You are on page 1of 9

7.

0 CADANGAN CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL

Selain punca-punca lain, terdapat punca lain yang mendatangkan gejala sosial
adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional
berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak
saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan
pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan
lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai
kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara
baru dan trendy, iaitu bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia.
Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tatu bahkan
sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan
pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah- masalah gejala sosial yang
lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena
yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam
Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan
dan perlu dielakkan.

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Dalam dunia serba moden


ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan, oleh sebab itu mereka menjadi
semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,
masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap
saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional juga
sudah ditinggalkan. Bukan saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu
tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah
sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat
mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim. Firman Allah
SWT :
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di
antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13

Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau
perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara
dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang
menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari
melakukannya. Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia
akibat dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk
mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis kaedah
yang boleh diambil.

7.1 Peranan Ibubapa

Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-
punca Dan Cara-cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca
paling utama yang menyumbang kepada kebejatan masalah sosial ialah kurangnya
kasih sayang dari keluarga. Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam
artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan
Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang harus diambil ialah menghidupkan
kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian
anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010)
dalam tulisannya di akhbar Berita Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang
Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa akibat dari kesibukan kedua
ibubapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga
hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak diambil
tindakan. Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu
ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan
keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai
murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model
kepada anak.

7.2 Peranan Pihak Sekolah

Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian
yang boleh diambil dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah
memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh
dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem
perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban
dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis
yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan
pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah perundangan, langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-
kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG janganlah jadi umpama “Kucing tak
bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi”

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan
yang harus dimainkan oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah
sosial ini. Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru
dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi
pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan
setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga memperbaiki
suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya
yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota
sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh akan
nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran
menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain,
menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai,
bekerjasama, melakukan self-criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati
ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti
dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan
sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang
bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri
sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih
meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah
langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah
terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan
bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang
bermaksud :

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur


tujuh tahun dan pukullah mereka (kerana enggan sembahyang)
apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu
Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau


hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk
kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan
menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan
dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan
memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi
tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit
kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan
sebagainya. Firman Allah :
َ ِ‫ب اَل ْن َفضُّوا مِنْ َح ْول‬
‫ك‬ َ ‫َف ِب َما َرحْ َم ٍة مِنْ هَّللا ِ لِ ْنتَ لَ ُه ْم َولَ ْو ُك ْنتَ َف ًّظا غَ ل‬
ِ ‫ِيظ ْال َق ْل‬

"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut


menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar
nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah Ali Imran : ayat 159)

7.3 Peranan Media Massa

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa
merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan
berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi
dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-
amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi,
mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut
perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau,
faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media
massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan
menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti


ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam
mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan
serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak
atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh
menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran
teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
7.4 Peranan Rakan Sebaya

Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan
antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu
ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu
yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan
sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang
menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan
mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi
yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972)
menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi
jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran
ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan
adalah :

 kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa


mereka dan para penjaga mereka
 kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang
mereka lakukan
 wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan
pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan
kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah
mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat
dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan
sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan
dewasa.
7.5 Peranan Rumah Ibadah

Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah
ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk
menyembah Allah secara berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat
Islam, bahkan di kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid yang berbagai
bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi
lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid
mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-
nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam
lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan
oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah
membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid,
roh Islam dan akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah
manusia kepada Allah. Ilmu yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri
khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur,
soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu
disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah
ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang


boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak
dan sahsiah umat . Antaranya ialah:

1. Kelas Fardu Ain


2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid (Rakan Masjid)

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan


Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling
untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan
mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku
rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

You might also like