You are on page 1of 26

Apakah itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-
gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan
dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!


Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse"
atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau
"misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah
akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup
anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya
anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952
untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan
penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan
"ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah - dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna" .

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
 Diperoleh secara haram
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti


berikut :

 Opiat dan Opiat sintetik


 Stimulan
 Ganja
 Halusinogen
 Depresen
 Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada
buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin.
Jenis-jenis opiat

Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti
sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"

Morfin Mentah
 Bentuk blok/serbuk
 Bertanda "999"
 Megandungi 70% - 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Megandungi 60% - 70% morfin

Pil-pil Morfin
 Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"

Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang
perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik


Nama Jalanan : Ubat batuk

Opiat Sentetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" , "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone" digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik


Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"

Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan
kokain.
Jenis-jenis Stimulan

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini


tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan
"Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur
("chasing the dragon")

Methamphetamine

"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh
"methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")


Nama Jalanan : "Ice"

Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika
Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.

Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles".
"Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

MDMA

"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia


dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada
pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika
dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya
421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang
utama.
Jenis-jenis Ganja/Kanabis

Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% - 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama
makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja"
Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda
ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12%


Cara Menggunakan : Menghisap

Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada
udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD,


DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini
ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara- negara barat.
Depresen

Ubat "Depresen"

Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak
dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5",
"rohypnol" dan "valium".

"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna "club
drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap
"erimin- 5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab
malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol.
"Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-
kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan
sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol
bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

Cara Menggunakan : Minum


Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.

GHB

"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil
dan kapsul. GHB atau "gamma- hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan
dikeluarkan

dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape
drugs" kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan
dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

Steriod

Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steriod digunakan oleh doktor
untuk merawat pesakit lelah dan lain- lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia
walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau
peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang
buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol
boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

Daun Ketum
Selain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai
racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan
rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.

Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.

Dadah Dari Sudut Agama

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang
dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil
pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk
dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya
mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan- keburukan dan
membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud:
“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-
baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna
atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat
menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi
wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan
anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:


“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...”
Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al- Sabiq (bekas Mufti
Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184)
bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan
perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh
Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah
hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya
seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat
tentang khamar.

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2)
pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya,
(8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”
Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah
adalah haram hukumnya seperti:
• Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
• Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
• Menjual beli dadah.
• Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan

Pandangan Agama Hindu

Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa:


“Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada
bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”.

Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala
tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya
menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan
pemikiran tetapi juga tubuh fizikal.

Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma
atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan
diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh
kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”.

Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi
kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.

Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa


penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada
Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu
tertentu.

Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:
• Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang
penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu.
Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah- muntah, cirit-birit,
menggeletar dan sebagainya.

• Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara
normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos
dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahapp kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah
itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :-

 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-
keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
 Daya tahan meningkat.
 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
 Berada terdesak atau gian untuk menggunkan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang
atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk
beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan
menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap
atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah aktiviti penagih.

f) Situasi ketika menggunakan dadah


Keadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada
orang atau tiada orang lain hadir bersama.

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada
penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-
belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat- pusat pengajian
tinggi.
Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan
dadah adalah kerana :-
i. Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya
sendiri
ii. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
iii. Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan
yang sebaya dengannya.
iv. Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
v. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
vi. Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
vii. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi
manfaat dan berfaedah.
viii. Masalah dan tekanan rumah tangga
ix. Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
x. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya dengan cara menjadi pengedar.
xi. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi
pengguna baru.
xii. •

xiii. Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-


• kesan kepada penagih
• kesan kepada keluarga
• kesan kepada masyarakat
• kesan kepada Negara

Kesan Kepada Penagih


Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti
dalam khayalan.
Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis,
Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan Kepada Keluarga


Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak
untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Kesan Kepada Masyarakat


mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan
pembunuhan.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja
dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.

Kesan Kepada Negara


Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah
terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan
tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat
berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :
 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup
dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang- barang yang mudah dijual dari
rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat
bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada
diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
Undang-undang Dadah Malaysia

Undang – undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti menghilang, memgimport,


meneksport, menyimpan, memyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor,
mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau
mengedar mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah
berbahaya. Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-
• 15 gram atau lebih berat heroin
• 15 gram atau lebih berat morfin
• 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
• 1,000 gram atau lebih berat candu masak
• 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
• 200 gram atau lebih berat ganja
• 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
• 40 gram atau lebih berat kokain
• 2,000 gram atau lebih berat daun koka
• 50 gram atau lebih berat Amino—hoxy-4 methyl phenypropane
• 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
• 50 gram atau lebih berat amphetamine
• 50 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)
• 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
• 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)
• 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
• 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4- Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
• 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
• 50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
• 50 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4- methylenedioxypheny)-2-butanamine
• 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
• 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
• 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5- TMA)

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah- dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berhahaya
1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya terdapat :-
• 5 gram atau lebih berat heroin
• 5 gram atau lebih berat morfin
• 5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
• 250 gram atau lebih berat candu masak
• 250 gram atau lebih berat candu mentah
• Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
• 50 gram atau lebih berat ganja
• 50 gram atau lebih berat resin ganja
• Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
• 15 gram atau lebih berat kokain
• 750 gram atau lebih berat daun koka
• 30 gram atau lebih berat Amino—hoxy-4 methyl phenypropane
• 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
• 30 gram atau lebih berat amphetamine
• 30 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)
• 30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
• 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)
• 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
• 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4- Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
• 30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
• 30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
• 30 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4- methylenedioxypheny)-2-butanamine
• 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
• 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
• 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5- TMA)

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah- dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau
penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun
sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada
8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semual selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan
tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan
dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan,
penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati
bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan/Pemulihan 1983

Seseorang boleh di tahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P)
1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih
dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
 menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya
menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
 diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa


kepada kerajaan melalui :-
 Mengesan
 Membeku
 Merampas asset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :-


 Seksyen 39(B) ADB
 Seksyen 6(B) ADB 1952
 Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti
berikut :-
 Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh
mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
 Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses
mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan
seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:-


 Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
 Tidak dibicarakan di mahkamah

Proses Siasatan:
 Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Siasatan.
 Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat
dalam kegiatan pengedaran dadah.
 Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam
Negeri.
 Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk
mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Sumber : http: //adkperlis.gov.my/

You might also like