You are on page 1of 36

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

KONSEP
Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,
menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami
tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali


“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan
mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana .
Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai


kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh
dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas
memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu
mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat
mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.


ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.

Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.


2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN


KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba
sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-
kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan
ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah
mereka.

2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak
yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan


memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran
asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “
guru
pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-


bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid


yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat
dan
latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu


demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih
dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama


ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas
sekiranya keadaan memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai


kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang
murid.
3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui
prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah
mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.


3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.


3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta


menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana


keadaan memerlukan.

3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid


pemulihan di sekolah.
BAHASA MELAYU
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

PERKEMBANGAN BAHASA

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau


perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa
kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1. DEFINISI BAHASA:

Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk


memenuhi keinginan dan hajat.

1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang
lain.

1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.

1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

a. Kemahiran Lisan

b. Kemahiran Bacaan

c. Kemahiran Tulisan

d. Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

1.1 PENGENALAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat
dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-
kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba
meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-
faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan
pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan
mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.


- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu
kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-
kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul.
Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek
yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan
kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3: KEPENTINGAN LISAN

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang


tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar
kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula


mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap
dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan


pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika
seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak
dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.
Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah
dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara
lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal


persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan
dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini
memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta


melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.


- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa
rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-
murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya
dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN

1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-
murid.

1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.


1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan
khusus murid-murid.

1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui


susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian :

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.

1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.

1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai


perkara-perkara tertentu.

1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan


mereka sendiri.

1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah


pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.


o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.

1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.

1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
2. KEMAHIRAN BACAAN

2.1 DEFINISI MEMBACA

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga
merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan
memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis
kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan
makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang


tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

KESIMPULANNYA:

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,


memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-
makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

2.2 PROSES BACAAN

2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)


a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.


b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan

2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

2.3. KESEDIAAN MEMBACA


Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah
satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia
juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan
ditunggu-tunggu.

2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan
membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN


Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan


dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap
dan lain-lain.

2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.

2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.


- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.


- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.


- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.


- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.


- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian
3 KEMAHIRAN TULISAN

3.1. DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

3.2. PERANAN TULISAN

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,


perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa


dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat


kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis
dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak


lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh
insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

3.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke


peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat


ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.

3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan
dengan
perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat


ermulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan


sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak


iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

4. EJAAN

4.1. DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk


melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak
mahir
mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui
kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah
dalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu


perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )


Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

- Mendiskriminasi perkataan.

- Melengkapkan atau menambah perkataan.

- Membina perkataan di dalam perkataan.

- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

- Permainan teka teki.

- Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN


2. MENGENAL PASTI MASALAH
3. STRATEGI PENGAJARAN
4. PELAKSANAAN
5. PENILAIAN
1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)


1.2 Berdasarkan PKBS, atau
1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau
1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

2. MENGENAL PASTI MASALAH

2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:


· Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau
pertuturan.
· Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang
berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
· Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan
serta latihan-latihan yang berkaitan.

2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:


2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat
dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan
JPK, KPM)
2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN
BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid
untuk menjawab.
2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid
menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh
menjawab secara individu atau kumpulan kecil.
2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan
teruskan ujian.

2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1 Masalah sosial seperti:
· Selalu tidak hadir ke sekolah
· Tiada galakan keluarga
· Kemiskinan
· Takut
· Malu
· Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau
lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. STRATEGI PENGAJARAN

3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan
murid dan merekodkannya.
3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.
Pemulihan Membaca.

Pengenalan

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk


penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.
Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:
a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan
berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.
b) Faktor yang ada pada bahan bacaan.
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan
kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan
organisasi bahan grafik.

Aktiviti Pemulihan Bacaan.


1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti:
Bibir•
Gigi•
Gusi•
Lelangit keras•
Lelangit• lembut
Anak tekak•
Lidah•
Rongga tekak•
Rongga mulut•
4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan

4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah


ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti
pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan
ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah
diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini.
Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya
membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan
membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran
benar-benar sesuai untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan
mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam
darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada
kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan
keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan
membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan
rancangan pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama
sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan
pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah
ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan
diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis
kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang
membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada
guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi
kelemahan murid tersebut.

