You are on page 1of 14

4.

0 Pengaruh Elemen Tematik Dalam Kehidupan Sosial Kanak-Kanak

Hanya lima elemen-elemen tematik yang akan dibincangkan dan dihuraikan


lanjut dalam penulisan ini ialah elemen budaya; manusia, tempat dan alam sekitar;
perkembangan individu dan identiti; sains, teknologi serta masyarakat dan individu,
kelompok dan institusi. Kita akan melihat bagaimana kelima-lima elemen ini
mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak.

4.1 Budaya

"Budaya" secara amnya merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan


bahasa Inggerisnya culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere"
(mendiami, mengerjakan, menghormati). Terdapat berbagai-bagai penafsiran perkataan
"budaya" yang berbeza yang membayangkan teori penafsiran yang berlainan terhadap
pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia. Budaya atau kebudayaan
(berasal dari perkataan Sanskrit iaitu buddayah, yang merupakan kata jamak bagi
perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara am bermaksud
perkara berkaitan akal dan budi manusia. Di dalam pengertian yang lebih luas pula
bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dicipta oleh manusia, berlawanan dengan
"perkara semula jadi" atau nature yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh
manusia.

Amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu


proses perkembangan personaliti, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi atau kata asas gabungan
perkataan “budaya” yang bermaksud “budi + daya” iaitu bermaksud budi sebagai aspek
batin manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek zahir
manusia yang meliputi usaha dan hasil daripada usaha. Secara keseluruhannya,
budaya boleh difahamkan sebagai segala hasil sesebuah masyarakat manusia dalam
pelbagai bentuk konkrit ataupun abstrak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang
penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu
masyarakat yang lain.

Budaya adalah pewarisan, kepercayaan, nilai-nilai, dan pengetahuan asas


mengenai kehidupan yang merupakan salah satu aspek penting kerana ianya
memberikan gambaran kepada kita bahawa budaya mempunyai peranan yang
tersendiri dalam membentuk nilai dan personaliti peribadi manusia. Secara umum,
aspek-aspek kebudayaan dapat mempengaruhi perilaku manusia dalam kehidupan
seharian. Maksudnya, manusialah yang mencipta atau mempelajari sesuatu, serta
dapat menyesuaikan diri dengan budaya tertentu. Budaya membantu kita dalam
memahami dan mendalami sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Misalnya, kita
dapat memahami seseorang individu dan kelompok sesuatu masyarakat dalam
keadaan tertentu.

Budaya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Setiap budaya yang


diketengah dan ditonjolkan memberi kesan yang positif atau negatif dalam kehidupan
manusia Di sini, dapat dilihat betapa uniknya sesuatu kebudayaan sekiranya kita
menghayati dan menilainya dengan pandangan kita yang tersendiri. Setiap individu
mempunyai pandangan yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara. Justeru,
terpulang pada individu tersebut dalam memberikan pendapat tentang sesuatu perkara
umum.

Kewujudan beberapa perbezaan dan persamaan yang dapat dilihat melalui


keunikan sesuatu budaya. Bahkan, kita semua mempunyai pelbagai sistem anutan,
agama, cara hidup, nilai tradisi yang ingin ditonjolkan dalam kehidupan seharian. Dalam
pengajian sosial, budaya amat penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial kanak-
kanak. Bagi kanak-kanak pula, budaya adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan agar
pembentukan budaya yang baru bermula dalam diri mereka tidak akan dilupakan dan
sering bermain-main di fikiran mereka. Hal ini seterusnya dapat memupuk budaya yang
tidak dikenali diamalkan dalam kehidupan seharian.
Di persekitaran kita, bermain sambil belajar merupakan salah satu budaya
kanak-kanak yang sering dilihat di rumah mahupun di sekolah. Bermain sambil belajar
merupakan sesuatu perkara yang sedia ada dan menjadi kegiatan wajib anak-anak
dalam perkembangan minda, bakat, dan minat mereka terutama dalam membentuk
nilai disiplin diri yang kuat. Budaya ini banyak memberikan manfaat kepada kanak-
kanak dalam menjadikan diri mereka sebagai individu yang berkredibiliti serta
berdisiplin.

