You are on page 1of 10

SEJARAH RENANG GAYA BEBAS

1. Di barat, gaya bebas pertama kali di pertandingkan pada tahun 1844 di London. Perenang dari
kaum India dengan mudah mengalahkan perenang Inggeris. Walaubagaimanapun, perenang
Inggeris itu tetap mempertahankan gaya dada kerana menganggap gaya bebas tidak efektif.

2. Sewaktu Argentina, antara tahun 1870 dan 1890, pelatih renang John Arthur Trudgen
mempelajari gaya bebas dari penduduk asli Amerika Selatan. Namun di Inggeris, Trudgen
menggunakan gerakan kaki membunting seperti gaya sisi dan bukan gerakan kaki seperti gaya
bebas yang dikenali sekarang. Gaya renang campuran ini disebut gaya Trudgen.

3. Gaya Tudgen di perkembangkan oleh perenang Australia Richmond Cavill. Richmond


mengubah gaya trudgen menjadi gaya yang seperti merangkak di dalam air. Setelah itu, gaya
renang yang dikembangkan Cavill disebut gaya krol. (crawl).

4. Pada tahun 1905, Charles Daniels, perenang gaya Trudgen yang berasal dari Amerika Syarikat
bertemu dengan perenang Australia, Barney Kieran. Daniels memutuskan untuk menguasai gaya
krol Australia yang telah dipelajari dari Kieran. Akhirnya, gaya krol Australia diubah sedikit
oleh Daniels menjadi gaya bebas seperti gaya yang dikenali sekarang.

APA ITU RENANG GAYA BEBAS?

Renang gaya bebas adalah gaya yang paling cekap. Oleh itu, gaya ini merupakan gerakan renang
yang terpantas. Gaya ini ditubuh kan pada permulaan abad ini dan pertama kali digunakan untuk
pertandingan oleh adik beradik Cavill yang terkenal di Australia.
DEFINISI RENANG GAYA BEBAS

Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah
lengan secara bergantian digerakkan jauh ke depan dengan gerakan mengayuh, sementara kedua
belah kaki secara bergantian digerakkan naik turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu berenang
gaya bebas, posisi wajah menghadap ke permukaan air. Pernafasan dilakukan semasa lengan
digerakkan keluar dari air, semasa tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa
mengambil nafas, perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan.

BAGAIMANA BERENANG GAYA BEBAS DENGAN BETUL

1. Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang mengambil nafas.

2. Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian (tanpa henti).

3. Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyentuh permukaan air. Jadi
seolah-olah hujung ibu jari tangan yang menyentuh permukaan air terlebih dahulu.

4. Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil nafas, kemudian dengan
pantas gerakkan kembali kepala ke dalam air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangan
kiri) selesai.

5. Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil, pengambilan nafas
dilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi jangan sesekali gerakan tangan sambil
mengambil nafas.
TEKNIK-TEKNIK RENANG GAYA BEBAS

1. Gerakan kaki

Gerakkan kaki ke atas dan ke bawah secara bergantian (seperti orang yang sedang berjalan kaki),
tetapi antara kaki dan paha dengan posisi lurus atau lutut tidak boleh ditekuk. Gerakan ini
dilakukan terus.

 Perhatikan:

Selama melakukan gerakan ini, kaki dan paha harus selalu dengan posisi lurus. Lutut tidak
boleh ditekuk. Jadi yang bergerak bukan lutut/kaki, melainkan pangkal paha/pinggul

2. Gerakan tangan

a. Posisi awal, kedua tangan lurus di atas kepala (kedua telapak tangan agak berdekatan, tetapi
tidak perlu menempel)

b. Kemudian tarik tangan kiri ke bawah, terus ditarik sampai ke belakang.

c. Kemudian angkat tangan kiri keluar dari permukaan air dan ayunkan tangan kiri tersebut
sejauh mungkin ke depan (ketika tangan di atas permukaan air, siku tangan kiri agak ditekuk di
dekat telinga. Kemudian diluruskan kembali dan diayunkan sejauh mungkin ke depan masuk ke
permukaan air).

d. Pada waktu tangan kiri diangkat keluar dari permukaan air, gerakkan dan tarik tangan kanan
ke bawah sampai ke belakang - sama dengan gerakan tangan kiri pada langkah (b).

e. Kemudian angkat tangan kanan keluar dari permukaan air dan ayunkan tangan kanan tersebut
sejauh mungkin ke depan (ketika tangan di atas permukaan air, siku tangan kanan agak ditekuk
di dekat telinga. Kemudian diluruskan kembali dan diayunkan sejauh mungkin ke depan masuk
ke permukaan air) -sama dengan gerakan tangan kiri pada langkah (c)