4.2 Pemulihan membaca

4.2.1 Saringan dan diagnosis.


Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis
untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah
seperti berikut :
1. memerhatikan murid yang sedang membaca.
2. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru.
3. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan.
4. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca.
5. memberi ujian tara.
6. memberi ujian yang direka oleh guru.
7. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan).
Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan
dan menentukan kelemahan membaca.

1. Memerhatikan murid yang sedang membaca.


Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan
memerhatikan murid yang membuat perkara berikut :
a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar
muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya.
b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu.
c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu
barisan.
d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca.
e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika
membaca.
Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang
sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun
demikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guru
untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan
membaca.

2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca.


Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca
kepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru
untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan
matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat
membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca.
Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

Nama murid : ……………………. Tarikh : ………………………..

1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?


2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku?
3. Apakah jenis buku yang anda suka baca?
Riwayat hidup
Pengembaraan
Cerita binatang
Dongeng
Berita
4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan
tandakan buku yang anda suka.
5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca?
6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa?
7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka?
8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan


Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki
mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut.
Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan
berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat
untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut
benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya.
Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid
tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan
sejarah mungkin didapati lebih senang.

4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca.


Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari
kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti
berikut :
a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di
satu barisan tulisan.
b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang
sedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat.
Contohnya seorang murid darjah dua di Amerika Syarikat didapati telah
membuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan (20
perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa di
Gred 8 di Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentian
untuk membaca jumlah perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah dua
tadi membuat 50 pematahan balik untuk 100 perkataan (5 pematahan balik
untuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17 pematahan
balik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua.

10 perkataan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
llllllllll
= 10 perhentian
= 15 pematahan balik

= 10 perhentian
llllllllll
jumlah : 20 perhentian

5 pematahan balik

Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk
beberapa proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran
pemulihan dalam bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaran
pemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata semata-mata. Rancangan
pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu.
Rekod pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan dan
menentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dan
cara mengesan yang lain.
Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang
paling mudah dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa.
Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman buku, dan murid disuruh membaca
halaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira perhentian dan
pematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untuk
memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balik
dikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadi
mudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah
purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasa
dari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untuk
panduan kasar semata-mata, kerana data tempatan tidak diperolehi.

Purata pergerakan mata untuk murid-murid dari berbagai-bagai darjah.

Perhentian untuk 100 perkataan 1


250 2
200 3
175 4
140 5
125 6
120 7
115 Menengah atas 93 Maktab 80
Pematahan balik untuk 100 perkataan

60

50

40

30

25

23

21

17

10
5. Memberi ujian tara

Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca
seorang murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat
berpandukan data murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji
pembacaan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, berikut diturunkan di antara
ujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk pengetahuan dan makluman
sahaja.
a. “Gates Primary Reading Test” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred
1,2, dan 3. Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit.
b. “Gates Reading Survey for grades 3 to 10” : Ujian ini menguji empat aspek
pembacaan iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan
ketepatan.
c. “Iowa Silent Reading Test” : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga
8.
d. “SRA Reading Record” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8
hingga 13. Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan,
kefahaman, maksud perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf,
membaca iklan, penggunaan indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat,
dan perbendaharaan kata am.

6. Memberi ujian yang direka oleh guru


Berbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalangan
murid dapat dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah.
Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan.
Semua murid dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks
mereka yang belum dibaca mereka lagi. Semua murid disuruh mula membaca
pada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10
atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruh
menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibaca
dan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua
murid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid faham
bahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkara
yang dibaca. Bahan-bahan lain, selain dari buku teks seperti majalah, surat
khabar, novel, atau bahan bacaan yang sesuai boleh digunakan. Sebaik-baiknya,
semua murid harus membaca bahan yang sama. Untuk menguji kefahaman
sahaja, amatlah baik jika masa yang digunakan oleh murid tidak dihadkan,
kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid benar-benar faham
bahan yang dibacanya. Jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji
kefahaman adalah seperti berikut :
a. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta semata-mata.
b. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta yang dimaksudkan, atau
tidak begiti nyata dalam bacaan.
c. Soalan yang menguji sama ada murid dapat mengumpulkan maklumat penting
dalam sesuatu perenggan.
d. Soalan yang menilai kebolehan membaca dan memahami soalan.
e. Soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai makna perkataan.
Dari ujian-ujian ini, guru bilik darjah dapat membuat skel norma atau purata
bagi pembacaan untuk darjahnya atau untuk sekolahnya.