Perilaku sosial kanak-kanak turut dipengaruhi oleh budaya dan cara-cara


bagaimana kanak- kanak itu dibesarkan.Penyesuaian sosial merupakan satu proses di
mana kanak-kanak dilatih untuk berinteraksi secara harmonis dengan masyarakat.
Jelaslah bahawa bermain dianggap sebagai satu perkara penting bagi kanak-kanak.
Dengan proses ini juga kanak-kanak akan mempelajari dan membentuk sikap
persaudaraan dan pergaulan dalam perhubungan sosial secara tidak langsung.
Sebagai contohnya semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Semasa proses
kumpulan dilakukan, kanak-kanak akan memperolehi pengalaman aktif iaitu saling
mengenali, saling menolong dalam kumpulan, bertukar idea dan pendapat,
persefahaman dan bertoleransi.
Tambahan lagi, kanak-kanak juga dapat mempelajari tentang bagaimana untuk
menghormati hak- hak individu lain seperti menghormati sesuatu perkara dan tidak
menggunakan harta benda orang lain jika bukan miliknya, malah, sanggup berkongsi
sesuatu perkara dan sebagainya. Justeru itu, ibu bapa, para guru dan ahli masyarakat
harus memainkan peranan dalam menyediakan sumber-sumber yang dapat
menghiburkan hati kanak- kanak. Contohnya, alat-alat permainan dan aktiviti-aktiviti
sukan yang dapat mendorong kanak-kanak untuk mencapai tahap sosial yang
bersesuaian dengan umur mereka.

Kewujudan budaya membaca merupakan salah satu daripada amalan positif


yang banyak memberikan kesan-kesan kebaikan dalam kehidupan kanak-kanak.
Budaya membaca merupakan tempat pencarian ilmu terutama bagi kanak- kanak yang
semakin membesar dan mengenali alam sekitarnya. Ilmu merupakan harta terpenting
dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Ia banyak memberikan
manfaat terutama dalam melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek.
Justeru, budaya membaca harus disemai dan dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi
supaya dapat melahirkan generasi yang mampu mencipta sesuatu perubahan yang
baru dan bersesuaian di negara kita kelak.

Secara umumnya, semua negara di seluruh dunia mempunyai warisan kesenian


dan kebudayaannya yang tersendiri. Contohnya ialah muzik, tarian dan sebagainya.
Justeru, kanak-kanak perlu dibiasakan dengan warisan kesenian dan kebudayaannya
sendiri. Kebiasaannya, kanak-kanak akan diajar mengenali budaya bermula dari rumah.
Mereka perlu didedahkan dengan amalan-amalan budaya yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Maka, kanak-kanak akan berpotensi dalam menjana idea serta
bertukar pendapat mengenai kepelbagaian warisan kesenian dan kebudayaan negara.
Melalui kaedah ini juga, kanak-kanak dapat menyesuaikan diri mereka dengan
pelbagai kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negara.

Kesudahannya, jelaslah di sini bahawa budaya memainkan peranan yang


penting dalam menyingkap segala persoalan mengenai tingkahlaku kehidupan kanak-
kanak. Aspek budaya banyak memberi kesan kepada psikologi kanak-kanak dalam
pembentukan tingkahlaku mereka di samping dapat memberikan panduan bagi
memupuk sikap dan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