Ulangi langkah b – e di atas


Urutan gerakan tangan gaya bebas :

- Posisi Awal Kedua tangan lurus ke depan

- Tarik tangan kiri mengayuh ke bawah sampai ke belakang

- Setelah tangan kiri selesai mengayuh sampai ke belakang, angkat tangan kiri tersebut ke atas
permukaan air dan ayunkan tangan kiri sejauh mungkin ke depan

- Tarik tangan kanan mengayun ke bawah sampai ke belakang

- Setelah tangan kanan selesai mengayun sampai ke belakang, angkat tangan ke atas permukaan
air dan ayunkan tangan kanan sejauh mungkin ke depan

- Begitu juga seterusnya

 Perhatikan

Tangan kiri dan kanan bergerak secara bergantian. Ketika tangan kiri selesai mengayun dan
mulai diangkat keluar dari dalam air, tangan kanan masuk ke dalam air dan mengayun ke
belakang, begitu seterusnya.

3. Gerakan kombinasi tangan, kaki & mengambil nafas

1. Kaki terus bergerak seperti pada nombor 1 di atas. Pengambilan nafas dilakukan ketika tangan
kiri sedang diayunkan ke depan untuk masuk kembali ke dalam air, sedangkan tangan kanan
akan naik ke permukaan air. Pada saat itulah, gerakkan kepala ke kanan untuk ambil nafas.

2. Begitu juga bila anda lebih suka bernafas ke kiri, iaitu dilakukan ketika tangan kanan sedang
diayunkan ke depan untuk masuk kembali ke dalam air dan tangan kiri akan naik ke permukaan
air.

3. Ketika mengambil nafas, kepala jangan diangkat ke atas, melainkan hanya menoleh ke
samping kanan (atau boleh juga ke kiri - pilih salah satu yang menurut anda lebih selesa.
APAKAH KESALAHAN YANG SERING BERLAKU?

1.Wajah berada diatas air.

2.Kepala terangkat dari permukaan air ketika mengambil nafas.

3.Lutut tertekuk ketika kedua kaki mengayun.


4.Kesalahan gerakan tangan.

RISIKO DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA

1. Kemalangan di dalam air boleh menyebabkan kecederaan dan kematian akibat lemas.

2. Sebelum memasuki air, perenang harus mengetahui tentang kedalaman kolam renang, sungai
atau laut yang ingin direnangi.

3. Berenang di sungai atau di laut sangat berbahaya apabila arus deras atau ombak besar secara
tiba-tiba.

4. Orang yang dalam alkohol dan ubat-ubatan di larang untuk berenang.

5. Kaca mata renang boleh mencegah mata dari iritasi serta penggantian air secara teratur akan
meningkatkan kualiti air kolam.

ISU – ISU SEMASA DALAM SUKAN RENANG (ARKIB : 25/05/2010)

Terbuka Malaysia serlah potensi perenang muda

KUALA LUMPUR - Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang berakhir kelmarin, memberikan
perkhabaran gembira terhadap potensi yang ditunjukkan oleh perenang muda negara.
Selepas diasak dengan berita ketandusan atlet pelapis dalam sukan lain, ia jelas berbeza dalam
acara renang.

Lebih 15 emas diraih oleh perenang negara dan perkembangan tersebut sekurang-kurangnya
sudah cukup untuk kita menarik nafas lega.

Yang pasti Malaysia masih belum ketandusan jaguh renang yang mampu menghadirkan pingat.

Negara seperti Singapura, Hong Kong dan Iran turut menghantar perenang mereka ke kejohanan
tersebut, sekali gus memberikan saingan yang lebih baik kepada atlet negara.

Perenang muda seperti Ian James Bar, 15, Chan Kah Yan, 18, Kevin Lim, 18, Boey Wen Teng,
14, Christina Loh, 15, dan Foo Jian Beng, 20, mula menonjolkan potensi diri masing- masing.

Tidak ketinggalan perenang kebangsaan yang sudah pun melakar nama di pentas antarabangsa
seperti Khoo Cai Lin, 22, Kevin Yeap, 21, Melvin Chua, 21, dan Kevin Lim, 18.

Aksi mereka memberikan harapan cerah untuk Malaysia terus kekal menjadi pesaing sekurang-
kurangnya di rantau Asia.

Cai Lin menjadi atlet yang paling cemerlang di kolam renang sepanjang empat hari kejohanan,
apabila menggondol empat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu, 200m gaya bebas,
400m gaya bebas dan 800m gaya bebas.

Malah, lebih membanggakan buat anak kelahiran Selangor itu, apabila dia berjaya menjadi
perenang Malaysia pertama layak ke Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Shanghai,
China, tahun depan.