7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan)


Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan
menentukan kelemahan membaca, guru harus memilih murid yang memerlukan
pengajaran pemulihan. Walaupun demikian, perlu ditegaskan di sini bahawa
semua murid perlu memperbaiki teknik membacanya, tidak kira sama ada murid
tersebut perlu pengajaran pemulihan, atau tidak. Murid-murid yang
berkebolehan biasa dan berkebolehan lebih tinggi dalam bilik darjahnya harus
diberi pengajaran biasa. Untuk murid yang jauh ketinggalan dan tiada harapan
untuk mengejar kemajuan rakannya dalam darjah yang sama. Mereka ini harus
diberi pengajaran asing atau mereka harus disatukan dengan murid yang sama
kebolehan untuk diberi pengajaran pemulihan. Perkara ini harus dimulakan pada
awal tahun supaya masa tidak terbuang, dan pengajaran pemulihan dapat
dimulakan awal-awal lagi.

4.3 Kaedah pengajaran pemulihan membaca dan penilaiannya.

4.3.1 Teknik am
Pengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harus
dilaksanakan berdasarkan maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatan
fizikal yang menyebabkan kelemahan itu ( masalah penglihatan, pendengaran,
kekurangan makanan, atau zat makanan, atau penyakit teruk) maka masalah ini
harus dirujuk kepada pihak berkenaan (klinik atau hospital). Kira-kira 95 %
masalah penglihatan dapat diatasi dengan penggunaan kaca mata. Walau
bagaimanapun, kerja pengajaran pemulihan harus jangan dimulakan kiranya
masalah fizikal murid yang sepatutnya dapat dirawati, masih belum diberi
pertolongan.
Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlah
lembab dari segi kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahan
dengan menggunakan contoh dan unit-unit konkrit dalam usaha membina
perbendaharaan kata mereka. Oleh kerana murid lembab ini biasanya tidak suka
membaca, kerana terpaksa membaca bahan bacaan yang terlalu susah untuknya,
maka berikut dikemukakan langkah-langkah untuk panduan guru bagi mengatasi
masalah ini.
a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, dan
maklumat-maklumat seronok yang terkandung di dalamnya.
b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta
ringkasan buku tersebut.
c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya.
Cerita pendek, dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kata
terhad amatlah sesuai untuk murid ini.
d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan.
Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yang
bijaksana mungkin dapat menemui ibu bapa murid tersebut untuk
mengurangkan masalah ini jika masalah tersebut dapat dikawal.
Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harus
dipertimbangkan dan digunakan untuk merancang sesuatu rancangan
pemulihan. Setip murid yang lemah amatlah berbeza jika dibandingkan dengan
murid lemah yang lain. Rancangan pemulihan dan seterusnya teknik mengajar
haruslah berpandukan maklumat setiap murid dalam rancangan tersebut. Walau
bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh digunakan.
a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuat
oleh guru ialah menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebih
daripada kebolehannya yang sebenar. Bahan yang baru dan lebih tinggi tidak
dapat dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.
b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harus
ditunjukkan kepada murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-
rekod lain. Ini akan menggalakkan murid tersebut berusaha lagi.
c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan mirip
kepada keadaan sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihan
sahaja tanpa memasukkan perkara-perkara yang bermakna tidak akan
menimbulkan kesan. Keperluan murid harus diambil kira.
d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapat
melahirkan rasa puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannya
lagi.
e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Murid
memerlukan pengalaman yang baru.

4.3.2 Teknik khusus.


Beberapa teknik khusus boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan dalam
bidang membaca. Berikut diturunkan secara kasar teknik khusus yang boleh
digunakan diikuti dengan pemerian tiap-tiap satu secara lebih terperinci.

4.3.2.1 Teknik pengajaran pemulihan membaca.


1. Menambahkan perbendaharan kata.
a. Menambahkan perbendaharaan kata yang dilihat.
b. Membaca selalu.
c. Penggunaan kamus.
d. Kajian perkataan secara sistematik.
e. Kajian punca perkataan.
2. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.
3. Menambahkan kadar kecepatan membaca.
a. Membaca untuk maklumat penting
i . Latihan
ii . Menyatakan tajuk utama
iii . Menyatakan idea pusat.
iv . Mencari ayat tajuk
v . Membaca sepintas lalu.
b. Membaca untuk maklumat terperinci.