4.2 Manusia, Tempat & Alam Sekitar

Manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi yang tinggi sekali antara
semua benda hidup. Manusia dari segi psikologi pula merupakan haiwan yang bersosial
dan cara manusia bersosial secara tidak disedari adalah sangat kompleks dan lebih
maju berbanding makhluk lain. Dalam elemen ini kita akan melihat tentang hubungan
diantara manusia dengan tempat ia hidup serta alam sekitarnya yang mempengaruhi
kehidupan sosial kanak-kanak.
Menurut laman web National Council for the Social Studies, elemen tematik ini
ialah elemen yang belajar mengenai kemanusiaan, tempat dan persekitaran yangn
membolehkan kita memahami hubungan diantara demografi manusia dan dunia fizikal
secara lebih tepat lagi. Murid-murid akan belajar mengenai tempat tinggal manusia dan
tempat tinggal mereka sendiri. Pembelajaran ini juga termasuk dari sudut fizikal
persekitaran seperti perubahan iklim, cuaca dan musim, sumber alam sekitar seperti
tanah, bahan bakar dan juga pembelajaran tentang aspek kemanusiaan. Mereka juga
belajar mengenai kesan, pola dan penyebab kepada pendudukan manusia dan
mengapa manusia bermigrasi. Selain itu, mereka juga belajar mengenai pengkhususan
pekerjaan dalam kehidupan manusia dan mengapa ianya diperlukan, menyiasat kesan
aktiviti manusia kepada persekitaran. Ini membuatkan murid dapat mencapai ilmu
pengetahuan asas mengenai pembuatan keputusan dan meningkatkan hubungan
diantara manusia dalam persekitaran atau masyarakat.

Berlainan tempat tinggal akan memberi kesan kepada perbezaan kebudayaan,


cara hidup, ideologi, pengkhususan pekerjaan dan kehidupan sosial sesuatu
masyarakat. Komuniti masyarakat di pedalaman Keningau, Sabah berfikir secara amat
berbeza daripada seseorang yang hidup di bandar Ipoh. Komuniti yang tinggal di
kawasan tropika kelihatan amat berbeza dari mereka yang tinggal di kawasan
sederhana ataupun artik. Kehidupan sosial kanak-kanak juga dipengaruhi oleh tempat
alam sekitar. Perbezaan tempat ia dibesarkan mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak itu sendiri dari segi personaliti, pemikiran, rutin harian, komunikasi, budaya dan
sebagainya.

Sebagai contoh perbezaan tempat tinggal. Masyarakat yang tinggal di kota besar
berbeza daripada masyarakat yang tinggal di perkampungan. Masyarakat kampung
lebih menjurus kepada kegiatan ekonomi pertanian seperti pesawah, nelayan, tukang
rumah dan sebagainya. Masyarakat kampung juga mempunyai kesedaran perpaduan
antara komuniti masyarakat yang kuat sehinggakan mempertahankan kelompok dan
nilainya adalah lebih penting daripada individu. Ini dapat dilihat melalui amalan gotong-
royong yang kelihatan jelas berlaku dalam kehidupan masyarakat kampung. Sikap
sahsiah masyarakat kampung juga lebih condong untuk kepentingan keluarga.
Hubungan dengan ahli keluarga dengan jiran amat erat.

Justeru, kanak-kanak yang duduk di kampung atau desa mempunyai nilai-nilai


seperti mana yang wujud dan berlaku dalam masyarakat setempatnya. Contoh kanak-
kanak yang datang dari keluarga pelaut mempunyai kehidupan sosial yang sesuai
dengan tempat tinggal serta geografinya seperti, bermain dengan rakan-rakan di
kawasan pantai, bermain layang-layang, melakukan aktiviti menangkap ikan bersama-
sama anak-anak jiran yang lain.

Anak-anak kampung juga seringkali dilatih untuk hidup bersama masyarakat.


Kedua-dua ibubapa mereka akan membawa anak-anak mereka menyertai dalam setiap
aktiviti masyarakat. Secara tidak langsung amalan kerjasama, hormat menghormati dan
kemesraan dipupuk dalam diri kanak-kanak itu tadi melalui pemerhatian, ingatan dan
peneguhan yang berulang kali.

Menurut Dr. Zahyah dalam bukunya Pengenalan Sosiologi Ferdinand Tonnies


(1964) telah memperkenalkan suatu teori yang dinamakan teori konsep Gemeinschaft
dan Gessellschaft. Gesellschaft merujuk kepada hubungan yang tidak rapat dalam
sesebuah komuniti masyarakat dan mengamalkan sikap individualistik seperti
kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota-kota besar. Manakala Gemeinschaft
merujuk kepada ahli masyarakat yang mempunyai hubungan rapat seperti yang berlaku
dalam masyarakat desa dan perkampungan. Kesan dari konsep ini secara tidak
langsung mewujud kawalan sosial yang tidak formal oleh masyarakat tersebut. Ini dapat
mengawal tingkah laku kanak-kanak dibawah pengawasan jiran.