Cai Lin, yang mewakili Selangor pada kejohanan itu, mencatat masa 8 minit 48.53 saat dalam
acara gaya bebas wanita 800m, sekali gus memadam rekod kejohanan yang dilakukan perenang
China, Zheng Jing pada 2002.

Pencapaian perenang muda itu turut mengatasi masa yang ditetapkan untuk layak ke kejohanan
dunia bagi acara tersebut iaitu 8:48.70s.
Cai Lin kini mempunyai masa yang panjang untuk mempersiapkan diri pada Kejohanan Dunia.

''Kejohanan itu akan berlangsung di China, tahun depan dalam bulan Julai dan saya berharap
dapat membuat persiapan yang secukupnya untuk beraksi di sana,'' katanya.

Jelas Cai Lin, dia sepatutnya mampu mencatat masa yang lebih baik, tetapi, oleh disebabkan
tidak ada perenang yang benar-benar mampu mencabar kepantasannya, maka sukar untuknya
berbuat demikian.

Namun, Cai Lin memberitahu, sebelum Kejohanan Dunia, dia perlu menumpukan perhatian
terlebih dahulu terhadap Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guongzaou,
China yang akan disertainya buat kali pertama, hujung tahun ini.

Mengulas mengenai sasarannya pada kejohanan tersebut, Cai Lin tidak meletakkan sebarang
sasaran kerana apa yang penting adalah cuba mengekalkan prestasi terbaiknya.

Selain Cai Lin, dua lagi rekod kejohanan yang berjaya dipecahkan oleh perenang kebangsaan
ialah menerusi Kevin Yeap dalam acara 1,500m gaya bebas dengan catatan masa 15:55.64s, dan
kuartet wanita 4x100m Sabah dalam acara gaya bebas dengan masa 3:59.34s.

KOSMO

Skuad renang negara tiada sasaran pingat

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR


norzasrudin@kosmo.com.my
BIRMINGHAM (barisan belakang, kanan) bersama perenang negara berjenaka dengan replika
maskot Sukan Komanwel 2010 pada sidang media di Bukit Jalil semalam.

TIDAK ada sasaran pingat yang diletakkan pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India
bermula 3 hingga 14 Oktober depan.

Sebaliknya, skuad renang negara yang terdiri daripada 13 perenang muda ada misi peribadi yang
mahu dilaksanakan pada temasya itu nanti.

Selain memburu catatan masa terbaik, mereka juga mahu menimba pengalaman sebagai
persiapan awal bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 hingga 27
November depan.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail berkata, temasya
Sukan Komanwel dianggap sebagai medan terbaik buat barisan perenang negara untuk menilai
kemampuan masing-masing.
"Daripada rekod yang kita ada, kita menghantar lebih ramai perenang pada temasya kali ini dan
kebanyakan daripada mereka layak secara merit.

"Ini adalah hasil daripada kejayaan Program Cabaran 2010 yang diperkenalkan pada awal tahun
lalu," kata- nya pada sidang media di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Shapawi berkata, cabaran negara kali ini diketuai perenang sensasi, Daniel Bego selain
Kevin Yeap Soon Choy, Kevin Lim Kar Meng, Khoo Cai Lin, Leong Chii Lin dan Chui Lai
Kwan.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka, Chan Kah Yan turut
disena- raikan bersama enam lagi perenang muda iaitu Ian James Barr, Yap See Tuan, Christina
Loh Yen Ling, Erika Kong Chia, Foo Jian Beng dan Joshua Lee.

Menurut Ahmad Shapawi, kesemua perenang negara itu akan menyertai kejohanan di Phuket,
Thailand dan Hong Kong sebagai persiapan terakhir sebelum berlepas ke New Delhi.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad renang negara, Paul Birmingham berkata, beliau tetap yakin
dengan kemampuan anak- anak buahnya meskipun menjangkakan mereka bakal berdepan
cabaran yang sengit.

"Kami telah melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi temasya ini dan kami masih masa
ada empat atau lima minggu untuk melakukan persiapan.

"Saya yakin, perenang negara mampu mencatat keputusan yang baik pada penampilan kali ini
dan kami akan cuba sedaya upaya," katanya.

Birmingham berkata, meskipun tidak meletakkan sasaran pingat, perenang negara perlu bekerja
keras untuk memastikan mereka layak ke peringkat akhir.

Pada Sukan Komanwel 2002 di Manchester, skuad renang negara berjaya memperoleh satu
pingat perak dan gangsa menerusi Alex Lim Keng Liat dalam acara 50 meter serta 100 meter
kuak lentang.

You might also like