I. Menambahkan perbendaharaan kata


Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa seseorang murid itu lemah
dalam perbendaharaan kata, maka latihan latihan dalam perkara ini harus
diaturkan. Ini adalah kerana aktiviti pembacaan bergantung berat kepada
penguasaan makna perkataan yang mengcukupi.
a. Perbendaharaan kata yang dilihat. Sebelum memulakan seseorang murid
dalam sebarang rancangan pemulihan membaca, guru harus memastikan
bahawa murid tersebut dapat mengenal perkataan-perkataan yang sering
terdapat dalam sebarang bacaan. Dalam Bahasa Inggeris ada dua ratus dua puluh
perkataan yang mewakili lebih dari 50% dari semua bahan bacaan biasa. Senarai
perkataan seperti ini biasanya terdiri dari sendi nama, sendi kata, nama, adjektif,
adjektif, adverba dan berbagai-bagai permainan dapat direka oleh guru bersama
dengan murid untuk menguasai perkataan-perkataan biasa ini. Perkataan-
perkataan itu boleh ditulis diatas kad-kad, seperti daun terup, tiap-tiap satu
perkataan diatas satu kad. Kemudian dua orang murid boleh bermain dengan
kad-kad ini. Seorang menjadi pemain dan seorang lagi pembantunya. Kad-kad
dicampurkan dan seorang pembantu akan mengambil satu kad lalu menanya
pemain. Jika pemain dapat mengenal perkataan di kad tadi, maka kad tersebut
disimpan, jika tidak kad itu diasingkan dan akan disebut oleh pembantu, diikuti
oleh pemain. Maklumat mengenai kemajuan pemain akan dicatatkan pada tiap-
tiap akhir permainan, iaitu berapa kali betul dan salah, hinggakan semua
perkataan itu dikenali.
b. Membaca selalu. Cara yang paling berkesan untuk menambahkan
perbendaharaan kata ialah dengan membaca selalu, dan membaca berbagai-
bagai bahan bacaan. Dalam konteks sesuatu ayat, makna perkataan yang tepat
mudah dipelajari. Pelajaran mengenai makna perkataan harus diperkaitkan
secara langsung kepada ayat dalam konteks yang dibaca dan tidak boleh dikaji
secara sendiri.
c. Penggunaan kamus. Murid harus digalakkan menggunakan kamus. Bagi murid
sekolah rendah, kamus yang mudah harus digunakan, tanpa simbol dan definisi
makna yang membingungkan. Ujian, atau latihan yang memerlukan kemahiran
menggunakan kamus boleh juga digunakan. Contohnya adalah seperti berikut :
i . Aturkan perkataan-perkataan sebagaimana ia mungkin terdapat didalam
kamus.
ii . Cari makna yang sesuai dari kamus bagi perkataan yang bergaris.
d. Kajian perkataan secara sistematik. Kesan pembacaan dapat ditambahkan lagi
dengan satu rancangan yang sistematik mengenai perkataan. Perkataan yang
susah mudah dipelajari dengan menggunakan latihan yang sesuai senarai
berbagai-bagai latihan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
i . Membuat senarai seerti, berlawanan, dan hononim( perkataan yang sama
ejaan dan bunyi tetapi berlainan makna ).
ii . Mencari perkataan lain untuk perkataan yang terlalu sering digunakan.
iii . Membuat pasangan perkataan di satu senarai dengan senarai yang lain.
iv . Mengisi tempat-tempat kosong dalam perenggan dalam perkataan dalam
senarai.
v . Menukar perkataan khusus kepada perkataan am.
vi . Membuat senarai perkataan yang mewakili satu keluarga perkataan yang
dibina dari punca yang sama.
vii . Membuat pasangan perkataan dalam jadual tertentu – seperti nama dengan
adjektif, kata kerja dengan adverba, nama dengan kata kerja.
viii . Menyimpan buku nota untuk perkataan, tiap-tiap satu perkataan diikuti
dengan ayat.
ix . Memilih gambar dan membuat senarai perkataan yang sesuai dengan gambar
tersebut.
x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, seperti
‘member’, ‘relax’, ‘best’, dan sebagainya.
xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti.
Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalaman
guru. Latihan seperti ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atau
tahap kebolehan membaca. Tahap yang rendah akan menggunakan perkataan
yang mampu digunakan oleh murid ditahap itu.
e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia
banyak perkataan menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan,
iaitu tanpa menggunakan imbuhan akan memudahkan mengingati makna
berbagai-bagai bentuk perkataan itu kemudian. Kemudian makna imbuhan pula
harus dikaji supaya makna sesuatu ayat itu jelas difahami dari segi makna asal
dan bersama dengan imbuhannya.