Persekitaran menjadi habitat bagi semua kehidupan termasuk manusia. Alam


dikaitkan dengan bumi dan sumber-sumber alam seperti haiwan, iklim, tanah, air, dan
sebagainya. Berdasarkan Arnold J. Toynbee dalam A study of History (1934), beliau
menyatakan pendapatnya bahawa alam sekeliling menyebabkan wujudnya suatu
peradaban manusia dan menjelaskan hubungan yang kuat antara alam dengan
pembentukan ciri-ciri peradaban seperti peradaban India, China dan barat yang
dijelaskan sebagai ‘jenis benua’, peradaban Maya yang dijelaskan sebagai ’jenis
belantara’.

Menurut Fredenic Le Play, seorang ahli sosiologi dari Perancis telah menyatakan
bahawa bentuk tertentu sesebuah keluarga itu adalah disebab oleh keadaan kerja yang
pula ditentukan oleh persekitaran (nature) tempat keluarga itu tinggal. Bagi melibatkan
faktor alam sekitar kepada kehidupan sosial kanak-kanak, antara contoh mudah ialah
seorang kanak-kanak yang duduk di kawasan pedalaman seperti kanak-kanak dari
masyarakat asli Che Wong di Malaysia, yang kehidupannya hanya meliputi sekitar
hutan. Mereka melakukan aktiviti berburu, mencari hasil hutan dalam kehidupan
mereka. Secara tidak langsung kehidupan sosial kanak-kanak juga dekat dengan alam
sekitar seperti bermain di pinggir hutan, pergi berburu, bermain di sungai, menyumpit,
mengetahui ilmu tentang tumbuhan herba dan peraturan permainannya juga
mempunyai saling hubung dengan alam.

Maka jelas, manusia, tempat dan alam sekitar saling bergantungan. Corak hidup
sosial kanak-kanak juga dipengaruhi tempat ia berada dan suasana alam sekitar.
Tempat tinggal yang kondusif, hubungan masyarakat yang mesra, serta tiada
pencemaran akan membantu kanak-kanak dalam perkembangan sosialnya. Aktiviti
sosial kanak-kanak juga menjadi tidak terhad, kanak-kanak bebas melakukan aktiviti
hariannya tanpa sekatan atau halangan sekitar.

4.3 Individu, Kelompok & Institusi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 575, individu ditakrifkan sebagai
orang perseorangan. Kita harus menyedari bahawa kitalah yang menjadikan
masyarakat itu hidup. Dari seorang individu sesebuah masyarakat terbentuk kesan dari
terbentuknya komunikasi. Sesebuah masyarakat itu juga tidak akan bererti kecuali
setiap individu itu nyata wujud. Sifat semulajadi manusia yang bergantung kepada
orang lain dalam masyarakat.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam karyanya
Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, beliau
menerangkan bahawa Jean Piaget telah menafsirkan individu sebagai suatu ’pemikiran
yang berpusat pada diri sendiri’ diperkembangkan kedalam ’penyelarasan yang
rasional’ dan didalamnya timbul ’logik perhubungan’ diantara individu dengan dunia
yang lain. Untuk mengaitkan dengan kehidupan sosial kanak-kanak, contoh terdekat
adalah ketika kanak-kanak mula bermain, ia hanya meniru dan bermain untuk dirinya
sendiri (secara individu), tapi kemudian kanak-kanak secara perlahan-lahan belajar
bermain dengan orang lain.

Komunikasi dan interaksi sosial yang wujud antara individu dengan individu lain
mewujudkan kelompok sosial. Ini kerana manusia tidak hidup berseorangan tetapi
hidup bersama kelompok-kelompok manusia yang lain. Kelompok dapat didefinisikan
sebagai dua atau lebih manusia yang diantara mereka terdapat pola saling tindakan
yang dapat difahami oleh ahlinya atau orang lain. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan kelompok boleh didefinisikan
sebagai himpunan beberapa orang, binatang atau benda dalam kumpulan yang kecil
atau sederhana besar. Secara umumnya kelompok dirujuk sebagai sekumpulan
manusia yang mempunyai sesuatu persamaan seperti tujuan, hobi, perangai dan
sebagainya.

