You are on page 1of 3

JIHAD DALAM ISLAM : 

JIHAD DALAM ISLAM Kalimah jihad secara umumnya bermaksud setiap usaha yang
memerlukan curahan tenaga dan kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia
dan ideal untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan demi untuk memartabatkan Islam di bumi
Allah serta mengharapkan ganjaran dan keampunannya.

Slide 83: 

Jihad Nafsu (al-Jihad al-Akbar) Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jin,
iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang pernah berlaku dalam sejarah
kehidupan manusia sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah termakan pujukan syaitan. Al-
Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala tektik dan teknik tipu daya syaitan untuk
menyesatkan manusia. Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia bermatlamatkan
merosakkan ketulinan akidah dan tauhid terhadap Allah, keikhlasan ibadah dan ubudiah dan
kejernihan dan kesucian akhlak muslim. Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan
untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk
diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji, membersihkan dan menyucikan jiwa dari
kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar tauhid, membina
keikhlasan hati nurani dalam beribadah kepada Allah.

Slide 84: 

Jihad Ilmu dan pendidikan Umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi sebagai
amat releven untuk mengangkat martabatnya. Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad
kepada pembangunan ilmu dan pendidikan, hidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan
kepada bidang-bidang baru dalam dunia intelektual kini. Dalam masa yang sama kita mampu
menampilkan keunggulan ilmu-ilmu dan proses pendidikan yang Islami supaya akhirnya umat
Islam mampu bangun dengan acuannya sendiri. Al Quran sering memaparkan tentang tradisi
membaca atau ‘iqra’ bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
menjelaskan konsep ini. Begitu juga konsep’ulul albab’ yang memberikan fokus kepentingan
ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan tamadun. Al Quran memberikan
keutamaan berfikir berasaskan kekuatan akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa dan
musibah yang terjadi dan keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik mengenai hakikat
kejadian alam dan hubungan dengan manusia berasaskan prinsip Al-Quran.

Slide 85: 

Jihad Mempertahankan Kesucian Islam Jihad mempertahan kan Islam dan Ummahnya dari
pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin
yang ditindas oleh rejim Yahudi. Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian
Islam bumi Palestin dan masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin telah
mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan
semula hak mereka yang telah dirampas oleh tentera zionis Yahudi: antaranya melalui perjanjian
damai, persidangan, perundingan dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Begitu juga Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel
telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka juga
melalui jalan buntu. Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit
memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan bangkit
menentang, berjuang menerusi jihad memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak
mereka, membunuh, merampas tanah orang Islam menyeksa dan membunuh kanak-kanak,
memerangi kaum lelaki, menganyayai wanita melailui ugutan dan berbagai-bagai penderaan
yang dilakukan oleh tentera zionis tersebut. Dalam situasi begini Jihad dalam artikata memerangi
musuh Islam adalah amat wajar dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama
dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan ketenteraan yang maju dan canggih.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA : 

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA Gerakan


kebangkitan semula Islam bertujuan mengatasi kelemahan dalaman masyarakat Islam yang
didominasi oleh kuasa penjajah Barat sekular. Ia bermula di akhir abad ke-18 dan menjadi
semakin hebat di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-an dan 80-an wujud dua
fenomena utama iaitu gerakan dakwah sama ada kumpulan NGO mahupun badan-badan
kerajaan juga program penerapan nilai Islam oleh kerajaan dalam pentadbiran, perbankan,
pendidikan, perundangan dan kepenggunaan.

Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran : 

Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di
Malaysia ialah segala usaha untuk mempertingkatkan daya produktiviti negara melalui amalan
nilai-nilai amanah, rajin, bersih, tekun serta usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan
dengan lancar, teratur dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam. Pembentukan budaya kerja
yang berasaskan nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah dengan budaya bukan Islam kerana
ia adalah nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh manusia sejagat.

Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi : 

Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah
mengambil langkah yang wajar untuk memastikan sistem kewangan Islam berfungsi selaras
dengan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah dari segi
matlamat dan operasinya. Tujuan utama ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap
satu sistem yang benar-benar menepati lunas syariah sebagai satu sistem kewangan yang
komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud sekian lama.

Pendekatan Islam Hadhari : 


Pendekatan Islam Hadhari Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B. Perdana
Menteri, Dato’ seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, malah telah dijadikan dasar dalam
pembangunan negara adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam sebagai satu cara hidup
yang lengkap dan menyeluruh meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia di samping
mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia. Sesungguhnya Islam
berkemampuan untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di peringkat peribadi, tetapi
juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Sebab itu, semua agenda
pembangunan ummah, peradaban negara dan keutuhan bangsa perlu digarap untuk sama-sama
bangkit bersama keterbilangan Islam sebagai al-Din yang diredai Allah.

Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari : 

Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu,
berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan
berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. Misi Islam Hadhari pula ialah
melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang
universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif Islam Hadhari ialah bagi
melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak,
intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap
menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

PRINSIP-PRINSIP : 

PRINSIP-PRINSIP Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah Kerajaan Adil Dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka Penguasaan Ilmu Pengetahuan Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan
Komprehensif Kehidupan Berkualiti Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita Keutuhan
Budaya Dan Moral Pemeliharaan Alam Semulajadi Kekuatan Pertahanan

You might also like