You are on page 1of 4

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. JOSEPH


Peti Surat 185, 89608 Papar,
Josephians
Sabah, Malaysia. Stars of the
No. Tel: 088-913589 No. Faks: 088-911461 future
http://www.sabah.edu.my/smkstjos/ Rise and shine

KERTAS KERJA KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2011

NAMA PROGRAM
Kursus asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2011

PENGENALAN
Program PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) ini mula diperkenalkan di sekolah -
sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986 melalui projek perintis yang
dikendalikan oleh Zuraidah Abdul Rahman dan mendapat perhatian dan sokongan
oleh pihak Jabatan Pendidikan Malaysia. Zuraidah ,1988 mendefinisikan Pembimbing
Rakan Sebaya sebagai pelajar yang telah dilatih dalam kemahiran komunikasi dan
kemahiran asas kaunseling. Mereka berfungsi sebagai rakan yang berkesan, terutama
kepada rakan yang memerlukan pertolongan. Mereka tidak memberi nasihat atau
menyelesaikan masalah tetapi mereka menjadi pendengar yang empati dan berminat
untuk membantu.

Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya
untuk mendapat panduan hidup ke arah yang diingini. Daripada kajian-kajian yang
dijalankan, membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap remaja.

Oleh itu pelbagai usaha dijalankan supaya pengaruh negatif tidak menular, sebaliknya
memupuk sikap positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat
agar mereka menjadi insan yang matang, penyayang dan bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu, kursus pembimbing rakan sebaya diperingkat sekolah
diadakan untuk melatih pelajar dengan kemahiran asas kaunseling agar mereka dapat
membantu rakan dengan efektif bersesuaian dengan falsafah program pembimbing
rakan sebaya”Membantu Diri Untuk Membantu Rakan”.

JUSTIFIKASI/ KEPENTINGAN PROGRAM


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memerlukan khidmat pelajar sebagai
khidmat sokongan yang penting di sekolah. Oleh sebab pelajar lebih mudah diterima
dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah
didampingi.

Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk
melengkapkan pengetahuan pelajar membantu rakan, mereka perlu dilatih supaya
khidmat mereka lebih berkesan. Oleh itu kursus pembimbing rakan sebaya peringkat
sekolah diadakan untuk memenuhi tuntutan ini.

OBJEKTIF UMUM

1
1. Untuk membina keyakinan diri pelajar dan menggalakkan mereka mempraktik
nilai yang sihat berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
2. Untuk membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar
dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakan di sekolah.
3. Untuk membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah seperti masalah
ponteng, melanggar peraturan, merosakkan harta sekolah dan meningkatkkan
tingkahlaku yang menggalakan pembelajaran.

OBJEKTIF PROGRAM PRS DI SEKOLAH


1. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan
dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
2. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar
yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.Untuk membolehkan pelajar
terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan
perkembangan diri dan kemahiran memberikan pertolongan.
3. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan
menyekat masalah disiplin diri dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya
yang positif.
4. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat
melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.

TEMA
”Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”

SASARAN PESERTA
40 orang PRS baru dan 25 orang ahli PRS untuk menjadi Ko-Fasilitator

TARIKH
05 Mac 2011 (Sabtu)

TEMPAT
SMK St Joseph, Papar

ANJURAN
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK St. Joseph

ANGGARAN PERBELANJAAN/ KOS


Bil Butir-butir Kuantiti Jumlah
1 Peralatan alat tulis (Hadiah Aktiviti) 3 RM 40.50

2 Makanan & Minuman 70 x Rm5.00 RM350.00


3 Elaun penceramah RM100.00

Jumlah RM4950.50

SUMBER KEWANGAN
1. Peruntukan UBK

2
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Gerturude Jock (Pengetua)
Pengerusi : Dr. Hj. Pg Abu Bakrin Hj. Pg. Omar (PK Hem)
Tim. Pengerusi 1 : Pn Jenith Mahibol (PK 1)
Tim. Pengerusi 2 : En Ahmezul Ahmad (PK Petang)
Setiausaha : Pn Siti Salehah bt Shafii
Tim.S/Usaha : Pn Verina Dulinah Dayah

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengurus Makan/ Minum : Pn Verina D Dayah
: Pengerusi PRS dan Ahli-ahli PRS
Pengurus Keselamatan : En. Joseph Anjuman
/Disiplin :
Pengurus Pendaftaran : Ahli PRS
Juruacara : Pn. Siti Salehah bt Shafii
: Ahli PRS
Pengurus Hadiah dan Sijil : Pn. Verina D Dayah
Dan Ahli PRS
Pengurus Pa/System : En. Aldrian Philip
Ahli PRS
Siaraya/Publisiti : Ahli PRS

JADUAL TENTATIF PROGRAM


05 Mac 2011 (Sabtu)

Masa Program/Aktiviti Tindakan


07.30am Berkumpul di Dewan Terbuka Pn. Verina / Pn Salehah
08.15am Ketibaan penceramah Pn Verina
08.30 am Ceramah ”Apa itu PRS” Pn Elni Maryani
09.30am ”Kemahiran Asas Kaunseling” Pn Elni Maryani
10.30 am Rehat
11.00am ”ice- Breaking ” Pn Salehah / PRS
01.00pm Bersurai

Di sediakan oleh,

3
....................................................................
(PN SITI SALEHAH BT SHAFII)
Guru Penasihat PRS 2011

Disemak oleh,

………………………………………………..
(DR. HJ. PG. ABU BAKRIN B. HJ. PG. OMAR)
PK HEM
SMK St.Joseph

Disahkan Oleh

………………………………
(GERTURUDE JOCK)
Pengetua,
SMK. St. Joseph

You might also like