You are on page 1of 9

3.

0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK

3.1 Sumbangan Oleh Al-Khawarizmi

A b u A b d u l l a
kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau
dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi.
Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780
Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Lebih
dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan
merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam
Gambar 1: Al-Khawarizmi Bapa ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli
Algebra
astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya. [1]

Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di


Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat
sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi
dan beberapa cara ejaan lagi. [2] Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu
sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami
pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah
membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya
akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya
merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil
kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif
terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab
membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta
persamaan kuadratik.

1
http://qurtik.blogspot.com/2008/11/al-khwarizmi-ahli-matematik.html
2
http://ewah2matematik.blogspot.com/2010/02/biografi-al-khawarizmi.html
3.1.1 Pendidikan
 
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam
yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di
Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi. 

Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun,


bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory
iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga
dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan
angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga
merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. 

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan


hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik
dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga
digunakan pada zaman sekarang.

3.1.2 Peranan dan Sumbangan Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-


karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau
Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan
Al-Khawarizmi Melalui Karya. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya
ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan
tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh
persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang
sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh
Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh
al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting
dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah


dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi
popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang
hidup di dunia ini.  Hasil karya Al-
Khawarizmi sepertimana yang telah kita ketahui, Al-
Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong
dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal
pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara
hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Gambar 2: Mufaith al-Ulum

2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam


pelbagai bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah. 

Semasa hidupnya, Al Khawarizmi merupakan seorang pakar matematik dan falak. Al


Khawarizmi merupakan pengasas kepada ilmu algebra sebagai satu cabang ilmu
yang terpisah daripada matematik dan geometri. Kepakaran dan kepintaran dalam
matematik diperakui oleh masyarakat barat dan timur. Bukunya yang berjudul “Hisab
al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjermahkan di barat dengan judul “Mathematics of
Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahirnya istilah algebra yang digunakan
sehingga ke hari ini.3

Dalam bahasa Arab algebra disebut “al-jabr” yang bermaksud angka bulat. Buku ini
mengandungi tidak kurang daripada 800 masalah matematik dan telah digunakan
sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Eropah sehingga kurun ke 16 Masihi.
Al Khawarizmi telah memasukkan angka-angka Arab ke dalam bukunya ini yang
kemudiannya dikenali sebagai Algorism.

Buku “Hisan al Jabr Wal Muqabalah” sebenarnya merupakan ringkasan kepada


sebuah bukunya yang lebih tebal. Dengan meringkaskannya, Al Khawarizmi
berharap akan memudahkan orang ramai membaca, memahami, dan
menggunakannya terutama di dalam urusan perdagangan serta perniagaan. Beliau
mendapat sokongan Khalifah Al Makmun untuk menulis buku ini bagi membantu
orang ramai menjalankan urusan sehariannya. Kesungguhan Al Khawarizmi
terhadap ilmu telah mendorong Khalifah Al Makmun melantiknya mengetuai para
sarjana ilmu falak di Baitul Hikmah atau Dewan Pengetahuan.

Kesempatan ini telah digunakan untuk menterjemahkan buku “Sidanta” yang


memuatkan jadual falak India. Melalui ilmu pengetahuan falak India dan Yunani yang
dipelajarinya, Al Khawarizmi telah membuat pelbagai penemuan yang penting.
Dengan bantuan ahli falak yang lain, Al Khawarizmi telah berjaya menyiapkan
sebuah peta yang diberikan nama sempena Al Makmun. Peta ini bukan sahaja
mengandungi benua dan lautan tetapi juga kota-kota, padang pasir, bintang-bintang
dan angkasa raya siap dengan warnanya yang berlainan.

