You are on page 1of 4

Laporan 

Dadah Januari 2009 
LAMPIRAN
UNDANG –UNDANG DADAH DI MALAYSIA
BIL UNDANG-UNDANG
DADAH
TUJUAN AKTA

1.AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Suatu akta bagi membuat peruntukkan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal 
pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan
beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas
berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan–kesalahan yang
tertakluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

2.AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 –(PINDAAN) 1998 

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan


untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih–penagih dadah. Seliaan
merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan keatas
penagih–penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi tabiat penagihan
mereka.

3.AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH – LANGKAH PENCEGAHANKHAS) 1985

Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang – orang


yang ada kaitan dengan apa–apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat
pengedaran dadah 
berbahaya.

4.AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Suatu akta bagi membuat peruntukkan–peruntukkan mengenai kesalahan – kesalahan 


berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta
yang berkaitan dengan aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan – kesalahan
dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

5.AKTA RACUN 1952


Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan 
penggunaan racun. “Racun” bermaksud bahan–bahan yang dinamakan dan 
disenaraikan didalam Senarai Racun dan termasuk apa–apa campuran,
penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan–bahan tersebut apa – apa
penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung didalam Jadual Kedua Akta ini.
Laporan Dadah Januari 2009
37
Laporan Dadah Januari 2009 

RINGKASAN SEKSYEN-SEKSYEN PENTINGAKTA DADAH BERBAHAYA 1952


(PINDAAN 1998)SEKSYENKESALAHAN/JENIS DADAH & HUKUMAN 39B 

•Memiliki 15 gm atau lebih heroindan/atau morfin


•Memiliki 1000 gm atau lebih candumasak atau mentah
•Memiliki 40 gm kokain atau lebih
•Memiliki 200 gm atau lebih ganja
•Memiliki 2000 gm daun koka ataulebih
•Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh:
syabu atau pil ecstasy (untuk butir terperinci rujuk Sek. 37 (ADB)

Hukuman : Mati Mandatori

Akta 39A(2)
•Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
•Memiliki 250-1000 gm candu
•Memiliki 50 – 200 gm ganja
•Memiliki lebih 15-40 gm kokain
•Memiliki lebih 750 gm daun koka
•Memiliki 30-50 gm Amphetamine
Type Stimulants (ATS) contoh: syabu 
atau pil ectasy (untuk butir terperinci 
rujuk Sek. 39A(2))

Hukuman :
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara
seumur hidup dan tidak kurang 
10 sebatan
Akta 39A(1)
•Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
•Memiliki 20-50 gm ganja
•Memiliki 5-15 gm kokain
•Memiliki 100-250 gm candu
•Memiliki 250-750 gm daun koka
•Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type
Stimulants (ATS) contoh: syabu atau 
pil ecstasy (untuk butir terperinci 

rujuk Sek. 39A(1))


Hukuman :
Tidak kurang 2 tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun
dan sebatan tidak kurang 3 sebatan dan tidak lebih 9
sebatan 

Akta 6B
•Menanam atau mengusahakan pokok ganja

Hukuman:
Penjara seumur hidup 
dan sebatan tidak 
kurang 6 sebatan.

Akta 6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi 
atau biji ganja dari popi

Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya


sekali.
Akta 9
Memiliki kurang 100 gm candu masak

Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya


sekali. 

Akta ADB 10
Penggunaan sesuatu permis, pemilikan alat perkakas menghisap dadah
Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara tidak lebih 5 
tahun atau kedua-duanya sekali.

Akta ADB 12(2)


•Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
•Memiliki lain-lain dadah kurangdaripada Sek. 39(A)(1)
•Pejawat awam yang bertugas dipenjara, pusat pemulihan, lokap polis 
atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempattersebut.

Denda tidak lebih RM100,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-


duanya sekali. Bagi pegawai awam penjara, polis peg. Pemulihan di kenakan 
sebatan tidal lebih 3 sebatan sebagai tambahan. 

15(1)(a)
•Memasukkan dadah (dadah-dadahyang dijadualkan) ke dalam badan

Denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak kurang 2 tahun. 

15(b)
•Berada di dalam premis tempat hisapdadah

Denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak kurang 2 tahun.

You might also like