You are on page 1of 8

2.

0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN

2.1 Sejarah Ilmu Perubatan Dunia

Perubatan merupakan suatu bidang yang menjadi suatu bidang wajib yang
berkembang seiring dengan perkembangan ketamadunan manusia. Kesemua tamadun
manusia meliputi di bahagian timur bumi hinggalah ke barat bumi akan mempunyai ilmu
perubatan yang tersendiri yang unik. Berdasarkan sumber sejarah yang telah
direkodkan, ilmu perubatan akan berkembang seiring dengan kewujudan manusia
kerana manusia itu sendiri akan mengalami pelbagai penyakit yang mengakibatkan
penggunaan ubat-ubatan amat diperlukan. Untuk menghasilkan ubat-ubatan terutama
daripada herba dan kayu-kayan, maka ilmu mengenainya diperlukan. Sungguhpun
herba dan kayu kayan itu dapat diperolehi, cara penggunaan herba tersebut juga perlu
dikaji dengan teliti kerana terdapat juga ubat-ubatan rimba yang berbahaya kepada
manusia terutama jika tersilap penggunaannya. Justeru, ilmu yang berkaitan dengan
cara penggunaan ubat-ubatan dan kaedah rawatan itu dikatakan sebagai ilmu
perubatan.

Menurut sumber sejarah yang direkodkan dari tamadun Mesopotamia, bidang


perubatan tertua pernah direkodkan adalah di tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 3000
SM. Bidang perubatan di tamadun Mesopotamia diperkenalkan oleh Perdana Menteri
mesir iaitu Amhutab iaitu perdana menteri mesir sewaktu pemerintahan Raja Zusir.
Sejarah peradaban mesir telah mengiktirafkan Amhutab sebagai doktor perubatan
pertama dunia. Dari mesir, ilmu perubatan telah berkembang ke tamadun Babylon,
Hindus dan Hwang Ho.

Sejarah Yunani turut merekodkan mengenai perkembangan bidang perubatan di


dalam tamadun yunani. Menurut rekod sejarah, tamadun yunani telah mengalami
perkembangan dalam bidang ilmu perubatan melalui dasar ilmiah yang dianjurkan oleh
Hippocrates (460SM - 365 SM). Atas jasa perlaksanaan dasar ilmiah oleh beliau, ahli
sejarawan dan aristokrat yunani telah memberikan gelaran ‘Bapa Perubatan’ Yunani
kepada Hippocrates. Dari tamadun yunani, ilmu perubatan telah berkembang ke
tamadun Rom dan empayar Parsi. Dari tamadun parsi, ilmu perubatan akhirnya sampai
ke tanah arab melalui aktiviti perdagangan dan hubungan diplomasi antara orang arab
dan orang parsi.

2.2 Perkembangan Perubatan Tamadun Arab

Menurut sumber sejarah mengenai ilmu dan bidang perubatan arab, sudah
terdapat ilmu perubatan di dalam ketamadunan arab jahiliyah namun tidak terlalu
meluas dan hanya meliputi beberapa bidang yang berkait rapat dengan kehidupan
padang pasir sahaja. Ilmu itu diwarisi secara turun-temurun dan telah dicampuri oleh
unsur-unsur pendewaan dan paganisme. Ini kerana masyarakat jahiliyah sewaktu itu
tidak mempunyai agama dan mereka lebih mempercayai mengenai dewa-dewa dan
menyembah berhala yang mereka buat sendiri menggunakan kemahiran pertukangan
dan sebagainya. Penggunaan jampi serapah dan kalimah-kalimah pemujaan turut
digunakan kerana mereka mempercayai bahawa setiap penyakit dan bencana alam
yang menimpa mereka adalah disebabkan oleh kemurkaan dan kemarahan sang dewa
sembahan.