Lebih menakjubkan lagi apabila Al Khawarizmi bersama ahli falak Islam yang lain
berjaya mengukur lilitan bumi. Mereka mendapati bahawa bumi ini bulat, tidak
sebagaimana kepercayaan di Eropah yang mengatakan bumi ini rata. Buku Al
Khawarizmi mengenai astronomi telah diterjemahkan oleh Adelard of Bath, guru
kepada Raja England, Henry II. Banyak lagi buku tulisan Al Khawarizmi telah
diterjemahkan di Eropah seperti “Hitungan Al Jabr” yang telah disalin oleh seorang
3
Rashed, Roshdi (1988). Al-Khwārizmī's Concept of Algebra. In Zurayq, Qusṭanṭīn; Atiyeh, George Nicholas; Oweiss,
Ibrahim M.. Arab Civilization: Challenges and Responses : Studies in Honor of Constantine K. Zurayk. SUNY Press. p. 108.
ISBN 0887066984
Itali yang bernama Gerald of Cremona yang hidup antara 1114 Masihi hingga 1187
Masihi. Risalah itu disalin semula oleh Prince Boncompagni dan diterbitkan di Rom
pada 1857 Masihi dengan judul “Trattati de Aritmetica”.

Di samping itu, Al Khawarizmi juga telah menulis dua buah buku yang terkenal iaitu
“al-Zig”, “al-Rakhamah”, dan “ al Tarikh”. Beliau juga merupakan orang yang mula-
mula sekali mencipta dan memperkenalkan istilah sinus. Sinus digunakan untuk
menggantikan istilah busur dalam ilmu ukur yang dicipta oleh seorang sarjana
Yunani Ptolemy. Walaupun Ptolemy mempunyai pengaruh yang kuat di dalam ilmu
falak tetapi kebanyakan pandangannya telah ditolak oleh Al Khawarizmi. Ptolemy
menyatakan bumi berada dalam keadaan yang tetap manakala matahari bergerak
mengelilingi bumi. Pendapat Ptolemy telah dipegang dan dipertahankan oleh pihak
gereja di Eropah selama beberapa ratus tahun lamanya.

Al Khawarizmi telah mengemukakan pelbagai formula matematik yang masih lagi


digunakan sehingga hari ini. Formula matematik dan tulisan mengenai astronomi
jelas mendahului zamannya. Sumbangannya kepada perkembangan kedua ilmu
tersebut terlalu besar sehingga untuk mengenangkan jasa-jasanya para sarjana
barat telah mencipta satu istilah matematik iaitu logaritma bersempena dengan
namanya. Penciptaan istilah ini dan pemakaian istilah algebra dalam matematik
membuktikan betapa para sarjana Islam telah mengorak langkah jauh ke hadapan
jika dibandingkan dengan barat. Sementelahan itu, barat perlu berterima kasih
kepada dunia Islam kerana telah menyediakan landasan ilmu yang kukuh untuk
mereka melangkah keluar daripada alam kejahilan dan “kebodohan” sehingga
berjaya menguasai dunia dengan kemajuan sains dan teknologinya.

Gambar 3: Jadual Kos, Sin dan Tan


3.1.3 Ketokohan al-Khawarizmi 
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-
Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. 
Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding
astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-
Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan
karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang 
beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. 

Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman
tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang
dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian
persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas
segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat
nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. 4  Banyak lagi konsep dalam
matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. 

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun


Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-
bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta
tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-
Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah
diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan
orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum
tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran
pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri
sahaja. 

3.1.4 Peribadi al-Khawarizmi

4
http://www-history.mcs.st-andrews.ac.uk/Biographies/Al-Khwarizmi.html
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-
Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang
Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton
mengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-
orang Timur….”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu
disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula
berkata….’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang
bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa
al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung
oleh orang Islam. 

3.1.5 Strategi Pengislaman Sains Matematik


Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara
iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi
tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau
tugasan yang mengikut undang-undang Islam. 5

i. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-
ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-
tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan
yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan
epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat. 

ii. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. 
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli
matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan
hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama
samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam
hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini
juga harus di dalam sudut syariah. 

5
http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html
iii. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan
nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang
matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana
keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid
dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak. 

3.1.6 Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra,


aritmetik dan lain-lain.6

i. Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang
diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan
utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri
dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan
‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang
mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini
mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus
memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam
kurun ke6 Sebelum Masihi (SM).  Seterusnya sarjana Islam telah
mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

ii. Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan
oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada
abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al
Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak
ada istilah aljabar.

6
http://pauhatsu.blogspot.com/

You might also like