You are on page 1of 4

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT


_________________________________________________________________________
KOD KURSUS /COURSE CODE : HBEF2103
TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SEMESTER /SEMESTER : JANUARI/JANUARY 2011
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul
bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the
language of the printed module for the course.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English.

3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the
language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation
and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times
New Roman font and 1.5 line spacing.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan
dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000
words excluding references. The number of words should be shown at the end of your
assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk
kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda
dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must
submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the
procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your
submitted assignment for personal reference.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit
your assignment ONCE only in a SINGLE file.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 27 April 2011 hingga 8 Mei 2011. Serahan
selepas 8 Mei 2011 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between
27 April 2011 and 8 May 2011. Submission after 8 May 2011 will NOT be accepted.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. /
Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s
assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.

1
SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

SOALAN / QUESTION

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru-guru berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari aspek kecerdasan, sosioemosi, latar belakang sosioekonomi, dan
sebagainya. Guru-guru perlu menganalisis masalah yang timbul, membuat refleksi dan
merancang strategi untuk mengatasi masalah tersebut agar pengajaran dapat dijalankan
dengan berkesan dan pelajar gembira belajar. Berdasarkan gambaran tersebut:

Tulis satu senario hipotetikal atau yang sebenar tentang masalah pembelajaran yang wujud di
dalam sesebuah kelas. Huraikan masalah tersebut dari perspektif teori pembelajaran atau teori
perkembangan yang berbeza (contoh: Teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov, Teori Pelaziman
Operan Skinner, Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, Teori Perkembangan oleh Piaget,
Teori Psikososial oleh Erkson, Bronfenbrenner, dsb). Seterusnya sediakan suatu rancangan
untuk mengatasi masalah pelajar tersebut.
[Jumlah: 30 markah]

Panduan lengkap penulisan laporan dan agihan markah adalah seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah:
Kriteria: Tulis satu laporan akademik antara 2500 Catatan:
hingga 3000 patah perkataan berdasarkan soalan
yang diberikan. Laporan ini dibahagikan kepada tiga Tugasan ini berbentuk terbuka. Pelajar
bahagian. diberikan alternatif untuk menulis kembali
situasi sebenar di dalam kelas atau menulis
Bahagian 1 : Menulis senario pengajaran pembelajaran situasi rekaan berdasarkan pengalaman.
(5 markah) Pelajar digalakkan untuk merujuk kepada
Bahagian 2: Huraian masalah mengikut teori rubrik atau skema pemarkahan sebagai
pembelajaran dan teori perkembangan panduan menjawab soalan tugasan.
(15 marks)
Bahagian 3: Pelan mengatasi masalah berlandaskan
teori pembelajaran (10 markah)

2
Rubrik atau Panduan Pemarkahan

Bahagian 1 : Bahagian 1 : Menulis senario pengajaran pembelajaran (5 markah)


Menulis senario pengajaran
pembelajaran (5 markah) (a) Tulis senario tentang situasi kelas yang memaparkan masalah
yang timbul semasa pengajaran pembelajaran.
(b) Antara contoh masalah pengajaran pembelajaran adalah seperti
berikut:
i. kelas bising – pelajar tidak menumpukan perhatian
terhadap pengajaran atau melakukan kerja lain yang
mengganggu pengajaran
ii. pelajar hilang minat kerana sikap guru yang dianggap
keterlaluan
iii. pelajar kelihatan sedih dan tidak menumpukan perhatian di
dalam kelas
iv. masalah lain
Bahagian 2: Bahagian 2 : Huraian masalah mengikut teori pembelajaran (15
Huraian masalah mengikut teori markah)
pembelajaran (15 markah)
(a) Kenal pasti beberapa masalah
(b) Huraikan masalah tersebut mengikut teori pembelajaran.
Contoh:
i. Pelajar bising kerana pengajaran membosankan. Ada juga
pelajar yang tidak menumpukan perhatian kerana tidak
memahami pengajaran guru. Ada pelajar meniru gaya rakan
mereka yang popular di dalam kelas membuatkan kelas
gelak dan bertambah bising.

Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran


Sosial oleh Bandura. Menurut Bandura, tingkah laku
manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling.
Dalam kes tersebut, pelajar meniru gaya rakan mereka
seperti berpura-pura mengantuk, melukis kartun dalam buku,
dan mengunyah gula-gula tanpa pengetahuan guru.
Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati
wujud dalam kes tersebut. Peniruan terhadap tingkah laku itu
berlaku kerana pelajar sudah tidak memberikan perhatian
lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya mereka
3
memberikan perhatian kepada rakan mereka yang dianggap
menghiburkan. Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat,
kemudian mereka mengikut tingkah laku itu seperti melukis
kartun pada buku. Rakan-rakan lain gelak seolah-olah
memuji tindakan tersebut. Hal ini menyebabkan makin ramai
pelajar turut melukis kartun kerana mendapat suatu kepuasan
apabila melihat rakan-rakan senyum dan ketawa, ada yang
menunjukkan isyarat ‘bagus’.

ii. Huraian lain yang dikaitkan dengan teori pembelajaran dan


teori perkembangan
Bahagian 3: Bahagian 3: Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori
Pelan mengatasi masalah pembelajaran (10 markah)
berlandaskan teori pembelajaran
(10 markah) Pelan tindakan itu menggambarkan implikasi teori. Contoh:
i. implikasi teori Behavioris:
andaian: pengaruh persekitaran membuatkan pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian

implikasi pengajaran: wujudkan persekitaran kelas yang


mengukuhkan tingkah laku positif

contoh: apabila pelajar menghadapi masalah memahami


pelajaran atau melakukan kerja secara bersendirian, guru
hendaklah memuji pelajar itu setiap kali dia menyelesaikan
sesuatu masalah/berjaya menjawab soalan tanpa bantuan guru
Jumlah Markah 30%

You might also like