Ilmu perubatan sewaktu zaman sebelum kemunculan islam hanya melibatkan


beberapa bidang sahaja yang berkaitan dengan kehidupan padang pasir mereka.
Sewaktu sebelum kedatangan islam, masyarakat arab telah terkenal dengan aktiviti
perdagangan antara kerajaan. Antara lokasi perdagangan yang menjadi kebiasaan
kepada bangsa arab untuk berdagang ialah ke empayar Parsi. Sewaktu empayar Parsi
sedang berkembang dengan pesat, ilmu perubatan turut diperkukuhkan oleh
pemerintah Parsi sewaktu itu. ilmu perubatan parsi merupakan suatu ilmu perubatan
yang diwariskan dari tamadun yunani. Pedagang arab telah menjalankan perdagangan
dengan empayar parsi dan disamping itu mereka turut mempelajari ilmu perubatan
parsi dan membawa balik ilmu tersebut ke kawasan padang pasir arab. Terdapat
beberapa tokoh perubatan arab jahiliyah yang masyhur sewaktu sebelum kedatangan
islam, antaranya ialah Zuhair Al-Janab Al-Himyari, Zainab Al-Awab dan juga
Ibnujuzaim. Namun tokoh perubatan arab jahiliyah yang paling berpengaruh ialah Al-
Harith Al-Khaldah dan anaknya An-Nadr yang merupakan pedagang dari bangsa arab
yang sering mengadakan aktiviti perdagangan dengan empayar parsi. Disamping
mereka menjalankan aktiviti perdagangan, mereka turut mempelajari ilmu perubatan
dan akhirnya ilmu perubatan itu telah diperkembangkan di tanah arab oleh mereka
berdua. Menurut rekod sejarah tamadun arab, Al-Harith Al-Khaldah dan anaknya An-
Nadr telah memberikan pengaruh yang besar kepada bidang perubatan kuno arab
ketika itu.

Setelah kedatangan agama islam, ilmu perubatan arab jahiliyah masih lagi
diamalkan dengan tapisan. Ini kerana agama islam mengharamkan perubatan yang
melibatkan pemujaan kepada dewa dan penyembahan berhala. Penggunaan jampi
serapah dan kalimah perubatan yang menyeleweng daripada agama islam juga
diharamkan kerana syariat. Ilmu perubatan sewaktu zaman selepas kedatangan islam
dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu zaman Rasullullah S.A.W dan Khalifah Ar-
Rashidin, sewaktu empayar Umaiyah dan juga sewaktu zaman pemerintahan empayar
Abbasiyah. Bidang perubatan islam banyak berkembang di dalam empayar umaiyah
dan abbasiyah berbanding empayat fatimiyah dan uthmaniyah kerana empayar
fatimiyah dan uthmaniyah mewarisi ilmu perubatan empayar umaiyah dan abbasiyah
dengan sedikit pengubahsuaian.

2.2.1 Sumbangan Ilmu Perubatan Era Rasullullah S.A.W & Khalifah Ar-Rashidin

Sewaktu era masyarakat arab selepas kedatangan islam atau bertepatan lagi
sewaktu adanya Rasullullah S.A.W dan sewaktu pemerintahan Khalifah Ar-Rashidin,
ilmu perubatan kurang berkembang kerana ayat Al-Quran biasa digunakan untuk
mengubati penyakit. Pada peringkat awal, ilmu perubatan arab kuno masih lagi
digunakan namun diadakan tapisan demi tapisan demi menyingkirkan unsur-unsur
pendewaan dan syirik. Maka lahirlah bidang perubatan yang benar-benar asli tanpa
sebarang upacara dan kepercayaan karut-marut sewaktu itu. Malah sewaktu era
Rasullullah S.A.W dan pemerintahan para sahabat baginda iaitu Khalifah Saidina Abu
Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan Zunnurain dan
Saidina Ali Bin Abi Talib, tokoh-tokoh perubatan arab kuno masih lagi hidup seperti
Ibnujuzaim.

Namun sewaktu pemerintahan khalifah Ar-Rashidin berempat, tidak ramai tokoh


perubatan islam yang lahir kerana khalifah sewaktu itu sibuk dengan urusan dalam
negara yang lain seperti memerangi golongan murtad, meluaskan syiar islam dan
mempertahankan akidah umat islam dari terpesong akibat kewafatan Rasullullah
S.A.W. Sewaktu kewafatan Rasullullah S.A.W ramai umat islam di seluruh wilayah
islam bertindak keluar islam dan murtad kerana tidak mempercayai bahawa Rasullullah
S.A.W telah meninggal kerana mereka menganggap bahawa Rasullullah tidak akan
mati dan akan hidup selamanya. Walaupun semua itu telah diterangkan secara
terperinci oleh khalifah melalui utusan baginda. Dek kerana kesibukan para khalifah
memperbetulkan perkara kebatilan dalam wilayah islam, maka perkembangan ilmu
perubatan tidak terlalu meluas dan ilmu perubatan yang diaplikasikan dalam kehidupan
bangsa arab hanyalah ilmu perubatan arab kuno yang merupakan pewarisan dari
bangsa arab kuno jahiliyah. Namun masih ada tokoh perubatan islam yang lahir
sewaktu itu seperti Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah yang telah mengarang kitab perubatan
bertajuk Al-Tibb Al-Nabawi yang telah mengumpulkan beberapa hadis daripada
Rasullullah S.A.W berkenaan cara-cara menjaga kesihatan mengikut sunnah dan
kaedah rawatan islam kepada beberapa jenis penyakit tertentu.

