You are on page 1of 9

MAKSUD

PERKEMBANGA
N
Perkembangan(development) adalah satu proses
atau tahap pertumbuhan ke arah yang lebih maju.
Perkembangan itu adalah kemunculan ataupun
kematangan pola-pola dasar tingkah laku yang bukan
hasil belajar.
Perkembangan adalah rentetan perubahan jasmani
dan rohani manusia menuju ke arah yang lebih maju
dan sempurna.
Ramai teoris meninjau perkembangan sebagai sesuatu
sistem yang dinamik dan boleh digunakan untuk
menghuraikan perkembangan kanak-kanak di bawah
aspek fizikal, kognitif, dan sosio-emosi yang berubah-
ubah.
Atan Long(1980)
 Perkembangan pada manusia ialah perubahan
yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak
dapat diukur , tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.
Paul Eggan dan Don Kauchak
- Perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada
pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
Slavin (1997)
 Perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa
dan bagaimana individu berkembang dan membesar,
menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa. Beliau berpendapat,
individu mengalami perkembangan sepanjang hayat.
Iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti,
sosio- emosional dan kognitif serta bahasa.
Crow dan Crow
- Perkembangan perubahan secara ‘kualitatif’ serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
pemikiran , rohani, moral dan sosial.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-

perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal,


kognitif, sosial, emosi dan moral.
 Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur

dan progresif dalam arah tertentu.

Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula


mengenal objek, memberi nama kepada objek,
mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan
objek.
Perubahan tersebut berterusan sepanjang hayat

melalui peringkat kematangan tertentu di mana


perubahan tersebut ditentukan oleh genetik.
 Perkembangan adalah dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran hasil daripada kematangan dan


pembelajaran.
KESIMPULAN
Perkembangan ialah aspek perubahan yang
dialami individu yang bersifat kualitif, tidak dapat
diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui
peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel sehingga
akhir hayat organisma.
TERIMA KASIH……
V.PIRIYANGA
A.PRITA SRI
M.SELLAKKILI
R.SUBHASHNI

You might also like