You are on page 1of 22

Falsafah & Tokoh

Prasekolah:
Tokoh Barat
FRIEDRICH FROBEL
Memperkenalkan konsep
"Taman kanak- kanak”

Berpendapat: Semua benda


dalam dunia berfungsi
memenuhi kehendak tuhan.
Setiap manusia juga berfungsi
memenuhi kehendak ini.

Menurut beliau, pendidikan


membimbing manusia kearah
memahami dan menerima diri
sendiri, serta menyatukannya
dgn alam semulajadi dan
Tuhan.
Frobel percaya setiap manusia, walaupun masih kecil,
perlu dihormati dan dianggap sbg penting.

Taman kanak- kanak merupakan suatu taman yang


mengaitkan rumah dengan sekolah formal.

Pada tahun 1837, beliau memulakan program


kindergarten yg pertama di jerman.

Taman permainan kanak- kanak ini diwujudkan untuk


kanak- kanak berumur empat dan lima tahun,
berasaskan "bermain sambil belajar“

Taman ini bertujuan menyediakan kanak- kanak bagi


memasuki tahun pertama dalam sekolah biasa.
 Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti yang
terancang dan membenarkan kanak- kanak bergerak
daripada aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas.

 Foebel percaya proses pembelajaran yang paling


berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan
yang mengembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti
pilihan sendiri untuk kanak- kanak.

 Apabila kanak- kanak memilih sesuatu aktiviti bermain,


mereka pasti akan memilih sesuatu secara
menggembirakan. Dalam keadaan bermain, secara tidak
langsung, kanak- kanak berpeluang melatih kemahiran
yang sedang berkembang.
 Froebel menegaskan bahawa dua ciri yang penting dalam
pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat
awal iaitu :
 Kebebasan
 Kreativiti

 Setiap kanak- kanak itu unik. Oleh yang demikian,


mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan
semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan
membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung untuk
menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami
proses pembelajaran yang bermakna.
 Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran
kanak- kanak. Aktiviti bermain yang sesuai membantu
kanak- kanak dalam memikirkan perhubungan antara:

 Aktiviti kendiri dan soal hidup


 Perbuatan dan pemikiran
 Perwakilan dan pengetahuan
 Pemahaman dengan kebolehan
CONTOH PEMBELAJARAN
 Bahan permainan yang beliau namakan "hadiah" boleh
didapati dalam persekitaran semulajadi kanak- kanak.

 Hadiah tersebut, yang wujud dalam bentuk tiga segi,


empat segi, bulat garis, silinder, sfera dan kiub
membantu kanak- kanak meneroka ciri- ciri semulajadi
objek dan memahami perhubungan antara objek yang
wujud dalam alam sekitar dengan kanak- kanak.

 Aktiviti berbentuk hadiah seperti blok binaan membantu


perkembangan konsep matematik dan corak.
 Perkembangan konsep melalui hadiah diperkukuhkan lagi
oleh 'pekerjaan' seperti melukis, menganyam, menulis puisi
ataupun lagu dan aktiviti bercerita dan perbincangan.

 Froebel membezakan aktiviti berbentuk pekerjaan daripada


aktiviti berbentuk hadiah.

 Aktiviti berbentuk hadiah membantu memahami sesuatu


konsep.

 Aktiviti berbentuk pekerjaan pula membantu kanak- kanak


membentuk semula sesuatu idea (bukan setakat meniru
tanpa berfikir)
 Menurut Froebel, bagi mengajar kanak- kanak secara
berkesan, seseorang guru perlu manarik minat dan
perhatian kanak- kanak.

 Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak- kanak


terusik, secara tidak langsung, mereka terdorong belajar
sesuatu yang baru.

 Misalnya, aktiviti menghafal lagu ataupun puisi


membantu kemahiran berbahasa
MARIA MONTESSORI
 Merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam
bidang perubatan dari sebuah universiti di Itali.

 Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah


kanak- kanak istimewa yang terkenal sebagai Sekolah
Montessori.

 Montessori menyokong froebel dalam pendapat


membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti
bermain.
 Menurut beliau, dalam keadaan bermain, kanak- kanak
sebenarnya 'bekerja' bersungguh- sungguh bagi
menguasai sesuatu kemahiran.

 Seperti juga Pestalozzi, beliau juga menyarankan sepaya


kanak- kanak digalakkan menggunakan alat deria yang
sedia ada pada mereka bagi meneroka persekitaran dan
menambah pengetahuan mereka.

 Montessori mempercayai kanak- kanak akan


menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti
pembelajaran apabila mereka cukup matang dan
bersedia mempelajarinya.
 Oleh yang demikian, satu persekitaran yang lengkap
perlu disediakan supaya kanak- kanak dapat
menerokainya pada masa dan tahap yang sesuai.

 Guru merupakan pemudah cara dalam proses


pembelajaran kanak- kanak.

 Guru menyokong kanak- kanak apabila mereka


menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara
menjawab soalan dan membantu mereka ketika nabtuan
diperlukan.