2.2.2 Sumbangan Ilmu Perubatan Era Empayar Umaiyah

Sewaktu era pemerintahan empayar umaiyah, ilmu perubatan telah


dikembangpesatkan oleh khalifah bani umaiyah. Ilmu perubatan merupakan antara
bidang ilmu yang penting sewaktu itu. Secara sejarahnya, pemerintahan empayar bani
umaiyah telah bertanggungjawab memerintah seluruh empayar islam selama lebih
kurang 89 tahun iaitu bermula seawall 661 Masehi sehingga 750 Masehi. Secara
keseluruhannya, sewaktu zaman bani umaiyah ilmu perubatan banyak menerima
pengaruh dari ilmu perubatan yunani. Sewaktu pemerintahan Khalifah Khalid Al-Yazid
dan khalifah seterusnya, kegiatan penterjemahan buku-buku perubatan dari tamadun
yunani giat diperluaskan dan disimpan di dalam pembendaharaan negara dan
digunakan untuk kajian oleh para ilmuan islam lain. Menurut beberapa sumber sejarah,
terdapat ramai tokoh perubatan islam yang lahir sewaktu era empayar Umaiyah,
antaranya ialah Ahtal, Abu Al-Hakam, Tiazuq dan juga Abul Malik Bin Abjur Al-Kittani.

Ilmu perubatan lebih berkembang pesat sewaktu era pemerintahan khalifah Al-
Walid Bin Abdul Malik yang memerintah empayar bani umaiyah dari tahun 705 Masehi
sehingga 715 Masehi. Pada 707 masehi, khalifah telah mengilhamkan agar ditubuhkan
hospital di Damsyik dan baginda telah mengumpul doktor perubatan dan pakar
kesihatan untuk berkhidmat di hospital itu. Malah mereka semua telah diberikan gaji
secara bulanan melalui pembendaharaan negara. Sejarah islam telah mencatatkan
bahawa hospital yang dibina di Damsyik ini merupakan hospital pertama seumpama itu
di dunia sewaktu itu.

Bidang perubatan sewaktu zaman bani umaiyah turut mengalami beberapa


evolusi dan penambahbaikan dari cendekiawan islam sewaktu itu. Maka lahirlah ramai
tokoh-tokoh perubatan islam seperti Al-Tabary. Al-Tabary merupakan tokoh perubatan
sewaktu pemerintahan bani umaiyah, beliau juga telah mengarang sebuah kitab
perubatan iaitu Tarikh Umam Wal Muluk. Beliau juga telah mengatakan di dalam
kitabnya bahawa khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik merupakan khalifah pertama yang
telah mengarahkan pihak hospital di Damsyik agar mengasingkan pesakit penyakit
kusta dari pesakit-pesakit lain untuk mengelakkan berlakunya jangkitan. Malah
kesmeua pesakit kusta telah disediakan wad khas buat mereka yang sedikit jauh dari
pesakit penyakit lain.

2.2.3 Sumbangan Ilmu Perubatan Era Empayar Abbasiyah

Selain era bani umaiyah, terdapat lagi satu pemerintahan yang telah banyak
memberikan sumbangan dalam bidang perubatan islam iaitu empayar abbasiyah.
Empayar ini telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang perubatan islam
kerana kecintaan mereka kepada ilmu dari pelbagai bidang. Empayar Bani Abbasiyah
telah mengetuai pemerintahan umat islam selama 508 tahun iaitu bermula seawal 750
masehi sehingga 1258 masehi iaitu setelah serangan tentera barbar mongol ke atas
kota 1001 malam empayar abbasiyah iaitu kota Baghdad. Antara faktor utama yang
menyebabkan aktiviti penterjemahan kitab perubatan dari tamadun lain giat dijalankan
ialah kewujudan suasana harmoni dan aman damai dalam kehidupan masyarakat di
dalam tamadun islam bani abbasiyah. Faktor ini menjadi faktor penggalak utama
kepada aktiviti penterjemahan kitab perubatan dari yunani, malah aktiviti ini mendapat
galakan daripada khalifah sama ada dalam bentuk bantuan kewangan ataupun
penghargaan kepada para cendekiawan islam yang terlibat. Secara umumnya, ilmu
perubatan sewaktu pemerintahan bani abbasiyah banyak berkembang dengan
pesatnya sewaktu pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid pada 786 masehi hingga 809
masehi dan juga pemerintahan khalifah Al-Makmun pada 813 masehi hinggga 833
masehi.