Mengikut laman web ensiklopedia Wikipedia, kelompok dapat dibahagikan


kepada dua jenis kelompok iaitu kelompok primer dan kelompok sekunder. Walau
bagaimanapun dalam konteks perbincangan ini fokus diberikan kepada kelompok
primer yang banyak mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Kelopok asas atau
primer ini amat penting dalam membentuk personaliti kanak-kanak, konsep kendiri,
harga diri dan dirinya diterima oleh masyarakat.

Kelompok sepermainan, kelompok jiran, kelompok sahabat rapat, kelompok


keluarga adalah antara kelompok primer ataupun kelompok asas yang hampir dengan
kanak-kanak. Kanak-kanak ini tadi akan mewujudkan interaksi yang rapat, intim antara
satu sama lain dan memberikan sokongan hingga mewujudkan kemesraan dan rasa
semangat kekitaan dalam ahli kelompoknya.

Menurut Mok Soon Sang (2009) dalam Perkembangan Kanak-kanak, Urie


Bronfenbrenner (1979) telah memperkenalkan teori Bronfenbrenner pada tahun 1979
yang antara lain mengetengahkan idea bahawa kelompok asas ataupun primer ini
dikenali sebagai persekitaran Mikrosistem iaitu meliputi ibubapa, rakan, adik beradik
dan jiran terdekat. Persekitaran Mikrosistem ataupun kelompok asas adalah kelompok
yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kelompok asas seperti keluarga akan
bertanggungjawab membentuk personaliti, cara kanak-kanak bersosial dan sebagainya.
Kasih sayang yang sepenuhnya dari keluarga serta interaksi yang baik antara kanak-
kanak dengan keluarganya akan membantukan dalam bermasyarakat dan membina
keyakinan serta harga diri yang tinggi. Selain itu kelompok asas ini mewujudkan
perasaan, semangat, nilai tingkah laku yang kuat antara rakan sepermainannya
sehinggakan kanak-kanak agak sukar untuk berpindah ke tempat lain kerana keberatan
meninggalkan kelompok asasnya itu tadi.

Daripada kelompok, terbentuk pula institusi. Institusi adalah pola aktiviti yang
tetap yang tertubuh untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Menurut Sumner (1840-
1910) seorang pakar sosiologi Amerika telah menerangkan bahawa institusi adalah
satu ’konsep bercampur struktur’. Institusi ini bukan sahaja pola yang dinyatakan di atas
sahaja tetapi juga pola organisasi bagi melaksanakannya. Sebagai contoh, keluarga,
pedidikan, ekonomi adalah antara bentuk institusi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, institusi boleh ditakrifkan sebagi badan
atau organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan tertentu. Menurut kamus yang sama,
institusi juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang sudah berakar umbi dan kukuh
dalam masyarakat. Kini wujud banyak institusi namun dalam konteks perbincangan ini,
institusi keluarga dipilih untuk membuat perkaitan yang jelas antara fungsi institusi
terhadap kanak-kanak. Perlu diketahui bahawa keluarga memainkan peranan besar
dala pembentukan sesebuah masyarakat. Keluarga terdiri daripada ibu bapa serta
anak-anak serta tinggal sebumbung melalui suatu proses perkahwinan.

Ibu bapa dan ahli-ahli dalam keluarga tersebut mempunyai pola aktiviti yang
tetap. Ini termasuklah fungsinya menjadi pelindung kepada ahli-ahlinya, menentukan
taraf ahlinyanya, menjadi agen sosialisasi, membentuk kawalan sosial. Kanak-kanak
yang datang dari sebuah institusi keluarga yang mengamalkan cara hidup positif akan
menjadi kanak-kanak yang berfikir dan berkelakuan positif selaras dengan norma-
norma serta nilai masyarakat.