II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.


Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui makna
perkataan, tetapi tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini,
guru harus memberi murid pelajaran fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara boleh
digunakan untuk belajar menyebut bunyi perkataan, sama ada dalam Bahasa
Inggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu daripada cara-cara itu adalah seperti
berikut :
w….. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin?
r…... Bagaimanakah bunyi kucing berehat?
Sy… Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supaya
Jangan bisang?
C …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin?
Ow…Apakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan?
O …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangka
berlaku.
Gr… Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak)
Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalaman
guru bilik darjah.

III. Menambahkan kadar kecepatan membaca.


Apabila seseorang murid itu sudah mula pandai membaca, menambahkan kadar
membacanya adalah perkara yang paling mudah. Kadar kecepatan membaca
seseorang murid itu biasanya bergantung kepada tabiatnya. Berbagai-bagai cara
telah dikemukakan dan digunakan dalam usaha menambahkan kadar kecepatan
membaca.
a. Membaca selalu. Cara yang mudah dan yang baik untuk menambahkan
kecepatan membaca iailah dengan membaca selalu bahan bacaan yang mudah
dibaca dan yang seronok. Murid yang lambat membaca biasanya kurang
membaca. Mereka hanya membaca buku teks sekolah yang memerlukan bacaan
perlahan, dan perhatian sepenuhnya.
b. Penggunaan masa yang terhad. Cara yang kedua yang mudah digunakan untuk
mempercepatkan kadar membaca ialah dengan menghadkan masa membaca.
Katakan sesuatu cerita, atau rencana itu memerlukan setengah jam untuk dibaca
dengan kadar biasa, hadkan masa ini kepada dua puluh minit pula. Dengan cara
ini, pembaca terpaksa membaca pantas supaya rencana tersebut selesai dibaca
pada masa yang terhad itu. Dalam mengikuti cara ini, pada mulanya setengah-
setengah makna dalam rencana itu akan kabur sedikit, tetapi lama-kelamaan
perkara ini dapat diatasi.
c. Penggunaan alat-bantu kadar membaca. Berbagai-bagai alat Bantu kadar
membaca telah direka dan dijual di negara maju. Untuk kegunaan guru bilik
darjah di negara ini, cara yang paling mudah dan murah untuk menambahkan
kecepatan muridnya membaca ialah dengan menggunakan sekeping kad yang
ditolak oleh guru, atau rakan murid. Sebelum menggunakan teknik ini, guru
harus memastikan kadar pembacaan seseorang murid terlebih dahulu. Katakan
murid tersebut mengambil masa tujuh saat untuk membaca satu baris. Masa ini
boleh dikurangkan kepada enam saat. Caranya seperti berikut :
i . Suruh murid membaca sesuatu bahan seperti biasa.
ii . Apabila murid tersebut telah membaca satu, atau dua baris, sekeping kad
akan digunakan untuk menutup baris yang baru lalu.
iii . Untuk tiap-tiap satu baris,guru harus mengira enam saat, sama ada dengan
menggunakan jam, atau dengan mengira seperti “satu-ribu-satu”, “ satu-ribu-
dua”, dan sebagainya, hingga enam kali untuk enam saat.
iv . sedikit demi sedikit masa ini boleh dikurangkan agar kadar pembacaan murid
tersebut bertambah cepat.
Berbagai-bagai alat lain boleh digunakan, tetapi kesemuanya menggunakan
prinsip yang sama.