Sewaktu pemerintahan khalifah bani abbasiyah, kehidupan umat islam sewaktu


itu mewah dan segalanya mencukupi malah ingin mencari orang miskin sukar untuk
ditemui. Maka akibat kemewahan dan banyaknya sumber makanan, maka banyaklah
penyakit baru yang muncul sewaktu itu. penyakit tersebut menjadi suatu galakan
kepada para cendekiawan perubatan islam untuk mengkaji dan mencari penawarnya.
Maka secara tidak langsung sebenarnya ilmu perubatan tersebut sedang berkembang
dan berinovasi. Menurut sumber sejarah, empayar abbasiyah juga bertanggungjawab
memperkenalkan klinik dan hospital cawangan. Jika sewaktu zaman pemerintahan
khalifah bani umaiyah, khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah menubuhkan hospital
utama empayar, tetapi sewaktu bani abbasiyah, khalifah telah memperkenalkan klinik
ataupun hospital cawangan di setiap wilayah empayar.

Terdapat beberapa peringkat perkembangan ilmu perubatan sewaktu empayar


bani abbasiyah. Pertamanya ialah peringkat penterjemahan dan keduanya peringkat
penemuan dan penulisan. Peringkat pertama iaitu penterjemahan banyak berlaku
sewaktu awal pemerintahan bani abbasiyah. Usaha menterjemahkan karya perubatan
dari bahasa yunani banyak dijalankan. Bukan sahaja kitab perubatan dari tamadun
yunani, terdapat juga karya perubatan dari tamadun parsi dan rom yang diterjemahkan
ke dalam bahasa arab. Aktiviti ini pesat dilakukan terutama sewaktu pemerintahan
khalifah Abu Jaafar Al-Mansur yang memerintah empayar bermula 754 masehi
sehingga 775 masehi. Antara penterjemah karya perubatan yang masyhur sewaktu
ialah Hunain Bin Ishak, Isa Bin Yahya, Qusta Bin Luqa Al-Balabakki, Thabit Bin Qurrah
dan ramai lagi yang terlibat. Mereka kesemua mendapat galakan dari khalifah untuk
menterjemahkan karya perubatan dari tamadun lain.

Peringkat kedua ialah peringkat penemuan dan penulisan dalam bidang


perubatan oleh tokoh-tokoh perubatan islam sewaktu zaman pemerintahan bani
abbasiyah. Pada akhir kurun ke-3 Hijrah menyaksikan lahirnya ramai tokoh perubatan
islam yang amat terkenal di seluruh dunia seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Al-Zahrawi, Ibnu
Nafis dan sebagainya. Nama mereka semua cukup masyhur dalam bidang perubatan
malah kitab perubatan karangan Ibnu Sina iaitu Al-Qanun Fil Tibb menjadi rujukan
utama atau primer di pendidikan universiti di eropah selama lebih 600 tahun. Sewaktu
bani abbasiyah berkuasa, khalifah turut telah mendirikan pusat pembelajaran ilmu
perubatan di seluruh empayar islam sewaktu itu. kaedah pembelajaran yang diamalkan
di pusat pembelajaran tersebut terbahagi kepada dua kaedah yang sehingga kini masih
digunapakai iaitu kaedah pembelajaran teori dan pembelajaran praktikal. Sekiranya
seorang pelajar tersebut berjaya melepasi ujian peringkat akhir bidang perubatan ini
layak untuk dianugerahkan ijazah/kelulusan kedoktoran perubatan dari khalifah.

Sewaktu pemerintahan bani abbasiyah juga, khalifah telah meletakkan kesemua


doktor dan pengamal perubatan di bawah suatu badan yang bertanggungjawab
mengurus bidang perubatan iaitu dikenali sebagai Al-Muhtasib. Khalifah Al-Muqtadir
yang memerintah bermula 908 masehi sehingga 932 masehi telah memerintahkan
sesiapa rakyat yang ingin menjadi doktor perubatan, diwajibkan mempelajari ilmu
perubatan secara formal dan wajib lulus dengan cemerlang peperiksaan akhir
perubatan sebelum layak menjadi pengamal perubatan ataupun doktor dengan
berdaftar. Profesor Dr. Ahmad Al-Shalaby dalam hasil tulisannya Sejarah Kebudayaan
Islam telah menyatakan bahawa sewaktu era pemerintahan bani abbasiyah, ilmu
perubatan telah berkembang dengan pesatnya dan memberi kesan mendalam kepada
dunia perubatan selepas keruntuhan empayar tersebut.

You might also like