 Guru merupakan pemudah cara sahaja, bukan penentu


bentuk ataupun jenis pengajaran yang harus diterima
oleh kanak- kanak.
 Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam
pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat
awal. Antaranya adalah konsep berikut:

 Minda yang mudah menyerap


 Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah
menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria
mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut.

 Seseorang kanak- kanak mula menyerap kejadian yang


berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini
daripada saat kelahiran lagi. Misalnya, mereka
berpengalaman melihat pelbagai jenis bentuk dan jenis
bola dalam proses membesar.

 Apabila mereka sedah bersedia mempelajari konsep


'bola' ini tidak terhad pada bola yang tertentu sahaja
 Persekitaran yang tersedia

 Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-


kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan
pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan
konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila kanak-
kanak memerlukannya

 Bagi tujuan ini, bahan pembelajaran perlu dipilih dan


disusun dangan teliti supaya kanak- kanak tertarik
menerokai danmenggunakannya mengikut minat dan
keperluan perkembangan mereka.

 Meja dan kerusi perlu bersaiz kanak- kanak dan selesa


untuk digunakn oleh mereka.
Didikan diri
  Kanak- kanak mampu menjelaskan persepsi mereka
dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai,
apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap
dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik

  Kanak- kanak berkebolehan menyusun pengetahuan


mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran.

  Guru tidak perlu mengajar kanak- kanak secara


formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing
mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
  Terdapat satu set bahan untuk setiap prosedur pembelajaran
misalnya, set tumbuhan. Bahan pembelajaran Montessori biasanya
berbentuk ‘betul diri” (self- correcting)

  Kanak- kanak dekehendaki meniru dan mengulan apa yang


mereka perlu perhatikan. Sekiranya cara mereka menggunakannya
tidak mengikut prosedur, mereka akan mendapat maklumbalas
secara langsung melalui aktiviti tersebut. Misalnya, dalam aktiviti
‘menara merah jambu’ (pink tower), satu set susunan seriasi iaitu
menyusun daripada besar ke kecil ataupun sebaliknya. Bahannya
adalah di mana bongkah yang paling besar terletak dibawah. Begitu
juga sebaliknya. Jika kanak- kanak tersalah susun, menara itu akan
jatuh dan kanak- kanak akan berusaha membinanya semula
sehingga berjaya. Setelah berjaya, mereka boleh dibenarkan
menggunakan bahan lain supaya dapat mengukuhkan lagi
kemahiran baru ini dan dapat mengalakkan kebolehan berfikir
secara kritis
 Bahan akademik seperti pelbagai bahan abjad
yang mudah alih bagi menggalakkan kanak- kanak
mengenal huruf dan membentuk perkataan.
 Bahan seni dan budaya yang dapat dibentuk bagi
membantu kanak- kanak menghayati muzik, ritma
lagu, irama serta mempelajari pengawalan
pergerakan badan dan aktiviti menari. Mereka juga
diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.

 Guru hanya boleh menunjuk ajar cara yang betul


bagaimana menggunakan bahan tersebut supaya kanak-
kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas
dan sukarela.
 Kemajuan diri lebih penting berbanding fakta yang
dipelajari untuk kemajuan intelektual.

 Montessori juga mengesyorkan kurikulum yang


menggalakkan perkembangan fizikal melalui permainan
luar dan permainan berbentuk ritma, perkembangan
sosial melalui perbincangan mengenai tingkahlaku yang
sesuai ketika bermain dan menghormati keperluan rakan
sebaya, perkembangan intelektual melalui aktiviti
menyusun dan mengumpul, konsep perbendaharaan
kata, maklumat sains dan matematik serta literasi iaitu
mengenal abjad dan perkataan
 Kanak- kanak yang biasa berdikari dalam proses
pembelajaran akan terus belajar secara demikian
apabila dewasa kelak.

 Maklumat yang diterima melalui deria adalah


maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran

 Bahan pembelajaran yang dibentuk oleh Montessori


melatihkan kanak- kanak berdikari dalam mengurus
diri dan persekitarannya melalui pengalaman
sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan
“betul-diri”
MARGARET MAC MILLAN
 Pada tahun 1911, Rachel dan Margaret McMillan
memulakan satu institusi untuk kanak-kanak yang
berumur dua hingga empat tahun. Institusi ini
dinamakan taman asuhan yang mana memberi
pengalaman berasaskan pengalaman sebenar.
 Taman asuhan ini memberi pengalaman kepada mereka
untuk meluahkan perasaan melalui seni, binaan blok,
permainan drama dan aktiviti bahasa seperti bercerita,
menyanyi dan berbincang. Pengendalian taman ini
adalah berasaskan prinsip berikut:

 Kanak-kanak perlu berinteraksi dengan rakan sebaya.


 Aktiviti bermain berfaedah dari segi pengalaman bagi
meneroka dan meluahkan perasaan.
 Kanak-kanak kecil perlu membina kebolehan berpisah daripada ibu
bapa secara beransur-ansur.

 Guru berperanan membimbing kanak- kanak mengawal tekanan


emosi.

 Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak di rumah dan


di sekolah adalah wajib.

You might also like