IV. Menambahkan kefahaman membaca


Tujuan utama semua rancangan membaca ialah untuk menambahkan
kefahaman. Perkara yang diperkaitkan dengan kefahaman membaca ialah
keadaan fizikal, rasa hati, kecerdasan akal, perbendaharaan kata, kadar
membaca, pengalaman membaca, minat dan latihan dalam sesuatu bidang yang
tertentu.
Panduan am untuk menambahkan kefahaman tidak dapat diberikan, kerana
kefahaman membaca biasanya dikaitkan dengan isi kandungan, dan kecekapan
tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa keperluan membaca dapat dilatih oleh
guru.
a. Membaca untuk maklumat penting. Biasanya, bukan semua perkara dalam
sesuatu perenggan itu penting. Murid harus dapat membaca dan mengingat
perkara yang penting sahaja. Perkara lain tidak perlu diingat, dan membaca
perkara yang tidak penting ini dengan teliti adalah membuang masa semata-
mata. Beberapa latihan untuk mencapai matlamat ini dapat dikemukakan oleh
guru. Antaranya adalah seperti berikut.
i . Latihan kefahaman : seperti menanya soalan penting, maklumat penting,
memberikan tajuk yang sesuai, dan sebagainya.
ii . Mengarang tajuk utama : seperti contoh tajuk di surat khabar.
iii . Menyatakan idea pusat : di dalam sesuatu perenggan. Berbagai-bagai bahan
bacaan boleh digunakan untuk tujuan ini.
iv . Mencari ayat utama : latihan mencari ayat utama dalam sesuatu perenggan
harus diberikan juga. Biasanya, murid tidak tahu bahawa kebanyakan perenggan
mempunyai ayat utama yang biasanya terletak di permulaan, atau di akhir
perenggan. Kadang-kadang ayat ini mungkin terletak dimana-mana sahaja dalam
perenggan tersebut.
v . Membaca sepintas lalu : kebolehan membaca sepintas lalu harus diajar awal,
khususnya untuk membolehkan murid yang sudah lancar membaca untuk
memilih buku yang ingin dibacanya, atau untuk mencari maklumat penting.
Membaca sebuah buku sepintas lal, bukanlah bermaksud membaca dengan
penuh ertikata membaca. Apabila seseorang murid membaca sepintas lalu, ia
hanya mencari maklumat yang dikehendakinya seperti, melihat jadual isi
kandungan, dan melihat bab-bab tertentu secara kasar sahaja tanpa membaca
tiap-tiap perkataan. Perkara-perkara kecil, seperti tajuk kecil, petikan dan
sebagainya tidak perlu dibaca. Sebaik-baiknya sebelum membaca sesuatu bahan
bacaan ( kecuali cerita yang seronok) maka lebih baik jika pembaca membaca
bahan itu sepintas lalu secara kasar dahulu, kerana ini akan mengurangkan masa
membaca bahan tersebut sepenuhnya, sebab bentuk keseluruhan bahan itu
sudah diketahui.

b. Membaca untuk maklumat terperinci.


Kadang-kadang murid perlu juga membaca Sesuatu perkara dengan terperinci.
Contohnya ialah membaca langkah-langkah tertentu untuk ujikaji, mengikuti
peraturan mengenai penggunaan sesuatu alat dan sebagainya. Bacaan seperti ini
memerlukan perhatian yang sepenuhnya agar perkara-perkara kecil dan
terperinci tidak tertinggal.
Sebagai kesimpulan, guru pemulihan membaca membaca perlu mengajar,
menggabungkan teknik dan bahan pengajarannya, dan menilai kemahiran yang
diperlukan muridnya supaya dapat membaca. Berikut diturunkan kemahiran ini
untuk panduan guru dan untuk memastikan bahawa murid tersebut telah
menguasainya.
i. Kemahiran dekod : kemahiran persepsi
Persepsi visual setiap huruf
Persepsi visual urutan huruf
Persepsi pendengaran sebutan bunyi – konsonan, diftong dan dwilambang.
Persepsi pendengaran perkataan dalam urutan.
ii . Kemahiran dekod mengenal perhubungan fonem-grafem
Analisa fonetik perkataan.
Analisa struktur perkataan.
Perkaitan perkataan yang dilihat dengan perkataan yang diingat dan disebut :
bersama maknanya.
Kemahiran membaca secara automatik.
iii . Kemahiran kefahaman.
Memberi makna sesuatu fakta
Memahami makna satu urutan fakta ( perenggan atau cerita )
Membuat kesimpulan atau penutup
Membuat atau mengingat perkara-perkara yang terperinci dalam sesuatu cerita.
Membuat seperti yang diarahkan.
Mengikuti satu urutan arahan (seperti dalam resepi)
Mencari perhubungan yang menyebabkan sesuatu.
Meramal sesuatu akan terjadi atau berlaku.
Menyelesaikan masalah, termasuk mencari maklumat yang diperlukan.
Menilai maklumat untuk kepentingan dan keesahannya.
iv . Kemahiran belajar.
Mengetahui urutan abjad
Mengetahui dan dapat menggunakan berbagai-bagai bahagian buku (tajuk,
jadual isi kandungan, indeks, glosari, dan sebagainya)
Menggunakan format buku ( susunan buku kepada bahagian tertentu, bab dan
perenggan) sebagai panduan untuk mencari idea penting
Mengelaskan bahan kepada tajuk-tajuk tertentu.
Menggunakan bahan rujukan (panduan telefon, kamus dan sebagainya)
Membaca peta,graf,jadual, dan carta.
Menggunakan fail-fail dan bibliografi.
Membuat rencana kasar dan ringkasan.