Jika penggerak pola tersebut menjalankan sepenuhnya peranan yang


sewajarnya dalam sebuah institusi kekeluargaan sehinggakan dapat mewujudkan
keluarga yang bahagia pastinya institiusi tersebut akan dapat menghindarkan ahli-ahli
dalam keluarganya daripada perkara negatif. Maka tidak akan ada kedengaran kanak-
kanak diculik, dijadikan sebagai sumber ekonomi keluarga atau kejadian lari diri dan
sebagainya.

4.4 Perkembangan Individu & Identiti

Kewujudan konsep perkembangan individu secara holistik adalah seiring dengan


kehendak pendidikan pada masa kini. Ini terbukti dengan wujudnya usaha yang
berkesan dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah, berketrampilan
seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Individu yang dilahirkan melalui proses pendidikan perlu mempunyai kemahiran,
mempunyai pemikiran kreatif, rasional, keperibadian yang mulia dan seterusnya mampu
memberi sumbangan ke arah kesejahteraan diri, keluarga serta kemakmuran
masyarakat serta negara.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 730 dan 558, perkembangan
bermaksud perihal proses berkembang iaitu menjadi maju dan tersebar, membiak,
meluas dan tumbesaran. Manakala identiti membawa maksud sifat-sifat ataupun ciri-ciri
seseorang yang terdapat padanya sesuatu yang menyeluruh.

Kesemua individu mempunyai lambang identiti mereka tersendiri. Identiti diri


memberi satu gambaran menyeluruh tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin
dicapainya. Setiap orang mempunyai identiti diri yang berlainan, maka dalam membina
identiti diri, seseorang individu perlu berusaha untuk memperkemaskan dan
meningkatkan potensi dan bakat masing-masing. Potensi ialah bakat, kebolehan dan
kekuatan yang ada pada diri mereka. Potensi diri sebenarnya dapat dipupuk dan diasah
melalui pendidikan dan latihan secara berterusan. Kanak-kanak berpotensi untuk
mengembangkan diri sendiri dalam segenap aspek iaitu intelek, jasmani, emosi dan
rohani seterusnya ianya membawa kepada perkembangan individu serta melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai matlamat hidup dalam dirinya.

Dengan ini seseorang kanak-kanak yang mempunyai identiti diri yang positif
akan lebih yakin pada dirinya dan sentiasa ingin mengembangkan potensinya ke tahap
yang lebih positif dan baik. Perkembangan potensi diri membolehkan seseorang
mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti bermasyarakat. Nilai
sesebuah identiti diri dibentuk melalui proses didikan dan pengalaman serta
perkembangan melalui komunikasi dan interaksi dengan individu lain dalam proses
bersosialisasi. Ini menyebabbkan identiti diri memainkan peranan penting dalam
membentuk perwatakan, sikap dan personaliti individu yang perlu dibangunkan ke arah
menjadi insan yang baik, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmaninya.

Perkembangan individu memerlukan nilai-nilai murni untuk dipupuk dalam diri


setiap kanak-kanak. Terutama memberi khidmat budi kepada komuniti masyarakat,
keagamaan dan negara. Justeru itu, keadaan ini amat membantu dalam aspek
mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia dengan
memberi penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran, perasaan dan
keperibadian. Identiti seseorang kanak-kanak dapat digilap dengan memberi tumpuan
kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian (spiritual) dan moral kanak-kanak
melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Ianya boleh menjadi panduan hidup
bagi membolehkan kanak-kanak mengenali individu lain dengan baik. Insan yang
berakhlak mulia akan dapat memberi sumbangan kepada perkembangan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Justeru, perkembangan individu dan identiti amat penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Malah, dalam proses tumbesaran, hal ini amat
penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial mereka. Pengenalan kepada identiti
harus dititikberatkan.

4.5 Sains, Teknologi & Masyarakat

Sains dan teknologi hari ini kian mendapat perhatian oleh seluruh masyarakat
dunia. Namun apakah dia sains dan teknologi itu sendiri. Terdapat pelbagai
pendefinisian yang boleh didapati dari pelbagai sumber. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat halaman 1367 dan 1630, sains membawa maksud ilmu pengetahuan yang
teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan. Manakala teknologi membawa
maksud aktiviti ataupun kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan
praktis dalam industry, pertanian dan sebagainya.

