangkan sistem pendidikan daripada terlalu berorientasi peperiksaan, maka
kita berasa lega.

Namun, masih ada tanda tanya. Tidak terlalu berorientasi peperiksaan tidak secara
automatis bermakna tidak hanya menekankan akademik semata-mata. Orientasi
peperiksaan mungkin dikurangkan. Tetapi, sekiranya perhatian terhadap kokurikulum
masih juga kurang, maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan itu masih juga
tidak dipenuhi.

Pada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi Julai 2006/2007 lalu,
buat pertama kali Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kira markah kokurikulum
sebagai 10 peratus daripada keseluruhan markah yang dimiliki calon. Langkah ini
baik dan dialu-alukan. Tetapi, ia dibuat dengan kaedah pengiraan mereka sendiri,
dan dengan tiba-tiba – tanpa perancangan bersama warga sekolah menengah –
maka ia menimbulkan kekeliruan.

Isnin lalu, Hishammuddin mengumumkan mulai tahun depan, kementeriannya akan


mula menilai dan memberi markah kepada kegiatan kokurikulum di sekolah rendah
dan menengah. Pembabit\tan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian
seragam atau kelab/persatuan akan diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah,
daerah, negeri, negara), jawatan (presiden, setiausaha, bendahari, jawatankuasa)
dan tempoh masa penglibatan dan kehadiran. 

Markah kokurikulum dicatatkan pada sijil peperiksaan, misalnya SPM, iaitu sama
seperti kelulusan ujian lisan dicatatkan. Jika diteliti Panduan Penilaian Aktiviti
Kokurikulum yang akan digunakan, jelas bahawa untuk pertama kali dalam sejarah
pendidikan kita, satu skim kokurikulum yang komprehensif diwujudkan.

Lebih 90 peratus warga sekolah diberi taklimat mengenai panduan penilaian itu.
Perincian mengenainya akan diumumkan selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Mustapa Mohamed bersetuju dengan panduan penilaian itu.

Seperti tahun lalu, markah kokurikulum 10 peratus diambil kira bagi kemasukan ke
IPTA mulai sesi 2007/2008. Bezanya kali ini, ia dilaksanakan dengan lebih
sistematik.

Sebenarnya, pengumuman terbaru Menteri Pelajaran itu adalah satu mercu tanda
amat signifikan. Dengan mengambil kira pelbagai aspek tidak dibicarakan dalam
tulisan ini, misalnya aspek spiritual, ini bermakna sistem pendidikan di sekolah akan
menggunakan nisbah 90:10, iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum.
Ia bermakna kokurikulum mula mendapat tempat lebih wajar. Ia juga bermakna
sebahagian daripada persoalan kesepaduan dan kesimbangan itu mula kelihatan
penyelesaiannya.

Bagaimanapun, nilai 10 peratus bagi kokurikulum adalah masih rendah dan


peruntukan lebih wajar ialah 25 peratus.

Dalam konteks syarat kemasukan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof.
Datuk Dzulkifli Abd Razak menyatakan bahawa universiti ternama di luar negara
memberikan pemberatan lebih besar terhadap kokurikulum dan cirii disebut Profesor
Universiti Harvard, Henry Rosovsky (1990) dalam bukunya The University: An
Owner’s Manual sebagai subjektif, qualitatif dan tak-kuantitatif.

Menurut Richard Bradley (2005) dalam bukunya Harvard Rules untuk memasuki


Universiti Harvard, iaitu universiti terbaik di dunia, kelulusan akademik sahaja tidak
memadai. Calon juga perlu mempunyai ciri seperti ahli muzik, saintis, usahawan, ahli
sukan dan sebagainya – yang bertaraf dunia.

Berbalik kepada nisbah 90:10 tadi, persoalannya, bagaimana dengan sistem


pendidikan di IPTA? Adakah nisbah 90:10 ini hanya digunakan untuk syarat
kemasukan sahaja? Atau, adakah seluruh sistem pendidikan IPTA akan juga
menggunakan nisbah sama, sehingga apabila mahasiswa menerima ijazah atau
diplomanya, maka manuskripnya akan menunjukkan markah pada nisbah itu?

Bagaimana pula halnya dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)? Sekiranya
nisbah 90:10 ini hanya digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA sahaja, maka
calon yang kurang markah kokurikulumnya akan bertumpu ke IPTS. 

Kita tidak mahu kokurikulum hanya digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan
ke IPT semata-mata; atau, dalam konteks mahasiswa, hanya memenuhi syarat
mendapatkan pekerjaan semata-mata. Jika ini paradigmanya, maka persoalan insan
yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab.

Ada yang menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagal dalam akademik
akibat kokurikulum. Premis ini tidak betul. Memang ada yang gagal akademik, tetapi
bukan akibat kokurikulum. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan
sebagainya, yang langsung tiada kaitannya dengan kokurikulum. Maknanya, kalau ia
tidak terbabit dengan kokurikulum sekalipun, ia akan gagal juga.

Sekiranya ada yang gagal akademik kerana terlalu banyak menghabiskan masa
dalam kokurikulum, maka ini bukan masalah kokurikulum. Ia masalah pengurusan
masa. Janganlah kokurikulum pula dipersalahkan.

Sekiranya ada yang gagal akademik walaupun masa digunakan untuk akademik dan
kokurikulum adalah seimbang, maka, seperti dinyatakan seorang lagi Profesor
Universiti Harvard, Harry R. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without A Soul,
kajian membuktikan bahawa penglibatan dalam kokurikulum yang seimbang tidak
menggugat prestasi akademik.

Masalah kita ialah apabila pelajar merosot akademiknya, fokus kita ialah
kokurikulum. Sepatutnya, fokus kita ialah kualiti akademik ditawarkan kepadanya.
Jika masalah pelajar itu ialah akademiknya, maka perbaikilah akademiknya,
bukannya menyekat kokurikulumnya. Menyekat pelajar terhadap kokurikulum
diminatinya bukanlah caranya untuk meningkatkan minatnya terhadap akademiknya.

Kokurikulum mesti dilihat dengan paradigma bahawa ia mempunyai kepentingan


seimbang dengan akademik. Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap kepada
akademik. dan sebagai sebahagian daripada cara hidup.

Justeru, kokurikulum mesti diberikan ruang lebih luas dari sekolah rendah hinggalah
ke universiti.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat
sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara


Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu
kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin
sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang
bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan
Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan
“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai
dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan
meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan
dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan
bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di
negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk
menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan
bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar
bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa
mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih
relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,


Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran
kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk
kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak
sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam
diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan
tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang
betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah
menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan
juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua
franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada
kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil,
seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga
dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan
media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam
perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan
kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam
kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai
contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah
dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk
menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan
bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk
memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota
masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang
berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang
demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan
dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat
di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin
meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan
bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan
seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”
dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain,
kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta
yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan
rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung,
pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang
yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini
dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam
Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963
Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP
untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti
pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan
surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang
serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa
tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya
didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu
akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan
pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu
memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa
atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak
penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil
tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai
contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa
untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak
mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan
pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh
parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai
pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi
peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah
tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak
mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam
urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa


usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat
dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding
bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa
mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan,
ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi
bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi,
marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan
martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf
sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang
sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

You might also like