4.3.3 Ujian pra


Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh
mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas.
Setelah dianalisis keputusannya, majority murid-murid gagal menguasai
kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan
suku kata KV dan KVK. ( rujuk jadual 1 )

Jadual 1 : keputusan ujian pra


Markah % Jumlah murid Peratus
10 12 55
20 3 14
30 5 23
40 1 4
50 1 4
60 0 0
70 0 0
80 0 0
90 0 o
100 o 0
Jumlah 22 100

Dapatan di atas menunjukkan:


a ) 4 % murid berjaya mendapat markah > 50%
b ) 27% murid mendapat markah antara 30% - 40%
c ) 69% murid mendapat markah < 20%

Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa


pentingnya rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh
yang demikian, beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-
murid ini.

4.3.4 Rawatan
Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai
kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan
kvk ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah
memilih untuk menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik
darjah. Memandangkan kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang,
maka ia amat sesuai digunakan untuk kumpulan sasaran.

4.3.4.1 Aktiviti Rawatan


i. Stesen bacaan
Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen bacaan’ di salah satu sudut di dalam kelas.
Di stesen ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :
a) kad suku kata
b) kad perkataan
c) kad ayat
d) carta cinta pendek.

Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk


mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di
stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti
yang diberi. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid
berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan
mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang
disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi hadiah.

Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran


merupakan golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah
pembelajaran masteri, aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran
mengikut kebolehan. Oleh itu, sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang
mereka boleh lakukan mengikut kebolehan sedia ada, secara tidak langsung
dapat menarik minat mereka terhadap proses P & P. Selain itu, pembelajaran
masteri lebih memberi peluang individu itu untuk bertindak atas usaha sendiri
tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu
guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali, dalam kaedah ini murid
dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.

Stesen 1
Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang
menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid
dikehendaki
mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-
warna tulisan pada kad tersebut.

Kad suku kata


ba + kul = bakul
ja + lan = jalan
se + ko + lah = sekolah

Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia


bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan
membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada
suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca
sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat
membantu murid membaca dengan cepat.

Stesen 2
Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi
gabungan suku kata KV dan KVK seperti :
kad perkataan : buku
meja
memasak
tembikai
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut
suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat
melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad
perkataan ini.

Stesen 3
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah
seperti:
KAD AYAT
1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.
2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.
3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan
4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan
Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah

a ) Pengukuhan
Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian
murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan
perkataan.Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.
b ) Pengayaan
Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi.
Kemudian pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid
terhadap ayat yang dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua
kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.

Stesen 4

Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku
yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan
menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar
belakang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

a ) Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil


pengetahuan am dan sedia ada.
b.) Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c ) Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan.
d ) Penilaian

4.3.5 Ujian Pos


Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesai
dijalankan.Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik
yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada
peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya

4.4 TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS


Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis
mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan
dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan
membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan
ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang
alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta
mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah
menulis. Mercer (1985) yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947)
menyatakan bahawa punc utama ialah masalah ’psikomotor’, masalah emosi,
kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang
lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat,
arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget,
terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

4.4.1 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah


rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan
tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan
berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai
panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru
hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi
setiap garisan di atas kertas.

Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah
ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.

Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja
ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul.

Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis
ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini
cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur
dengan jarak sebatang pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti


sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti
menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari
kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru
juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid
ketika menulis.
4.5 Kesimpulan
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran

mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran


bacaan kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi
dengan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan
ke atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk
terlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap
kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran adalah
faktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Kaedah
Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasil
yang membanggakan.
Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan
secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka.
Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat
mengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turut
membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah suasana P & P yang
lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai
setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari.
Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti
yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin
berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini
menggunakan masaterluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .

4.5.1 Cadangan pembelajaran


Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan
inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah
satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang
diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun,
peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya
mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi
juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri
daripada mereka yang cepat merasa bosan.

You might also like