You are on page 1of 6

4.

0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG BOTANI

4.1 Pengenalan

Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan
diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan. Oleh dengan demikian,
dalam bidang botani mereka mempelajari semua cabang ilmu biologi untuk mempelajari
pertumbuhan, metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan
abiotik, serta evolusi tumbuhan. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi
perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan
hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu.

Ilmu tentang botani mencapai kemuncak jayanya di Sepanyol. Oleh itu,


kebanyakkan sumbangan botani dapat dilihat di Sepanyol. Hal ini secara tidak langsung
telah lahirnya sejumlah ahli botani yang terkemuka di tanah Eropah tersebut.

Hasil daripada usaha dan penelitian yang dilakukan para ahli botani muslim di
Sepanyol telah berjaya menemui perbezaan mengenai jenis-jenis tumbuhan. Para ahli
botani islam yang telah tertarik terhadap tumbuhan telah membawa mereka menjelajah
ke serata dunia yang terbentang luas.

Para ahli botani Islam telah datang dari satu wilayah ke wilayah yang lain untuk
mengeksplori kawasan pergunungan dan melihat keluasan gurun pasir sambil mencari
jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gurun. Para ilmuwan islam tersebut
telah mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan 1 yang mereka kumpulkan berdasarkan
habitat tumbuhan tersebut dan proses cara pembiakan tumbuhan tersebut. Hal ini
secara tidak langsung dapat memudahkan mereka untuk mengetahui cara dan
bahagian tumbuhan yang terlibat dalam berlakunya proses pembiakan ataupun
percambahan.

Pada era tersebut, para ahli botani muslim telah Berjaya menemui pelbagai cara
pembiakan tanaman. Ada yang berkembang dengan pembenihan, pemotongan tangkai,
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_Islam_sewaktu_zaman_pertengahan#Botani_dan_sains_persekitaran
ada juga tumbuhan yang tumbuh dengan proses pembelahan sel sendiri seperti rumput
liar. Para ilmuwan islam Sepanyol telah Berjaya mengembangkan ilmu botani jauh lebih
tinggi sebelum barat melakukannya.

4.2 SUMBANGAN

Kedatangan orang-orang islam ke Andalus 2 mampu mengasaskan satu bentuk


ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui system
perladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang-orang islam yang memang
terkenal dalam bidang perdagangan dan perniagaan telah menyumbangkan kepakaran
dan kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh islam di Eropah. Mereka
mendirikan kedai-kedai perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari
seluruh pelusuk dunia.

Umat Islam mengembangkan suatu kecapaian saintifik pada botani dan


pertanian berasaskan tiga elemen utama; sistem canggih putaran tanaman, teknik
irigasi dikembang secara tinggi, dan pengenalan kepelbagaian besar tanaman yang
telah dikajikan dan dikatalog menurut musim, jenis tanah dan jumlah air yang mereka
memerlukan. Beberapa ensiklopedia pada botani dihasilkan, dengan ketepatan dan
perincian yang tinggi.3

Umat islam Andalus juga banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat


Eropah dalam bidang pertanian iaitu dengan memperkenalkan berbagai jenis tanaman
dan teknologi pertanian yang selama ini belum dikenali oleh mereka. Berbagai jenis
tanaman seperti padi, anggur, limau, kurma, tembikai kuning, ros biru, tebu, kapas dan
sebagainya. Demikian juga dengan teknologi pertanian seperti empangan, saliran, cara
pembiakan dan sebagainya. Segala pengalaman ini dicurahkan kepada masyarakat
tempatan sehingga menjadi amalan di Eropah ketika itu.

Dalam bidang botani, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-
kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang

2
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Andalus
3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_Islam_sewaktu_zaman_pertengahan
cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah
jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani.

Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-
Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50
jenis pohon buah-buahan. Al Jahiz telah menghasilkan 350 buah buku di dalam
berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu
ekonomi, perdagangan dan geografi.. Karyanya yang berjudul “Al Zar’u wa al Nakhl"
dan "Al Ma’adin" menerangkan mengenai tumbuhan. Berikutnya, karya-karya botani
yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di
wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar
kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang
perubatan.

 Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan
teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air
dan kincir angin.
4.3 TOKOH-TOKOH BOTANI

4.3.1 Al-Jahiz (164-255H / 780 – 868M)

Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang


bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar,
lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq.
Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku
di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan,
tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi,
perdagangan dan geografi. Dalam bidang botani beliau
telah menulis buku “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al
Ma’adin". Perbahasan buku ini selain menerangkan
keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah
tanah dan serangga.

4.3.2 Ibn Al-Baitar

Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad


Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan
farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau
lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di
sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol
pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani
daripada Abu al-Abbas al-Nabati. telah menyusun sebuah
buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang
diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan
bahan galian4. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah
al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1219, beliau
meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan
menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.Pengembaraan
itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di
darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-tempat
yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis,
Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya
al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai
tumbuh-tumbuhan perubatan.

4.3.3 Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)

Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah
seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

4.3.4 Al-Ghafiqi (meninggal 1165M)

Beliau berasal dari Cordava telah berjaya


mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan
Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang
dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau
telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan
dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan
rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu
“ Al-Adwiah Al-Mufaradhah” mengenai herba perubatan
telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam
bidang tersebut.
4.3.5 Al-Nabati

4
http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?
y=2003&dt=0730&pub=ESTIDOTMY&sec=Saintis_Islam&pg=si_01.htm
Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika
Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan
tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

4.4 Kesimpulan

Sudah terang lagikan bersuluh, ilmu botani merupakan salh satu ilmu yang harus
dipelajari sebagai ilmu pengetahuan tambahan. Dalam ilmu ini ramai ahlinya telah
mencipta dan menemui pelbagai penemuan yang amat diperlukan terutamanya pada
zaman ini yang kebanyakkannya lebih menjerumus ke dalam dunia digital. Oleh itu,
ilmu botani adalah salah satu cabang perubatan dimana melaluinya kita dapat mengkaji
sifat-sifat tumbuhan tersebut disamping mengaplikasinya.

Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah
sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun
begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh
masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka
menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era
penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan. Seperti kita
sedia maklum, masyarakat islam kini sudah mencapai tahap tamadun yang disegani
didunia, namun masih ada beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati dengan
kemajuan islam. Mereka mula memecah belahkan islam sehingga mereka yakin
bahawa islam tidak akan berkembang dengan lebih maju lagi. Hal ini kerana mereka
tahu yang banyak ladang telah diusahakan oleh umat islam sendiri dan hasilnya boleh
meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk islam dan secara tidak langsung pihak yang
ingin memecah belahkan umat islam terasa terancam,maka wujudlah perang tanpa
bersebab.

   

You might also like