Menurut laman web mengenai sains iaitu www.sciencemadesimple.com,


perkataan sains berasal dari bahasa latin iaitu ‘scientia’, bermaksud ilmu pengetahuan.
Menurut laman web tersebut, sains boleh didefinisikan "knowledge attained through
study or practice," or "knowledge covering general truths of the operation of general
laws, esp. as obtained and tested through scientific method [and] concerned with the
physical world." Manakala menurut web ensiklopedia Wikipedia, perkataan technology
berasal dari perkataan Greek iaitu ‘technología’ membawa maksud seni, kemahiran dan
pertukangan. Definisi teknologi mengikut Wikipedia ialah “the usage and knowledge of
tools, techniques, crafts, systems or methods of organization in order to solve a
problem or serve some purpose.”
Dengan adanya sains dan teknologi, ianya boleh membawa suatu perubahan
dalam masyarakat samada dari sudut positif ataupun negatif. Sebagai contohnya
teknologi yang dibawa dalam bidang perkilangan boleh menguatkan persatuan
perusahaan secara positifnya tetapi kesan negatifnya ialah akan melemahkan kesatuan
kerja tangan dan seni tangan. Hasil produktiviti telah dapat ditingkatkan dengan lebih
cepat namun kekurangan yang ditunjukkan kesan dari teknologi adalah kurangnya guna
tenaga manusia kerana penggunaan mesin, jentera dan alat robotik untuk
mengeluarkan produk. Akibatnya akan wujudlah perubahan-perubahan sosial negatif
ataupun positif dalam komuniti masyarakat.

Disamping itu, perubahan sains dan teknologi telah menggalakkan


perkembangan pelbagai industri. Kilang-kilang dan kawasan perindustrian semakin
banyak dibina bagi memenuhi keperluan-keperluan manusia. Peluang-peluang kerja
terbuka dengan lebih luas sekali. Secara tidak langsung telah menggalakkan migrasi
masyarakat luar bandar ke kawasan bandar yang dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan. Tambahan pula dengan wujudnya faktor penolak di kawasan luar bandar
apabila teknologi menggantikan manusia dalam bidang pertanian dan penternakan.
Penghijrahan masyarakat ini turut memberi kesan terhadap sosiobudaya mereka.
Kanak-kanak yang berasal dari luar bandar yang berhijrah mengikut keluarga ke bandar
akan mengalami suatu perubahan secara kejutan budaya dari segi budaya, sosial dan
sebagainya. Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kejutan budaya mengejut kesan
dari perubahan suasana masyarakat luar bandar kepada masyarakat bandar. Menurut
Dr. Zahyah dalam karanya Pengenalan Sosiologi menerangkan kejutan budaya
bermaksud perasaan yang bersifat mengelirukan (disorienting) dalam menekan
(stressful) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki ataupun mengalami
persekitaran budaya yang asing.

Justeru, kesan sains dan teknologi perlu diihat dalam pelbagai aspek antaranya
akibat-akibat bukan sahaja dari sudut positif malahan negatif. Perubahan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan misalnya telah meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia. Pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan berupaya
membentuk pemikiran yang lebih luas dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak lagi
hanya berpegang kepada fungsi penelaahan buku semata-mata tetapi dapat menimba
ilmu tanpa sempadan.

Perkembangan sains dan teknologi telah membawa perubahan sosial dalam


masyarakat. Ini termasuklah dari segi fungsi masyarakat, keupayaan masyarakat dalam
kelompoknya. Kesan perubahan ini akan membawa perubahan dalam dua sudut iaitu
sudut positif dan negatif. Walaupun begitu tidak harus perubahan ini menyekat
perkembangan sosial kanak-kanak, seharusnya ia mampu memberi faedah dalam
meningkatkan mobiliti seorang kanak-kanak dan kehidupannnya secara menyeluruh.

You might also like